Bab 8
Raisha menjilat aiskrim tak ingat dunia, Cristy menggeleng. Aiskrim kepunyaannya telah habis dimakan, lain pula dengan Raisha yang beli dua batang aiskrim.
"Ica, aku nak tanya sesuatu."
"Tanyalah." laju bibir itu menjawab.
"Tapi aku nak jawapan jujur dari kau. Boleh?"
"Okay." Alis diangkat.
"Go on."
Cristy tarik nafas panjang.
"Siapa Tuan Dez?"
Uhuk! Uhuk!
Raisha batuk beberapa kali. Tersekat aiskrim yang dimakannya kerana soalan maut Cristy.
"Kau jangan panggil nama dia boleh tak? Muncul depan mata kau baru tahu."
Mata Cristy membulat. Macam tahu-tahu aje ada orang menyeru, kini sebuah kereta mewah diparking di seberang jalan. Lelaki yang keluar dari kereta dengan mask di muka ditatap tak percaya.
"Kenapa kau nak tahu?" soal Raisha tak suka.
Aiskrim yang masih tinggal separuh dimakan begitu saja, kepala yang membeku tidak diambil peduli. Soalan Cristy yang penting ketika ini.
"Kenapa cara percakapan, pandangan dia...." Anak mata mereka bertaut dari jauh.
"Sepertinya ada sesuatu yang dia nak cakap tapi tak terluah." Raisha genggam tangan Cristy.
"Ada baiknya kau tak perlu tahu hal Dez. Dia bukannya orang biasa macam kita. Dez lelaki bahaya, bila-bila masa dia boleh bunuh kau dan aku." ucap Raisha serius.
"Tapi...kenapa dia tak bunuh aku?" Raisha ketap bibir. Takkan nak bagitahu hal dulu kan?
"Aku tak tahu apa motif Dez datang sini. Aku sayang kau Cris, aku tak nak apa-apa berlaku dekat kau."
"Kau kenal Dez?" Berat hati Raisha angguk.
"Aku tahu semuanya tentang dia."
"Termasuk kejadian aku dan dia berkenalan?" Raisha angguk nak tak nak.
"Kenapa eh? Aku tak ingat langsung siapa Dez dulu." Cristy meraup kasar mukanya. Payah!
"Cik?" panggilan dari seseorang menganggu perbualan mereka berdua.
Raisha angkat punggung, melihat anak buah Dez buatnya laju genggam tangan Cristy.
"Kita balik Ris."
"Join me for lunch." arah Dez tidak mahu dibantah.
Kedua tangannya dimasukkan ke dalam poket. Kedua anak matanya tak lepas tatap muka kemerahan milik Cristy. Sama ada panas ataupun malu.
"Cristy tak akan ikut kau." tegas Raisha.
"Guess what?" Alis itu naik sinis.
"I didn't ask you." Miring bibir itu tersenyum.
"Kurang ajar!"
Sepantas kilat, Adam menghalang Raisha dari memukul Dez.
"Biarkan je." Ujar Dez mendatar.
Raisha mendengus geram. Tautan mata antaranya dengan Cristy tidak dilepaskan. Jam tangan miliknya diketuk beberapa kali.
"Lunch." keras nada lelaki itu. Kedengaran begitu memaksa.
Cristy menatap geram Dez. Lelaki itu memberi isyarat agar dia masuk ke dalam kereta miliknya, laju Cristy menggeleng.
"I am so hungry, i could eat you, Ris...." Senyum jahat dipamer. Nadanya juga keras sekali.
Membulat mata Cristy dan Raisha. Depan orang ramai pun berani cakap benda mengarut macam ni, dah gila ke?
"Kau mengarut apa ni? Lapar pergilah cari makanan, tak payah cari Ris!" amuk Raisha geram.
Tanpa isyarat, tubuh Raisha diheret bawa masuk ke dalam kereta anak buah Dez lalu dibawa lari menjauh.
"Ica!"
"Lepas! Lepaslah!" ronta Cristy.
Kepergian Raisha dipandang sayu, sudahlah Cristy tak suka berada dekat dengan Dez dan sekarang?
Haih....
"I wish murder wasn't illegal, so then i could kill Raisha so you could spend more time with me." bisik lelaki itu biasa. Seakan membunuh itu perbuatan yang senang untuk lelaki itu lakukan.
"Huh?"
Tawa sinis terletus dari bibir Cristy. Genggaman tangan besar itu direntap kasar.
"Bukan membunuh memang kerja awak ke? Kenapa tak bunuh aje saya? Huh?"
Meski muka itu dilitup mask, Cristy pasti Dez sedang menahan marah padanya. Makin kuat cengkaman pada lengannya. Marah nampak?
"Lepaslah! Lepas!" ronta Cristy untuk sekali lagi.
"Let go of what?" Cristy buat mata ke atas sebelum bibirnya dijuih pada kedua lengannya.
"Okay."
Terjerit kecil Cristy. Sesuka hati lelaki itu saja mencempung dirinya masuk ke dalam kereta milik Dez. Dah gaya macam raja-raja dah, manakan tidak. Pintu dibukakan, malah tidak itu juga. Kepala anak buah Tuan Dez juga menunduk saat mereka berdua telah selamat masuk ke dalam kereta.
"Go." Arah Dez pada anak buahnya.
Kereta mewah itu kini dipandu laju menuju ke destinasi yang diarah tadi. Cristy gelisah bagai cacing kepanasan, kerisauan pada Raisha mula membelenggu diri.
"Macam mana dengan Ica?"
Dez diam tak bersuara. Fokusnya pada Ipad lebih daripada Cristy sampai muka pun dah berkerut habis.
"Awak buat-buat pekak ke? Saya tanya ni, Ica mana?"
Gulp!
Tajam anak mata itu memanah padanya. Air liur ditelan payah, Cristy alih pandang luar tingkap. Tuan Dez senyum sikit.
"Siamo arrivati, Don," (We're here, Don)
"Mulțumesc," balas Dez dalam bahasa Romania. (Thank you)
Sepantas kilat, lelaki itu turun dari kereta lalu menerpa Cristy. Pintu dibuka, gaya gentleman tangan dihulur. Cristy serba salah.
"Erk...okay...." Tangan sasa itu disambut.
Keras kejung tubuhnya tatkala tangan sasa itu merangkul pinggangnya dari belakang.
"Don't touch me!"
Cristy menepis, namun rangkulan itu kian ketat. Tuan Dez buat tak tahu, rontaan Cristy sedikitpun tidak diambil peduli.
"You didn't say please...." Dez tarik tubuh itu merapat.
"So..." Tak lepas senyum sinis itu meniti di bibir Dez.
"I can do anything....maybe a kiss?"
Terkebil-kebil Cristy apabila tubuhnya betul-betul rapat dengan Dez.
"Huh?"
Terbeliak biji mata Cristy, Pipinya dicium tiba-tiba di depan orang ramai. Mukanya naik berona, laju matanya pandang sekeliling.
"Awak dah gila ke? Macam mana kalau ada orang nampak perbuatan awak tadi?" soal Cristy geram.
"Nobody cares."
"Hey!"
Semudah itu jawapan Dez, tangannya ditarik masuk ke dalam sebuah restoran mewah. Disebabkan tidak puas hati, Cristy diam aje. Makanan yang telah tersedia pun Cristy buat tak nampak aje, takde selera bila tengok muka Dez.
"You know what..."
Dez sengaja menggantungkan ayat. Sungguh menyeksakan Cristy mendengarnya.
"I'm bout to feed you...." Automatik, kepala pusing pandang Dez.
"Mouth to mouth...." Terbuntang mata Cristy. Gatal sungguh lelaki bernama Dez ini!
"Awak takde kerja lain ke selain ugut saya? Boleh tak awak jangan paksa saya buat benda yang saya tak suka?"
"I am not asking for much, i just want you to eat."
Spaghetti dikunyah. Tak lepas anak mata itu bertaut dengan mata milik Cristy.
"Just eat."
Keluhan berat dilepaskan, isyarat mata Dez dibalas jelingan.
"Please don't talk anymore, it's only going to upset me."
Mengalah, Cristy akhirnya makan juga spaghetti yang dipesan lelaki itu. Mulanya mukanya biasa-biasa saja, terpaksa makan kan?
Sekali masuk dalam mulut, matanya terpejam kerana sedap. Omg! Yummy!
"It's delicious, isn't it?" Malu-malu Cristy mengangguk.
"Sedap." Malu-malu Cristy mengangguk.
"Well...." Dez senyum sinis.
"That's good to hear." Cristy herot bibir ke kiri dan kanan.
"Kita berdua pernah kenal ke?" Kunyahan Dez makin perlahan. Ekor mata kerling Cristy.
"Why not if-"
Cristy memotong,
"Don't change the subject, just answer the question!" Dez membisu.
"Just answer the question!"
"No answer is also an answer."
Cristy hela nafas kasar, berombak dadanya mahu lampias pada Dez.
"Susah sangat ke jawapan yang saya nak?"
"Well yes....actually no." ucap Dez malas.
"Sakit hatilah cakap dengan awak ni, dahlah!"
Kedengaran tawa kecil dari Dez. Jelingan maut Cristy berikan. Sungguh, marahnya mendadak bila dekat dengan Dez. Tak pernah serius! Huh!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro