Bab 50
Sepasang mata yang tajam merenung batang tubuh Demi membuatkan kakinya berganjak ke belakang. Tiga tapak. Dan akhirnya, tubuhnya berlanggar dengan sesuatu yang keras. Demi hampir terlupa, dia pulang bersama Adli.
"Pa, kenalkan Adli."
Tatapan Uncle Damon tidak lepas dari lelaki berwajah dingin tanpa perasaan itu. Namun begitu, dia tidak cepat melatah untuk menghukum apa-apa meski cara pakaian anak perempuannya terlihat seperti seorang yang baru berasrama.
"Ada apa?"
Uncle Damon memberi isyarat mata agar mereka melabuh duduk di depannya. Adli dan Demi menurut tanpa membantah.
"De-Demi minta maaf, De-demi buat kesalahan besar." Demi gigit bibir serba salah.
"De-demi..."
"Demi melakukan itu?" Soal Uncle Damon terdengar nada kecewa dari bicaranya.
Demi mengangguk bersama deraian air mata.
"I'm sorry Dad, I didn't turn out the way you wanted me to be...."
Mengingatkan dirinya yang selalu dipaksa untuk menjadi sempurna agar dapat menjual tubuhnya pada lelaki.
"I'm sorry for not being good enough...tsk...tsk..."
Malah, papa selalu menjodohkan dia pada banyak lelaki tua agar dapat memberi kemewahan cukup padanya.
"I'm sorry that I'm a disappointment to you..."
Malah kerana kejadian ini, Demi yakin papanya akan lebih membenci dirinya. Kerana apa?
Kerana agama yang menjadi penghalang.
"I'm truly sorry for everything...tsk...tsk..."
Adli mengempal penumbuk tatkala tangisan sayu Demi menyapa gegendang telinganya. Dia benar-benar tidak suka dengan titisan air mata yang jatuh pada kedua pipi itu.
"Sometimes i wish i was never been born because if i were never been born you could be happy."
Ahem!
Untuk pertama kalinya, Adli berdehem kuat untuk menarik perhatian Uncle Damon. Ternyata, usahanya berhasil. Tanpa berbasa-basi, Adli mengutarakan keinginannya.
"It's all my fault."
Uncle Damon angkat alis angkuh. Namun, begitu tidak terdetik di hati untuk keluarkan apa-apa kata. Masih menunggu kata lainnya dari Adli. Nama lelaki yang dipanggil anak perempuannya tadi.
"Saya yang paksa Demi untuk tidur bersama. Dalam hal ni, tak perlu menghukum Demi. Cukup hukum saya saja." Tutur katanya terdengar sopan dan cukup sedap mendengarnya.
Demi membulat mata. Dia tidak mengerti apa yang Adli cuba lakukan tapi setelah digenggam tangan itu agar menghentikan lakonan ini. Malah lelaki itu memberi gelengan, seakan dia mahu meneruskan agenda nya kini iaitu melindungi Demi.
"I love your daughter with all my heart."
Adli menepuk lengan berlapik itu dua kali. Isyarat memujuk bahawa semuanya akan baik-baik saja.
"When I look at her I see my future. I see my lifelong partner. There's nothing I want more than to spend the rest of my life with her."
Untuk sekali lagi, Demi menangis. Perasaan sebak dan bahagia menelusup dalam hati apabila luahan cinta tulus itu menerombos masuk ke dalam telinganya.
"Can I marry your daughter and make her my wife?" Soal Adli serius.
Uncle Damon menatap Adli dan Demi silih berganti. Tiada sambutan balasan dari Uncle Damon, kerana itu Adli tidak berputus asa keluarkan banyak pujukan lagi.
"I promise to be a good man. Please allow me to marry your daughter." Janji Adli, menatap lama Uncle Damon menagih jawapan yang pasti.
Uncle Damon berpeluk tubuh. Seraya itu, dia bertepuk tangan. Senyum sinis dikutiknya sebelum dia mengeluarkan kata. Sepertinya tidak terlalu ikhlas. Nadanya lebih sinis berbanding nada biasa.
"You want to marry my daughter?
Adli mengangguk.
"I want her to be the only girl that I'II love for the rest of my life and-"
"So, you told me you're in love with her?" Uncle Damon bertanya, mengangkat kedua alis seksinya.
"Since when have you been in love with her?"
Adli menayangkan wajah tenang.
"I'm in love with her from the very first day I saw her." Tanpa melengkapi cerita, Adli memilih untuk memendekkan cerita.
"I do give you my daughter to marry tapi dengan satu syarat, tandatangan surat perjanjian antara kita berdua. Boleh?"
Tidak gentar mahupun ragu biarpun tidak mengetahui isi surat perjanjian itu. Tetap, Adli mengangguk. Bersetuju tanpa berfikir panjang.
"Boleh lakukan sekarang, saya akan tunggu."
Uncle Damon mengangguk dengan raut wajah berseri. Anak matanya tergambar kebahagiaan yang tidak pernah Demi lihat sebelum ini. Punggung yang membelakangi nya ditatap. Pasti tengah ambil laptop. Sangkaan nya benar apabila Uncle Damon turun tangga dengan laptop ditangan.
"Pa," seru Demi melarang keras.
Namun, Uncle Damon buat tak tahu saja.
Adli menunggu penuh sabar proses yang akan dilakukan mereka. Dia cuba meneka apabila raut wajah Demi berubah merah kerana menahan marah. Sesekali muncung serupa itik ditayang perempuan itu dan tidak tahu kenapa, dia sebagai lelaki normal amat menyukai pemandangan cantik ini.
"Well done!"
Adli berdehem kecil lalu dia meraup kasar mukanya agar fikirannya tidak terlalu memikirkan Demi.
"Here,"
Sedar tak sedar, dah ada kertas di depannya. Adli terlalu larut melamun sehingga laptop yang ada di tangan Uncle Damon juga sudah tiada. Inikah kuasa cinta?
"If you agree to this we both will be benefitted." Uncle Damon menatap anak perempuannya.
Sangkaan nya, Adli akan marah dan melenting. Tapi tidak, lelaki itu tampak tenang membaca semua syarat itu. Dalam surat itu terdapat banyak syarat iaitu,
-Pastikan syarikat Damon's yang hampir bankrupt kembali pulih menjadi syarikat lebih baik.
-Saya sebagai ayah Demi, membenarkan anak perempuan saya memeluk islam jika diberikan rumah, kereta dan sebuah butik atas nama Demi.
-Berikan 30% harta kamu pada Demi.
Akhir namun tidak rela, Papa bahagia kerana ada lelaki yang akan mencintai Demi selepas papa. Sejujurnya, Papa tidak akan melarang apa saja pekerjaan Adli. Yang penting, lindungi Demi dan cintai Demi. Andai satu hari nanti sudah tidak ada lagi cinta antara kamu berdua, pulangkan Demi pada Papa. Ambil cara yang baik maka pulangkan semula cara yang baik.
Untuk terakhirnya, kalau setuju...
"Welcome to the family."
Kalau tidak, blah!
Adli tersenyum samar. Dia mengerling Demi dan tak fikir panjang pun, pen yang ada di atas meja dicapai lalu ditandatangani. Demi dan Uncle Damon tercengang.
"Tomorrow everything will be as good as today."
Adli menghulur kertas itu pada Uncle Damon.
"I would like to say, thank you for accepting me in your family."
Adli menunduk hormat sedikit. Beruntung dilayan baik walaupun syarat-syarat dalam surat itu menjurus pada keluarga yang bermata duitan.
"You terima macam tu je?" Soal Demi tidak percaya.
Adli angguk.
"I want to go back home right now, have an urgent thing to attend in the office."
Uncle Damon berdiri diikuti Demi. Tanpa kata, tubuh Adli dipeluk erat seakan tak nak lepas.
"Sometimes you have to sacrifice your happiness to make someone else happy." Ucap Uncle Damon tidak lekang dengan senyum bahagia.
"What is love without sacrifice? Can you really love someone without being willing to make sacrifices for them?" Bisik Adli perlahan.
Demi terkebil-kebil menatap Adli yang tiba-tiba senyum padanya. Mukanya tiba-tiba memerah. Itu hanya senyuman tapi sungguh mampu mencairkannya. Anak matanya saja menghantar pemergian lelaki itu. Dia malu dan dia tak berniat untuk menemani lelaki itu.
"I started liking him, I guess you could say that it was very unexpected." Ujar Uncle Damon terkekeh ketawa.
Makin menjadi-jadi warna yang berona di muka itu. Tidak hanya Adli kenyit mata padanya, malah papanya sendiri melakukan hal yang sama.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro