Bab 31
Cristy tersedar dari tidur apabila alarm telefonnya berbunyi tepat di sebelah telinga. Tangan dipanjangkan seperti mencari sesuatu. Berkerut habis dahinya apabila tak ada susuk tubuh yang dicari. Telefon pintarnya dicapai,
"Dah pukul 4.45 petang? Dah asar!"
Sebelum ambil wudhu, Cristy turun ke bawah dulu mencari seseorang. Dengusan tidak puas hati keluar dari bibir apabila susuk tubuh lain yang menyapa deria anak matanya. Meski begitu, tetap Cristy turun duduk diatas sofa beberapa meter dari Adam.
"Dez mana?" Soal Cristy meronta-ronta ingin tahu.
Adam yang khusyuk bermain telefon kini pandang Cristy.
"Dez tak bagi aku bagitahu." Ucap Adam mendatar.
"Susah sangat ke nak bagitau?" Laju keluar ayat itu dari bibir Cristy.
"Dez tengah berperang dengan musuh."
Adam perasaan kerisauan Cristy yang terbias dari raut wajah itu. Senyum sinis terkutik di bibir Adam. Tak sayang tapi risau, macam mana tu?
"Kenapa? Tak boleh ke Dez nak berperang dengan orang? Lagipun best tau! Dapat main tembak-tembak, mana tahu Dez kena tembak kan? Kau bukannya suka Dez. Dez mati pun, kau takkan peduli." Ungkap Adam sinis.
Cristy menggempal penumbuk. Bukan setakat itu, bibirnya juga dah terketap-ketap menahan amarah. Memerah muka putih melepak itu menunjukkan betapa marah ia ketika ini.
"Dahlah! Saya nak naik!"
Terhentak-hentak kaki Cristy naik tangga. Adam mampu menggeleng aje. Itulah, cinta tak nak mengaku. Sekarang, mulalah nak risau cari Dez.
Masuk aje bilik, terus Cristy dail nombor Dez tapi sayang tak angkat-angkat.
"Ish! Angkatlah! Baik tak payah ada telefon lah kalau saya call pun tak angkat!" Murka Cristy mundar-mandir dalam bilik.
Untuk kali sepuluh Cristy call, barulah lelaki itu angkat. Tak sempat nak maki hamun pun, bunyi tembakan kedengaran dari sebelah sana.
Bang!
Bang!
"Hello?"
Bang!
Bang!
"Awak dekat mana ni?" Soal Cristy menahan diri dari keluar nada risau.
Awalnya talian diam seketika, dalam beberapa minit barulah Dez bercakap.
"I shall get in touch with you later."
"Jangan tutup! Awak berani tutup saya takkan benarkan awak balik untuk kali kedua." Ugut Cristy serius.
Dez di seberang sana tak mampu kata apa. Helaan nafas lelah aje kedengaran dari talian.
"Hold your horses, we aren't ready to leave yet." Dez memberi arahan di sebalik talian.
"Aight!" Serentak kedengaran suara banyak orang.
Cristy agak Dez sedang berbicara dengan anak-anak buahnya. Bicara mereka bukannya bahasa English tapi bahasa lain. Iaitu bahasa Itali.
"Uccidiamoli." (Let's kill them)
Dez memberi arahan tegas dan penuh aura hitamnya.
"D'accordo." (Agree)
Usai itu, terdengarlah tembakan berdas-das dari Dez dan anak-anak buahnya. Cristy berdiri mematung dengan bibir terkatup rapat. Walaupun Cristy dah kalis dengar bunyi itu dulu tapi tetap jantungnya berdebar. Risau jika Dez kena tembak dengan orang lain.
"Awak kena tembak tak?" Soal Cristy sedikit berbisik. Malu nak tanya tapi hatinya tidak terbendung risau sehingga dia keluarkan terus pertanyaan itu.
"Nope."
Cristy hela nafas lega dalam hati. Matanya siap terpejam rapat betapa gembiranya dengar berita ini. Risaunya menggila tatkala dapat berita Dez pergi berperang.
"Awak tak patut bunuh mereka tau! Awak cakap dekat saya yang awak nak berubah kan? Berubahlah demi saya, Dez..." Sepertinya dia nak pujuk Dez keluar dari dunia gelapnya itu tapi,
Di seberang sana tak ada jawapan langsung. Malah lelaki itu diam saja tanpa sahutan.
"Awak dengar tak apa yang saya cakap ni? Dez! Dez!"
Untuk kali kedua, diabaikan lagi. Disebabkan itu, Cristy guna kuasa ugut.
"Awak ignore saya, saya takkan sesekali terima awak dah."
"I'm not ignoring you, I'm working." Cepat ayat itu meluncur keluar dari ulas bibir itu. Ada gusar jika ugutan itu terjadi.
Cristy senyum senget. Tahu pulak takut?
"Awak tak patut bahayakan diri awak dengan semua ini."
"For you, I would."
Dup! Dap! Dup!
Tak sedar pun, jantung itu dah berlari laju seakan memberi tanda bahawa hatinya telah dicuri untuk entah kali keberapa.
"It is my duty to protect you."
Mukanya dah naik memerah bersama senyum kecil menanda hatinya melanda bahagia. Suara itu terdengar biasa namun, bisa memporak-perandakan hatinya.
"I'm getting another call that I need to take... I'll call you back. Don-"
"Don't lie to me!" Teriak Cristy tidak berpuas hati. Ada marah yang terselit dari nada bicara itu.
Tak jadi terus Dez nak teruskan bicara untuk seterusnya. Bibirnya rapat di zip agar tidak keluar apa-apa suara. Anak matanya saja memberi arahan pada anak buahnya untuk selesaikan mayat yang berselerak di atas lantai.
"Kenapa diam? Betul kan apa yang saya cakap? Awak tipu saya kan? Mana ada orang call awak. Awak sengaja tak nak cakap dengan saya, sebab tu awak nak off phone kan? Mengaku ajelah!" Berdas-das soalan dari mulut itu.
Dez pulak?
Hanya mampu mengeluh sahaja. Earbuds yang sentiasa dibawa dipakai lalu telefonnya disimpan dalam poket. Nasib baik kerjanya dah selesai habis, andai tidak. Mungkin dirinya dah kena tembak gara-gara angkat call dari Cristy. Sengaja telefonnya dibuat silent supaya tidak ada orang bisa menganggunya. Terdetik nak tengok phone, terkejut jugak bila Cristy tiba-tiba call.
"Andiamo via da qui." (Let's get out of here)
Bergegas Dez dan anak buahnya masuk ke dalam kereta usai siap curah semua minyak.
"Bye!"
Dez senyum sinis, lighter di tangan dilempar pada curahan minyak. Sekelip mata, api itu marak membakar semua mayat yang ada di situ. Dez hela nafas penat sebelum dia bawa tubuh sandar pada kerusi.
"You're bleeding." Bagitahu Adli selaku anak buahnya yang paling lama bekerja dengannya.
"I don't care."
Cristy yang menjadi pendengar sejak tadi dah tak senang duduk. Mukanya diraup kasar. Risaunya dah tak tahan, Cristy tak boleh berdiam diri!
"Awak kena tembak ke? Huh?"
"My back hurts." Tipu Dez sengaja tak nak Cristy risau.
Dez lekap jari telunjuk pada bibirnya. Meminta agar anak buahnya diam. Torehan pisau yang mengena pada bahu tidakpun menyakitkan dirinya. Dah terbiasa dengan luka, lagipun torehan ini sedikit saja baginya.
"What happened to your back?" Soal Cristy lagi.
Siap dengan linangan air mata mengalir laju pada dua pipi mulusnya. Sedaya upaya dia menahan esakan supaya tak keluar bunyi. Dia tak nak Dez tahu kerisauan berat yang dialaminya ketika ini.
"Nothing happened. And why are you so concerned? I haven't died yet."
Boleh pulak Dez gelak dan sungguh tawa itu menyemarakkan lagi kemarahan. Dia gelak macam tak ada apa-apa berlaku.
"Boleh tak awak serius? Awak ingat benda macam ni kelakar ke? Hmm?"
Cristy besarkan mata, mencuba untuk tidak menangis makin teruk. Bibirnya dikemam rapat apabila tangisannya seakan meminta nak keluar.
"I am sorry for making you worry about me."
Talian senyap,
Hening tanpa bunyi. Kedua-duanya memilih untuk tidak bercakap. Dez rakus mencari nafas. Dia tak ada nafas nak bercakap kerana terlalu penat.
"Say something please..." Pinta Dez lebih kepada merayu.
Cristy menggeleng.
"Saya nak solat. Bye."
Tut.
Cristy tinggalkan telefonnya di atas sisi meja. Selanjutnya dia masuk ke kamar mandi untuk mengambil wudhu. Sepanjang ambil air wudhu, tak henti air matanya mengalir. Doanya, moga dengan solat mampu buat hatinya tenang. Cristy tak merajuk, cuma risau dengan perasaan yang membelenggu diri. Cristy takut untuk mencintai Dez lagi. Tak nak!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro