Bab 58
"Abang tak berani marah sayang tapi abang akan pergi jauh dari sayang sampai bila-bila."
Sudah beberapa bulan Cristy menanti kepulangan Dez tapi langsung tak ada bayang lelaki itu. Dez benar-benar menepati apa yang dikatakan dulu. Tangannya naik menyentuh perut yang berlapik baju itu. Diusap perlahan perut yang masih belum nampak bentuk itu.
'Abang pergi mana? Kenapa tak balik? Abang tak rindu sayang ke?' Monolog Cristy sendiri.
Walaupun Cristy tahu Dez sedang marah padanya tapi tetap Dez melindunginya. Cristy masih berada di dalam Villa milik Dez malah anak buah Dez juga masih menjaga di sekeliling Villa.
"Ris! Ris! Ris!"
Lamunannya Cristy membuyar, seketika tatapan matanya tertuju pada Raisha yang berbicara. Dia lupa, ketika ini dia sedang berada di dalam butiknya.
"Kau okay?" Soal Raisha kerisauan.
"Aku okay."
Benarkah?
Atau jawapan itu hanya untuk menyedapkan hati?
"Aku percaya Dez akan kembali." Raisha menyedapkan hati Cristy.
"Bila?" Suara itu perlahan berbisik. Ada lirih rindu yang tersembunyi.
"Ris..."
"Sampai bila Dez akan seksa perasaan aku, sedangkan semua yang terjadi bukan salah aku. Aku tak pernah terfikir untuk curang dengan dia. Bahkan, aku cuba jelaskan dekat dia yang aku sendiri tak kenal lelaki tak guna tu! Tapi dia? Dia-"
"Shhh...." Raisha mendakap erat tubuh Cristy.
"Shhh... it's okay, it's not your fault..." Pujuk Raisha lembut.
"Dez dah tak sayang aku dah ke? Kenapa dia tinggalkan aku sendiri di sini? Kenapa dia langsung tak jumpa aku? Aku tahu, aku salah tak mintak izin sebelum keluar tapi sekurang-kurangnya dengarlah penjelasan aku. Aku tak kuat bila Dez tak ada di sisi aku. Aku tak kuat, Ica...." Adu Cristy teresak-esak.
"Kau tak boleh menangis macam ni. Sedih kalau Dez tengok keadaan kau macam ni tau! Percayalah cakap aku, Dez masih sayangkan kau. Dez cuma belum bersedia nak tunjuk muka depan kau." Raisha mengusap belakang badan Cristy berulang kali.
"Yang paling penting sekarang adalah kau. Kau kena jaga kandungan dalam perut kau ni. Dez pasti sedih kalau kau buat endah tak endah, makan tak nak macam ni. Kalau kau nak anak kau sihat, jagalah pemakanan kau. Jangan hanya makan time aku ada di sisi kau aje." Sambung Raisha lagi.
Sejenak, Cristy termenung panjang sehingga lupa bahawa Raisha masih bersamanya ketika ini. Merasa diabaikan, Raisha cuba mencairkan sedikit hati Cristy dengan sesuatu.
Mungkin makanan?
"Kau dah makan ke?"
"Dah tadi."
Jawapan yang sama. Tidak pernah berubah walaupun berjuta kali dia datang melawat ke butik milik Cristy. Namun sayangnya, jawapan tidak sama dengan bunyi perutnya yang berkeroncong minta di isi.
"Selama ni kau tipu aku?" Soal Raisha sedikit menekan mungkin kerana menahan marah.
"Aku takde selera nak makan lagipun aku makan jugak lepas balik dari kerja."
"Seberang jalan ada restoran baru, kau tak boleh bagi alasan takde kedai makan area sini." Ujar Raisha tidak mahu mendengar apa-apa alasan dari Cristy.
"Restoran baru?"
"Barber shop dah tutup sepenuhnya diganti restoran baru. Nama restoran dia D'Tatto, dalam bahasa Itali Tatto, touch."
"D?"
Raisha angkat bahu. Dia sendiri tidak pasti apakah maksud D, ada orang kata huruf itu adalah nama pemilik restoran itu. Berkemungkinan besar orang Itali.
Kejap,
'Bukan Dez ke? Sebab Dez stay Italy jugak dulu.'
Pak!
"Mengelamun pulak! Bukan tadi kau ajak aku makan ke?"
Ringisan kecil keluar dari bibir itu sambil mengusap bahunya.
"Biasanya kau makan apa dekat rumah?" Raisha mula menyiasat lagak polis.
"Biasanya aku makan biskut atau nasi telur kicap aje." Makin kecil suara itu kerana takut kena marah.
"Apa kau cakap?" Raisha mencubit manja pipi Cristy.
"Kalau perut kau tak berbunyi tadi pasti kau tipu aku lagi kan? Haih...." Tangan halus itu diraih lalu digenggam.
"Kau tak boleh macam ni, Ris. Kau tak kasihan dekat anak dalam kandungan kau ke? Walaupun kau tak ada selera, sekurang-kurangnya kau fikirlah kesihatan anak kau." Nasihat Raisha menatap lama anak mata itu.
"Maaf..." Lirih kata itu diucap.
"Aku tak nak dengar ucapan maaf dari kau. Aku nak kau jaga kesihatan mulai dari sekarang, okay?" Cristy angguk.
"Jom kita pergi makan," ajak Raisha lantas meraih tangan Cristy mengikut langkah panjangnya.
Anak mata Cristy melingas mencari kelibat seseorang yang sentiasa mengekorinya setiap hari. Namun nihil, langsung tak ada tanda lelaki itu akan muncul.
"Kau cari siapa?"
Buat seketika, derapan langkah Raisha juga Cristy semakin perlahan.
"Sebenarnya, semenjak aku disahkan mengandung, seorang lelaki ber hoodie serba hitam sentiasa ikut aku semacam melindungi. Ke mana saja aku pergi, pasti dia ada di belakang aku. Kadang-kadang dia ikut sampai pertengahan jalan berdekatan Villa dan menghilang macam tu je. Kadang-kadang aku beranggapan dia adalah suami aku, Dez. Kadang-kadang aku beranggapan dia cuma orang asing yang cuba melindungi aku."
"Kenapa dia tak hantar kau sampai depan pintu je?"
"Maybe takut anak buah Dez serang secara mengejut." Jawab Cristy, tika itu saja yang bisa dia teka.
"Boleh jadi jugak,"
"Aku risau sebenarnya, aku takut kalau-kalau dia apa-apakan aku." Luah Cristy akan kegusaran hati.
"Mustahil lelaki berhoodie tu ada niat jahat dekat kau."
Penat berdiri, Raisha berinisiatif masuk dalam restoran. Sudah terbiasa datang ke restoran ini, maka tidak segan silu dia memberikan kad pengenalannya pada perempuan yang menjaga pada kaunter.
"Reservation under Mister Mirco Dibenedetto?"
Setelah nama itu diseru, automatik ada beberapa pekerja membentuk kumpulan merapat lantas menunduk pada Cristy dan Raisha.
"Mari, ikut saya." Seorang perempuan keluar dari kumpulan itu lalu menunjukkan tempat duduk.
Cristy tercengang lain pula pada Raisha yang beriak biasa saja seperti layanan istimewa sudah selalu ia dapatkan atau memang sebenarnya Raisha selalu datang sini dan dapat layanan di sini?
"Yup, aku dan Kimi always makan dekat sini lepas lawat kau. Setiap kali aku datang sini, layanan istimewa macam nilah yang aku dapat." Seakan dapat membaca isi hati Cristy, cepat aje Raisha membalas.
"Kau tak perasaan nama dia sama macam nama suami kau." Raisha sembunyi senyum.
"Mungkin ada orang lain yang tersama nama, siapa tahu kan?" Sanggah Cristy agar tidak terlalu terluka. Rasanya sakit apabila mengharap Dez datang menemuinya.
"Aku rasa ada something wrong." Tutur Raisha mula menyambung setiap kebenaran yang terhidang di depan mata.
"Bermula ada seorang lelaki always ikut kau dan restoran baru bukak di seberang jalan selepas berita kehamilan kau. Boleh jadi nama restoran ini ialah D'tatto yang bermaksud Dez'touch." Jelas Raisha sepertinya sudah membongkar semua kebenaran yang jelas tekaannya betul lagilah tepat. Mungkin Raisha patut jadi peguam kerana kebijaksanaannya itu.
"Tak mungkinlah!" Tepis Cristy membuang segala prasangka berkaitan dengan Dez. Tak mahu terlalu berharap pada yang tidak pasti.
"Kalau betul macam mana?" Soal Raisha menaik alis penuh makna.
"Aku takkan percaya." Meski ada ragu dalam bicara itu tetap terdengar tegas.
Raisha mengukir senyum sinis setelah pelayan menghantar makanan untuk mereka.
"Maaf, boleh saya tahu bagaimana cara untuk saya bertemu dengan pemilik restoran ini ya?" Soal Raisha bernada formal.
"Pemilik restoran ini sudah pulang ke Itali beberapa hari lalu. Katanya, ada kerja yang tidak bisa ditunda." Inform pelayan perempuan itu.
"Boleh saya tahu bila boleh bersua muka dengannya?" Terdengar sungguh baku tutur katanya tapi Raisha tidak kisah akan itu. Dia mahukan jawapan!
"Maaf, Tuan Mirco tidak pernah mengabari kepulangan beliau. Biasanya, Tuan Mirco datang secara mengejut."
Dan entah kenapa, Cristy merasa sedih. Makanan yang ada di depan mata ditatap sendu. Bibirnya digigit dan tak dapat ditahan, air matanya jatuh dua titis.
'Abang memang dah tak nak jumpa Ris dan anak kita ke?' monolog Cristy sayu.
Raisha menepuk perlahan bahu Cristy memberi sedikit semangat buat temannya itu.
"Dez akan kembali, bersabarlah sahabatku."
Cristy angguk. Sudu dan garfu dicapai lalu dengan bismillah ia menyantap makanan yang ada di depan mata. Tidak bisa menipu, anak matanya tetap meliar. Begitu mengharap agar Dez berada di sini bersamanya walaupun itu mustahil sekali. Kehampaan jelas terpancar pada raut wajah itu juga sinaran sendu yang tidak lepas sejak tadi. Nyatanya, hatinya begitu merindui sehingga dia hampir melihat bayang lelaki itu.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro