Bab 10
"Aku tak faham dengan si Dez tu, apa masalah dia sebenarnya? Kenapa nak culik aku sedangkan aku tak buat salah apa-apa? Lagi satu, kau boleh aje balik dengan aku kan? Kenapa dia mengada-ada nak hantar kau balik?" bebel Raisha.
Cristy garu kepala tak gatal. Dari tadi Raisha mundar-mandir depan matanya. Kepala yang pening, makin teruk terasa. Semuanya gara-gara memikirkan cara untuk avoid diri dari Dez.
"Kau ni asyik bebel aje, aku penatlah...." adu Cristy sambil baring tubuh di atas sofa panjang.
"Kau okay tak?" Raisha labuh duduk di atas sofa single. Serba salah pulak lepas bebel panjang, dah tahu Cristy tak okay tapi tetap buat hal.
"Aku cakap tak okay pun kau bebel jugak...." malas Cristy melontarkan kata.
Raisha sengih tak bersalah. Kepala yang tak gatal digaru sebelum tangannya bekerja mengurut kepala Cristy.
"Aku minta maaf eh? Aku geram dengan si Dez tu aje."
"Kau ingat aku tak geram ke?" Alis diangkat.
"Aku dah fikir banyak kali cara untuk avoid dari dia. Tapi itulah...." Keluhan berat dilepaskan.
"Dez tetap ada di mana-mana. Penatlah macam ni...." Tangan dilekap ke dahi.
"Sabar Cris, kita sama-sama fikirkan cara tau. Jangan menyerah, okay?" Semangat Raisha melontarkan kata.
"Entahlah-"
Ting! Tong!
Hilang kata sambungan dari Cristy. Mereka berdua berpandangan sesama sendiri. Raisha boleh agak siapa yang datang ke mari. Siapa lagi kalau bukan Dez?
"Jap, aku pergi bukak." Cristy menghalang.
"Takpe, biar aku aje yang bukakkan."
"Tapi-"
"Dez nak aku, Ica. Bukan kau."
Raisha angguk memikirkan ada betulnya jugak apa yang Cristy katakan. Cristy menghayun langkah menuju ke pintu utama. Buka saja pintu, terjengul raut wajah Dez. Jaket leather berwarna coklat bersama baju T-shirt berwarna putih disarung pada tubuh sasa itu sungguh memukau dirinya. Pening kepala tiba-tiba hilang lepas tengok Dez.
"Eat diner together?" Entah itu arahan atau pertanyaan Cristy tidak dapat meneka dengan nada suara lelaki itu.
"Tapi awak baru hantar saya balik kan? Takkan nak keluar pulak?" tempelak Cristy geram.
Jam dipergelangan tangan di check. Sudah menginjak angka lapan malam.
"Is 9.00 pm good for you?"
"Huh?"
"I'ii take that as a yes." Terbuntang mata Cristy.
"Tak, saya tak cakap apa-apa pun."
Gigi diketap kuat, Dez sama sekali tak hiraukan dia. Malah terus berjalan menuju ke kereta miliknya.
"Awak! Awak!" Pintu ditahan dari dibuka. Kelelahan, nafas ditarik panjang. Penat kaki pendeknya kejar kaki panjang Dez.
"Is there anything i can do to help?" soal Dez senada.
"Saya tak sedap badan, boleh tak kalau kita keluar lain kali?"
Muka Dez berkerut. Beberapa tapak diambil merapat, automatik Cristy mengundur. Tangannya ditarik, bulat mata Cristy kerana terpeluk Dez.
"Can't have a fever if you never check temperature."
Raut wajah Dez berubah setelah tangannya melekap pada dahi Cristy.
"You just got a high fever." beritahu Dez berbaur kerisauan.
Terjerit Cristy apabila tubuhnya dicempung masuk ke dalam kereta.
"Awak nak bawak saya pergi mana ni? Lepaslah, saya sakit pun awak nak ajak saya keluar ke?" perlahan aje suara Cristy.
Bila sakit, dia pun tak ada hati nak bercakap lebih. Bukan apa, tubuhnya mahukan rehat aje ketika ini.
"We need a doctor."
Menderum laju kereta mewah itu keluar dari perumahan Cristy.
"Are you taking me to the hospital?" soal Cristy takut.
"Yeah." Cristy berura-ura nak menangis.
"Saya tak nak, saya tak nak. Kita balik, kita balik! No! Saya tak nak!" kuat suara Cristy membantah.
"You don't have to go to the doctor if you do not care about your health."
"Saya tak kesah semua tu! Saya nak balik! Faham tak? Balik!"
Hampir terhantuk kepala Cristy, semudah itu lelaki itu brek mengejut tanpa bagitahu apa-apa?
"No!" Untuk pertama kalinya Dez menjawab lantang pada Cristy.
"Sa-sa...saya...." Cristy tersebik sedih.
"Can you just listen to me?"
Kepalanya ditunduk, beberapa titis air mata yang jatuh tidak dihiraukan. Dez meraup kasar wajahnya.
"Come here," Cristy menggeleng.
"Ta...tak-takut...tsk...tsk...."
"Are you about to make me mad? Huh?" Untuk sekali lagi Cristy menggeleng.
"Is that what you want?"
Diam, tak ada langsung suara dari Cristy. Perlahan, tubuhnya mengesot dekat dengan Dez. Air liur ditelan payah, tubuhnya didakap erat bagai tak nak lepas.
"Guess who i'm worried about?" Suara lelaki itu berubah lembut.
"I-i don't know." Ujar suara kecil itu.
Rambutnya diusap,
"Its you...."
Gulp!
Terbit rasa aneh dalam hati tika itu, alunan suara lembut amat mencairkan Cristy. Sepertinya ada tidak kena dengan jantungnya yang berdegup begitu kencang.
"You don't have to worry about me. I'm gonna be alright." pujuk Cristy lembut.
Pelukan cuba dileraikan, namun payah sekali. Dez nampak gayanya tak nak lepaskannya. Terpaksa Cristy biarkan saja.
"I'm in danger."
Dez rehatkan dagunya pada kepala Cristy.
"Sorry?"
Dez ketawa sinis.
"You ruined my plan."
Pelukan dileraikan. Terkebil-kebil Cristy pandang Dez.
"You've ruined everything...."
Wajah mereka seinci saja.
"What did i do? I don't get it." ucap Cristy naif.
"You ruined my life." Bulat mata Cristy, hujung bibirnya terasa hangat dengan ciuman dari Dez.
"I've got a fever, remember?"
Dez angguk.
"You probably shouldn't kiss me." Muka Cristy memerah malu.
"Oh, okay...."
Dez mula pandu kereta seperti biasa. Tangannya mengetuk beberapa kali stereng kereta. Cristy hembus nafas lega.
"Since you're sick, it may be safer if we don't kiss. Right?" Bersungguh Cristy mengangguk.
"No hugs and kisses." Bangga Cristy lontar kata. Berseri mukanya kerana menganggap dirinya selamat.
"You look happy." beritahu Dez.
"Do i? Do i look happy to you?"
Dez angkat bahu aje. Beberapa minit kemudian, mereka sampai. Dez keluar dari kereta lalu tubuh Cristy dicempung masuk ke dalam hospital. Kemarahan juga rontaan dari perempuan itu langsung tidak diambil peduli.
"Let me go please...." rayu Cristy dah banyak kali meminta dilepaskan.
Masuk saja dalam hospital, Cristy hampir nak menangis untuk kali kedua. Tengok nurse dekat sini pun dah rasa nak terkencing, belum tengok jarum panjang lagi. Tubuhnya didudukkan di atas kerusi menunggu.
"Just let me go home, please...." rintih Cristy tak sudah.
Tak faham bahasa ke Dez ni? Tahu tak aku takut jarum? Ish!
"Wait here."
"But-"
"Don't go anywhere because i'ii find you."
Kepalanya digosok kecil lalu Dez menghilang ke kaunter pertanyaan. Dari jauh, Cristy nampak gaya nurse macam nak mengorat Dez. Orang handsome kan? Siapa tak nak kan?
"Why you so quiet? What's on your mind?" soal Dez melabuh duduk di sebelah Cristy.
"Nothing."
Dalam beberapa minit, barulah nama Cristy dipanggil. Untuk sekali lagi tubuhnya dicempung tanpa sempat melangkah satu tapak ke lantai.
"Orang tengoklah, boleh tak awak jangan nak mengada cempung saya?"
Cristy buat muka cemberut. Dez sedikitpun tak ambil peduli apa yang dia cakap, sakit hati betullah!
"Kamu berdua suami isteri ke?" soal Doktor.
Lemah lembut Dez dudukkan Cristy di atas kerusi persis Cristy sesuatu berharga yang tidak boleh dibuat kasar. Jika tidak akan pecah.
"Ya, kami berdua berstatus suami isteri."
Tepi kepala Cristy dicium, merah menyala muka Cristy. Doktor tersenyum aje dari tadi kerana sikap romantik Dez.
"Get well soon so i can kiss you." Bisik Dez menggoda.
Dah macam lada merah muka Cristy. Malu tak dapat ditahan lagi, nasib baik berbisik kalau tak mesti Doktor boleh dengar. Dez gila!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro