Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 27

"Maaf aku marahkan kau tadi." Ucap Cristy sedikit menyorok pada tubuh Raisha. Malu nak bersemuka dengan Kimi.

"Aku tak kesah pun sebenarnya." Kimi memasukkan kedua tangannya ke dalam baju Hoodie nya.

"Lagipun, aku dah lama bersahabat dengan kau. Aku kenal perangai kau macam mana." Mendatar aje ton suaranya.

Cristy selit rambutnya dibelakang telinga. Mukanya memerah kerana malu.

"Setiap manusia ada salah masing-masing. Tak salah kau memaafkan semua kesalahan Dez. Andai kata kau payah sangat nak maafkan dia, anggap je dia sebagai kawan kau. Jangan lupa, kau masih berstatus isteri kepada Dez. Syurga isteri terletak di bawah tapak kaki suami." Nasihat Kimi biasa.

Pasangan suami isteri itu pamit pulang masuk ke dalam kereta. Anak matanya tidak lepas menatap kereta yang kini dah jauh dari rumahnya. Keluhan berat dilepaskan.

"Semoga aku mampu memaafkan dia kelak." Doa Cristy sambil menatap ke langit.

Cristy berbalik dan pergi, dadanya seperti berlanggar dengan sesuatu yang keras.

Buk!

"Dez?"

Cristy berdiri mematung, saraf-sarafnya seakan lumpuh seketika. Malah untuk bergerak juga tak mampu. Dia tergamam apabila Dez muncul secara mengejut.

"I love it when you call me Dez." Ucap lelaki itu terdengar cukup bahagia dari nadanya.

"Kenapa datang?" Soal Cristy berura-ura nak masuk rumah.

Belumpun sempat nak tutup pintu, tubuh sasa itu telahpun selamat masuk ke dalam rumahnya lalu melabuh duduk di atas sofa. Lagaknya seperti tuan rumah bukan tetamu.

"Aku lapar."

Entah itu niatnya untuk memberitahu atau sengaja memancing Cristy agar memberi lelaki itu makan. Malas nak melayan, kakinya diangkat naik ke tingkat atas. Tiada apa-apa halangan dari Dez. Sempat Cristy mengerling dengan ekor mata, nampaklah lelaki itu sedang menatapnya lama.

'Berlaparlah engkau dekat situ!'

Cristy masuk ke dalam biliknya lalu dihempas tubuhnya di atas katil. Sengaja, dia capai novel His Secret Side agar fikirannya tidak terus mengingat lelaki itu.

Ting!

Seseorang telahpun menghantar mesej padanya. Novel ditutup lalu telefon miliknya diraihnya. Dahinya berkerut seribu kerana nombor yang tidak dikenali bisa tahu namanya.

Tuan Dez ada dalam rumah Cik kan?-Unknown number

Disebabkan nama Dez di mention oleh pengirim. Tak ragu-ragu pun untuk Cristy balas semula.

Apa kena mengena Encik dengan Tuan Dez? Macam mana Encik boleh dapatkan nombor telefon saya?-Cristy

Unknown number is typing...

Aku Adam selaku anak buah Dez. Aku terpaksa hack telefon Tuan Dez atas sebab tertentu. Dez sepeetinya bukan Tuan Dez yang aku kenal dulu. Semenjak kau balik Malaysia tanpa dia. Dia tak makan langsung. Sentuh pun tidak. Apatah lagi kerja? Kerja usah dikata, office pun dia tak masuk. Yang handle syarikat sekarang adalah aku. Sebaiknya kau jangan seksa Tuan Dez sampai macam ni sekali. Percayalah, Tuan Dez dah berubah. Dia betul-betul nakkan kemaafan dari kau. Tolonglah maafkan dia. Tolonglah...-Adam

Cristy mendengus kasar. Dia lempar macam tu saja telefon miliknya.

"Biarlah dia! Aku tak kesah!" Ucap Cristy betul-betul benci.

Namun, siapa sangka action speak louder than words.

Perlahan namun pasti, kakinya dihayun menuju ke bawah. Tahu-tahu dia dah ada depan Dez. Wajah pucat Dez singgah di penglihatannya. Terbit perasaan serba salah membiarkan lelaki itu tidur dalam kelaparan.

"Umm...Dez..." Kejut Cristy kekok perlahan mencuit tangan Dez.

"Dez," seru Cristy lagi apabila tiada respon yang diberikan oleh Dez.

Putus asa, dia berura-ura nak masuk dapur. Mahu mengambil air kosong untuk melegakan tekak kering.

"Ris...." Terhenti pergerakan Cristy bila dengar suara serak basah milik Dez.

Keras kejung satu badan Cristy bila tiba-tiba ada tangan yang memeluk dari belakang. Bahang panas badan Dez terasa seakan membakar belakang tubuhnya. Lehernya turut rasa panas dihembus Dez.

"I will cook something."

Cristy melepaskan pelukan erat dari tubuh sasa itu.

Tidakpun terasa, Dez mengangguk lalu dia ikut langkah Cristy masuk dapur. Perkara pertama yang Dez buat adalah buka peti sejuk sebelum sayur dikeluarkannnya.

"I will help you in cooking." Pisau dicapai, namun...

"Saya nak buat bubur aje, tak payahlah tolong saya." Larang Cristy, rampas pisau ditangan Dez.

"Awak rest aje. Tak perlu susahkan diri nak buat apa-apa kerja." Sambungnya, kini papah tubuh sasa itu agar duduk di atas sofa tadi.

"Tapi Orang nak tolong jugak..." Separa merengek suara itu persis budak-budak yang tak dapat mainan.

Raut wajah itu berkerut hebat menahan geram dan sekaligus marah yang sedang membara di dalam hati dengan sikap degil Dez.

"Awak pilih, dihalau dari rumah saya atas sebab teman saya masak atau rehat tidak perlu susah payah masuk dapur." Tegas Cristy bagi pilihan. Harapnya bijaklah memilih.

"Tapi-"

"Pilih!" Potong Cristy sedikit terjerit.

Hujung bibir Cristy tertarik ke atas, tersenyum kambing. Dez mengambil jalan yang bijak, dia baringkan tubuhnya di atas sofa sambil menatapnya tak lepas.

"Tunggu sekejap, saya buatkan bubur."

Persis budak yang patuh, Dez angguk. Langkah kaki yang makin menghilang itu ditatap lama. Tak lama, senyum kecil terkutik di bibirnya. Meski layanan Cristy tidak mesra, namun memasak untuknya dah mencairkan hati.

'Semoga pelangi akan muncul setelah kesabaran dihamparkan.'

Dalam beberapa minit menunggu, kelibatan Cristy keluar dapur mendapat perhatiannya. Sepantas kilat Dez bangun, cuba gagahkan diri walaupun kepala sedang pusing ketika ini.

"Kepala sakit sangat ke?" Soal Cristy selepas punggungnya dilabuh duduk sebelah Dez.

"I'm used to it." Jawab Dez biasa.

Cristy sua mangkuk bubur pada Dez. Belum pegang sepenuhnya namun mangkuk itu hampir jatuh. Bernasib baik Cristy sempat pegang.

"Saya suap."

Bagai lembu dicucuk hidung, Dez angguk aje. Dengan bismillah, Cristy menyuap lelaki itu. Dia perasaan akan sesuatu sepanjang sesi menyuap Dez. Anak mata itu langsung tidak pandang dirinya. Malah, seakan cuba lari dari bertemu mata dengannya.

"Are you okay?" Soal Cristy prihatin.

"Hm." Dez angguk.

Dez ketap bibir menahan air mata daripada tumpah. Untuk suapan kali kedua, berjujuran air mata menuruni pipi. Dez sebak. Untuk pertama kalinya Cristy suap makanan padanya. Sungguh Dez rindukan perempuan ini. Berdosanya seorang lelaki bernama Dez dulu.

"Nah makan!"

Tanpa belas kasihan, dia sumbat nasi penuh dalam mulut Cristy. Setiap hari Dez tak jemu mengasari Cristy, selayaknya anak patung yang tidak bernyawa.

"Ja-jangan...." Cristy mencuba menepis tangan besar itu tapi sayangnya, kekuatannya tidak setara dengan lelaki itu.

"Apa yang jangan? Ini hukuman untuk manusia penipu macam kau! Buta? Betul-betul nak jadi buta sangat? Huh? Kau ingat aku tak tahu selama ni kau pura-pura je? Lakonan kau tak laku lah!" Kasar suara itu menjerkah.

Dan sekarang,

Dez teresak sendiri dengan dosanya. Semua perbuatannya dulu sampai bila-bila pun tidak akan dapat dimaafkan. Dia terlalu kejam. Dulu, layanannya kasar sekali. Tidak seperti Cristy yang baik melayaninya ketika sakit. Dulu dan sekarang, masih sama. Tidak pernah berubah.

Allah,

Dez malu.

"Awak dah makan ubat?" Cristy meraba-raba mencari dahi Dez. Tapi,

Buk!

"Kau pegang aku sekali lagi, aku tumbuk kau!" Tubuh yang jatuh cium lantai itu ditatap tanpa kasihan.

Dez teresak-esak menangis. Dia menolak lembut suapan seterusnya dari Cristy. Kepalanya menggeleng banyak kali. Tidakpun memujuk, Cristy hanya membiarkan lelaki itu menangis. Kelopak matanya dipejam erat dengan tangannya menggempal penumbuk menatap keadaan Dez.

'Keraskan hati kau, Ris....jangan....jangan cepat memaafkan. Dia layak menangis untuk perbuatannya dulu.'

Mengingat kembali perbuatan kasar Dez. Automatik, Cristy menangis sekali dan tak sedar pun, Dez dah peluk dirinya. Mereka berdua sama-sama menangis. Hanya hati yang berbisik rindu dengan bahasa tangisan mengungkapkan rasa yang sudah lama terpendam untuk keduanya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro