Bab 46
"Siapa sebelah you?" Soal Demi terdengar nada cemburu.
"Cristy, isteri I." Akui Dez berbaur bangga juga posesif.
Dari lirik mata pada bahu, Demi nampak sinar cinta pada anak mata yang dingin itu. Sejak dulu, Demi selalu kalah dengan banyak wanita untuk mendapatkan cinta Dez.
"Kenapa you kahwin dengan dia? Kenapa you butakan hati bila I cuba dapatkan hati you? Apa salah I? Kenapa you langsung tak bagi I peluang untuk mencintai you?" Soal Demi bertalu-talu soalan dihamburnya.
Dez tidak mahu bercakap banyak soal hati, oleh itu dia ambil jalan mudah dengan melarikan diri dari situasi itu. Ada baiknya dia tak keluar apa-apa kata, takutnya nanti akan memalukan Demi. Dez masih baik hati jaga hati anak Uncle Damon. Jika bukan disebabkan dia mempunyai hubungan baik dengan lelaki berumur itu, mungkin dia tidak akan segan silu untuk memalukan Demi depan orang ramai.
"Abang suka dia?"
Dez menggeleng. Kuih muih yang disediakan di sana, dicapai lalu dimakan.
"Ab-"
Sesuka hati je, Dez sumbat kuih seterusnya dalam mulut Cristy.
"I love you, only you, it will only ever be you. Okay?"
Cristy berpaling, tidak sanggup pandang muka Dez. Malu nak tunjuk mukanya sedang bersemu merah kerana malu.
"Abang nampak tadi dia-"
"Demi suka abang?" Soal Dez menyambung apa yang cuba Cristy katakan.
Mengiyakan, Cristy angguk.
"Demi dah lama cuba untuk dapatkan hati abang. Semenjak abang berhubungan dengan Krystal tapi abang menolak atas sebab abang berjanji pada diri sendiri untuk setia pada yang satu."
Air sirap yang tersedia di sana dihirup sedikit. Dalam majlis ini ada campuran bangsa, maka itu ada alcohol juga air biasa iaitu sirap.
"Abang tak minum alcohol?" Soal Cristy aneh.
"Abang dah lama tak minum alcohol." Akui Dez sejujurnya.
Cristy menganga tidak percaya, kerana setahunya lelaki bernama Dez pencinta air arak. Untuk melepaskan, sungguh tidak mudah. Tapi mendengar penjelasan juga air yang dihirupnya membuatnya merasa sesuatu. Bukan dejavu tapi terkejut juga terselit bahagia.
"Sejak bila?" Cristy meraih gelas. Namun, Dez terlebih dahulu menyua air miliknya.
"Sejak sayang pergi dari hidup abang." Ucap Dez bersama tatapan redup.
Gulp!
Degupan jantung Cristy tiba-tiba laju mengepam. Dia jadi tidak tentu arah menatap anak mata melembut padanya. Dia cuba menahan tangannya dari gementar, menyambut gelas milik Dez. Dia menghirup rakus air itu. Bukan kerana dahaga, tapi kerana hatinya yang makin tidak terkawal.
"Abang dengar perbualan tadi."
Tanpa melepaskan tatapan, Dez keluar kata lagi.
"Ab-abang dengar?"
Degupan jantung Cristy hampir nak terkeluar dengar ayat yang keluar dari bibir Dez.
"I'm a proud husband of a wonderful wife..."
Cristy melarikan kedua anak matanya dari Dez. Tidak terjangka dapat kata-kata manis ini di depan khalayak ramai. Meski tidak kuat, tapi orang berdekatan dengannya bisa mendengar jelas semuanya.
"Can i be with you forever, honey?"
Tika itu, Cristy rasa nak pengsan. Nafasnya tersekat, tidak mampu untuk bernafas dengan baik.
"Dez?" Suara seseorang melegakan Cristy dari keadaan yang menyesakkan itu.
Uncle Damon tampak senang menemui Dez. Sayangnya, Dez tidak merasai hal yang sama. Cepat-cepat dia membawa lari tubuh Cristy ke belakangnya.
"Wow?"
Uncle Damon terkekeh ketawa. Belum berkenalan apa-apa tapi lelaki itu sudah menghalang dirinya dari melakukan apa-apa.
"Uncle Damon." Dia menghulur tangan.
"No la toques!" Suara pekat accent spanish itu kedengaran keras berbisik.
(Don't touch her)
Uncle Damon menurunkan tangannya. Dia mengerling Cristy di belakang Dez sebelum anggukan sedikit sebagai tanda pengenalan diberi nya.
"Uncle Damon."
"Cristy."
Cristy juga melakukan hal yang sama. Ada perasaan takut menatap raut wajah tegang Dez itu.
"Eres hermosa." (You're beautiful)
"Cállate!" (Shut up!)
Uncle Damon tertawa senang melihat betapa posesif nya Dez merangkul pinggang Cristy. Kehadiran seseorang di sebelahnya pastinya bukan hal yang baik. Kerana apa?
Demi, anak perempuannya begitu mahukan Dez dalam hidupnya dan dia tidak tega untuk mengatakan tidak tapi juga tidak mahu menganggu kehidupan Dez.
"Pa..." Panggil Demi penuh makna.
Sejujurnya, Uncle Damon sedikit gusar untuk melakukan apa yang Demi rancangkan malam ini. Dez bukan sembarangan orang, maka dia tidak mahu apa-apa terjadi pada Demi.
"It's okay to feel disappointed, it's okay..."
Anak mata Demi berkaca, bibirnya diketap dengan anak mata berdendam pada Cristy.
"If I can't have him then no one can." Bisik Demi terselit sesuatu yang tidak menyenangkan.
Keluhan berat Uncle Damon lepaskan. Dia mendapat tatapan tajam dari seseorang. Siapa lagi, kalau bukan Dez?
"Stupid fool you're forcing me to kill you."
Dez merapati Uncle Damon dan membisikkan sesuatu betul-betul pada telinga itu.
"You know..."
Dia berdecit halus.
"A broken glass can't be repaired neither a broken trust."
Dez menepuk bahu Uncle Damon sebelum dia heret Cristy keluar dari majlis itu. Namun, tiba-tiba saja elektrik terputus dan semua cahaya lampu tadi terpadam dengan sendirinya.
"Abang?"
Cristy merasai kehangatan tangan Dez sudahpun hilang. Dia ketakutan apabila suasana tadi baik-baik saja kini berubah seratus peratus menyeramkan. Suara jeritan, tembakan sana sini, terdengar juga bunyi tulang yang telah patah. Cristy bisa gila, secepat mungkin dia meraba sekitar. Menemui meja, pantas dia menyembunyikan tubuh di sana.
"Help me...help Dez...help..." Ucap Cristy penuh ketakutan.
Terfikir sesuatu,
"Power rangers!!!"
Dengan teriakan itu, beberapa orang tiba-tiba masuk dengan pakaian yang sungguh aneh bersama topeng power rangers. Suasana berubah hening, semua perlawanan menembak tiba-tiba terhenti.
"Hitam!"
Barisan pertama itu menyungging senyum sinis.
"Merah!"
Barisan kedua pula, angkat pistol miliknya.
"Biru!"
Barisan ketiga, tidak segan silu mempamerkan pisau.
"Kuning!"
Barisan keempat, mengeluarkan cambut.
"Pink!"
Barisan kelima, mengeluarkan baton.
"Kami, power rangers!" Ucap Adli tidak tahu malu.
Cristy yang berada di bawah meja tepuk dahi. Kegilaan apa yang Adli buat sekarang ini?
Suasana yang hening bertukar kembali seperti tadi. Tadinya dia meremehkan setiap barisan power rangers. Namun sekarang, dia merasa power rangers ciptaan Adli bukanlah biasa-biasa. Sekelip mata, penjahat penuh tadi semakin berkurang. Senyum bahagia terbit dari bibir Cristy.
"Thank you power rangers."
Usai mengucapkan kata itu, Cristy bangun untuk mencari Dez. Terdetik di hati untuk ke belakang banglo ini, langkah kakinya gontai sekali. Dia merisaukan semua perkara. Sayup-sayup dengar seseorang berbicara.
"I sayangkan you, Dez. I sanggup bagi you apa saja. Please...balas cinta I....please..." Rayu Demi seperti perempuan yang tiada harga diri.
Tidak sedar dirinya, Demi melabuhkan banyak ciuman pada muka juga tubuh itu dengan deraian air mata. Baru sedikit sentuhan yang diberi, tubuhnya yang berada diatas paha Dez telahpun jatuh. Entah bagaimana, lelaki itu bisa meleraikan tali ikatan pada tangannya. Sigap, pistol dikeluarkannya dari poket.
"You died!"
Bang!
Sayangnya, peluru yang ditembak itu tidak mengena pada Demi malah benda lain menjadi mangsa. Rupanya Cristy menghalang dirinya dari membunuh.
"Don't... don't kill her."
Cristy memeluk erat tubuh Dez. Anak matanya mengerling Demi yang baru saja menyarung semua pakaiannya di tubuh dengan raut wajah sedih.
"Don't stop me!" Ucap Dez penuh aura hitam yang penuh dengan dendam.
"Kalau abang nak bunuh Demi, abang bunuh Ris dulu."
Cristy pegang tangan Dez lalu dibawa pistol itu ke perutnya. Automatik, Dez melepaskan pistol dari tangannya. Matanya memerah menatap kepergian Demi yang ketakutan itu. Dia membalas pelukan dari Cristy.
"She roughly kiss-"
Belum habis Dez mengadu, kakinya sudah lemas. Tidak mampu untuk berdiri, kerana dengan sendirinya Cristy membersihkan semua sentuhan Demi padanya. Hujung bibir itu terangkat sedikit menanda dia begitu bahagia.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro