Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 2

Cristy mengeluh berat, pintu butik miliknya ditolak. Bibir herot ke kanan, sebak tiba-tiba bertandang. Kenangan bersama mama dan papanya penuh dalam butik ini. Tak mudah untuknya lupakan semua memori itu. Butik ini ibarat nyawa yang tiada ganti. Apa yang akan terjadi pada butik ini selepas ini? Adakah pemiliknya akan menjaga butik ini seperti dirinya?

Ting tong!

Lamunan Cristy hilang terbang diganti raut wajah pemilik butik ini. Lebam penuh pada raut wajah tua itu seperti seseorang membelasahnya teruk semalam.

"Boleh kita bercakap sekejap?" soal Encik Azlan.

"B-bo-boleh." Cristy melabuhkan duduk di atas sofa diikuti Encik Azlan.

"Boleh saya bantu Encik Azlan?"

Encik Azlan senyum sikit, sakit nak senyum sampai ke telinga. Semuanya gara-gara lelaki asing yang menyerbu rumahnya semalam.

"Hutang butik Cik Cristy telah dibayar oleh seseorang."

"Huh? Siapa yang bayarkan untuk saya?" soal Cristy.

Terkejutnya bukan kepalang. Hutang butik bukannya murah. Beribu-ribu dan mustahil kawan baiknya tolong bayarkan untuk dirinya. Kawan-kawan Cristy bukannya kaya. Sederhana aje.

"Maaf Cik Cristy, saya tak dapat nak bagitahu lebih lanjut. Lelaki yang bayarkan hutang butik-"

"Lelaki?"

"Umm...yeah..."

Kepala botaknya digaru. Mulutnya dipukul, habislah kalau Tuan Dez ketahuan. Boleh dipukul untuk kali kedua.

"Siapa nama lelaki yang tolong saya? Saya nak berterima kasih atas bayaran. Kalau Encik Azlan tak keberatan boleh bagi nombor lelaki misteri tu?"

"Maaf Cik Cristy, saya tak boleh pecahkan apa-apa rahsia antara saya dan dia."

"Apa yang akan terjadi kalau terpecahkan?" Encik Azlan menggeleng. Memilih bisukan jawapan daripada beritahu hal sebenar.

"Saya tak boleh bagitahu Cik Cristy."

"Siapa yang pukul Encik Azlan?" soal Cristy curious.

"Tak ada sesiapa, saya terpukul diri sendiri. Biasalah bila dah tua, tangan pun naik pukul diri sendiri." Encik Azlan pegang pipi sendiri. Berkerut hebat mukanya kerana sakit.

"Teruk sangat ni...siapa belasah Encik Azlan sampai macam ni sekali? Saya boleh buat laporan polis kalau Encik Azlan nak."

"Tak, tak-tak perlu. Bukan setakat belasah muka, siap pakej dibunuh kalau saya berani buat laporan polis. Cik Cristy tak kenal lelaki itu bagaimana orangnya. Penuh tatu dan dua telinganya ditindik, gayanya betul-betul nampak macam mafia."

"Mafia pukul Encik Azlan."

Boleh pulak Encik Azlan mengangguk. Wait, what?

"Tak, tak. Bukan mafia tapi....Maria." Bibir digigit geram.

Nama perempuan mana pulak kau sebut ni?

Dengar dek isteri mahu kedua telinganya dicabut kerana cemburu.

"Hebat betul Maria....boleh saya nak jadi macam Maria jugak?" tukas Cristy. Senyum senget tersungging di bibir.

Encik Azlan meraup kasar mukanya. Nafas dihirup dalam, gaya penyiasat rahsia. Anak matanya meliar sekeliling. Mana tahu kalau-kalau anak buah Tuan Dez ada kan?

"Nama lelaki yang belasah saya-"

Ting tong!

Bunyi loceng buat dahi Cristy berkerut hebat. Bukan Cristy letak signboard close ke dekat depan?

"Kejap eh," Encik Azlan mengangguk.

Cermin luar dan dalam Butik milik Cristy lut sinar, senang nampak manusia yang lalu-lalang. Air liur ditelan kasar melihat kereta hitam berjujuran parking di depan butik Cristy.

Gulp!

Mati aku! Pasti mereka tahu kan?

"Tak ada orang pun." Bagitahu Cristy aneh.

'Macam mana nak ada orang kalau orang yang tekan loceng tu anak buah Tuan Dez. Loceng itu sebagai amaran untuk aku.' Batin Encik Azlan menjerit.

"Apa yang kita bercakap tadi?"

"Tak ada apa-apa..."

Anak mata Encik Azlan fokus pada beberapa orang lelaki berpakaian hitam melalui butik itu. Tak ada senjata tapi Encik Azlan yakin ada senjata lain di sebalik kot yang dipakai itu.

"Encik tengok apa?"

Ada rasa aneh bertandang kerana kemunculan lelaki berpakaian kot. Bukannya sikit, tapi ramai. Tiba-tiba aje muncul, selama ini tak ada pulak orang berkot lalui depan butiknya. Kebetulan atau sengaja?

"Sa...saya ra-rasa...."

"Kenapa Encik? Ada apa-apa yang berlaku ke?" soal Cristy meruap-ruap ingin tahu.

Ting!

Bunyi mesej dari telefon Encik Azlan kedengaran. Terketar-ketar tangan itu menghidupkan telefon sendiri. Mesej daripada Tuan Dez dibuka. Semalam lelaki itu mintak nombor telefon darinya. Semata-mata untuk menyiasat apa yang berlaku hari ini.

Don't tell her about me-Tuan Dez

Encik Azlan typing....

Saya tak bagitahu pasal Tuan Dez, kami cuma borak kosong aje-Encik Azlan

Okay-Tuan Dez

Encik Azlan dah tak mampu bernafas. Tersekat-sekat setiap nafas yang ditarik. Badannya disandar pada sofa, matanya dipejam seketika. Mukanya diraup kasar.

"Kenapa ni Encik? Encik okay? Kenapa nampak tak bermaya? Pucat aje, nak pergi klinik ke?" Tika Cristy cuba merapati, laju Encik Azlan menjauh.

"Jangan dekat." larang Encik Azlan.

Gulp!

Pistol yang diacu dari jauh ditatap gerun. Menangis jugak Encik Azlan dekat sini. Pistol objek yang paling ditakutnya sejak lahir. Kenapa tak guna pistol mainan aje?

"Encik tengok apa?"

Tak ada apa-apa, semuanya kosong. Apa yang dilihat Encik Azlan sebenarnya? Curious betul!

"Saya undur diri dulu, saya rasa tak sihat tiba-tiba. Maafkan saya."

"Kejap." Cristy menyekat Encik Azlan.

Encik Azlan dah terketar lutut. Kaki pun dah rasa tak boleh nak tampung diri sendiri. Anak buah Tuan Dez yang menyorok di sebalik kereta dilihat tanpa berkelip.

"Apa yang Encik Azlan cuba nak bagitahu saya tadi? Saya ingat apa Encik Azlan cakap, lelaki yang bayarkan hutang butik saya adalah seorang lelaki yang mempunyai tatto."

Gulp!

Dez keluar dari kereta. Cermin mata hitamnya dipakai diikuti mask tidak ketinggalan.

"Kedua telinganya juga bertindik." Anak mata Encik Azlan fokus pada tindikan pada kedua telinga Tuan Dez.

"Apa lagi yang saya tak tahu tentang lelaki itu?"

Pistol diacukan tepat di depan matanya. Terbuntang mata Encik Azlan. Mengigil hebat tubuhnya. Kaki tak dapat berpijak dengan baik menyebabkan tubuh tua itu jatuh terjelepok di bawah lantai.

"Encik!"

Encik Azlan kesot tubuh ke belakang. Air mata keluar dari celah mata orang tua itu. Takut dilukai untuk kali kedua oleh lelaki yang sama.

Dari jauh, Encik Azlan nampak senyum sinis dari Dez. Lelaki itu masuk ke dalam kereta sepantas kilat. Cristy juga tidak sempat tengok apa yang dilihat Encik Azlan.

"Apa yang Encik takutkan sebenarnya?"

"Tu...." Kereta dimana tempat Tuan Dez parking dituding.

"Tu...." Bersama esakan lelaki itu menuding.

Cristy melihat tempat di mana menjadi tudingan jari itu. Tak ada apa-apa. Tapi kejap, bukan tadi ada beberapa buah kereta hitam yang parking di situ? Tapi mana?

"Kereta hitam?" Encik Azlan mengangguk takut.

"Apa yang pemilik kereta hitam itu lakukan?"

Encik Azlan tersebik sedih. Bagaimana bisa dia katakan hal sebenar jika Tuan Dez dapat kesan apa yang dia bicarakan dengan Cristy? Tak mungkin Encik Azlan mampu berkata jujur.

"Saya balik dulu."

Cristy tercengang. Eh? Begitu saja?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro