Bab 59
Dahi itu mula berkerut seribu agar mendapatkan hasil yang sempurna. Sudah lama dia tidak melakar design sendiri, biasanya pekerjanya yang akan melakukannya. Tapi untuk hari ini, mood nya baik. Jadi, Cristy tidak kisah jika dirinya lebur.
"Boss tak nak balik lagi ke?" Soal Piqah yang berada di ambang pintu ruangan Cristy.
"Saya lebur." Ucap Cristy dua patah tanpa beralih arah pada kertas lakarannya.
Piqah serba salah menatap Cristy. Ikutkan hati, memang nak teman Cristy sampai balik tapi hari ini dia terpaksa atas sebab desakan mommy untuk berkumpul makan malam dengan sepupu yang datang jauh dari Texas.
"Boss, saya minta maaf. Saya bukan-"
"Awak dah jelaskan pada saya sebab kenapa awak tak boleh teman saya. Saya faham, semua orang ada kerja masing-masing yang perlu dipertanggungjawabkan. Jangan risau, saya okay aje. Saya dah biasa stay dalam butik ini sorang-sorang." Ucap Cristy lembut, sembari dia mengangkat tatapan lantas senyum manis diukirnya.
"Tapi saya risaukan boss." Semakin kecil suara Piqah semakin besar perasaan serba salahnya.
"Saya balik dengan Ica. Dijamin saya balik dengan selamat!"
Piqah kerling jam di dinding. Sudah menginjak angka 10 malam. Terbit perasaan gusar kerana waktu malam selewat ini biasanya tidak ramai manusia berkeliaran di kawasan butik Cristy.
"Saya tunggu sampai Cik Ica datang ajelah."
Biasa Raisha selalu lawat butik Cristy, jadi sudah semestinya 'Ica' yang dimaksudkan Cristy adalah Raisha.
"Kalau awak balik lambat, pasti your mom and your dad risau. Lagipun bukan selalu awak berkumpul makan malam dengan sepupu yang datang jauh dari Texas. Jangan disebabkan saya, peluang untuk awak spend time dengan mereka terbatas." Suara itu menasihati dengan berhati-hati. Risau kalau-kalau Piqah terfikir dia sedang menghalau.
"Baiklah, saya tinggalkan boss dulu ya." Mereka berdua bersalaman.
"Jumpa esok," Piqah mengangguk, lantas tidak melengah masa, Piqah keluar dari butik itu.
Kini,
Bilik kerjanya hening tanpa suara, malah jika objek kecil jatuh pun bisa berbunyi. Biarpun begitu tidak ada perasaan takut dalam diri Cristy. Malah dia masih fokus dengan kapur penanda juga mesin jahit yang ada di situ. Berjam-jam lamanya, akhirnya baju yang telah dilakar pada kertas tadi menjelma menjadi gaun yang begitu cantik.
"Tak sia-sia lebur hari ini." Kekehan kecil terletus di bibir itu.
Telefon pintarnya dicapai lalu dia menghantar mesej pada Raisha.
Kau jadi tak balik dengan aku? Aku tak bawak bodyguard harini semata-mata nak spend time dengan kau-Cristy
Tunggu punya tunggu, tak ada balasan langsung dari Raisha. Oleh sebab itu, Cristy bertindak call terus tapi malangnya, Raisha langsung tak kunjung angkat. Disebabkan hatinya meronta-ronta nak tahu keberadaan Raisha. Nombor Kimi yang ada dalam telefonnya didail. Tak sampai beberapa minit, sudah diangkat. Helaan nafas lega terlepas dari bibir itu.
"Hello?" Suara garau milik Kimi kedengaran dari talian sana.
"Hello Kimi, Ica ada di rumah?"
"Eh? Ica belum sampai butik lagi ke? Dah lama Ica bertolak tadi, sepatutnya dah sampai." Kerisauan terdengar dari suara itu.
"I'll call you back."
Tut.
Talian diputuskan, Cristy meraih handbag miliknya lalu dia berlari kecil ke pintu keluar. Namun, pintu tidak dapat dibuka. Nada dering kedengaran dari telefon pintarnya.
'Ica?'
Cristy angkat aje panggilan, terus jeritan minta tolong terdengar dari sana.
"Riss! Riss! Call Kimi! Cakap aku ada dalam tong sampah berdekatan parking butik kau. Cepat!" Teriak Raisha lantang.
"Apa yang terjadi?" Soal Cristy merasa tidak sedap hati. Bahkan jantungnya berdegup kencang.
"Dev nak bakar-"
Dari belah sana, terdengar bunyi seseorang yang sedang ditampar dan Cristy yakin mangsa tamparan itu adalah Raisha!
"Hey, Ris atau lebih dikenali sebagai kakak ipar tersayang?"
Bau minyak tanah menyengat deria baunya. Adrelina nya mengalir deras selaju mindanya yang sedang berfikir tentang pelbagai kemungkinan.
"Aku dengar, Dez dah lesap dari Malaysia. Maybe dah menjauh ke luar negara disebabkan kecewa dengan perangai murahan kau. Eh silap! Kau bukan murahan, aku yang jadikan kau murahan."
Cristy mengempal penumbuk apabila tawaan sinis kedengaran. Jadi ini adalah rancangan Dev?
"Aku benci tengok Dez bahagia. Disebabkan kau pembawa kebahagiaan Dez, aku makin seronok untuk bunuh kebahagiaan yang dia ada. Dia tak layak dapat secebis kebahagiaan sebab aku takkan sesekali membiarkan dia terlena dengan semua yang dia ada."
"Apa yang kau tak puas hati dengan suami aku ha?"
"Banyak," suara itu berbisik kecil dengan aura semakin menggelap.
"Bahkan kalau aku cerita, aku takkan mampu untuk memadam dendam aku pada dia. Bersedialah, tak lama lagi. Kematian kau akan tiba."
Tut.
Cristy menutup hidung apabila terkepul-kepul asap terciumnya. Tangannya menggedor-gedor pintu dengan sangat keras. Berharap Allah menghantar penyelamat untuknya.
"Tolong! Tolong! Tolong!" Anak mata Cristy berkaca apabila butiknya sekelip mata dijilat api.
"Tolong! Bukak pintu! Tolong! Tolong!"
Asap yang berkepul-kepul membuatkan dirinya mula rasa sesak nafas. Mata mula berair dan api juga mula menjilat semua barang yang ada di dalam butik Cristy. Kunci di dalam handbag diambil lalu dia cuba buka tapi nihil, langsung tidak bisa. Pintunya seakan sengaja telah dirosakkan oleh seseorang.
"Allah, apa yang patut aku buat ni?" Soal Cristy kesayuan.
Cristy memegang perutnya. Kepalanya sudah mula pening kerana bau asap yang tidak mampu ditepis keluar dari rongga hidungnya. Nafasnya sesak!
"Tolong! Tolonglah..." Lirih suara itu meminta bantuan.
Cristy nak menangis bila gaun yang baru saja disiapkan tadi hampir dijilat api. Dia berlari anak mendapatkannya namun,
"Argh!!!" Jatuhan kayu membatalkan niatnya.
'Ya Allah, semoga anak aku takde affect apa-apa.'
Cristy sudah tidak mampu berjalan dengan baik. Matanya mula berkunang-kunang dan kepalanya terasa pening. Bunyi sesuatu didobrak secara paksa tidak langsung membuatnya mencari punca bunyi.
'Abang...'
Katakan Cristy bermimpi, katakan Cristy hanya berhalusinasi kerana ketika ini dia melihat Dez di depan mata dengan berpakaian hoodie persis sama dengan lelaki yang pernah mengekorinya.
Jadi benar kata Raisha, lelaki itu adalah Dez?
"Abang..."
Cristy merapat, mencuba untuk menyentuh tapi sayang tubuhnya tidak kuat untuk sekadar berdiri. Makanya, dia pengsan tidak sedarkan diri tapi beruntung kerana ia pengsan dalam pelukan Dez.
"He's waking up."
Ya, perwatakan yang disembunyikannya akhirnya sudah terbangun. Semuanya gara-gara Dev.
"Mi assicurerò che muoia molto lentamente."
(I'll make sure he dies very slowly)
Anak mata itu menggelap dengan aura permusuhan yang begitu ketara dari raut wajahnya. Dia keluar dari butik Cristy sambil mencempung tubuh isterinya. Bibirnya terketap tatkala kulitnya bertemu dengan bara api pada kayu yang telah jatuh pada lengannya. Hanya ringisan tapi dia masih tegap berdiri seakan bara api itu terkesan sama sekali dalam dirinya. Sakitnya tidak setara dengan sakit yang Dev hadiahkan pada Cristy. Sungguh dia akan membalas dendam!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro