Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 56

Ting! Tong!

Loceng yang berbunyi menanda seseorang telah mengunjung ke rumahnya, Muiz senyum samar. Walaupun belum tahu siapa, tapi dia dapat agak siapa yang datang.

"Hye!"

Suara itu melantun kuat apabila pintu dibuka. Muiz angkat alis tanpa menjawab sapaan itu. Dia menggeser tubuhnya, memberi peluang Krystal untuk masuk.

"Kau dah jumpa Cristy atau belum?"

Muiz dan Krystal berteman semenjak dia selalu melawat perempuan itu di dalam kelab malam. Berpura menjadi teman yang baik, tepat waktu dia menunjuk gambar Cristy. Memberitahu bahawa dia mencintai perempuan itu. Nyatanya, Krystal terkejut dan dia rela untuk membantu. Sayangnya, semua itu tidak kekal lama setelah Krystal diculik oleh Dez. Musuh ketatnya!

Bagaimana dia bisa tahu?

Sudah semestinya Krystal menceritakan segalanya padanya. Siap tunjuk gambar. Rupanya lelaki yang sama menganggu hubungannya dengan Cristy. Dunia begitu kecil bukan?

"Aku tak sempat jumpa dia, terlalu busy."

Tipu!

Itu adalah alasan semata-mata, bukan kerana busy tapi kerana takut. Takut jika dia bertemu kembali lelaki tidak guna itu.

"Aku ada plan untuk kau jumpa dia. Lepas kau jumpa Cristy, kau boleh bawak pergi luar negara atau mana-mana tempat yang kau nak. Deal?" Krystal tunjuk jari kelingkingnya.

"Deal!" Muiz menyambut kemas jari kelingking itu.

"Aku dah banyak kali tanya soalan yang sama tapi untuk kali ini, aku nak kau jawab dengan jujur! Kau nampak muka aku dan Cristy sama tak? Ada perbezaan tak?" Soal Krystal bersungguh-sungguh meyakinkan Muiz.

Jawapan Muiz selalunya adalah 'tidak' kerana itu hatinya tidak puas hati. Mustahil muka sama dikatakan tidak sama bukan?

"Sama, perbezaan kau dan Cristy adalah tahi lalat. Kau ada tahi lalat pada leher tapi tidak padanya. Rambut kau berdua sama-sama panjang paras pinggang."

Krystal angguk. Dia menepuk tangan seakan tekaan betul dari Muiz menghiburkan hatinya.

"Kau kakak dan dia adalah adik." Tambah Muiz lagi.

Sekali lagi, Krystal melakukan hal yang sama. Menepuk kuat tangan kerana terlalu gembira.

"Kau dibuang keluarga manakala dia tidak."

Bersamaan itu, wajah Krystal berubah seratus peratus. Tajam anak matanya memanah raut sinis yang terpapar pada wajah biasa itu.

"Kenapa? Terkejut? Hmm?"

"Apa yang kau tahu mengenai aku dan Cristy?" Soal Krystal terdengar marah.

Setahunya, Krystal tak ada cerita mengenai keluarganya terlalu details. Bagaimana Muiz bisa tahu?

"Aku abang tiri kau, sudah semestinya aku tahu semua perkara. Termasuk aku rampas semua harta milik papa aku. Mintak papa buang kau dari family atas sebab kau always rapat dengan Cristy sampai aku tak ada peluang untuk melakukan hubungan dengan Cristy. Hancurkan keluarga kau dengan bakar rumah sekali dengan orang-orang sekali. Tapi seorang saja aku masih pertahankan iaitu Cristy. Kekasih hatiku."

Rahsia yang selama ini disimpan kemas olehnya perlahan-lahan dilepaskan. Membenarkan Krystal agar hadam betul-betul apa yang terjadi dulu.

"Aku penyebab semua ini terjadi, aku berkeras nak papa buang kau sebagai alasan aku tak mahu anak kembar. Tapi itu hanya alasan, yang sebetulnya kalau ada kau. Aku tak bisa bebas menyentuh Cristy." Jijik sekali Krystal mendengar semua cerita Muiz.

"Tapi papa boleh dikira bodoh jugak kan? Dia boleh percayakan aku. Bila aku suruh tandatangan, dia buat aje. Bila dia tanya kertas apa yang ditandatangani, aku cakap hal kerja dan bodohnya papa percaya. Sekarang lihatlah, semua harta papa menjadi milik aku. Papa kau, apa yang dia ada? Kosong! Kosong!"

Krystal menggenggam tangannya yang mengigil. Deraian air mata mengalir laju tak dapat dihenti walaupun sudah berkali-kali Krystal seka. Kebenaran yang diungkap Muiz.

"Papa halau aku tapi aku yang halau dia. Kejam bukan?"

"Kau!"

Belumpun sempat Krystal bangun nak pukul, pisau yang ditunjuk Muiz melarangnya dari melakukan apa-apa tindakan. Maka itu, dia mampu duduk menangis dan menangis sahaja.

"Papa terlalu percayakan aku dulu. Aku yang mengadu papa dah tak sayang aku dan berlaku tak adil sebab lebih menyayangi isteri barunya. Oleh kerana itu, papa selalu bagi apa saja yang aku nak. Malah, dia percayakan aku bulat-bulat tanpa meneliti mana yang salah juga mana yang betul. Papa-"

"Kau memang kejam!" Potong Krystal meremas-remas penuh emosi pada pemegang pada sofa.

Muiz ketawa senang melihat Krystal beremosi kerananya. Air mata yang terus-terusan mengalir di kedua pipi mulus itu sedikitpun tidak membuahkan rasa kasihan. Makin bahagia rasanya!

"Papa kau terlalu baik untuk alasan kewangan yang tidak stabil pada Cristy untuk dipercayai sedangkan anak lelaki berwatakan syaitan seperti aku dipertahankan. Sanggup papa kau jadikan rumah kecil sebagai sewaan manakala rumah banglo mewah yang kau dan Cristy pernah stay diberi alasan bahawa sudah dibakar oleh seseorang. Miskin sungguh korang kan?"

Krystal teresak-esak menangis. Rupa-rupanya selama ini yang salahnya orang lain. Krystal dah banyak dosa dengan Cristy. Dia telah berdendam pada orang yang salah.

'Ma...Pa....maaf...maaf...'

"Untuk pengetahuan kau, akulah yang rancang semuanya dari A to Z."

"Ka-ka...ka-kau!"

"Kenapa terkejut? Aku bunuh mereka sebab dendam. Dendam apa? Of course lah sebab mama dan papa sanggup kurung Cristy dalam bilik. Mereka tak nak bagi aku jumpa walaupun untuk sejam. Kejam kan?"

"Kau lagi kejam dari mereka! Memang patutlah papa dan mama tak bagi kau jumpa Cristy. Syaitan bertopengkan manusia!" Hambur Krystal amarah terbuku di dada.

Krystal senyum sinis. Air mata dikesat kasar dengan belakang tapak tangan. Mahu saja dibunuh lelaki ini, tapi pemikirannya tidak sampai ke situ. Dia masih waras!

"Kau tak layak untuk Cristy! Sampai mati pun aku takkan benarkan kau berhubungan dengan Cristy. Kau dah lupa kejahatan yang kau dah buat selama ni? Kau ingat dengan apa yang kau buat dapat memujuk Cristy? Huh?" Decitan mengejek keluar dari bibir Krystal.

"Kau tak perlulah nak susahkan diri dapatkan hati Cristy. Kau takkan bisa! Kalaupun bisa, aku orang pertama yang akan melawan kau demi Cristy!" Tegas Krystal serius dengan ucapannya.

"Oh begitu?" Singkatnya jawapan itu. Benar-benar menyakitkan hati! Memuakkan!

Krystal merengus geram. Dia bangun menuju ke pintu. Buka saja pintu, tubuhnya mendadak menegang. Dia tidak berganjak sehinggalah Muiz turut berdiri di sebelahnya.

"You curang dengan I?" Soal Dev menggeram tidak terima.

"I tak curang, I melawat rumah kawan lama I aje." Jelas Krystal menahan kesal.

Dev merenung tajam anak mata Muiz. Dia tidak suka apabila Krystal memilih untuk luang masa bersama teman lamanya berbanding dirinya.

"Aku dan Krystal selalu lepak di sini bersama. Kenapa kau nak marah? Kami belum buat hubungan yang terlarang, mungkin nanti. Mana tahu bukan?" Ucap Muiz sengaja mencuba bermain api.

Krystal membeliakkan biji matanya. Dia tidak memberi apa-apa isyarat pada Muiz. Malah Muiz nampaknya senang sekali melihat kemarahan Dev.

"Atau kau nak tengok aku dan Krystal buat hubungan terlarang sekarang?" Ujarnya semakin menyinis.

Dev senyum misteri. Lelaki ini sedang menyimbah minyak pada bara api. Dilihat semacam sengaja untuk bermain dan dia, tidak segan silu untuk menunjukkan siapa pemenang dalam permainan ini.

"You baliklah, I ada something nak selesaikan dengan dia." Ucap Dev tidak melepaskan tatapan pada Muiz.

Krystal memahami apa yang cuba Dev sampaikan, dia mengangguk. Sempat kakinya menjinjit sedikit sebelum bibir berlabuh lembut di pipi Dev lantas berbisik.

"Dia yang kacau I dulu, always panggil I ke rumah dia. I dah cakap tak nak, tapi dia paksa. You nak buat apa-apa dekat dia, buatlah. I tak kesah. I sayang you."

Usai habis kata, Krystal berlari anak masuk ke dalam lif. Dia tidak mahu dengar apa-apa. Yang dia tahu, dendamnya pada Muiz harus dilunaskan!

Krystal tahu, Dev seorang yang baran. Paling sensitive bila perempuan miliknya disentuh. Dia percaya, Muiz tidak akan hidup lama. Mungkin sudah dibunuh hari ini. Siapa tahu bukan?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro