Bab 43
"Dez tak bagi kau keluar hospital." Adli kerling Cristy.
Decakan halus keluar dari bibir apabila Cristy tetap memasukkan bajunya ke dalam beg.
"Kau lupa apa yang Dez cakap dekat kau?"
Cristy mengerucut bibir.
"Datang sini dengan abang dan balik pun dengan abang. Abang takkan sesekali benarkan orang lain hantar sayang. Tunggu abang atau stay hospital sampai bila-bila." Sebijik Cristy tiru cara Dez beri amaran padanya melalui panggilan telefon beberapa minit tadi.
"Aku tahu kau dah sihat tapi kau tak boleh langgar arahan Dez macam tu je. Nanti aku kena marah tau! Bukan kau." Bukannya nada marah tapi mendatar aje. Boleh dikatakan seperti nasihat nadanya.
"Saya janji, awak takkan kena marah dengan Dez!" Cristy buat tangan seperti angkat ikrar.
"Siap kau kalau aku kena marah!"
Meski tidak ikhlas, masih juga tangan itu meraih bagasi kecil milik Cristy. Mereka berdua keluar dari hospital lalu masuk ke dalam kereta. Belum sempat Cristy buka pintu sebelah pemandu, Adli dah bagi amaran.
"Lebih baik kau duduk belakang, jadikan aku sebagai pemandu kau. Aku tak nak dapat penumbuk percuma dari Dez."
Cristy angguk. Beralih langkahnya ke pintu belakang dan dia berehat di sana.
"Saya nak jumpa Dez." Ujar Cristy setelah Adli selamat masuk dalam kereta.
"Aight!"
Suasana hening seketika, Cristy memilih untuk berehat manakala Adli lebih fokus pada pemanduannya. Seketika, dia mengelamun sehingga dia tidak sedar bahawa mereka telah sampai di depan syarikat Dez.
"Dah sampai."
Cristy tersedar dari lamunannya, anak matanya spontan memandang bangunan megah tinggi yang terletak nama Dez's Holding di atasnya.
"Awak tak masuk dalam sekali?"
"Tak, aku baru dapat mesej dari Dez untuk belikan makanan."
Cristy angguk.
"Terima kasih."
"No problem!"
Cristy keluar dari kereta. Kereta Adli yang semakin menjauh ditatap sebelum dia masuk ke dalam bangunan itu. Selangkah kakinya masuk, dia terpegun melihat rekaan dalaman bangunan yang cantik dan sangat mewah.
"Wow..."
Cristy berjalan ke kaunter pertanyaan. Dia berdehem seketika, sempat matanya mengerling name tag itu.
'Sufi?'
Senyum dipamer sebelum dia mengeluarkan pertanyaan.
"Boleh saya tahu di mana office suami saya, Dez?"
Senyuman perempuan yang bernama Sufi memudar. Timbul perasaan aneh dalam dirinya. Tidak pernah Dez membawa isterinya ke mari. Mengapa tiba-tiba?
"Boleh saya tahu nama puan?"
"Cristy." Ucap Cristy yakin.
Sufi mencari sesuatu didalam komputernya. Setiap nama istimewa perlu dicatatnya demi mengelakkan perempuan-perempuan tidak berguna menganggu Dez termasuk Krystal.
"Cris...ty?" Eja Sufi dua patah perkataan.
"Iya, saya."
"Puan Cristy boleh naik lift ke tingkat 20 bertemu terus dengan Tuan Dez. Encik Adli, Assistant Dez masih di luar." Inform Sufi lancar.
Dia mengambil satu kantung card yang terdapat kertas kecil di dalamnya.
"Ini card istimewa bersama kertas siap ditulis password untuk buka pintu, digunakan jika perlu kalau tak boleh masuk."
"Terima kasih."
"Sama-sama."
Dia baru saja nak melangkah masuk ke dalam lif. Namun, perbualan seseorang membantutkan langkahnya.
"Aku tak faham dengan perempuan yang suka jadi penyondol ni. Laki orang pun dia nak ambik, takde lelaki bujang ke sampai laki orang dia nak kebas? Dah mampus agaknya semua lelaki?" Terdengar kasar bahasa seorang perempuan berambut pendek yang baru keluar dari lif itu.
"Shhh! Aku tahulah kau benci penyondol tu, tapi jangan sampai suara kuat kau buat orang tengok kita. Kita boleh dapat perhatian orang ramai!" Cegah seorang lelaki yang mungkin Cristy agak adalah teman lelakinya.
"Kita memang artis, dapat perhatian apa salahnya?"
Pasangan itu ketawa terbahak-bahak dan tanpa sedar, apa yang mereka bualkan memberi impak pada Cristy. Dia menggeleng.
'Mungkin orang lain.'
Cristy memboloskan diri masuk ke dalam lif. Dia tekan nombor 20, di mana terletaknya pejabat Cristy. Degupan jantungnya tiba-tiba tidak sekata, sepertinya ada sesuatu yang terjadi. Rasa tak sedap hati saja.
Ting!
Kakinya diatur ke office Dez. Dahinya berkerut apabila pintu office Dez terbuka sedikit. Cristy yang baru sahaja ingin melangkah masuk ke dalam bilik itu, terdengar perbualan seseorang. Dia mula mencuri dengar.
"I rindu you sangat-sangat tau! Kenapa you macam nak tak nak layan I? You bukan Dez yang dulu I kenal. Please...I sayang you. Jangan layan I macam ni..."
Cristy berkerut dahi, suara itu sepertinya familiar di dalam pendengaran telinganya.
'Krystal?'
"You merayu sampai telinga I pekak pun, I tetap takkan layan you. Hubungan kita berdua dah tamat sejak you tinggalkan I. I bukan lelaki yang setia pada perempuan yang bodoh macam you." Meluncur laju ayat pedas itu keluar dari bibir Dez.
Cristy tidak bergeming sedikit pun. Hanya berdiri tegak menanti balasan dari Krystal.
"I tahu, I bodoh sebab sanggup tinggalkan you demi lelaki. I sanggup buat rancangan untuk bunuh you demi dapatkan cinta dari Dev. I tak tahu Dev adalah abang you. Maafkan I..."
Krystal duduk di atas paha Dez lalu dada bidang itu diusap lembut. Tidak cukup itu, sesuka hatinya saja melabuh ciuman pada bibir Dez.
"Enough!"
Fail dihempas kuat ke atas meja sehingga kedua bahu Krystal terangkat. Sekelip mata,
Buk!
Nafas Krystal tersekat-sekat apabila lehernya dicekik oleh Dez. Bahkan, pinggangnya juga sakit apabila Dez terus-terus menolak tubuhnya agar merapat dengan dinding. Lelaki itu menarik senyum sinis.
"I thank god for saving me from the kind of relationship we had. God knows you are not the right one for me."
Krystal cuba meleraikan cengkaman tangan besar itu. Namun apakan daya, tenaganya tidak sekuat lelaki itu. Air matanya hampir keluar saat kuku panjang Dez dibenam pada lehernya.
"Now you die!" Bisikan celah gigi jelas kedengaran dari lelaki itu.
Dia semakin mengetatkan cengkaman pada leher itu. Matanya berubah kehitaman penuh dendam juga amarah. Sebelum,
"Abang?"
Terlempar tubuh itu ke sudut dinding. Dez mengerling Krystal sekilas seterusnya dia mengambil langkah ke mejanya semula menyiapkan kerja terbengkalai tadi.
"Get out before i kill you slut!"
Mencicit Krystal berlari sembari memegang lehernya yang perit kerana dicekik tadi. Cristy terdiam sejenak. Seterusnya, kakinya melangkah merapati Dez terus punggungnya berlabuh di atas kerusi betul-betul di depan Dez.
"You knew you were being a bad girl by disobeying your husband." Tanpa beralih anak mata pada fail, lelaki itu keluarkan kata.
Cristy bermain dengan jarinya yang berada di bawah meja.
"How dare you disobey me, honey?" Suara itu berubah sensual.
Bibir itu menyeringai sinis.
"T....t-trust me i did not disobey you."
"Is that so?"
Cristy angguk berkali-kali menunjukkan dia betul-betul serius dengan katanya.
"Come here..." Titah Dez tegas berbaur dominant nadanya.
Gulp!
Cristy merapati Dez. Berdiri betul-betul di sebelah lelaki itu yang sedang duduk fokus pada fail.
"Sit on my lap."
Cristy tak rela tapi dia masih melakukan apa yang diperintahkan, oleh kerana tatapan tajam menghunus dihulur oleh Dez padanya.
"Good girl..."
Kerusi berodanya dibawa ke depan sedikit. Semua fail ditolak ke tepi. Sepantas kilat, tubuh itu diangkat pusing mengadapnya duduk di atas meja kerjanya. Cristy telan air liur payah.
"You need to learn not to disobey me, babygirl..." Tepi pinggang Cristy diusap seakan memberi isyarat akan sesuatu.
"I'm going to have to punish you."
Terketap-ketap bibir Dez mengingat perbuatan Krystal tadi. Tangan Cristy dibawa belai dada bidangnya. Di mana tempat Krystal menyentuhnya tadi. Perubahan muka Dez terlalu ketara, kemarahan itu sekejap saja terjentik disebabkan perempuan bernama Krystal.
"Tell me,"
Tangan besar itu diraih lalu digenggam kemas. Criaty tahu apa yang cuba Dez lakukan. Terang lagi bersuluh lelaki itu sedang menghapus jejak Krystal yang menyentuhnya tadi.
"Tell me what you want, baby?"
Anak mata redup lelaki itu menatap dalam mata Cristy.
"Kiss me."
Cristy merapati wajah itu. Seketika, pasangan itu hanyut dengan degupan jantung masing-masing. Mereka tidak melanggar batas, hanya ciuman saja kerana Dez masih belum bersedia untuk memaksa Cristy.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro