Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 51

"Tahniah Ica, lepasni kau dah tak malu nak bermanja dengan Kimi."

Raisha menyembam muka pada dada Kimi. Malu-malu dia menatap Cristy. Boleh pulak Cristy gelakkan dia, lagi bertambah malunya.

"Apa yang nak dimalukan? Hmm? Kita berdua dah kahwin pun..." Ucap Kimi bahagia.

"Ica nak lari dari rumah abang tak bagi. Kenapa tak bagi? Hmm?" Soal Raisha peluk tubuh buat-buat tengah marah.

"Suami mana rela bagi isteri menjauh walaupun untuk sehari?"

Kejap!

Cristy baru teringat akan sesuatu. Mendadak, dia mengambil telefon dalam beg tangannya.

Abang dah tunggu dekat luar-Dez

Automatik, dia berdiri tegak lalu menatap sekeliling.

"Ica, balik dulu eh? Dez dah datang." Raisha mengangguk.

Cristy terus meninggalkan Raisha merapati sang suami yang sedang menunggu di luar sana. Dia berlari anak lantas dihempas pelukan pada tubuh sasa itu.

"Hye abang,"

"Hye babygirl..."

Pelukan itu dibalas dan dia menyiram tiga kucupan sayang pada kepala itu.

"Dah lama tunggu Ris?"

"Dua jam." Dez bagi isyarat tangan peace.

Cristy meleraikan pelukan mereka. Dia gigit bibir serba salah. Kalau orang lain, pasti dah kena marah kerana dibiar menanti terlalu lama. Mengapa Dez tidak menunjuk apa-apa emosi ya?

"Ris minta maaf, Ris tak sedar bila borak dengan Ica. Mungkin Ris terlalu happy dengan hubungan mereka yang lebih baik dari sebelumnya."

"Apa yang terjadi antara Kimi dan Ica?" Soal Dez berbasa-basi, sambil langkah mereka berdua menuju ke kereta.

"Keluarga Kimi dah tahu mengenai hubungan Ica dan Kimi." Cristy masuk ke dalam kereta usai Dez buka pintu untuknya.

"Keluarga Kimi boleh terima?" Soal Dez setelah selamat masuk ke dalam kereta. Kereta dipandu pulang.

"Alhamdulilah diterima, Kimi cakap papa tiba-tiba masuk bilik Kimi sebab curiga mengenai mereka berdua. Boleh tahan terkejut bila gambar kahwin Kimi dan Raisha ada atas meja katil."

"Aik? Selama ni, tak curiga? Sebelum ni, tak masuk bilik Kimi ke?" Soal Dez dibelenggu tanda tanya.

"Selama ni, Kimi always kunci pintu bilik tapi itulah, nak cakap kuasa Allah kan? Sekejap aje Allah nak tunjuk kebenaran yang sebenar. Allah jadikan Kimi lupa kunci pintu, mendapatlah kan?"

Tak sedar pun, mereka dah sampai betul-betul di depan rumah sewa Cristy.

"Kenapa tak balik Villa?" Soal Cristy berkerut dahi.

"Abang tahu baby girl abang sorang ni dah rindu nak pulang rumah sendiri kan? Walaupun rumah sewa, tetap duit yang dibayar dulu adalah dari titik peluh sendiri. Pasti sayang kalau tak stay rumah sewa sekali sekala."

Cristy tak dapat menahan diri. Lantas, dia memberi ciuman sayang di pipi Dez.

"Thank you!"

Baru saja Cristy nak keluar kereta, langkahnya terbantut.

"Abang tak masuk sekali?"

Dez menggeleng.

"Maybe next time."

"Tapi kenapa?" Soal Cristy polos.

"Lelaki dengan perempuan kalau dah berstatus suami isteri ada baiknya menjauh untuk seketika, risau abang tak dapat menahan diri." Tangan halus itu diraih lalu diusap.

"Abang tak nak paksa isteri abang, kalau isteri abang tak bersedia."

Dez berura-ura nak lepaskan tangan halus itu. Secepat mungkin, Cristy tangkap dan genggam semula.

"Ris dah bersedia abang." Cristy menatap lama anak mata itu agar yakin dengan katanya. Tapi sayangnya, dia memperoleh penolakan.

"Sayang jangan paksa diri. Jangan disebabkan abang, sayang terpaksa ikutkan apa yang abang nak."

"Kalau tak nak, Ris buat dengan orang lain jelah."

Hampir nak tercabut jantung Cristy. Tempat duduknya tiba-tiba menurun ke bawah dan lelaki itu sedang menatapnya tajam. Matanya memberi amaran bahawa amarahnya kali ini tidak main-main.

"Call me selfish, but I can't share you with anyone else." Suara celah gigi itu terdengar menggoda di gegendang telinganya.

"Macam mana kalau Ris betul-betul buat dengan orang lain?"

Dez terdiam dengan bibir terkatup rapat. Tiba-tiba, matanya terlihat sendu. Dia tidak menjawab, namun gerak tubuhnya yang makin menjauh memberi jawapan bahawa lelaki itu akan bersedih. Boleh dikatakan, tersangat sedih.

"Keluarlah, abang nak balik." Halau Dez bernada sedih tidak dibuat-buat.

"Rumah sewa Ris, rumah abang jugak. Jomlah masuk, kita dah lama tak tidur sama-sama." Ajak Cristy teruja.

Kerusi diangkat agar kembali pada asal. Dia keluar dari kereta lalu buka pintu belah pemandu. Di mana, Dez terlihat tidak terkutik. Malah, dia seakan berjauh hati dengan sikap Cristy.

"Ris janji, Ris takkan curang dengan abang. Ris sayang abang sorang aje. Tak ada orang lain dah dalam hati Cristy."

"Betul ke?" Soal Dez dengan suara kecil. Macam budak kecil yang baru berura-ura berbaik dari merajuk.

"Betul, Ris dah tak ada lelaki lain dah selain abang. Abang je ada dalam hati Ris tau!"

Dez angkat kepala tatap Cristy. Dia sengaja mengemam bibir lalu mendepakan tangan agar Cristy memahami kemahuannya.

"Nak peluk ke?"

Dez angguk bersama bibir tersebik sedih.

"Nak..."

Cristy tak mampu tahan geram kerana kecomelan Dez.

"Comel!"

Dia memeluk erat tubuh Dez. Seterusnya, Cristy dengan rakus habis-habisan bau maskulin dari lelaki itu.

"Abang bermalam di sini kan?"

Dez angguk lalu dia keluar dari kereta masuk ke dalam rumah sewa itu. Tak berniat nak naik atas, Dez berbaring tubuh di dalam bilik tetamu saja. Cristy nampaknya tak kesah akan itu. Masuk aje bilik, mereka terus berbaring.

"Kenapa abang diam dalam kereta tadi?" Soal Cristy tiba-tiba.

Sebenarnya, sejak tadi dah dia tertanya-tanya akan kejadian dalam kereta tadi. Mengapa Dez diam? Mengapa emosi Dez berbeza dari sebelum ini?

"Ris tertanya-tanya sebab abang dah tak marahkan Ris kan? Malah abang langsung tak beremosi pukul-pukul macam dulu. Iya tak?"

Cristy memiringkan tubuhnya ke kanan manakala Dez miring ke sebelah kiri. Masing-masing mula meluahkan kejadian yang berlaku tadi dari hati ke hati tanpa melibatkan sebarang emosi.

"Abang risau sayang..."

Dez hela nafas berat.

"Abang pernah melampiaskan semuanya melalui emosi. Disebabkan emosi, abang hilang semuanya. Termasuk, abang kehilangan orang yang tersayang."

Anak mata berkaca itu menjadi perhatian Cristy dan tak lama, tangan yang mengusap rambutnya membuatnya sedar sesuatu.

"Cristy ke?"

"Yup, isteri abang."

Cristy masih tidak melepaskan tatapannya dari Dez. Usapan rambutnya semakin membuatnya terbuai dengan perasaan indah yang mengasyikan.

"Abang tak berani marah sayang tapi abang akan pergi jauh dari sayang sampai bila-bila."

Gulp!

Detak jantung dah berdegup tidak normal. Rasa tidak sedap hati menguasai diri. Dia tahu, tidak mungkin perkara yang digurau nya akan berlaku tapi entah kenapa, sekarang Cristy merasa takut. Dia takut kalau-kalau Dez pergi dari hidupnya.

"Ris janji takkan sesekali kecewakan abang. Abang percayakan Ris kan?"

"Abang always percayakan isteri abang sampai bila-bila..."

Cristy merapati tubuh sang suami. Mereka berpandangan dan dengan bismilah, malam yang panjang itu dimulai dengan hati saling mencintai.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro