Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Ending

Ending

Dua tahun kemudian,

Surat untuk Dez,

Hye adiku, Mirco Dibenedetto atau nama mafia dipanggil The Dez. Lebih dikenali sebagai The Don bila marahnya persis singa.

Nama islamnya, Muhammad Darwish Dildar yang bermaksud yang terpuji lelaki suci tercinta. Indah bukan?

Aku tak tahu sama ada kau baca surat ini atau tidak. Yang pasti, aku simpan surat ni agar kau dapat baca andai kata Allah mengizinkan kau untuk jumpa.

Pertama sekali, aku nak minta maaf kerana terlalu berdendam dengan kau. Aku cuba untuk memaafkan semuanya. Melepaskan semuanya, menganggap semuanya akan baik-baik saja. Tapi aku kalah dengan sikap pendendam. Hari demi hari aku cuba untuk musnahkan hidup kau. Aku benci bila hidup kau baik-baik saja sedangkan aku?

Aku harus memulai semuanya dari bawah. Tanpa ada apa-apa kepada ada semuanya. Kau dapat semua harta dari papa tapi aku sedikitpun tak ada terselit walaupun satu untuk tempat tinggal. Lihatlah abangmu yang menyedihkan ini. Dibiarkan sendiri tanpa sepersen pun harta.

Aku hanya yang diambil dari anak yatim piatu kerana selama dua tahun mama belum mengandung. Nyatanya, percaturan Allah tiada siapa yang tahu. Lahirnya kau di dunia, merampas segalanya yang aku ada. Dari namaku Jackson, papa mengubahnya menjadi Dev. Alasannya kerana kau juga. Aku bencikan mereka sehingga aku sanggup bunuh mereka. Aku yang merancang agar geng mafia hancurkan rumah keluarga kita. Semuanya salah berpunca dari aku.

Mengenai Dacio,

Dia tidak salah. Aku yang merancang bersamanya untuk menjatuhkan kau. Aku berpura-pura bahawa semuanya berpunca dari kau sedangkan semuanya berpunca dari aku dan Dacio. Aku membenci dirimu. Bukan Dacio.

Aku tidak tahu sama ada kau akan memaafkan aku atau tidak. Sekalipun surat ini ditulis, aku tidak cuba meraih simpati darimu. Aku...hanya anak yatim piatu yang tiada apa-apa. Tiada kasih sayang mak ayah sehingga aku bertindak untuk memiliki mereka sorang untuk aku. Bagi aku, jika aku tidak dapat macam kau. Lebih baik dimatikan saja. Aku tahu, aku tidak sedar diri menumpang kasih juga tamak akan harta. Tapi aku bisa apa?

Aku benci semuanya berkaitan diriku. Aku benci kerana tidak mampu menjadi sempurna seperti mu yang mampu menjadi segalanya yang papa mahukan. Aku benci sebab aku tak pernah menjadi seorang anak lelaki yang berharga untuk mereka. Aku benci segala-galanya

Haih,

Adikku, maaf. Maaf untuk segalanya. Aku harap kau memaafkan semua perbuatan jahat yang telah aku lakukan. Doakan aku tenang di sana andai kata bila kau baca surat aku ni, aku dah takde.

Yang benar,

Jackson Hinkle

Bening halus yang jatuh di celah mata itu diseka. Nafas ditarik dalam dan dia cuba mengingatkan memori bahagia agar sedikit terpujuk dengan rasa sedih yang dialami ketika ini.

'The Don dah berubah.'

Iya,

Lelaki itu sudah berubah ke arah lebih baik. Dia berhenti dari membunuh juga melakukan apa-apa kerja yang berkaitan dengan darah. Dari awal sampai Itali, Dez telah berjanji pada Adli tidak akan membunuh kerana kemahuannya adalah membunuh Dev saja. Bukan anak-anak buahnya yang lain. Makanya, yang lain diuruskan oleh anak buahnya. Bukan dia.

"Abang," seru Cristy manja.

Tanpa isyarat, dia duduk di atas paha sang suami. Surat yang dipegang Dez bertukar tangan.

"Semenjak peninggalan Dev, abang selalu baca surat ni. Abang masih berdendam ke?" Soal Cristy menatap ke dalam anak mata Dez.

"Surat ini buat abang dekat dengan Dev."

Dez mengusap rambut panjang Cristy. Sampai bila-bila pun, air matanya akan tumpah jika surat ini dibacanya. Mengingat momen terakhir mereka, Dez jadi benci untuk sekadar menyentuh pistol juga bom. Dez trauma.

"Abang tahu Dev yang bunuh Muiz?" Dez menggeleng.

"Mungkin ada sebab kenapa Dev bunuh Muiz." Jawab Dez tanpa nada.

"Dengar berita, Muiz kacau Krystal."

Dez angguk aje. Matanya meliar mencari anak lelakinya.

"Mana Dhuyuf?"

"Keluar dengan Bibi pergi restoran abang. Dhuyuf kuat makan bila sampai sana." Dez ketawa kecil.

"Thank you untuk anak secomel Dhuyuf, sayang!"

Dez menghadiahkan ciuman bertalu-talu pada muka cantik itu. Malu-malu Cristy sembunyi mukanya pada ceruk leher Dez. Sedetik, suami isteri itu diam sebelum Cristy bersuara.

"Ris harap abang takkan salahkan diri abang atas kematian Dev."

Dez senyum tipis. Nampak tak nampak aje senyuman itu.

"Dengan nama Allah, abang terima dan redha dengan segala ketentuan Allah. Allah tahu yang mana baik, yang mana buruk. Allah bagi yang terbaik untuk abang sebagaimana Allah hadirkan isteri yang terbaik untuk abang." Dez memeluk erat tubuh Cristy dengan mata terpejam rapat.

"Demi dah bahagia dengan Adli. Esok kita pergi rumah mereka, okay?"

Dez angguk.

"Ris tertanya sejak dulu, macam mana abang boleh selamatkan Ris dari kebakaran di butik?" Soal Cristy meronta-ronta ingin tahu.

"Ris ingat tak time Dev bakar rumah sewa sayang?" Cristy angguk.

"Semenjak dari haritu, abang plan untuk jadikan satu pintu playwood di dalam butik sayang. Abang kalau boleh, abang nak lindungi kesayangan abang sampai bila-bila. Insha Allah selagi abang bernafas. Dengan nama Allah, abang mencintai sayang."

Dahi Cristy dicium lama. Namun, bunyi getaran menganggu momen romantik mereka. Decitan keluar dari bibir itu lalu talian diangkat.

"Maaf menganggu, encik Dez boleh datang belajar agama dan mengaji tak harini? Sebab saya mesti hantar laporan sekarang." Suara ustaz dari sana mengingatkannya akan sesuatu.

"Baiklah, terima kasih info. Saya datang."

Tut.

Dez meraup kasar mukanya. Mukanya berona merah kerana malu. Seperti kena tangkap basah buat sweet depan ustaz aje padahal mereka jauh. Semenjak berhenti menjadi mafia, kini dirinya banyak belajar agama islam juga mengaji dari ustaz demi untuk membaiki diri.

"Jom sayang, teman abang."

Cristy angguk. Mereka berdua kini keluar dari rumah Dev. Sebelum mereka masuk kereta, sempat Dez pandang sekali lagi rumah itu sebelum dirinya betul-betul menghilang.

Tamat...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro