Bab 55
"Hye?" Ucap Demi kaku.
Dez dan Cristy lagak polis menyiasat penjahat. Di mana, Demi lah yang menjadi penjahat dalam kes ini. Demi berusaha control wajahnya agar terlihat bersahaja. Namun, wajah bengis Dez sedikit sebanyak memudarkan raut wajah yang dikontrolnya.
"Kalau you betul-betul sayang Adli, jangan sesekali buat perangai murah you lagi. Okay?"
"Sayang? Apa kau ni?" Sanggah Adli berkeras.
"Kau diam! Kau tak payah nak buat hati keras sangat dekat perempuan. Kau dah layak jadi bapak orang! Aku tahu kau tak minat bab bercinta apatah lagi nak bercinta dengan perempuan tapi aku percaya, lepas kau kahwin dengan Demi. Kau akan berubah sayangkan dia."
Demi dan Adli memilih untuk diam. Mereka berpandangan sesaat sebelum meleraikan dengan perasaan bercampur baur.
"Walaupun aku bencikan Demi tapi tak semestinya aku tak merestui hubungan kau berdua. Aku pun nak jugak anak-anak kita main kejar dalam rumah ni."
Adli senyum kecil lantas bantal kecil yang ada berdekatan diambil lalu dilempar pada Dez.
"Diam kau!"
"Nak main kejar-kejar ke?" Ajak Dez gurauan semata-mata.
"Aku rasa dah lewat sangat ni," ujar Adli sambil tengok jam dipergelangan tangannya.
"Kau naik kapal terbang biasa atau jet peribadi kau?"
"Jet peribadi aku." Dez mengerling penuh makna Demi di sebelah Adli.
"Nampak gayanya, kau dah boleh terima Demi sebagai isteri. Ahem!" Sakat Dez, membuatkan wajah itu berubah kemerah-merahan.
"Maksud you, apa?"
Adli lekap jari telunjuk pada bibirnya. Tanpa mendengar lebih banyak kata dari Dez, Adli heret Demi yang terpinga-pinga keluar dari Villa Dez masuk ke dalam kereta miliknya. Tak mungkin dia nak memalukan diri sendiri bukan?
"Apa maksud Dez?"
Bam!
Adli memboloskan diri masuk ke dalam kereta.
"I tanya you ni, apa maksud Dez?" Soal Demi meronta-ronta ingin tahu.
Kereta itu mula membelah jalan raya. Demi perasaan sesuatu, kedua telinga lelaki itu memerah.
"You okay?"
Adli menjadi kaku apabila telapak tangan Demi melekap pada dahinya. Dia mengerling perempuan itu sekilas.
"Okay."
Demi angguk sembari menyelit rambutnya pada telinga.
"Sebenarnya I tertanya-tanya, kenapa you terima syarat papa I sedangkan you boleh cari perempuan yang lebih baik. Maybe perempuan yang tidak mementingkan harta semata-mata?"
"Bukan you salah satu dari mereka?"
Demi mendecak kesal. Biarpun begitu, dia tetap menerima baik dengan tanggapan negatif dari Adli.
"I terbiasa dengan kekayaan dari papa I tapi I langsung tak terfikir untuk menjadi puteri. I lebih suka hidup sederhana. Sekali-sekala, I hanya gunakan kuasa yang papa I ada untuk mendapatkan cinta I tapi sampai sekarang, I tak dapat memiliki cinta I walaupun I dah cuba sehabis baik untuk mendapatkannya."
Demi ketawa pilu. Merasa sedih kerana hidupnya tidak seberuntung orang lain.
"Mungkin I memang tidak bernasib baik dalam bercinta." Demi senyum pahit.
"Mungkin menjadikan you sebagai suami I adalah pilihan yang tepat. Mana tahu, I boleh belajar mencintai agama islam lalu menghapus segala rasa sakit dalam hati I."
Demi tidak berniat untuk membuat Adli kasihan akan kisah cintanya. Cuma, dia terlalu pasrah dengan kehidupannya. Dia sudah tidak mahu fikirkan apa-apa.
"Kenapa you mengejar cinta yang tidak pasti?" Soal Adli ingin tahu.
Adli memarking kereta miliknya di tepi jalan. Dia tidak mematikan enjin lagi, masih menanti bicara keluar dari bibir merah itu.
"Mungkin papa I tak bisa menjadi orang yang setia tapi I akan sentiasa menjadi orang yang setia untuk lelaki yang willing mencintai I."
"Tapi kenapa you kejar cinta yang jelas-jelas menolak cinta yang you hulurkan? Bukan ke you patut mencari lelaki yang willing mencintai you?"
"I mencemburui lelaki yang setia. I kejar Dez kerana kesetiaannya yang tidak punya pada lelaki lain." Balas Demi lancar.
Demi terlebih dahulu keluar dari kereta. Entah kenapa, mood nya berubah menjadi buruk setelah mengeluarkan pernyataan 'kesetiaan'. Mungkin kerana keistimewaan 'setia' dalam hubungan tidak pernah dirasainya, kerana itu dia merasai sedikit kecewa.
"Hey,"
Sedang Demi berjalan laju menuju ke sembarangan arah, tiba-tiba sahaja dia ditarik dari arah belakang. Kesan dari daya tarikan yang dikenakan, tubuhnya terdorong ke belakang dan,
Buk!
Dahinya berlanggar pada dada bidang seseorang. Siapa lagi kalau bukan Adli?
"Nak pergi mana? Sinilah,"
Adli mengheret Demi menuju ke lapangan terbang peribadi miliknya. Di sana, sudah tersedia jet peribadi milik Adli. Demi sedikit terkejut apabila beberapa bodyguard bertubuh sasa menyambut mereka.
"Tuan Ad?"
Mereka serentak menunduk kepala memberi hormat. Adli angguk singkat lalu masuk ke dalam jet peribadi nya bersama Demi.
"I tengok dari cara you, you dan Dez sama-sama kaya tapi kenapa you memilih menjadi bawahan Dez?"
"Entah, I suka dengan kehidupan sebagai bawahan Dez."
"You tak nak stop dari mafia?"
Adli senyum samar. Anak matanya menatap dalam perempuan cantik yang baru saja menjadi kegemarannya.
"I terfikir untuk berhenti selepas menemui buah hati yang mampu mencairkan I." Ucap Adli bermaksud akan sesuatu.
Demi angguk kecewa. Namun begitu, tetap dia berpura tersenyum meski hatinya terluka. Mustahil buah hati lelaki itu adalah dirinya bukan?
Mereka berdua baru saja bertemu, mustahil Adli bisa membuka hati padanya dalam waktu yang singkat.
"Kalau nanti you dah kahwin dengan I tapi you still nak cari perempuan lain, I izinkan. I takkan halang kebahagiaan you untuk mendapatkan cinta yang lebih layak. You boleh cari perempuan sekelip mata, malah lebih cantik dari I. I tak secantik perempuan lain, sudah semestinya you akan lebih memilih perempuan lain bukan?" Soal Demi bernada pasrah juga terselit sedih yang tidak bisa diungkap kata. Teramat sakit sekali!
Demi senyum pahit dan tanpa apa-apa kata, dia bersandar tubuh di atas kerusi dengan mata terpejam. Lebih baik berpura-pura tidur saja. Lagian, tiada yang menarik.
"You boleh bagi kesetiaan pada I, kenapa I tak boleh?" Nada suara terdengar tegas juga dalam itu meruntuhkan kepuraannya.
Anak matanya yang terpejam rapat dibuka perlahan. Mata mereka bertemu. Meski tidak bicara apa-apa ketika ini, tapi Demi nampak bibir itu tersenyum manis padanya.
"Kita sama-sama belum merasai apa itu kesetiaan, mengapa harus mengundur diri jika kita bisa mencuba untuk mencintai?" Bisik suara itu mengalun lembut menyapa halwa telinganya.
"Em,"
Demi terlalu sebak, kerana perasaan malu menunjukkan air mata. Demi menunduk kepala lantas bermain dengan telefon pintarnya. Bibirnya digigit menahan tangis.
Tap!
Beberapa titis air mata menuruni kedua pipinya. Adli seakan mengerti perasaan Demi meski sebaik mungkin cuba disembunyikannya. Tak ada idea nak pujuk, Adli capai chocolate bar yang memang tersedia di sini, lantas diberikan pada Demi.
"Nah, makanlah."
Tanpa mengangkat kepala, Demi mengambilnya.
"Terima kasih."
Adli angguk singkat. Dia mencuba mengalih fokusnya dari Demi dengan bermain telefon pintarnya, namun payah sekali, anak matanya lebih memilih pada raut wajah cantik Demi. Berwajah kemerahan, bibir melipat kerana terlalu sedih, makan coklat dengan gaya comelnya.
Sungguh!
Adli sudah gila!
"You, nak?"
Demi angkat kepala, menyua chocolate bar bekas gigitannya. Adli mengumpat dalam hati akan kelemahan dirinya. Dia menolak lembut dengan mengatakan tidak makan manis lalu membohongi bahawa dia mahu tidur kerana kepenatan.
"Rest well."
Matanya dipejam sementara dirinya mengempal penumbuk menahan rasa tidak menentu di dada. Malu untuk mengaku, tapi kelihatannya Adli mula membuka hati pada perempuan bernama Demi itu.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro