Bab 52
Pada hari minggu, Cristy dan Dez melepak dengan santai di hadapan televisyen di ruang tamu. Yang tengok drama korea hanya Cristy berbeza dengan Dez yang lebih fokus pada telefon pintarnya.
"Abang kalau Ica datang sini esok boleh?"
"Boleh, tapi jangan tidur sini. Abang tak boleh tidur tanpa sayang." Dez kenyit mata menggoda.
"Ish! Apa abang ni!"
Terkekeh Dez ketawa. Dia pasrah aje ada tangan yang memukul tubuhnya tapi kerana tangan itu terlalu kecil, rasanya macam kena gigit semut aje.
"Abang ada penyakit insoloveyou jadi malam-malam abang kena cari isteri. Barulah penyakit tu hilang."
"Insoloveyou? Apa tu?"
"Pengganti insomnia."
Terbahak-bahak Dez ketawa mendapati wajah cemberut Cristy. Dia meletakkan laptop diatas meja lantas merapati sang isteri.
"Aduh! Abang Insoloveyou sekarang, aduh..." Rengek Dez mengada sembari merebahkan diri di atas paha Cristy. Tangannya naik mengurut kepala pura-pura sakit.
"Mengadalah abang ni..." Walaupun Cristy tahu Dez berpura-pura, tetap dia mengurut kepala itu.
"Abang risau sesuatu sayang." Ucap Dez ada makna yang tersendiri.
"Maksud abang?"
"Seseorang rancang sesuatu. Ia berkaitan dengan rumah sewa sayang. Abang risau kalau jadi apa-apa dekat sayang." Luah Dez akan isi hatinya yang terbuku.
"Patut ke kita pindah dari rumah abang?"
"Abang janji, abang kembalikan rumah sewa sayang selepas kita berpindah ke Villa abang."
Cristy mengangguk. Bersetuju pindah rumah bersama Dez.
"Jadi, Ica tak boleh datang sini lah kan?"
"Ica boleh stay Villa kita dengan Kimi kalau sayang nak." Anak mata Cristy berbinar terang.
"Betul ke bang?"
"Yup!"
Pin!
Bunyi hon kereta seseorang menarik perhatian Cristy. Dez bagi isyarat mata supaya Cristy tidak ikut langkahnya. Buka pintu, terus Dez bagi kunci kereta pada anak buahnya.
"Abang, kenapa bagi kunci kereta Ris dekat anak buah abang?" Soal Cristy aneh.
Dez duduk semula di tempatnya tadi. Laptop yang masih on itu dibawa rapat dengannya. Dia menaip sesuatu, seterusnya ditunjukkan skrin laptop itu pada Cristy.
"Siapa yang letak CCTV dekat area rumah sewa Cris?"
"Adli."
"Siapa yang arahkan?"
"Abang."
"Wow!"
Keluar ayat serupa kagum dari bibir Cristy. Hebat sekali suaminya ini, bisa mengetahui rancangan penjahat padanya. Spontan, dia menepuk tangan gembira.
"Apa rancangan penjahat ni? Kenapa mereka menyorok depan rumah sewa Cris?" Soal Cristy bertalu-talu.
Walaupun dari CCTV, dia sudah dapat agak apa yang mereka sedang rancangkan iaitu membakar rumah sewa Cristy namun dia tetap nak dengar dari mulut Dez sendiri.
"Bakar rumah sewa malam ni sewaktu kita tidur." Dez kerling jam dinding.
"Dianggarkan dalam pukul dua belas malam sebab kita always tutup lampu bilik jam dua belas malam."
Automatik, muka Cristy merah menyala kerana malu. Bisa-bisanya lelaki itu menyatakan hal yang tidak sepatutnya.
"Tak semestinya kita always tidur pukul dua belas time kita tidur. Kita ada jugak buat malam panjang kan?" Cristy mula menyuara pendapat kerana tidak puas hati.
"Malam panjang?"
Cristy angguk malu. Mukanya merah menyala.
"Kalau kita buat malam panjang, mereka takkan bakar tempat ni."
"Ini bukan tempat tak bakar, dengan malam-malam panjang terbakar." Spontan ayat itu keluar dari bibir Dez.
Cristy apa lagi?
Terbahak-bahak dia ketawa merasakan lucu dengan pernyataan dari Dez.
"Kita nak lari malam ni sebelum kul dua belas eh?"
"Yup."
Suasana penuh gurauan dan gelak tawa tadi bertukar serius. Pasangan suami isteri itu bertindak naik ke tingkat atas mengemas apa yang patut.
"Abang, mana semua barang-barangnya kita berdua?" Soal Cristy menatap aneh almari yang telahpun kosong.
"Abang dah arahkan Adli untuk ambil pakaian kita untuk dibawa ke Villa selepas sayang dah tidur semalam."
"Bila abang buat kerja?"
"Dalam pukul tiga dan empat, suasana masih gelap and abang hack semua sistem lampu dekat sini supaya tak ada orang syak apa-apa."
Sekali lagi, Cristy tercengang.
Secepat itu Dez buat kerja?
"Kita akan keluar dari sini hanya dengan laptop abang." Ucapan dari Dez menjawab soalan dari kepalanya yang tertanya-tanya sejak tadi.
Sekarang, baru dia perasaan akan perubahan biliknya. Semua gambar telahpun tiada. Jadi inikah sebab Dez tidak mahu tidur di tingkat atas semalam?
"Bukan, semalam memang abang penat. Abang malas nak naik tangga."
Macam tahu-tahu saja apa yang ada dalam fikiran Cristy. Cristy mendecak kesal. Biarpun begitu, ada perasaan bangga dalam dirinya. Dez seorang suami yang baik, selalu mencuba untuk melindungi nya.
"Kita memang wajib pindah dari rumah sewa Ris ke?" Soal Cristy memeluk belakang tubuh sasa Dez.
"Selagi abang tak selesaikan dendam Dev pada abang, selagi itulah sayang akan jadi mangsa buruan mereka. Sayang boleh stay dekat dalam rumah ni sampai bila-bila tapi, abang tak percaya Dev akan menganggu sayang sekali saja. Mungkin akan berkali-kali ataupun seumur hidup. Mungkin sekarang, kalau kita tak lari dan abang boleh selesaikan dengan cara abang sendiri semuanya akan mudah tapi abang terfikir bahawa one day kalau abang tak ada di sisi sayang, maybe abang kena fly jauh dari sayang, tak mustahil rancangan membakar rumah sewa ini akan berlaku." Dez balik tubuh mengadap Cristy. Dia menekup dua pipi yang sedang bersedih itu.
"Abang tak sanggup andai satu hari nanti, abang balik kerja, abang dapat berita bahawa isteri abang dah mati atas sebab kecuaian abang dalam menjaga isteri abang sorang ni. Dekat mana lagi abang nak jumpa isteri sebaik Cristy kan? Dalam Shopee pun tak ada."
Hidung kecil itu dicuit.
"Sayang boleh carikan isteri baru untuk abang dalam Shopee?"
Sekelip mata, wajah sedih tadi berubah marah.
"Aip! Siapa cakap abang boleh kahwin lain? Sayang tak nak berkongsi!" Tegas Cristy mimik muka merajuk.
"Dalam Villa abang ada banyak bilik, untuk isteri pertama ada, untuk isteri kedua ada, untuk isteri ketiga pun ada!"
"Abang bawak balik isteri pertama, Cris tarik rambut dia dan rendam dia dalam bathtub sampai mati. Isteri kedua pulak, Cris tolak ke bawah dari tangga satu sampai tangga lapan. Isteri ketiga pulak, Cris lempar dia dari tingkat atas sampai jatuh ke tingkat bawah sekali. Biar mampus semua!"
"Isteri pertama tu sayang kan?"
"Iyalah, habistu siapa lagi?"
"Siapa yang tarik rambut dan rendam dalam bathtub? Sayang buat dekat diri sendiri ke?"
Eh? Eh? Eh?
Dahinya ditepuk lantas dia sengih tidak serba salah. Bila tak control marah, beginilah jadinya. Lampias sesuatu yang tidak sepatutnya.
"Tersalah info." Kecil suara itu. Malu!
Dez gigit bibir, dia pandang ke arah lain. Entah bagaimana, bibirnya tersenyum. Dia sudah mencuba menahan tapi tidak bisa.
"Tak payah senyum! Bersiap! Kita keluar rumah! Jangan lupa, Cris tak berkongsi!" Tegas Cristy.
Dia mengawal raut wajahnya. Diam-diam langkahnya dibawa keluar dan,
Bam!
Pintu dihempas kuat. Cristy pejam erat matanya. Kakinya terhentak-hentak kerana tidak puas hati memalukan diri sendiri.
"Nak jadi isteri kedua ha? Mehlah! Meh! Meh!"
Cristy buat-buat tumbuk semacam sedang bertanding aje. Tumbuk punya tumbuk, dia tak sedar kakinya dah hampir dengan tangga.
"Kau nak lawan dengan aku isteri kedua, ketiga? Ha! Mari!"
Namun,
"Nak lawan dengan abang?"
Hampir tubuh Cristy jatuh tersungkur atas tangga kerana hilang keseimbangan. Teriak kecil keluar dari bibir Cristy. Dia memejam erat matanya takut dengan pemikiran sendiri bahawa dia akan mati.
'Tapi kejap? Kenapa aku tak rasa apa-apa?'
Kelopak matanya dibuka perlahan-lahan, jantungnya berdegup hebat tatkala wajahnya dengan Dez seinci saja.
"Abang?"
Disebabkan geram, Dez mengigit manja hidung itu lalu dilepaskan tubuh itu dari rangkulannya.
"Tahu marah, tapi jangan sampai mencederakan diri sayangku oi!" Dez check seluruh tubuh Cristy takut ada luka apa-apa.
"Nasib tak ada luka tau! Kalau tak, abang gigit sayang sampai keluar darah banyak macam vampire. Nak?"
Bukannya takut, malah Cristy mengangguk dengan sengihan.
"Ris suka vampire."
Mahu tak bulat mata Dez dengar macam tu, dia menggeleng.
"Jomlah bersiap, dah lewat sangat ni."
Bibir itu singgah pada tepi kepala Cristy lalu diheret tangan itu masuk bilik. Kaki Cristy terasa lembik, tak mampu berjalan kerana cair dengan tingkah manis Dez.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro