Bab 61
Civitavecchia, Italy
Sedar-sedar hari sudahpun gelap. Dev kerling jam di tangan, sudah menginjak angka 8.00 malam. Buru-buru dia memberi isyarat mata pada anak buahnya untuk menyudahkan kerja. Dia sengaja meminta penduduk di sini kosongkan pelabuhan demi kerja mereka. Tinggal bayar dan semuanya selesai.
"Kita akan bergerak ke Rome malam ini?" Tanya salah seorang anak buahnya.
Dev membalas dengan anggukan malas. Dia mengerling Krystal di sebelahnya sekilas. Perempuan itu tidak banyak berbicara. Bila dia bercakap, barulah bibir itu mengeluarkan suara.
"Berapa jam nak sampai sana?" Soal Krystal yang baru saja bersuara.
"The distance between Civitavecchia and Rome is 72 km. The road distance is 71.8 km."
Pinggang Krystal dirangkul lalu diheret masuk ke dalam kereta. Mereka akan berangkat dua jam lagi, dalam pukul 10. Sekarang dia mahu rest di dalam kereta bersama Krystal.
"You tak takut Dez datang sini?" Soal Krystal kini duduk diatas paha Dev.
"Mustahil Dez akan datang sini. Banyak kenangan buruk antara Cristy dan Dez di sini." Ujar Dev percaya diri.
"You bunuh keluarga kandung you sendiri. You cuba cederakan Cristy. You bakar rumah sewa Cristy. You bunuh Muiz. You hancurkan hubungan Dez dan Cristy dan you jugak hampir meragut nyawa Cristy dengan kebakaran butik Cristy." Suara itu terdengar sebak.
Bibirnya kelihatan terketap bersama itu kepalanya menunduk, perlahan namun pasti air mata itu mengalir laju merasa kecewa juga sedih dengan kehidupan kakak kandungnya sendiri. Kecewa kerana dirinya tidak mampu menghalang perbuatan Dev. Juga sedih, kerana Dev sanggup melakukan perkara terkutuk sebegini.
"Baby..."
Dengan satu jari, Dev mengangkat dagu itu agar menatap matanya.
"Dari dulu, you tahu I buat semua ni untuk you kan? Kenapa you perlu bersedih untuk Cristy? Cristy rampas kebahagiaan you dan sekarang sepatutnya you raikan hari paling bahagia you kan?" Krystal laju menggeleng.
"Cristy dan keluarga I tak salah. Semua ini salah dari Muiz! Dia yang rancang semuanya. Dia yang campak I." Jelas Krystal bersungguh-sungguh.
"I tahu baby..."
Raut wajah kebingungan dari Krystal membuatnya terkekeh sinis.
"I tahu semuanya tentang you semenjak I ambil you dari Dez. Ops! Tak, maksud I..." Jarinya menyapu sekitar pipi itu.
"Semenjak I rampas Dez dari you. Bukan Muiz aje yang ada rancangan jahat. I pun ada banyak rancangan jahat yang I sanggup lakukan demi memusnahkan Dez tapi....I tak sangka rancangan I nak musnahkan Dez terpesong. You nak tahu kenapa? Hmm?" Terketap-ketap bibir Krystal. Tangannya menggempal penumbuk dengan mata berkaca. Air mata yang hampir memudar tadi kini berlumba turun dari pipinya.
"I tak sangka baby...I dah terjatuh hati dekat you. You seksi, you cantik, you buat I tak henti fikirkan you. I sayang you sangat-sangat..." Mendayu suara Dev meluahkan isi hatinya.
Hampir bibirnya menempel pada bibir merah merekah itu tapi sayangnya, dia memperoleh penolakan juga penampar percuma dari Krystal.
Pang!
"Jadi selama ni, you dan Muiz dah rancang semua ni? Huh! Jadi yang haritu you jumpa Muiz hanya lakonan?" Ucap Krystal penuh amarah.
Dia merasa dipermainkan! Dia merasa benci dengan semua rancangan Dev dan Muiz!
Tak merasa berdosa dengan perbuatan sendiri, Dev mengangguk.
"Rancangan I terlalu banyak sayang. Antaranya, I nak musnahkan Dez sayang. Dari awal, I tahu Cristy ada di airport disebabkan itulah I bantu you melarikan diri dari sana. Tak susah pun baby, cukup I mintak anak buah I untuk berlakon jadi ayah kehilangan anak dan boom! Cristy menjadi pengganti you." Dev ketawa terbahak-bahak. Bahagia kerana rancangannya berjalan dengan lancar sekali.
"I happy sayang, I happy dapat bunuh orang yang I benci. Terutamanya kalau you bencikan orang tu. Makin membuak-buak perasaan I untuk bunuh dia. You bencikan Muiz, I bunuh dia. You bencikan Cristy pun-"
"I tak benci Ris!"
"No, I terpaksa bunuh Cristy demi memusnahkan Dez. Sorry sayang..." Dev mendekat untuk mendapatkan ciumannya. Namun,
Buk!
Buk!
Buk!
Bertalu-talu tumbukan dari Krystal mengena tubuh sasanya. Teresak-esak Krystal menangis.
"Kenapa you buat I macam ni? Kenapa you sanggup bunuh manusia yang tak bersalah! Kenapa? Apa dosa diorang dekat you? Yang salahnya Dez! Tapi kenapa you hukum mereka? Kenapa!" Teriak Krystal dengan amukan menggila. Dia memukul secara random. Semua tempat menjadi sasarannya tapi tidak ada tanda Dev akan murka padanya.
"Shhh...."
Dev memeluk erat tubuh Krystal. Meski mendapat penolakan, tetap dia berkeras peluk sampai tubuh itu melemah. Dia menghadiahkan beberapa ciuman sayang pada Krystal. Sungguh Dev bisa gila jika kehilangan Krystal. Dia sayangkan Krystal sangat-sangat!
Di sisi lain, ada beberapa orang penyelam sedang berada di sekitar kapal besar milik Dev. Secara diam-diam, mereka naik atas kapal itu lalu bersembunyi di tempat yang tersorok dari pandangan anak buah Dev. Mereka menggunakan taktik tekup mulut dan bunuh menggunakan pisau lipat.
"We just needed someone to kill."
"I know someone! It's-"
Belum habis perbualan itu, mereka telahpun dibunuh. Mereka lempar tubuh yang sudah mati itu ke dasar laut. Sebelum orang terakhir mati, terlebih dahulu Dez meminta lokasi tempat yang akan menjadi destinasi mereka nanti. Tidak lupa, baju dari anak buah Dev itu diambil sebagai rancangan seterusnya. Satu persatu anak buah Dev dibunuhnya, tinggal lah sisanya hanya anak buah Dez saja. Kerja pembunuhan mereka begitu rapi, sehingga tiada langsung apa-apa bunyi. Malah kejadian itu sepertinya tidak memberi apa-apa effect pada Dev yang telahpun keluar dari kereta.
"It's time for us to leave!" Jerit Dev dari kejauhan.
Anak matanya meliar menatap sekeliling. Bukankah tadi kawasan di sini sedikit cerah dengan lampu? Tapi kenapa sekarang terlihat sangat gelap?
Tak nak ambil peduli, Dev angkat bahu lalu masuk ke dalam kereta semula.
"You all remember the plan?"
Anak-anak buah Dez mengangguk serentak dan masing-masing masuk ke dalam kereta yang tersedia. Memudahkan kerja mereka apabila kunci kereta setiap anak buah Dev sudah tersedia di dalam poket seluar masing-masing.
"I nak balik Malaysia! Lepaskan I!" Ronta Krystal cuba melepaskan diri dari pelukan Dev.
Bunyi pintu ditutup menandakan anak buah Dev telah masuk. Krystal tidak henti meronta dalam pelukan Dev. Namun, saat dia bertemu pandang anak mata seseorang yang sangat familiar dari cermin belakang, matanya membulat.
'Dez?'
Dez menyeringai di sebalik topeng hitam yang dipakainya. Jari telunjuk dilekap pada bibir isyarat supaya diam sebelum cermin mata hitam dipakai untuk menutup penyamarannya. Anak buahnya yang lain tidak pakai kerana hanya dia yang berada satu kereta dengan Dev.
Tidak perlu susah payah bagi isyarat, Krystal sudah melakukan kerjanya iaitu meronta agresif supaya pelukan Dev semakin ketat. Bernasib baik kerana rontaannya itu, Dev tidak bisa melihat perubahan raut wajahnya. Manakan tidak, dari tadi Dev hanya mengendus manja di lehernya. Tidak hanya itu, malah dicium-cium dan digigit manja. Perjalanan masih diteruskan, sepanjang perjalanan Dev tidak malu menunjukkan perbuatan gatalnya di depan Dez.
"You tak malu ke buat perangai gatal depan anak buah you?" Soal Krystal menahan sebal.
"Kenapa I nak malu? Sedangkan I dah selalu buat macam ni depan mereka. You sepatutnya bersyukur sebab ada lelaki yang setia menyayangi you tau!"
Krystal mengawal sehabis baik wajahnya agar tidak terlihat macam malas atau rimas nak layan Dev yang gatal ulat bulu. Sedaya upaya ia mendapatkan attention dari lelaki itu agar tidak pandang depan. Meski Dez telah menutup dengan baik penyamarannya tapi tetap saja akan menjadi lebih baik jika dia turut membantu mengalihkan perhatian Dev. Bukankah Dev selalu lemah sangat jika yang menggoda dirinya adalah dia?
"Kita dah sampai." Ucap Krystal menghela nafas lega.
Kereta telah terparking betul-betul di depan gudang miliknya.
Dev mengernyit aneh dengan tingkah laku anak-anak buahnya. Bermula dari keluar dari kereta tanpa memberitahunya sehinggalah topeng muka yang dipakai mereka. Hanya kedua mata itu saja menampak. Mereka seakan berbincang akan sesuatu sebelum masuk ke dalam gudang. Tanpa berkata apa-apa, Dev keluar dari kereta masuk ke dalam gudang itu. Krystal yang masih ada dalam kereta tidak diambil peduli sama sekali. Ada perkara yang lebih penting untuknya berbincang dengan anak buahnya.
'Ada yang tak kena ni! Aku yakin!'
Selangkah Dev masuk,
Buk!
Terjelepok jatuh tubuh Dev saat tumbukan maha kuat dilayangkan buatnya. Habis darah keluar dari tepi bibirnya. Bibirnya terketap-ketap apabila topeng yang disangka anak-anak buahnya telahpun ditanggalkan.
"Kau!"
"Bangun!" Suruh Dez tidak menyabar.
Isyarat mata diberinya, lantas semua anak buah Dez keluar dari gudang itu menyudahkan rancangan akhir mereka.
"Oh? Jadi ini semua rancangan kau?" Dev ketawa terbahak-bahak sampai air mata keluar.
Tanpa belas kasihan, Dez cengkam kuat kolar baju Dev memaksa tubuh itu berdiri.
Buk!
Perut itu pula menjadi sasarannya. Bukan sekali malah berkali-kali sehingga Dev lembik. Darah yang terhambur keluar dari mulut itu tidak sedikitpun menimbulkan rasa kasihan malah dia semakin larut dengan rasa benci juga dendam.
"You ready for revenge? Huh?!"
Anak mata itu makin menggelap tapi sungguhpun begitu tetap tak ada perasaan takut dalam hati Dev. Malah dia masih berterusan ketawa seakan menyimbah minyak pada api yang makin marak membara itu.
"I have waited for the moment for so long."
Krak!
Krak!
Jeritan kesakitan keluar dari bibir Dev tatkala kedua tangannya dipijak. Semakin dirinya memberontak, semakin kuat kasut boot milik lelaki itu menekan pada tulang tangan itu.
"Hentikan....argh! Argh! Hentikan...." Rintih Dev sayu.
"Kau nak aku berhenti?" Soal Dez menguak-guak aura permusuhan.
Buk!
Sedetik, tubuh itu telahpun ditarik paksa bangun bersandar pada dinding.
"Questa volta mi assicurerò che tu muoia, nel modo più brutale e doloroso che esista!"
(This time I will make sure you die, in the most brutal and painful way ever!)
Buk!
Buk!
Buk!
Ditumbuk berkali-kali wajah tampan itu. Keadaan Dev yang dah hampir macam orang nak mati. Ditambah mukanya penuh lebam dan darah yang memenuhi lantai juga tubuhnya.
"Ini yang kau nak kan? Kau nak aku! Kau nak balas dendam dekat aku! Sekarang buatlah! Balas! Buat!" Ucap Dez dengan perasaan marah yang menggila.
Dev diam menerima tanpa berniat untuk membalas. Tak lama, tubuhnya terjelepok jatuh kerana terlalu lemah. Dia menatap sayu seraut wajah Dez yang masih mahu menghabiskan dirinya. Tubuhnya diangkat untuk sekian kalinya. Selanjutnya, pistol dikeluarkannya dari poket seluar dan dihalakan pada dahi Dev.
Bang!
Tembakan itu hampir mengenai Dev, bernasib baik Adli sempat menolak tubuh Dez menjauh hingga tembakan itu meleset ke dinding.
"Kau tak boleh bunuh dia! Dia adik kau!" Adli memberi amaran.
"Who cares, Huh!" Lantang suara itu menjerkah.
Dez seakan tidak puas hati. Dia cuba banyak kali untuk membunuh Dev tapi tembakan tidak mengena kerana halangan dari Adli.
Bang!
Bang!
Bang!
Bang!
"Kau yang cabar aku!"
Bang!
"Argh!" Jerit Adli kuat saat tembakan itu kena pada bahunya.
Dez sama sekali tidak menghiraukan jeritan kesakitan dari Adli. Fokusnya kembali pada Dev. Namun, kata-kata tiada semangat hidup dari Dev membantutkannya.
"Bunuhlah aku, aku memang dah tak nak hidup." Ucap Dev biasa.
Gelak tawa yang tadinya terbahak sinis seakan lesap diganti dengan raut wajah penuh sendu dari lelaki itu. Malah anak matanya juga tersirat kesedihan yang teramat sangat.
"Aku bencikan kau bersebab."
Bibir itu cuba bercakap meski sakit yang dialami setiap kali mengeluarkan kata.
"Aku dan kau bukan adik beradik kandung."
Dang!
Pistol yang dipegang Dez automatik jatuh. Dia menatap tidak percaya pada lelaki yang berada di depannya ini.
"Nama aku dan kau sama untuk menutupi kita bukan adik beradik. Dijadikan nama sama agar kau dan aku dianggap kembar sedangkan muka kita berdua tak sama." Air mata mengalir di ceruk pipi Dev.
"Aku selalu dipinggirkan walaupun aku adalah abang. Aku dianggap tak wujud sama sekali. Semua harta adalah nama kau. Jauh sekali nama aku. Bukan itu aje, ayah tak bagi pun aku jadi mafia macam mana kau jadi sekarang. Semua mengenai syarikat seratus peratus dia bagi dekat kau. Semuanya kau. Tapi aku?"
Dev ketawa kecil. Rasa sakit pada bibirnya seakan tidak setara dengan rasa sakit yang dialaminya sejak dulu. Ditahan pun tetap air mata mengalir laju seakan tahu bahawa air mata ini yang ditahannya sejak dulu dari mengalir.
"Ayah bagi aku masuk air force aje. Air force? Apa yang aku boleh buat? Itu pun, kau wajib ada sekali. Sebab apa? Sebab kau anak kesayangan ayah. Semua benda kau boleh cuba. Bukan macam aku, banyak pantang larang!" Bibir itu tersenyum tipis.
"Kau nak bunuh aku? Bunuhlah! Kau nak bakar gudang ni? Bakarlah! Aku dah tak kesah dengan hidup aku. Aku hanya pengganti kau bila mak kau tak boleh mengandung. Itu aje!" Ucap Dev bersama deraian air mata.
"Aku yang bunuh your mom and your dad! Aku yang serahkan mafia untuk serang mereka. Aku yang bunuh semua orang dalam dunia ni. Aku!" Jujur Dev mengakui dosa yang dilakukannya.
Untuk pertama kalinya, Dez berlari lalu memeluk tubuh Dev. Teresak-esak dua manusia itu tidak terkecuali Adli yang menjadi pemerhati sejak tadi.
"Ak-aku minta maaf...aku...tsk...tsk..."
"Aku yang salah dalam hal ni. Aku banyak dosa. Tak tertanggung dosa yang aku buat selama ni. Kau bunuh jelah aku. Kau bunuh je...." Rintih Dev kepiluan.
"Kita keluar sama-sama. Okay?" Pujuk Dez lembut.
Sisi gelapnya sudahpun hilang diganti sisi baik yang mahu selamatkan Dev dari keadaan yang dirinya sendiri rencanakan.
"Aku nak mati, Dez. Bagilah aku peluang untuk tenangkan diri aku dengan kematian aku sendiri." Ucap Dev serius.
"Kau tak boleh buat aku macam ni. Kau jangan mati! Aku sayang abang aku...tolonglah abang...aku merayu dekat kau. Jangan mati..." Rayu Dez bersungguh-sungguh.
Air mata usah dikata, penuh membasahi baju masing-masing sehingga ada darah seakan memudar warnanya.
"Tolong hormat permintaan aku, please....untuk terakhir kalinya."
"Bunuh diri itu berdosa."
"Aku bukan dari agama yang sama dengan kau." Dez menggempal penumbuk.
Tidak mahu menerima penolakan, Dez genggam tangan Dev lalu diheret keluar secara paksa.
"Lepaskan aku! Lepas!"
"Kau tak boleh mati!"
"Lepas aku cakap!"
Sepenuh tenaga Dev guna, akhirnya dia dapat leraikan genggaman tangan Dez. Terlalu kuat genggaman itu sehingga meninggalkan bekas kemerahan.
"Aku tahu kau dah letak bom di beberapa tempat. Tak cukup itu, kau letak minyak tanah di sekeliling gudang."
"Aku boleh hentikan semua ni!" Sekali lagi Dez cuba raih tangan itu namun secepatnya Dev membawa lari tangannya ke belakang.
"Kau sayang aku kan?"
Dez mengetap kuat giginya. Dia meraup kasar wajahnya menahan segala rasa bercampur baur. Boleh naik gila kalau macam ni.
"Aku tak sayang kau! Mari balik!"
Kasarnya lelaki itu, dia menarik lengan itu kuat agar tetap mengikut langkahnya.
"Aku tak nak! Aku nak mati! Lepas!"
Dez melepaskan lengan itu lalu dia menarik tubuh itu agar menatap dirinya. Dipegang kemas dua bahu itu dengan air mata yang berlinang.
"Kau faham tak aku tak nak kau mati? Hmm? Lepasni kau nak bunuh sesiapapun, kau buatlah! Yang pasti sekarang ni aku tak nak kau mati! Aku mati takpe tapi kau, aku takkan benarkan sama sekali! Aku sayang kau! Kau faham tak?" Dez cubit pipi Dev melampiaskan rasa geram dan marahnya. Air mata begitu degil turun pada kedua pipinya walaupun ditahan sebaik mungkin.
"Aku sayang kau tapi aku tetap dengan keputusan aku."
Dez makin kuat mencengkam kedua bahu itu. Tak kuat dengan perasaan sendiri, dia peluk sekali lagi tubuh Dev. Mungkin untuk kali terakhir.
"Maafkan semua dosa aku selama ni. Maafkan aku..."
Teresak-esak Dev dan Dez menangis. Adli turut bangun lalu memeluk dua orang itu.
"Aku maafkan kau." Ucap Dez setelah pelukan dileraikan.
"Kita perlu pergi sekarang!"
Dez mengangguk. Berat hati, dia melepaskan tangan Dev. Selanjutnya dia berlari keluar dari gudang itu masuk ke dalam kereta. Dia parking kereta itu sedikit jauh dari gudang itu. Cukup selamat agar tidak terkena lampias. Nombor bom yang tertera ditatap.
"Mana Krystal?" Soal Adli tiba-tiba.
"Jumpa Dev."
Terbeliak biji mata Dez dengan ucapan tanpa nada dari anak buahnya itu. Belumpun sempat nak tekan minyak kereta nak putar balik, gudang yang sepatutnya meledek kerana bom telahpun terbakar dan dalam beberapa minit, barulah bom meledak menghancurkan gudang itu.
"Dev hisap rokok?"
Dez angguk dengan tatapan tidak lepas dari gudang terbakar juga hancur itu. Adli dapat meneka bahawa Dev menggunakan lighter untuk menyudahkan semuanya.
"Sepertinya, Krystal nak mati sama-sama dengan Dev."
Adli merapati Dez. Tanpa apa-apa isyarat, dia mendakap erat tubuh itu. Dapat dirasai tubuh itu bergetar dengan esakan tidak henti. Dia tidak keluarkan apa-apa kata. Hanya diam dan diam....
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro