Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 53

Mereka ketika ini sedang berada di balkoni bilik. Senyum tak lepas dari keduanya. Ada berita yang membuat hatinya menghangat. Kata Dev, dia merancang untuk membunuh Cristy di rumah sewa. Harapnya, Cristy betul-betul mati hari ini.

"You happy?"

Krystal mengangguk. Seterusnya, dia mengucup sayang pipi kekasihnya itu.

"You percaya Cristy akan mati?" Soal Krystal penasaran.

"Anak buah I dah check semua area, mustahil mereka boleh keluar." Jawab Dev percaya diri.

Dahi Krystal mula berkerut. Bukankah rancangan mereka bunuh Cristy saja?

"Mereka? Siapa mereka?" Soal Krystal berdetak kencang jantungnya menanti jawapan dari Dev.

"Dez dan Cristy."

Dang!

"Dez?"

Dev mengetap kuat giginya. Nampaknya, ada yang tidak beres dengan kekasih hatinya ini. Dev mencengkam kuat lengan Krystal lalu ditarik merapat pada tubuhnya.

"I nak ingatkan you, sekali you masuk kehidupan I. Selamanya you akan menjadi milik I. You berani berpaling arah pada Dez, I takkan teragak-agak untuk bunuh you. Faham?" Tegas Dev dengan raut wajah serius.

"You dah salah faham ni,"

Krystal pura-pura ketawa demi menghalau perasaan takut dan gusar yang dirasainya ketika ini. Dia tahu Dev takkan main-main dengan katanya, begitulah juga yang dilakukan ketika Dev membunuh keluarganya sendiri.

"Untuk sekarang, I percayakan you."

Baru tadi wajah itu marah, kini wajah itu bertukar manis dan begitu ceria. Lagak seorang psiko yang begitu menyeramkan.

"Tapi...." Sengaja suara itu dibuat meleret demi untuk menakutkan perempuan itu.

Oh, lihatlah...

Kekasihnya sedang takut padanya. Malah anggota tubuhnya sudah mengigil ketakutan.

"Kalau you berani bercinta atau melakukan hubungan yang jauh dengan Dez. I takkan segan silu untuk bunuh you! Siapa nak selamatkan you? Tak ada siapa, malah selama ini, I yang kutip you dari dunia pelacur you."

Dev berdecit halus. Terdengar tidak puas hati tapi itu sebenarnya kesinisan yang disembunyi.

"I tahu, menjadi Krystal bukanlah mudah. Dibesarkan dalam golongan orang kaya tapi dijual demi wang. Paling menyakitkan, you cuba untuk melarikan diri dengan menjual tubuh pada semua lelaki semata-mata kerana wang." Sambung Dev lagi.

Krystal mengempal penumbuk. Bibirnya dikemam rapat menahan air mata yang hampir menitik. Dia sudah biasa dapat cemuhan dari orang lain. Tapi apabila Dev melakukannya, dia tidak bisa. Hatinya menangis juga menjerit kesakitan bahawa dia tidak mengimpikan kehidupan menyedihkan sebegini.

"You sepatutnya bersyukur Dez terima you sebagai bakal isteri tapi you bodoh. You ikut rancangan I untuk musnahkan dia. You melarikan diri demi I. You buat semuanya demi I and semestinya buat hati Dez...Boom! Meletop! Argh! Sakit!"

Dev pegang dada. Berlakon seperti betul-betul tersakit hati sampai air mata pun dia biarkan mengalir. Entah sedih kerana apa, tapi yang pasti itu semua hanya lakonan semata-mata untuk menyakitkan hati Krystal.

"Itu kebodohan I sebab I tak tahu yang you dan Dez ada hubungan sedarah!"

"Shut up!"

Hampir nak terlonjak keluar jantungnya apabila tubuhnya ditolak kasar ke balkoni sampai pinggangnya berbunyi 'krak'.

"Argh..." Ringis Krystal kesakitan.

Berkaca matanya menahan sakit juga perit apabila tubuhnya berkali-kali ditolak.

"Apa bezanya dengan you? You sanggup arahkan geng mafia untuk serang keluarga you. Tak hanya tu, you dengan relanya nak bunuh mama dan papa you dengan tangan sendiri. Yang mana lebih menyedihkan huh? You atau I?!"

Krak!

Keluar jeritan maha keluar dari Krystal kerana perbuatan Dev.  Tubuhnya semakin dibuat kuat menekan di palang balkoni. Lebih kuat dari tadi. Malah tanpa henti.

"Hentikan....hentikan...." Pinta Krystal bersama deraian air mata.

Dev menyeringai sinis. Sinar dendam juga amarah terlihat dari anak mata itu. Merasa puas dengan perbuatan sendiri, tubuh itu dilepaskan. Mendadak Krystal menarik nafas dengan terbatuk-batuk.

Oh my god!

Dev merasa kasihan pada kekasihnya tapi ini hukuman yang sepatutnya untuk Krystal yang jahat bukan?

"I berterima kasih sebab you sanggup gadaikan Dez untuk I dulu dan disebabkan sikap you yang mendengar kata, I jadi makin sayang dekat you. Tapi sekarang, you dah banyak berubah. You dah tunjuk taring nak melawan cakap I. Malah, you dah jatuh cinta dekat Dez. You dah khianat I, Krystal. I bencikan itu." Ucap Dev terdengar kecewa juga sendu.

"I tak cintakan Dez. I tak pernah khianat you, You yang khianat I! I ikut semua rancangan you dari dulu sampai sekarang! Tapi apa yang I dapat? You layan I macam sampah! Semua ini berlaku sebab you!"

"Oh? Sekarang you nak salahkan I sedangkan you yang pilih I selepas Dez? You tak layaklah untuk Dez! You layak untuk I, sama-sama jahat! Sama-sama syaitan!"

"Syaitan aje yang sanggup bunuh darah daging sendiri. Sejahat-jahat I, I tak bunuh oranglah!" Dev angkat rahang Krystal.

"Jangan sampai orang yang you panggil syaitan ni, bunuh you." Ujar Dev memberi amaran. Terdengar nada biasa tapi percayalah itu adalah amarah yang ditahan lelaki itu.

"I tak buat salah apa-apa dekat you, kenapa you nak bunuh I?" Soal Krystal tidak terima akal.

"You ingat I tak tahu you datang office Dez dan you buat perangai murah untuk menagih cinta Dez."

Lain terus muka Krystal. Pucat lesi tak berdarah. Dia menggeleng kepala. Tangan Dev diraih, namun ditepis kasar persis jijik.

"I tak buat perangai macam tu. You tahu I sayang you sangat-sangat kan? I tak mungkin menagih cinta dari Dez sedangkan I dah ada you. Kan? I datang sana, semata-mata nak jumpa Cristy. I nak cakap bahawa I rindukan dia. Rindu sangat-sangat!"

"Oh? Rindu?"

Rambut Krystal ditarik sehingga terngadah ke belakang dengan ringisan kesakitan.

"Dev...sakit! Lepaskan I....lepas!" Ronta Krystal hampir nak gila kerana tarikan itu seakan nak tercabut akar rambutnya.

"You nak tipu I apa lagi lepas ni? Tak ada istilah rindulah kalau you sendiri bencikan adik you! Tadi you melawan cakap I, sekarang you menipu I. Lepas ni apa pulak? Huh? Perempuan tak guna! Perempuan murah!" Maki Dev lantang tanpa memikirkan perasaan Krystal.

"Kenapa you layan I macam ni? You cakap, you sayang I tapi kenapa you buat I macam anak patung? Kenapa? Sedangkan Dez tak pernah buat I macam ni. Dez sayang I and layan I lebih dari princess. Dia tak pernah naik tangan mahupun pukul I. You jahat! You kejam!" Lampias Krystal teresak-esak menangis.

"Oh? Sekarang you nak banding I dengan si bodoh tu pulak? You memang tak pernah serik pun, you tak pernah belajar dari kesilapan! I dah cakap, I tak suka you lebihkan I dari Dez. I benci! And I muak! You buat I makin marah! You tahu kan apa yang I buat kalau I tengah marah?" Dev menggeram bersama aura gelapnya.

"Sejak dulu, you tak pernah berubah! You marahkan Dez tapi you lampiaskan pada tubuh I! I yang kena tahan sakit setiap layanan you dekat I. I dah muak dengan semua layanan kasar you! I nak kembali pada Dez! I tak nak jadi kekasih you lagi! Kita putus!" Ungkap Krystal tanpa berfikir panjang.

Dev jadi naik gila. Krystal yang cuba melarikan diri tangkas ditangkap lalu dicempung dibawa ke katil.

"Lepaskan I! Lelaki tak guna macam you tak layak untuk perempuan murah macam I! Lepaskan I! Lepas!" Ronta Krystal berterusan.

"I sayangkan you. Apapun yang terjadi, you milik I. You diharamkan putus dengan I. You adalah milik I, tak ada orang lain boleh miliki you selain I. Lepas ni, kalau I nampak you dengan lelaki lain, I takkan segan silu untuk bunuh dia!" Ugut Dev benar-benar serius.

Dev menindih tubuh Krystal dan secara paksaan, dia mengasari tubuh itu untuk entah kali ke berapa. Raungan dan minta tolong dari Krystal dibuat tidak peduli. Yang dia tahu, dia mencintai perempuan ini. Krystal hanya miliknya,

Iya,

Milikku!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro