"YA ALLAH!"
Hampir sahaja Ardella terlompat kerana terkesima dengan bunyi tadi. Rupanya kucing yang memunculkan diri! Kucing tu pergi main dengan tin kosong sebab itulah tin berbunyi kuat.
Ardella melepaskan kelegaan. Mujur dia tidak mencampak kanvas itu. Pandangannya kini dilabuhkan pada seekor kucing yang berwarna putih. Tahap kecomelannya ibarat segunung salju. Bulunya putih bersih namun ditilik memang tiada kolar.
Ardella beranggapan bahawa kucing comel ini tidak punya tuan.
"Meow, meow, what are you doing there? Are you going to scare me with your tactical skills?" Ardella cuba mengajak si kucing berbual namun langsung tidak mendapat sambutan. Dia duduk bertinggung setelah menyandarkan kanvas pada dinding yang bersih.
Terkedip-kedip anak mata si kucing. Lama dia tatap wajah Ardella seolah ingin memakan Ardella sahaja!
"Meow buat apa dekat sini ha? Meow saja aje nak takutkan orang, kan?" tanya Ardella sambil berpeluk tubuh. Dia rasa geram sangat tengok kecomelan kucing ini sampaikan nak rasa marah pun tidak jadi.
"Meow... Mehlah datang dekat acik hehe! Meow, kan kucing yang comel dan menawan. Nak acik belikan ikan tak?" Sekali lagi Ardella bertanya kepada kucing putih itu. Sanggup dia beli jiwa kucing tapi kucing tu tak nak dengar umpan dia?
Tergamak benar kucing itu mengabaikan panggilannya! Sempat Ardella berfikir cara untuk memancing si kucing tetapi ada satu suara yang terlebih dahulu menerpa.
"Using wrong trick would totally be failed. Tengok macam ni," ujar suara yang entah datang dari mana. Suara itu semakin mendekat, seiring dengan langkah kakinya yang diatur dengan penuh tersusun.
Ardella terpinga-pinga melihat keletah lelaki itu. Macam mana pula dia boleh ada di sini? Bukan ke dia sendirian tadi? Namun begitu, dia masih kekal di tempat tadi. Kelihatan dia berminat mahu melihat pertunjukan yang ingin ditayangkan.
"Ehem!" Lelaki itu betulkan kotak suara terlebih dahulu. Bayang-bayangnya terpantul di kawasan jalan bertar itu. Kelihatan sosok tubuhnya seperti seorang yang tinggi lampai pada hemat Ardella.
"Meow meow meow, meow meow meow meow? Meow meow? Meow?"
Pada saat itu juga, terburai tawa besar Ardella. Bahasa alien mana yang sedang dipertontonkan kepadanya ini? Dia menekup bibir rapat-rapat, menahan tawa agar tidak meletus semula.
Sungguhlah, kalau kucing ini punya kekuatan tangan seperti seorang manusia, tidak pasal-pasal lelaki ini dah kena belasah!
"Oh, kalau trick dia macam ni, cucu kepada pakcik kepada jiran sebelah rumah saya pun boleh buatlah, encik!" Ardella mendabik dada. Eleh, setakat guna 'meow meow' itu semudah ABC sahaja tau. Dia pun boleh buat!
"At least I didin't use two languange, no? Saya pakai bahasa kucing, kan?"
"Oh, sekarang ni encik stalk sayalah ni? Mana encik tahu ek saya pakai dua bahasa?" tanya Ardella sambil bercekak pinggang. Dia bangkit dari duduk bertinggung tadi. Debu di belakang baju ditepuk bagi menghilangkan sebarang kotoran.
"Mana ada saya stalk awak, cik. Saya datang sini nak ambik hak saya saja," balas lelaki itu selamba. Matanya tepat menyambar anak mata Ardella, seakan cuba mentafsir sesuatu.
Ardella melarikan pandangan dari menatap wajah lelaki itu. Balasan lelaki itu seperti tidak menerobos ke telinganya.
Tak, sekarang ini, kenapa dia pandang wajah Ardella semacam sahaja? Seriau tahu tak?
"She's mine, actually." Lelaki itu bersuara lagi apabila dia tidak mendapat sebarang respons daripada Ardella. Geram betul hatinya ketika ini! Dia mengeluh perlahan.
"What? Girlfriend awak?" Mendengarkan itu, tanpa sedar Ardella mencebikkan bibir. Matanya dialihkan ke sekeliling. Tiada orang pun, kepunyaan lelaki ini celah mana pula?
"Nah!"
"Habis tu?"
"Ni... Nama dia Snowy Kins! Comel tak?" jawab lelaki itu lalu mendekati kucing putih tadi. Kucing itu diangkat lalu digendong dengan berhati-hati. Sempat disua kucing itu kepada Ardella namun Ardella cepat-cepat menolak kerana dia berada dalam keadaan yang tidak bersedia.
Kucing itu mengerdipkan matanya berkali-kali ketika berada di dalam dakapan lelaki itu. Amboi sukanya dia!
"Wait... What? Kenapa saya tak tahu pun yang dia ni kucing awak?" Ardella bertanya separuh tidak percaya. Keningnya terjongket tinggi. Buat penat sahaja dia berfikir benda lain. Rupanya... Tuan si kucing dah ada di hadapan matanya.
"Sebab awak tak tanya. Puas saya cari Snowy Kins ni. Jumpa jugak akhirnya!" Lelaki itu melepaskan nafas kelegaan. Mujur sahaja dia tidak kehilangan kucing kesayangannya ini. Jika tidak, mahu sunyi hidupnya selepas ini.
Merasakan keadaan ketika ini seperti sedikit kaku dan kekok, Ardella terus bersuara.
"Okeylah kalau macam tu, saya tak perlu dah risau pasal kucing awak nak merempat tidur dekat mana selepas ni. Eloknya saya pergi du..."
Dum!
Tidak semena-mena, bunyi guruh berdentum kuat di langit. Mata mereka berdua masing-masing terus terdongak ke atas.
Langit kini melakar warna kegelapan dan bila-bila masa sahaja hujan bakal turun dengan lebatnya. Memikirkan dia tidak punya sebarang payung, Ardella cepat-cepat mencapai lukisan kanvas yang berbalut itu. Bimbang benar jika lukisan itu kena air.\
Ni semua salah Ardella sebab banyak sangat buang masa. Kalau dia terus balik ke kereta tadi, mungkin sekarang dia sudah selamat landing atas katil!
"Aduh, hari nak hujan dah. Awak nak saya tolong hantar pergi kereta atau macam mana?" Lelaki itu bertanya sambil menggarukan kepalanya yang tidak gatal. Kasihan pula tengok gadis itu penuh bawa barang-barang di tangan.
Melihatkan ada satu benda berbalut besar yang berbentuk petak, lelaki itu beranggapan bahawa gadis ini sememangnya pelukis. Ada senyuman kecil yang terbit di bibirnya.
"Tak apa, tak payah buat baik. Saya tak nak terhutang budi di kemudian hari!" tolak Ardella mudah. Selagi dia masih punya kudrat dengan tenaga perempuannya ini, selagi itu dia tidak akan menyusahkan sesiapa.
Segera dia atur langkah tanpa mempedulikan lelaki itu yang sedang membuntutinya dari belakang bersama kucing di pegangannya. Terburu-buru Ardella berjalan kerana risau jika hujan turun.
Kalau kena badannya, tak mengapalah. Kalau kena kanvas yang berbalut ni? Tidak pasal-pasal dia kena kejar dengan parang panjang oleh Adara.
"Tak eloklah jadi sombong! Dalam hati awak sebenarnya nak saya tolong awak angkatkan, betul tak?"
Aduh, lelaki ni nak apa lagi? Kenapalah dia tak bawa kucing dia terus balik rumah saja? Kesian kucing tu dikelek ke sana dan ke sini. Mujur juga kucing itu tidak buat banyak kerenah.
"Tak betul. Awak... Elok awak baliklah sekarang. Tu, tak kesian dekat Cik Snowy Kins awak tu sejuk badan dia nanti?" Ardella menghentikan langkahnya lalu berdiri menghadap lelaki yang langsung tidak diketahui namanya itu.
"Meowww..."
"Tengok, dia dah meow kan?" Jari telunjuk Ardella singgah pada wajah Snowy Kins yang menutup kelopak matanya.
"It's okay, dia boleh menyorok dalam jaket saya. Awak tu... Kalau kena hujan sia-sia aje lukisan awak kena dengan customer! Tak payah jual mahal, sini saya tolong." Lelaki itu bertegas lalu mengambil kanvas dari tangan Ardella setelah dia selesai menzip jaketnya.
Ardella jeling sekilas kucing yang selamat duduk di dalam jaket lelaki itu. Comel pula Cik Snowy Kins dia tu, rasa nak cubit-cubit sahaja pipi gebunya!
"Whatever! Kalau kena hujan, nanti suruh pakcik jiran sebelah rumah rawat awak, okey?" jawab Ardella sarkastik. Dia meneruskan langkah ke hadapan. Perasankan lelaki itu yang mengikut langkahnya dari arah belakang, Ardella melangkah dengan lebih laju.
Sesampainya di kereta miliknya, kanvas itu bertukar tangan. Ardella membuka ruangan bonet sebelum memasukkan kanvas tersebut ke dalamnya dengan berhati-hati.
"Laju betul, langsung tak nak bagi chance!" seloroh lelaki itu sambil ketawa kecil. Pelik-pelik punya perangai gelabah semacam sahaja dia lihat.
"Terima kasihlah ya! Tak sangka masih banyak orang baik-baik dekat muka bumi Tuhan ni!" ucap Ardella. Serba-salah pula dia setelah melayan lelaki itu dengan sedikit dingin tadi.
"It's okay. Tuhan hantar saya untuk tolong awak hari ni." Lelaki itu menaikkan sedikit capnya ke atas sambil tersenyum manis. Sangat manis sehingga terhasil sebuah lesung pipit yang terbentuk cantik pada pipi kanannya.
Ardella membalas senyuman lelaki itu, ringkas. Cukup sekadar orang tidak nampak dia sombong.
Sekilas, bebola matanya terangkat untuk menatap wajah lelaki itu. Baru sekarang dia berpeluang untuk melihat empunya wajah yang mempunyai lesung pipit semanis madu itu.
Keningnya tidak terlalu tebal bahkan tidak terlalu nipis namun cukup menjadikan susunan alisnya tampak lebih rata dan sempurna. Wajahnya bersih dan bebas dari sebarang anasir jerawat. Turun ke hidung, hidungnya tidak terlalu mancung tetapi masih terserlah kemanisan di mata. Ketika dia berkata-kata, barisan gigi putihnya yang tersusun menunjukkan betapa dia sangat menjaga kebersihan.
Lagi, turun ke bibir yang...
Wake up, Ardella! Kau dah gila ke?
Menyedari itu, hampir sahaja Ardella nak ketuk kepalanya sendiri. Segera dia putuskan renungannya. Pasti lelaki itu perasan dengan tingkah pelik dia tadi. Aduh, malu benar dia rasakan sehingga seakan ada rona merah yang membakar seinci wajahnya.
"Ehem... Kalau tak ada apa-apa lagi, saya pergi dulu."
Suara dehaman lelaki itu buatkan Ardella kembali ke dunia realiti. Belum sempat dia ingin mengatakan sesuatu, sosok tubuh milik lelaki itu sudah menghilang dari pandangan matanya.
Meninggalkan Ardella yang cuma terkulat-kulat di situ dan masih dibanjiri persoalan.
Macam mana dia berjalanlaju sangat?
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro