Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 40

"Isteri anda mengalami trauma selepas kejadian yang ia dapat. Mungkin isteri anda sudah tidak bisa mempercayai orang-orang berdekatan dengannya. Saran saya, ada baiknya untuk ketika ini, jangan biarkan dia sendiri. Saya permisi."

Dez menghantar kepergian doktor dengan sorotan mata sebelum pandangan dibuang pada Cristy. Jauh dari sudut hatinya, perasaan bersalah semakin menggunung. Andai saja tadi dia tidak meninggalkan Cristy sendiri, semua ini tidak akan terjadi.

"Don,"

Lamunannya hilang apabila seseorang menegurnya. Kepala terus menoleh ke belakang.

"Kami menerima maklumat Dev menyerang Cristy sebaik sahaja kau sampai betul-betul di tempat kejadian. Kami juga dapat berita dari penumpang yang turut serta dalam situasi itu bahawa Dev memaksa Cristy untuk naik Roller Coaster, jika tidak Dev ugut nak bunuh semua penumpang yang ada di sana." Lancar penjelasan Adli tanpa noktah.

Dadanya mula berombak menahan marah. Tangan kanannya sudah menggempal penumbuk.

"Why didn't you tell me earlier?" Soal Dez tertekan dengan sikap Adli.

Adli angkat kedua bahunya acuh, tanpa perasaan dia mengambil epal di dalam bakul yang ada di atas meja dan gigit. Dia mengerling Cristy seketika.

"Khusyuk jugak dia tidur." Gumam Adli tanpa menyedari akibat dari ucapan sendiri.

"Kau!"

Sepantas kilat, Adli menangkap buah epal yang dilemparkan padanya. Semua lemparan Dez ditangkap dengan baik sekali hingga buah epal sudah licin dalam bakul.

"Rileklah, asal nak baran sangat ni?" Soal Adli santai. 

Dez melabuh duduk di atas sofa yang ada di situ. Raut wajah itu tampak tegang semacam. Mungkin marah pada Dev belum surut.

"Aku dan Adam dah lama tak sukakan si Dev tu. Kau aje yang tetap bertahan untuk tak bunuh Dev. Ikutkan hati aku, memang dah lama aku lesapkan dia dari pandangan mata aku. Tapi kau jangan risau, aku takkan hasut kau untuk bunuh Dev." Bagitahu Adli mendatar. Cukup meluah apa yang dia rasa.

"Kenapa kau tak hasut aku macam Adam?" Soal Dez aneh.

Adli diam seketika, sebelum dia melabuh duduk di atas sofa sebelah Dez. Epal dikunyah nya dengan alis diangkat.

"Aku tak perlu nak hasut kau untuk bunuh Dev pun, kau dengan sendirinya akan bunuh dia." Ucap Adli dalam kunyahan epal.

Dahi Dez berkerut seribu. Masih tidak mengerti apa yang cuba Dez sampaikan padanya.

"Sometimes the king is a woman."

Adli kerling Cristy yang ada atas katil itu.

"When a man loves a woman, he will do anything for her." Sambung Adli lagi.

Kelihatan, kelopak mata Cristy bergerak. Disebabkan itu, Adli memilih untuk keluar dari wad itu. Meninggalkan pasangan berdua itu saja di dalam wad.

"Abang...abang...." Seru Cristy berulang kali.

Air mata menderu laju mengalir pada kedua pipinya. Nampak aje Dez, wayar yang ada ditangannya dicabut. Kemudian, pantas dia berlari masuk ke dalam pelukan Dez.

"Ab-abang...tsk...tsk...takut..." Kuat baju itu dicengkamnya.

Allah,

Cristy takut. Sangat-sangat takut!

"Shhh....I am here for you sayang, don't forget that..."

Dez menyeka air mata Cristy, setelah itu dia heret agar berbaring semula diatas katil.

"Cris nak duduk je, tak nak baring."

Dez angguk. Dia mendudukkan Cristy pada kepala katil. 

"I am feeling thirsty."

Tanpa disuruh, Dez ambil air mineral untuk Cristy lalu disua pada bibir itu.

"Ris nampak Dev." Bagitahu Cristy apabila air telah habis ditelan masuk ke dalam rongga kerongkongnya.

"Don't worry sweetheart, I'll protect you."

"Dev cakap dekat Ris yang dia nak bunuh kebahagiaan abang. Dev nak abang mati slow-slow depan mata dia.  Kalau tak dapat bunuh abang, Dev nak bunuh Ris." Kata Cristy sebak.

Matanya berkaca kerana takut juga risau jika apa yang dikatakan Dev berlaku. Cristy percaya Dev tak mampu membunuh Dez secara seorang diri tapi jika seorang lawan ramai?

Cristy yakin Dez akan tumbang dan itulah yang menjadi kegelisahannya sekarang.

"I will never be nice. My hands are dirty with blood. I am a monster, I'm more than human. My touch is lethal, my touch is power."

Dez senyum misteri. Anak mata itu seakan terbaca dengan sesuatu yang tersirat dirancang oleh lelaki itu.

"I killed over 800 men. Any normal person would consider that an evil thing to do. But I don't see that way. I never have..." Dez terkekeh sinis. Aura gelap menyeliputi dirinya ketika ini.

Gulp!

Cristy telan air liur kasar. Terbit perasaan takut menatap senyuman sinis dari bibir itu. Tapi, jika dilihat tadi Dev tidak begitu mahir dalam bersenjata. Berbanding Dez, yang mampu mahir banyak senjata.

"We do terrible things for the people we love?"

"Ah, correct! We do, we would even kill for the ones we love or either that sacrifice yourself for them." Jawab Dez jelas lagi nyata.

"You're not as evil as people think you are." Sanggah Cristy tidak terima.

"No, I'm much worse sayang..." Dez bagi ciuman sayang pada bibir itu.

"Woi!"

Sergahan tiba-tiba buat Cristy tak tentu arah kerana malu. Lain pula dengan Dez yang terlihat biasa saja bersama raut wajah dingin nya itu.

"Ciumlah banyak lagi woi!" Semudah itu Adli bagi perintah.

Wajah Cristy sudah seperti udang dibakar. Mukanya menunduk aje menahan perasaan malu. 

"Menyibuklah kau ni! Kaulah pergi cium sana!"

"Okay!"

Terbuntang mata Dez tatkala Adli bergerak nak cium Cristy.

"Woi! Bukan cium isteri aku! Cium girlfriend kaulah! Ey kau ni!"

"Kau yang nak aku cium Cristy, kau pulak yang marah? Kau nak apa sebenarnya ha?" Marah Adli dengan bibir mengerucut.

"Kau yang salah faham!" Telinga itu ditarik sekali. Kuat dan mampu meninggalkan kesan kemerahan pada telinga itu.

Terkekeh Cristy ketawa mendengar ringisan dari Adli.

"Apa gelak-gelak?" Soal Dez ketus. Nadanya terdengar marah sekali. Sepertinya ia sedang  menahan perasaan cemburu.

Automatik, Cristy kemam bibir. Bibirnya terkatup rapat. Sesekali dia mengerling Dez dan Adli yang sedang berlawan mata dengan tatapan membunuh itu. 

"Nah, makanan yang Cik Cristy pesan tadi."

"Bila isteri aku pesan makanan?" Soal Dez belum habis bergaduh mulut dengan Adli.

Adli meletakkan makanan yang dibelinya di atas meja. Semerbak aroma bubur ayam dan makanan lainnya masuk ke dalam rongga hidung.

"Aku dapat baca fikiran isteri kau, isteri kau lapar. Kau apa tau? Sepatutnya kau sebagai suami tahu bahawa isteri kau tengah lapar. Ini tak, tahu nak kiss kiss je."

"Mana ada aku kiss kiss?" Sanggah Dez alih pandangannya ke jendela.

"Eh ada-"

"Keluarlah kau! Aku nak bermanja dengan isteri aku pulak."

Tanpa perasaan, Dez heret Adli keluar dari wad.

"Jangan lupa kiss banyak-banyak!"

"Sudahlah kau!"

Muka merah seperti buah tomato itu makin menjadi-jadi semangat Adli nak sakat Dez.

"Kiss aku jugak!" Adli buat mulut muncung.

Bam!

Kuat hempasan pintu itu. Adli tekup mulut. Cuba untuk tidak mengeluarkan apa-apa bunyi. Namun, dia tidak bisa. Tak dapat bertahan lama, akhirnya ketawa yang ditahan sejak tadi meletus. Terbahak-bahak Adli ketawakan Dez. Dez yang masih ada di sebalik pintu. Makin menjadi-jadi warna pada mukanya itu.

"Jom makan." Ajak Dez sedaya upaya mengeluarkan nada biasa.

Cristy angguk. Dia malas nak terus menyakat Dez. Perutnya berkeroncong lapar meminta sesuap nasi. Ada baiknya Cristy isi tenaga untuk pekerjaannya yang lain.

"Ris tak nak dah." Tolak Cristy setelah empat sudu bubur ayam masuk dalam perutnya.

"Masih banyak lagi." Bagitahu Dez, menatap satu persatu makanan yang belum disentuh Cristy.

"Macam mana dengan Adli?"

Deringan telefon berbunyi,

Speak of the devil, here comes Adli...

Nama Adli terpapar di skrin, Dez angkat panggilan telefon itu.

"Loudspeaker." Bisik Cristy perlahan.

Tak ada masalah, Dez patuh. Panggilan itu dibuat loudspeaker.

"Hello bossku! Ada makanan untuk pekerja mu yang berbakti ni ke?" Soal Adli senyum kecil di bibir.

"Bagi Adli ajelah sisa baki yang ada."

"Awww baiknya kesayangan Adli ni. Jangan lupa bagi sisa yang Cristy tak dapat habis. Abang-"

"Ambil makanan yang belum Cristy makan aje!" Arah Dez senafas.

Tut!

Dah lagak orang tak makan setahun, Dez melahap bubur ayam itu sampai habis licin. Cristy tercengang menatap Dez.

"Takde orang ambil makanan abang, makan perlahan aje."

"Tak nak! Nanti Adli sibuk nak makan! Bekas isteri abang, milik abang aje. Semua milik isteri abang, takde orang boleh sentuh mahupun ambil! Faham?" Ucap Dez sangat posesif.

Cristy telan air liur dengar. Biarpun begitu, tetap kepalanya mengangguk.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro