Bab 6
Cristy celik mata, bau ayam goreng ranggup meresap terus masuk ke dalam rongga hidungnya. Lambat-lambat tubuh dibawa bangun sandar pada kepala katil.
"Kau dah bangun?"
"Ica?" Raisha angkat kedua alisnya.
"Kenapa?"
"Bukan aku..." Cristy ingat balik apa yang terjadi sebelum dirinya pengsan. Lelaki itu, siapakah dia?
"Oh? Kau cari lelaki yang selamatkan kau ke?" Angguk, matanya meliar pandang sekeliling.
"Aku dah halau dia."
"Eh?"
"Aku cakap, terima kasih selamatkan kau dan aku terus bawak kau balik." tipu Raisha.
Anggukan dari Cristy melegakannya.
"Ambillah makan ayam goreng buatan aku. Sedap!"
Sambil makan, fikiran Raisha terimbas pada kejadian tadi.
Flashback...
"Apa yang kau cuba buat dekat kawan aku hah? Kau cuba apa-apakan dia ke?" Kereta Dez yang disekatnya dipandang. Tak kesah dah pistol yang diacu oleh anak buah Dez padanya.
"Adam." seru Dez sekali.
Mengerti apa yang Dez isyaratkan, Adam kini berdepan dengan Raisha. Isyarat mata Dez berikan pada anak buahnya, automatik pistol semua diturun ke bawah. Bangga sekejap Raisha. Eh?
"Untuk pengetahuan Cik, Tuan Dez telah menyelamatkan maruah Cik Cristy. Cik Cristy hampir diperkosa abang tirinya, bernasib baik kami menjadi penyelamat." Dez angkat kedua alis dengan senyum sinis.
"No need to thank me."
Raisha genggam kuat kedua tangannya.
"Kau nak bawak Ris pergi mana?"
"My house." Raisha ketawa olok-olok.
"Siapa bagi kebenaran untuk kau bawak Ris huh?" Cristy dalam pelukan Dez cuba dirampas.
"So, before you go...." Terbuntang mata Raisha.
"Kau cium bibir Cristy?" Pipi Cristy dielus lembut.
"She's mine." Ternaik panjang sinis dari bibir itu.
Paling buat Raisha panas, selamba Dez cempung tubuh Cristy masuk ke dalam kereta miliknya. Bayang Dez menghilang ditatap tak percaya.
"Woi!"
"Eh Allah!" Raisha meraup kasar mukanya.
"Kau ni apahal? Terkejut aku, kau tahu tak?"
"Kau yang salah nak marahkan aku pulak? Aku panggil kau banyak kali langsung kau tak menyahut. Kau fikir apa hah?" Cristy dah naik angin.
"Aku terfikir macam mana kau boleh jumpa si Dez tu banyak kali, tu aje."
"Kenapa kau panggil dia dengan panggilan Dez? Kenapa bukan Tuan Dez? Sedangkan semua anak buahnya menggunakan gelaran Tuan Dez?"
"Sebab...." Raisha ketap kuat giginya.
"Sebab aku tak makan saman, ha...betul! Betul! Aku tak makan saman, takkan aku nak panggil dia Tuan kan? Dez tu bukan Tuan aku. Kan? Kan?" Raisha dah garu kepala tak gatal.
"Betul ke kau ni? Kau tak tipu aku? Takde apa-apa rahsia yang kau sembunyikan dari aku?" Cristy kecilkan kedua anak matanya.
"Eh kau ni....mana ada rahsia apa-apa. Memandai aje kau ni kan?" Raisha pura-pura gelak kuat.
"Okay...." Kedua bahunya diangkat. Percaya kata-kata dari kawan baiknya.
"Abang tiri kau still kacau ke?"
"Abang tiri aku dah lama sukakan aku...." keluhan berat Cristy lepaskan. Ayam goreng yang dipegangnya disimpan kembali. Tak ada selera tiba-tiba.
"Aku tak tahu apa masalah abang tiri aku, nak cakap aku reject secara kejam, aku ada minta maaf atas penolakan cinta dia. Aku tak tahu apa lagi yang perlu aku buat supaya dia tak kacau aku." Kepala diurut lembut.
"Alah kau ni...." Raisha senyum sampai telinga.
"Asal kau senyum? Apa yang kau dengar bukan berita baik tau. Berita buruk, kau faham berita buruk?" Terkekeh Raisha ketawa.
"Aku tahu, tapi aku rasa kau takkan dapat dilukai oleh mana-mana lelaki."
"Dilukai? Broken cinta?"
"Bukan, maksud aku kalau orang nak buat benda bukan-bukan dekat kau. Aku jamin tak boleh punya! Siapa aje boleh cari pasal dengan kau sedangkan kau selalu diperhatikan dari jauh."
"Siapa perhatikan aku dari jauh?" Spontan anak mata Cristy meliar pandang sekeliling.
"Aku mana tahu." Raisha sembunyi senyum.
Tak tahu kenapa?
Meski hubungan antara Dez dan Cristy tidak dipersetujuinya. Namun, melihat keprihatinan Dez buatnya rasa cair kadang-kadang. Dahlah selalu belikan makanan untuk Cristy. Untung punya badan!
"Tak tahu tapi kau senyum-senyum?"
"Tak boleh ke aku senyum?" Ayam goreng digigit ala-ala gaya perempuan melayu terakhir.
"Gaya kau makan lain macam, kau okay tak?"
"Aku selalu okay, nak-nak bila dapat makanan percuma setiap hari."
"Eh? Bukan kau ke yang masak kan makanan untuk aku?" Raisha menggeleng.
"Habistu siapa yang bagi makanan percuma?"
"Crush kau."
"Crush?" Cristy cuba ingat, setahunya tak pernah dirinya bermain crush-crush dengan orang. Siapa eh?
"Kau tak kenal crush kau, aku aje yang kenal." Bangga Raisha berkata.
"Macam mana kau boleh kenal? Tunjukkanlah dekat aku, mana tahu aku kenal crush yang sukakan aku." Bersungguh Cristy memujuk.
Tiba-tiba rasa bahagia ada crush bagi makanan hari-hari. Bermakna, crush Cristy seorang yang caringlah kan?
"Aku percaya, satu hari nanti kau sendiri akan jumpa crush kau. Tunggu masa sesuai aje untuk kau jumpa dia." Mengendur bahu Cristy.
"Kau memang tak nak bagitahu aku ke? Bagitahu nama pun dah okay bagi aku, mana tahu nama yang kau bagi aku boleh cari dalam media sosial." Mata dikedip beberapa kali.
"Please...."
"Hmmm..." Jari telunjuk diketuk pada dagu.
"Macam mana eh? Kalau aku bagitahu, tak panggil crushlah kan? Aku tak nak kau tahu siapa dia, tak penting sangat pun."
"Bagi kau tak penting, tapi bagi aku penting."
"Esok-esok ajelah aku bagitahu kau, aku bukannya suka sangat dekat crush kau tu." Selamba badak Raisha mengaku.
Ayam goreng yang dimakannya telah habis, best jugak sambil-sambil makan bercakap kan?
"Kenapa kau tak suka crush aku?"
"Banyak songehlah kau ni, diam boleh tak?" Raisha menggeleng. Air Coca Cola diminum rakus.
Ting Tong!
"Bukakan pintu, mungkin hadiah kau."
Timbul perasaan aneh, bagaimana Raisha boleh tahu?
"Apa kau tunggu lagi? Pergilah sana, ambil hadiah kau."
"Yelah."
Cristy hayun langkah menuju ke pintu utama. Buka saja pintu, ada bungkusan bersaiz A4 dari luar. Mata dibawa pandang ke kiri dan kanan.
'Tak ada orang pun?' monolog Cristy aneh.
Kotak bungkusan itu dibuka,
"Rantai?" spontan tangannya meraba leher sendiri.
"Macam mana boleh putus sedangkan aku tak pernah buang rantai ni dari leher aku?" Rantai miliknya ditilik. Air liur ditelan payah. Ada sesuatu kelainan pada rantainya.
"Risez?"
"Apa kau buat lama sangat dekat pintu? Aku nak keluar kejap jumpa Kimi." Tak sempat nak melangkah satu tapak ke kereta, tangannya ditarik merapat.
"Cuba kau tengok." Rantai miliknya disua pada Raisha.
"Apa pulak kau ni?"
"Cuba kau tengok dulu, lepas kau tengok bolehlah kau keluar." Raisha angguk. Rantai milik Cristy disambut, tajam matanya menilik rantai itu.
"Eh? Sejak bila rantai kau berubah jadi Risez? Bukan rantai kau berukiran Cris ke?"
"Aku mana tahu, tiba-tiba aku dapat bungkusan macam ni. Entah-entah salah alamat kut, tapi rantai aku..." Sekali lagi Cristy meraba pada lehernya.
"Aku rasa ada something wrong ni...." Raisha percaya, ini pasti kerja Dez kan? Apa yang Dez nak sebenarnya?
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro