Bab 9
Cristy meliar mata pandang sekeliling, ikutkan boleh sangat Cristy untuk melarikan diri. Sejenak Cristy berfikir, adakah ini jalan yang terbaik? Melarikan diri?
"Saya balik dulu, terima kasih sudi belanja."
Beg tangan miliknya dicapai, laju kaki dihayun keluar dari restoran mewah itu. Cuaca sudah gelap, nampak gayanya macam nak hujan aje.
"Mana teksi ni? Time aku nak naik teksi takde, time aku tak nak banyak pulak ada. Sakit betul hati aku!"
"Ada apa Cik? Boleh saya tolong?" soal suara garau di belakangnya. Menoleh, Cristy hampir rebah.
"Cris?"
"Chris?" Chris ketawa kecil.
"You still ingat dekat I kan?" Muka Cristy memerah malu.
"I lupa, macam mana you boleh lupakan I sedangkan nama kita berdua hampir sama. Chris and Cris. Mungkin...." Chris tolak lidah pada gigi bawahnya.
"Kita berjodoh, kan?" Cristy dah nak pengsan dengar.
"Mungkin kebetulan, kan?" Dehem kecil dibunyikan.
"I tak rasa pertemuan kita berdua adalah kebetulan sebab...ehem!"
"You tak nampak ke kejadian dulu? Pensyarah nampak aje kita berdua, pasti kita disakat mengenai perkahwinan sedangkan kita masih muda time tu." Kepala yang tidak gatal digaru.
"I tak adalah fikir sampai macam tu sekali, tak semestinya nama sama boleh jadi pasangan kekasih kan? Mungkin sekadar kawan aje." Berubah muka China Chris tika itu.
"You tak pernah anggap serius ke apa yang pensyarah cakap dulu?" Cristy menggeleng.
"Entahlah, I tak suka sangat bab cinta. Mungkin itu salah satu sebab I tak ambil kesah apa yang pensyarah cakap haritu."
"Kenapa you tak suka bercinta?" Cristy angkat bahu.
"Bagi I bercinta merumitkan." Berkerut dahi Chris.
"Apa maksud you?"
"Bila you bercinta, you perlu jaga hati si dia. Bahkan, masa untuk luang bersama family pun berkurang. Kadang-kadang nak buat apa-apa kena bagitahu si dia. Nampak tak susah dekat situ?" bebel Cristy.
"Ada aje jenis lelaki yang memahami dan tak kesah semua tu.
"Entah, malas nak ambil tahu."
"You tak nak cuba ambil tahu?"
Mendekat, Chris rendahkan kepalanya sejurus itu, terus sasaran dicari.
"Apa yang you cuba buat ni?" Kuat tubuh sasa Chris ditolak.
"I-I..."
Turun naik nafas Cristy. Entah kenapa, Cristy rasa setiap lelaki yang hadir dalam hidupnya semua adalah lelaki tak guna. Lelaki yang hanya berlandaskan nafsu semata-mata!
"You nak cium I? Huh?"
"I tak sengaja, maafkan I. I betul-betul tak sengaja, I lupa agama kita berbeza untuk I buat benda macam tu." bersungguh Chris merayu.
"I janji I tak nak buat dah. Maafkan I eh?" Chris angkat ikrar.
"Janji?" Laju Chris angguk.
"Baguslah."
Nak tak nak aje perkataan itu keluar dari bibir. Chris tak boleh dipercayai, tiba-tiba dia buat benda yang sama kan?
Suasana hening seketika, mereka berdua memilih untuk tidak bersuara. Chris kerling Cristy.
"Ummm...you datang sini dengan siapa?"
"Oh, I...."
"Ris datang dengan I." dingin suara itu. Sebalik kedinginan itu, ada cemburu yang bertandang.
"Siapa dia? Kawan you ke?"
"Dia cuma-" Untuk sekali lagi, kata Cristy dipotong.
"Kenalkan, I suami Ris." Terbelik biji mata Cristy.
"You dah kahwin Cris?" ucap Chris kecewa.
"Kami berdua kawan aje, tak lebih. I harap you tak percayakan kawan I, mungkin dia gurau aje. Biasalah kan? Gurau kawan-kawan." Cristy pura-pura gelak. Siap mulutnya ditutup dengan tangan apabila ketawa.
"Kami betul-betul sudah bernikah." Pinggang Cristy dirangkul ketat.
"Tapi-" Secepatnya Dez memotong.
"Kami dah lewat nak balik." Jam tangan miliknya di check.
"Kami pergi dulu."
Bayang Dez dan Cristy ditatap dari jauh. Terlepas dia kali ini dari cinta pandang pertamanya.
"Sakitlah tangan saya. Lepas! Lepas! Kenapa awak nak menipu yang kita adalah suami isteri? Sejak bila saya jadi isteri awak? Awak memang sengaja nak naikkan kemarahan saya kan?"
Buk!
Kuat tubuhnya ditolak bersandar pada kereta Mercedes Benz milik Dez. Sakit pada tubuhnya sama sekali tidak lelaki itu hiraukan.
"I get jealous because you are only mine." Suara celah gigi kedengaran.
"No one have the right to kiss you." Berapi kemarahan di dada. Teringat apa yang dia lihat tadi. Bibir Cristy hampir dicium oleh Chris.
"Stop...hmph....stop...." Sakit bibir Cristy kerana perbuatan lelaki itu.
"Absolutely No one!"
"Have the right to touch you!"
"Lepas!" Untuk sekali lagi bibirnya menjadi sasaran, namun Cristy mengelak, ciuman itu tersasar pada pipi.
Pang!
"Awak ingat, awak siapa nak cium-cium saya macam ni? Saya bencikan awak! Benci! Awak jahat! Awak jahat!" Tubuh Dez dipukul bertalu-talu.
"I don't really care about, if you love me, if you hate me, as you can tell, i wasn't the nicest. now you may hate me."
Cristy berlawan mata dengan Dez. Sedaya upaya air mata ditahan kerana perlakuan lelaki itu tadi.
"I won't stop until I make you mine."
"I am not your wife!" tekan Cristy keras.
"Don't you dare raise your voice at me!" Cristy senyum miring.
"Kalau saya nak buat jugak macam mana? Nak marah? Huh? Siapa yang patut marah sekarang ni? Awak atau saya? Siapa yang mulakan pergaduhan ni? Awak atau saya? Awak yang cium saya! Awak yang bersalah dalam hal ni!"
"What did i do wrong? Huh?"
"Buat-buat tak tahu pulak?" Cristy hambur tawa palsu.
"Sudahlah awak, saya malas nak ambil tahu hal awak. Lepas ni, jangan awak berani jumpa saya. Saya tak suka!"
"How about this?"
Dari dalam video itu, anak buah Dez mengacu pistol pada Raisha.
"Apa yang awak cuba buat ni? Lepaskan Ica!"
"We shall meet again?" Terjungkit bibir Dez.
"Jangan apa-apakan Ica! Lepaskan Ica! Ica tak ada kena mengena dalam hal ni. Kenapa awak nak libatkan Ica sedangkan awak cuma mahukan saya?"
"We shall meet again? Huh?" ulang Dez sekali lagi. Cristy ketap kuat giginya.
"I just want answers."
Cristy gempal penumbuk, mahu saja raut wajah tampan itu menjadi sasaran. Disabarkan jugak hati. Dipejam sesaat mata, nafas ditarik lembut. Menyabarkan hati yang sedang berombak kemarahan.
"Yes is the only answer."
Macam biasa, senyum sinis pastinya menghiasi bibir lelaki itu.
"You can't respond to everything with yes." Dez sengaja main tarik tali.
"That's where, you're wrong" ujar Cristy sakit hati.
"Having only one option is not an option." sambungnya tidak lepas menghunus tatapan tajam pada Dez.
"Of course kita boleh jumpa lagi." Ucap Cristy terpaksa demi Raisha.
Dez menepuk beberapa kali tangannya. Selanjutnya dia memeluk erat tubuh Cristy.
"Special gift for special person." Bibir Cristy dikucup sekali.
"Awak selalu ambil kesempatan dalam kesempitan kan?" Dez angkat bahu.
"It's time to go home."
Tanpa salam, Cristy masuk ke dalam kereta. Dez turut melakukan hal yang sama.
"Saya nak balik dengan Ica."
Dez kerling jam tangan. Tangannya sepertinya mengira sesuatu.
"She arrived to home on time."
"Huh?"
Ting!
Aku dah sampai rumah, anak buah Dez dah hantar tadi-Ica
"Apa awak cuba buat sebenarnya?"
Dez angkat bahu untuk sekian kalinya. Sepanjang perjalanan, Cristy nampak bibir itu hampir melengkung senyum. Entah betul atau tidak, mungkin matanya saja rabun. Dez nak senyum? Memang tidaklah!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro