Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 32

Selesai solat, Cristy bermalasan di atas katil. Matanya menatap lama siling. Sebenarnya dia sedang menanti kepulangan Dez. Tak menyabar nak menunggu lebih lama, Cristy ambil langkah mudah turun ke tingkat bawah. Suara familiar kedengaran bergema kerana itu kakinya semakin perlahan melangkah.

"Kau tak jumpa Dev tadi?" Soal Adam sambil mengunyah kerepek dalam balang.

Mereka kini sedang berada di ruang tamu. Pulangnya Dez, terus dia menerpa dan menanyakan tentang kejadian tadi. Sungguh rugi dia tak join sekali. Untung Adli selalu join Dez. Adam tak tahu kenapa, tapi Dez selalu tak bagi dirinya beraksi lebih. Malah, Adam tidak mengenali banyak anak buah Dez. Kenal pun hanya bersua muka bukannya melakukan kegiatan bahaya seperti orang lain. Tembak-menembak.

"Aku tahu, lorong yang aku serang tadi tempat mereka tapi Dev sepertinya dah tahu aku akan datang sana." Dez menyisip sedikit air coffee bancuhan sendiri ke bibir.

"Macam mana dia boleh tahu?"

Dez angkat bahu.

"Mungkin firasat dia tahu bahawa dia akan mati hari ini." Kata Dez senafas tanpa menunjukkan reaksi apa-apa. Beku saja.

"Aku percaya, rancangan Dev tidak hanya sampai di situ." Bibir itu mengutarakan firasat hatinya.

"Dev seorang pendendam. Mustahil untuk dia lepaskan aku macam tu je. Malah sejak dulu, dia tidak pernah percayakan aku. Dia lebih memilih untuk percaya orang luar. Aku tak boleh paksa dia untuk dengar dan percaya cakap aku sebab itu terlalu mustahil. Dalam dunia ni, sebaik mana pun kau hulur kebaikan dekat manusia. Tidak semua akan menerima dengan tangan kanan. Ada manusia yang tak bersyukur menerima dengan tangan kiri bersama dendam dan kebencian." Ujar Dez panjang.

Sebetulnya, itulah dunia. Terlalu kejam bukan?

Apa yang keluar dari bibirnya benar-benar terjadi pada dirinya sendiri dan sungguh, ia sangat menyakitkan.

"Kau tak takut ke kalau-kalau Dev jadikan Cristy sebagai sasaran?"

"Aku kenal Cristy. Cristy boleh jaga diri dengan black belt taekwondo yang dia kuasai. Aku cuma risaukan benda lain." Kendur suara Dez semacam dah putus asa.

Adam perasaan, banyak kali lelaki itu mengeluh dan meraup banyak kali mukanya.

"Apa kata kau berbincang-"

"Berbincang takkan menyelesaikan masalah. Aku kenal Dev dah lama. Dia takkan semudah itu memaafkan aku." Potong Dez tak sempat Adam habiskan kata.

"Sampai bila kau nak bagi si Dev tu pijak kepala kau? Kau nak something jadi dekat si Cristy dulu baru kau nak bertindak ke? Kau jangan jadi bodoh boleh tak? Kau boleh sayang dia tapi jangan sampai sayang kau berlebihan sangat!" Tak gentar Adam berlawan kata dengan Dez.

Malas nak bertikam lidah lebih panjang, Dez keluar dari situasi tegang itu. Sedetik, dia perasaan sesuatu kerana itu kakinya sudah tidak melangkah lagi. Anak matanya terpaku pada insan yang baru turun dari tangga.

"Nak pergi mana? Awak ada banyak hutang dengan saya. Banyak kali awak tinggalkan saya berdua dengan Adam. Untuk kali ni, saya nak awak spend time dengan saya sebagai permintaan maaf." Tegas Cristy. Tidak lupa, memasang raut wajah angkuh pakej tangan bersilang dada.

Riak wajah Dez terpapar seperti biasa. Dingin tidak tersentuh. Sama sekali tidak kesah jika perbualan mereka tadi didengari Cristy.

"Nak keluar pergi mana?" Soal Dez satu ayat dari ulas bibir itu.

"Jom!"

Cristy keluar rumah diikuti Dez di belakangnya. Adam mengeluh berat. Tubuhnya disandar ke belakang.

"Kenapa kau tak nak bunuh Dev sedangkan dia dah buat macam-macam kejahatan dekat kau? Kenapa kau bagi kebaikan pada manusia yang tidak akan pernah nampak semua pengorbanan baik kau selama ni? Kenapa?" Gumam Adam sendiri.

Cristy kerling orang sebelah. Bahu kanannya nampaknya dah dibalut. Dez tahu bagaimana untuk membuatnya risau bukan?

"Dah okay bahu?"

"Hmm.." jawab Dez apa ada nya.

Dez bawak kereta macam orang takde mood. Boleh dikatakan jasad saja yang ada di sini. Tidak pada hati dan jiwa lelaki itu. Cristy gigit bibir sedikit.

"Awak ada nak bagitau apa-apa tak dekat saya? Mungkin bagitau sesuatu yang penting?"

"Adam dah bagitau semuanya. Bukan?"

Bibirnya mengerucut mendapat pertanyaan bukannya jawapan dari Dez.

"Boleh saya nak mintak sesuatu dari awak?"

"Mengenai Krystal?"

Cristy sedikit terkejut. Apa yang keluar dari mulut Dez dapat ditebak dengan betul. Adakah Dez boleh baca fikirannya?

"Aku dah tahu apa yang ada dalam fikiran kau. Jangan risau, hari ini jugak aku bawak kau jumpa dia." Tiada nada ketus atau benci. Dez nampak lebih tenang.

"Awak seksa dia?" Lontaran suara itu terdengar gementar.

"Sebelum ni, yes. Tapi selepas aku dah jumpa kau, no." Dez kerling orang sebelah. Senyum tipis terlakar di bibir apabila Cristy tampak hela nafas lega.

"Kenapa 'yes' and 'no'?"

"Kenapa? Kau nak aku seksa dia lagi ke?" Tempelak Dez bernada sinis.

Cristy buat muka. Jelingan tajam dihadiahkan buat Dez.

"Bukan macam tu. Saya pelik aje, kenapa awak seksa dia sebelum ni, tiba-tiba selepas awak dah jumpa saya. Awak dah stop seksa dia. Saya tertanya-tanya, why and why?" Jelas Cristy hal sebenar.

"Aku tahu, lepas apa yang dia buat dekat aku. Aku sepatutnya seksa dia sampai mati. Tapi bila difikirkan balik, Krystal kembar kau dan aku tak sanggup untuk biarkan dia mati sebelum kau mengenali dia. Aku tahu, kau belum sempat bertemu muka dengan dia. Kalau aku bunuh dia, aku tahu kau akan lagi bencikan aku. Aku tak sanggup hadap kebencian untuk kali kedua."

Dari bicara tulus Dez, Cristy tahu ada sifat baik dalam diri lelaki itu. Dia terpaksa menjadi jahat kerana pilihan yang menjerat diri. Pilihan yang terpaksa menjadi kehidupannya untuk sekarang. Cristy yakin Dez jadi mafia kembali disebabkan oleh seseorang. Iaitu Dev.

"Awak jaga makan minum dia?"

"Of course. Aku dah bawak dia ke hospital untuk check kesihatan dia. Tak cuma itu, aku arahkan anak buah aku jaga dia ketat-ketat agar tak berani keluar dari Mansion aku. Kau tak perlu risau, makan pakai dia cukup di sana." Imbuh Dez lagi.

Disebabkan terlampau leka bercakap, Cristy tidak menyedari mereka telah masuk ke dalam kawasan hutan. Air liur ditelan kasar apabila kiri dan kanan nya penuh dengan hutan.

"Ini jalan ke Mansion awak?"

"Yup."

Seperti sudah mengetahui mereka akan datang, pagar telahpun siap dibuka.

"Pagar Mansion awak memang selalu bukak luas macam tu ke?"

Cristy tak lepas tengok anak buah Dez yang menunduk hormat tatkala kereta Dez masuk parking dalam garage .

"Ada orang memerhati dari jauh. Jadi, mereka tahu kedatangan aku."

Nampak aje Dez nak keluar, Cristy ikut sama keluar. Tangannya naik melingkari tangan sasa itu.

"Saya takut, so saya pegang tangan awak. Jangan salah faham."

Senyum sinis menghiasi ulas bibir itu.

"I didn't mind you putting your hands on me. I'm yours." Bisik Dez perlahan. Sama sekali tidak mengetuk gegendang telinga Cristy. 

"Awak cakap apa?"

Dez menggeleng. Jari jemarinya kemudian menyulam jemari Cristy.

"Awak kurung Krystal dekat mana?"

"Basement."

Sepanjang langkah Cristy, jantungnya tak henti berdegup. Sejujurnya, dia risau akan penerimaan Krystal. Akankah Krystal gembira melihat dirinya?

Sedar tak sedar, mereka dah masuk ke dalam basement.

"Kita dah masuk." Dez menyedarkan Cristy.

"Boleh tinggalkan saya dan Krystal berdua?"

"Okay."

Namun, Dez langsung tidak melepaskan tangan mereka. Riak wajah itu tampak tidak rela untuk melepaskan Cristy berdua dengan Krystal. Krystal senyum tipis. Ada cemburu melihat sikap protective Dez pada Cristy.

"You can probably let go of my hand now."

"If you need anything, just call me."

Dengan berat hati, Dez melepaskan tangan mereka berdua. Sempat ciuman pada kening diberi sebelum dia meninggalkan Cristy di situ.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro