Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 57

Ahem!

Bunyi deheman dari seseorang menyedarkan Cristy dari lamunan panjangnya.

"Makin bahagia sekarang ek? Pandai Dez jaga kau, senyum aje aku tengok." Usik Raisha bersama kenyit mata menggoda.

Dia yang baru masuk butik Cristy mengambil tempat di atas sofa yang tersedia di situ.

"Kau datang sini dengan siapa?" Soal Cristy menukar topik.

Baju yang ada di tangan disangkut. Boleh tahan banyak jugak baju yang telah dia jahit khas design terbaru dari otaknya kecilnya sendiri. Semenjak bahagia, otaknya lebih aktif dalam memberi idea.

'Aip! Selama ini dia tak bahagia?'

Cristy menggeleng.

"Apa geleng-geleng? Aku cakap dengan kau dari tadi tapi balasan kau menggeleng aje?" Omel Raisha, ada kedutan dari bibir itu seakan merajuk.

"Hehe...." Cristy menyengih.

"Kau bahagia dengan hidup kau sekarang?" Malu-malu kepala itu mengangguk.

"Aku dah lama menafikan apa yang aku rasa. Selama ni, aku always cuba untuk tepis perasaan cinta yang aku ada untuk dia tapi sekarang, aku dah benar-benar buka hati aku untuk dia. Doakan hubungan aku dan dia eh?" Raisha automatik meraup muka.

"Amin..."

Cristy menyelesaikan kerjanya sebelum duduknya dilabuh sebelah Raisha.

"Aku dapat jemputan dari Krystal." Dahi Raisha mengernyit bingung.

"Sejak bila kau dan Krystal rapat ni? Bukan kau berdua dah tak ngam ke? Asal tiba-tiba?" Soal Raisha beriak aneh dan tidak terima.

"Krystal dah minta maaf dekat aku. Dia cakap ada something nak bincang dengan aku. Maybe lepas balik kerja aku pergi rumah dia."

"Dia stay dekat mana sekarang?"

"Hotel Hilton." Raisha angguk aje.

Biarpun dia merasa curiga, secepatnya ditepis perasaan itu. Mustahil Krystal cuba rancang perkara buruk dekat Cristy kan?

"Kau dah lama rapat dengan Krystal?"

"Baru beberapa bulan lepas."

"Kiranya kau berbaik dengan Dez dulu baru dengan dia?" Cristy angguk.

"Tak salah aku bagi peluang pada Krystal kan? Walaupun dia pernah jujur yang dia sukakan Dez tapi mustahil rancangannya nak rampas Dez. Lagipun pertemuan nanti hanya aku dan dia aje." Raisha mengangguk lagi.

Ada betulnya juga apa yang Cristy katakan itu. Kalau betul Krystal nak mengorat Dez, pastinya pertemuan itu akan disertai Dez sekali.

"Biasanya ada sebab kenapa Krystal berbaik dengan kau." Teka Raisha benar-benar tepat.

"Aku pun pelik, haritu dia jumpa aku dan tiba-tiba aku dipeluk dengan deraian air mata. Tak sudah-sudah dia meminta maaf. Aku apatah lagi? Memang terkejut gila!"

"Seriuslah?" Tutur kata itu terdengar tidak percaya.

"Takdir Allah siapa tahu? Aku pun tak sangka boleh jumpa dia sedangkan aku time tu tengah beli barang basah dalam Mall."

Bibir Raisha berbentuk 'O'. Boleh dikatakan dia sedikit tergamam. Sepertinya semuanya berlaku cepat sekali sehingga dia juga tidak tahu harus beri reaksi bagaimana.

"Kau nak pergi bila?"

Saat check jam dipergelangan tangannya, automatik dahinya ditepuk kerana kelalaian diri.

"Eh! Aku dah lewat!"

Cristy masuk bilik peribadi nya. Selanjutnya, dia berlari anak mendapatkan Raisha. Dipeluk dan dicium lantas bergegas masuk ke dalam kereta menuju ke Hotel Hilton yang diberi alamat penuh dari Krystal.

Ting!

Sebuah mesej keluar, Cristy tengok sekilas keluar dari skrin telefon.

Cris jangan bagitahu Dez kita jumpa bersama. Risau kalau Dez tak benarkan kita berdua spend time sama-sama-Krystal

Cristy tidak membalas mesej itu. Dia fokus memandu. Nampak gayanya, dia tidak akan meminta izin pada Dez. Lagipula, bertemu dengan Krystal sekejap saja. Bukannya mengambil masa yang lama. Dalam beberapa minit, Cristy dah parking kereta masuk dalam kawasan hotel itu. Dia hantar mesej pada Krystal.

Di sini-Cristy

Video Cristy sudah naik lif dengan butang menekan nombor sepuluh dirakamnya. Tanpa disedarinya, ada orang lain yang turut mengekorinya sejak tadi.

Sampai nanti tak payah ketuk pintu, masuk saja. Tengah mandi ni-Krystal

Ting!

Pintu lif terbuka, Cristy melangkah keluar dari lif. Anak matanya meliar mencari nombor pintu 101. Setelah menemui apa yang dicari lantas tak berfikir panjang terus dia masuk dalam bilik itu.

Buk!

Kepalanya dipukul dengan sesuatu. Tubuhnya terkulai layu menyembah lantai simen itu sebelum dia tidak sedarkan diri. Dev tersenyum sinis. Telefon milik Krystal yang dicuri dilempar menjauh dari luar jendela. Dia memberi isyarat pada seorang lelaki,

"Buat kerja kau."

Lelaki itu mengangguk. Tubuh Cristy dicempung lalu dibaringkan di atas katil. Dev tidak tunggu lama, dia keluar dari jendela. Membiarkan dua pasangan itu di dalam bilik berdua.

"Tingkat 10 bilik nombor 101."

Tut.

Dez mengetap kuat giginya sambil mengepal tangan menahan amarah. Setelah dia mendapat alamat dari anak buahnya, terus Dez ikut lokasi yang diberi tapi sungguh saat mendengar Cristy masuk bilik yang terdapat di hotel mewah itu, hatinya dilanda berbagai rasa.

'Apakah Cristy berlaku curang?'

Dia masih ada diparking. Menyandar pada keretanya dengan riak wajah datar. Terlihat datar tapi tiada siapa yang tahu ombak yang ganas sedang bergelora dalam hati seakan meronta-ronta menginginkan jawapan dari persoalan kata hati yang masih tergantung itu.

'Haih...'

Walaupun langkahnya gontai, tetap dia masuk dalam Hotel Hilton itu. Dia memboloskan diri masuk ke dalam lif. Tidak perlu menekan butang kerana orang lain terlebih dahulu melakukan untuknya. Mungkin ada yang naik sama tingkat dengannya. Pertama kalinya, Dez merasa perasaan ini. Perasaan marah, kecewa dan sedih. Semuanya bercampur baur hingga hatinya tidak tenteram. Bahkan dia sanggup meninggalkan meeting demi nak tahu ke mana hala tuju sang isteri. Bernasib baik, dia memerintahkan anak buahnya untuk menjaga Cristy. Jika tidak, dia takkan tahu keberadaan isterinya di sini.

Ting!

Terlalu lama mengelamun sehingga dia sendiri tidak sedar bahawa lif telah turun pada tingkat sepuluh. Dia keluar, selanjutnya melangkah perlahan menuju ke pintu 101. Walaupun perasaan gusar belenggu diri, tetap pintu itu dibuka. Debaran makin terasa apabila pintu itu ternyata tidak berkunci. Pintu dikuak lebar,

Dang!

Jantungnya berdegup kencang menatap dua manusia yang sedang nyenyak tidur itu. Luruh hatinya melihat isteri sendiri tidur dengan lelaki lain.

'Hanya kerana emosi sesaat, mampu menghancurkan segalanya.'

Matanya dipejam dengan mata berkaca. Biarpun sedang dalam keadaan tidak baik-baik saja, tetap langkah kakinya diangkat merapati Cristy. Sejujurnya, langkahnya terlihat sungguh lemah.

"Ris..." Rintih suara sedih itu cuba mengejutkan sang isteri.

Dez memejam erat matanya. Dia tidak bisa melihat muka Cristy. Hatinya merasa sakit dengan kenyataan yang dihampar depan mata.

"Ris bangun....bangun Ris..."

Dez menggoyangkan tubuh itu sedikit kuat. Ketika itu, barulah Cristy terjaga. Kelopak matanya mengerdip sembari bangun.

"Abang?"

Dez menatap sayu isterinya. Dia memeluk erat tubuh Cristy, Dez menangis tanpa mengeluarkan suara, air matanya menitis tanpa henti.

"Dez tak marah kalau Ris nak berhubungan dengan lelaki lain tapi jangan sampai berikan cinta pada lelaki seperti Dez, yang jelas menanti cinta isterinya sejak lama." Jelas lagi nyata tutur kata itu bergetar meski ditahannya.

"Abang, abang salah faham. Ini tak seperti apa yang abang fikir. Sayang boleh jelaskan semuanya." Bersungguh-sungguh Cristy menjelaskan.

Pelukan Dez dibalas erat. Namun tak lama, lelaki itu melepaskan. Mata yang terlihat merah menahan tangis dipandang dalam, tiada apa yang ditemui selain kesedihan.

"Abang, dengar dulu penjelasan sayang..." Rayu Cristy mengenggam erat tangan suaminya.

"Dez maafkan Ris."

Dez mengerling lelaki yang tidak dengan Cristy sekilas sebelum dia melangkah lebar keluar dari bilik itu. Cristy bergegas memakai semua pakaiannya lalu mengejar Dez. Namun sayang, usahanya sudah tidak berguna apabila lif telahpun menutup rapat.

'Abang...'

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro