Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 5

Peluh merenik pada dahi diseka kasar. Penat betul hari ini, ramai pelanggan yang masuk butiknya.

Alhamdulilah....

Rezeki Allah siapa sangka kan?

Sedar tak sedar, jam kini sudah menginjak angka dua belas malam.

"Boss tak nak balik lagi ke? Dah lewat sangat ni...."

Gusar raut wajah cantik itu. Bukan apa, Cristy tak pernah balik selewat ini. Biasanya Cristy akan pulang awal tapi kerana pelanggan ramai hari ini, Cristy rajinkan diri membantu apa yang patut.

"Bukan saya tak nak balik, kalau boleh saya nak semua pekerja dah siap bereskan semua kerja. Orang cakap apa, sama-sama susah.... sama-sama senang." Sharifah menggeleng.

Tak pernah dia jumpa boss sebaik Cristy. Maybe ada tapi tak banyak. Bertuah sungguh siapa yang dapat kahwin dengan boss besarnya ini. Kalaulah Sharifah lelaki, pasti dah jatuh cinta pada Cristy.

"Ya Allah Sharifah, awak termenungkan apa? Kita dah nak tutup butik, dah pukul dua belas malam. Tak nak balik lagi ke?"

"Nak-nak!" Sharifah garu kepala tak gatal, kakinya laju berlari menolong pekerja lai

"Budak ni...." Menggeleng Cristy.

Sejujurnya, Cristy takut untuk pulang lewat. Seumur hidupnya, tak pernah-pernah dia balik selewat ini. Ini adalah kali pertama, harapnya tak ada perkara buruk yang berlaku padanya.

"Boss semuanya dah beres, jom balik!" ajak Sharifah.

Critsy berbalas senyuman dengan pekerja yang keluar butik, anggukan aje yang dihulur sebagai tanda selamat pulang. Beg tangan miliknya digeledah, berkerut sedikit mukanya apabila pencariannya tidak menemui jawapan. 

"Kenapa boss?" 

"Kunci kereta saya hilang."

Semua barang dikeluarkannya. Naik pening cari kunci kereta, tak silap kunci kereta dah simpan betul-betul dalam beg. Macam mana boleh hilang? Haih!

"Tak silap saya, saya nampak kunci kereta boss dalam surau tadi." Spontan, dahinya ditepuk. 

"Saya tolong ambilkan untuk boss eh?" Rajin Sharifah menawarkan diri.

"Eh, takpe-takpe. Saya boleh ambil sendiri, lagipun jarak antara surau dengan butik kita dekat aje. Korang baliklah dulu, saya menyusul kemudian."  tolak Cristy lembut.

"Kita pergi surau sama-sama eh?" ajak Sharifah.

"Saya hargai pertolongan awak tapi saya tak nak awak tertunggu-tunggu. Pasti awak letih kan? Baliklah, rehat. Saya baik-baik aje." Sharifah tunduk menekur tanah.

"Saya risaukan boss aje."

"Saya balik dulu ya?" Cristy mengangguk.

Langkah dihayun laju menuju ke surau. Salam diberi, barulah Cristy masuk ke dalam surau. Kunci kereta dicari, jumpa saja terus Cristy keluar. Dalam perjalanan ke parking kereta, Cristy terasa dirinya diikuti oleh seseorang. Toleh, tak ada kelibatan sesiapa. Cristy melajukan langkah namun...

"Hey baby...."

Keras kejung tubuhnya, ditoleh. Air liur ditelan payah. Mengigil hebat tubuhnya kerana takut. Darah sejuk menyerbu naik, fikirannya terimbas kembali kejadian dulu.

"Baby....I dah lama sukakan you. You tak sukakan I ke baby?" Cristy menendang secara random. Tubuhnya kini ditindih lelaki itu.

"Jangan buat Ris macam ni bang, ingat Allah. Sanggup abang layan adik abang macam ni?"

"Siapa abang kau? Aku cuma abang tiri kau dan aku ada hak untuk memiliki tubuh kau."

"Jangan bang, mengucap. Ingat mama dan papa dah takde."

"Kau ingat aku kesah! Aku nak kau sekarang!"

Nafasnya ditarik rakus. Matanya berkaca, takut perkara yang sama akan berlaku kali kedua.

"Dah ingat aku siapa?"

Longgar skru lutut Cristy, meski tubuhnya hampir rebah. Dikuatkan juga dirinya agar bangun. Cristy tak boleh tunjuk lemah, seharusnya dia membuktikan pada lelaki itu bahawa maruahnya tidak bisa dipijak lelaki itu.

"Awak rasa patut ke saya lupakan syaitan macam awak?"

"Baby.... kenapa kasar sangat bahasa? Muiz tak suka, siapa ajar baby Muiz jadi macam ni? Hmm?" Muiz makin merapat, automatik kakinya mengundur ke belakang.

"Awak nak buat apa ni? Baik awak pergi dari sini sebelum saya jerit kuat-kuat!"

"Baby... macam mana baby nak mintak tolong kalau area sini tak ada orang? Baby nak mintak tolong kucing ke selamatkan baby? Hmm?" Kucing hitam yang menjadi pemerhati sejak tadi dikerling sekilas.

"Awak dah gila ke Muiz? Tak ada perempuan lain awak nak cari selain saya? Kenapa awak tak pergi kelab malam aje? Tidur dengan perempuan seksi sana!" Muiz berdecit geram.

Makin dilihat tubuh Cristy, dirinya kian ketagih. Meski baju yang dipakai sedikit longgar, namun gelodak hatinya mahukan perempuan itu. Sejak awal perkahwinan mama dan papa, dirinya sudah jatuh suka pada Cristy.

Eh bukan,

Jatuh cinta pada tubuh itu.

"Baby...I tak nak tubuh orang lain...I nak tubuh you...." rengek Muiz mengada.

"Lelaki gila sex!"

"Auch! You betul-betul kenal I kan? Tapi you jangan risau, I gila sex dengan you aje."

"Lelaki gila!"

Sepantas kilat, Cristy berlari ke kereta miliknya. Tak sempat pegang pintu, tubuhnya ditolak ke kereta.

"Kau nak pergi mana hah? Jangan harap kau dapat larikan diri! Aku dah lama nakkan kau, aku takkan biarkan kau terlepas untuk kali ini!"

"Lepas! Lepas! Tolong!!! Tolong!!!" Tubir mata Cristy mengalir.

"To-"

Mulutnya ditekup, tangan sasa itu kini merayap pada tubuhnya. Cristy meronta minta dilepaskan, bijaknya lelaki itu kedua tangannya dicengkam kemas. Tak bagi bergerak mengganggu kerjanya yang tergendala sejak dulu.

"I dah lama nakkan you....tapi sayang....ada aje penganggu. Malah you selalu dapat peluang untuk larikan diri dari I. Tapi kali ni...." Muiz basahkan bibirnya.

"I nak rasa you...."

"Please Muiz....jangan buat saya macam ni. Saya mohon....jangan apa-apakan saya." rayu Cristy kesayuan.

"I suka you panggil nama I, you buat I makin gila nakkan you...."

Seinci aje muka mereka berdua ketika ini. Deruan nafas lelaki itu dapat Cristy rasai. Tak henti dirinya berdoa agar seseorang datang menyelamatkan dirinya.

Buk!

"Dirty bastard!"

Tersembam jatuh tubuh Muiz kerana tumbukan padu dari seseorang. Lelaki berpakaian serba hitam itu ditatap aneh. Menunduk aje sejak tadi. Ada orang nak jadi hero ke?

"Toccala e oi ti uccido." (Touch it and we will kill you) suara celah gigi itu memberi peringatan.

Terkebil-kebil Muiz cuba memahami bahasa lelaki itu. Tak faham langsung apa yang cuba hero itu sampaikan.

"Nak jadi hero? Huh?"

"Perchè no?" (Why not?)

Senyum sinis dikoyaknya.

Muiz ketap kuat giginya. Berombak ganas dadanya mendengar bahasa asing yang lelaki itu ucapkan. Tubuhnya diangkat bangun. Baru setapak mendekat, automatik sekumpulan lelaki keluar dari belakang lelaki berpakaian hoodie itu.

"You scared now? Huh?" ejek lelaki itu.

Tercabar,

Muiz melangkah untuk kali kedua. Air liur ditelan payah apabila ahli kumpulan lelaki berhoodie itu makin bertambah.

"So you wanna fight me but scared huh?" Kedua tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar.

"Aku tak takutlah! Setakat kumpulan kau yang pengecut macam ni.... sekali aku tendang, masuk dalam tong sampah!" Angkuh sekali lelaki itu berkata.

Anak buahnya makin merapat, kecut perut Muiz. Lelaki yang berada di tengah itu menggeleng. Memahami isyarat dari ketua, anak buah mereka statik berdiri. Melupakan niat untuk berlawan dengan Muiz.

Tanpa sedar, Muiz menghela nafas lega. Namun begitu, kerana ego tidak mahu mengalah, sengaja dirinya ketawa. Terbahak-bahak seakan mengejek Dez.

"You wanna fight me?"

"You mean.... you and I?" Ketua itu mengangguk.

"Sure!" sahut Muiz teruja.

Senyumnya kekok sekali, kakinya dah nak rebah tengok lelaki berhoodie itu. Sasa dan nampak gagah sekali berbanding dirinya yang kurus kering.

"You sure?" Tak lepas senyum sinis meniti di bibir itu.

"Because i know how to fight and you going to be in the hospital with a broken neck."

Baru beberapa langkah diambilnya, Muiz lari pecut meninggalkan tempat itu.

"Codardo!" (Coward!)

Dez merapati Cristy, teresak-esak perempuan itu menangis kerana takut. Tubuhnya ditunduk sedikit. Baru saja bahu itu disentuhnya, tubuhnya telah didakap oleh perempuan itu.

"Tolong saya....tsk....tsk...tsk....tolong...." kuat tubuh itu dipeluk tanpa berniat untuk lepaskan.

"Ti proteggerò a costo della mia vita. Non ti lascio, Ris, non ti lascerò mai" (I will protect you at the cost of my life. I will not leave you, Ris, I will never leave you....)

Dez ketap kuat giginya. Ada sesuatu menjentik hatinya, marahnya membuak-buak mendengarkan itu. Jantan tak guna!

"Mu-Muiz cuba rogol saya banyak kali....tsk....tsk...tsk....saya takut....saya tak nak....saya takut....saya takut...." Diulang banyak kali ayat itu.

Hampir rebah, pantas Dez mengangkat tubuh itu agar menyamai tubuhnya.

"Please don't cry...." Dez cium tepi kepala Cristy lama.

"I am here for you...." Meski nada lelaki itu beku tanpa perasaan tapi jauh di sudut hati Cristy merasa selamat.

"Sa...sa-saya nak balik..." Anak mata itu masih setia pandang sekeliling. Takut jumpa abang tirinya kali kedua.

"Lascia che ti aiuti." (Let me help you)

Cristy diam dicempung lelaki itu, fikirannya penuh dengan kejadian dulu sampai air jernih mengalir lebat di kedua lekuk pipinya. Mereka berdua memboloskan diri masuk ke dalam kereta belah penumpang

"Andiamo a casa." (Let's go home) 

Angguk, pemandu Dez kini memandu laju kereta keluar dari kawasan parking itu. 

"Vieni a sederti qui" (Come and sit here)

Comel je, Dez tepuk pahanya sebagai isyarat 'meh duduk sini'.

Terkebil-kebil Cristy, arahan serupa diktator Dez sama sekali tidak diendahnya. Satu haram pun Cristy tak faham bahasa yang diguna lelaki itu. 

"Sorry?"

Tsk! 

Sekelip mata, tubuhnya telah duduk di atas riba lelaki itu. Erat tubuhnya didakap tanpa sempat Cristy selamatkan diri. 

"Let me go!" 

"Se non stai zitto ti stupro io," (Shut up or I'll rape you)  

Suara serius itu sama sekali tidak menakutkannya, malah makin kuat Cristy meronta meminta dilepaskan. Lengan Cristy dicengkam, kerutan yang menampak pada wajah itu menandakan cengkaman itu terlalu kuat.

"Shut up, or I'll rape you." ulang lelaki itu dengan suara celah gigi.

Cristy telan air liur payah. Bibirnya dikemam, biarpun raut wajah itu tidak begitu kelihatan, namun dari sinar mata dua pasang mata kelabu itu membuktikan bahawa lelaki itu seorang tampan. Air liur diteguk rakus, bidadara mana ni?

Gulp!

Detakan jantung Cristy laju. ada satu perasaan aneh singgah dalam hati saat pandangan redup dari anak mata kelabu  itu bertaut dengannya. 

"Ti prego.... parliamo...." (please... let's talk)

Meski bahasa yang diguna tidak difahaminya, namun Cristy tahu ada satu isi hati tersirat yang lelaki itu cuba sampaikan.  

"Sono davvero disperato, voglio cercare di sistemare tutto..." (I'm really desperate, I want to try to fix everything...)

Pipi mulus itu diusap lembut.

"Please...."

Terpinga-pinga Cristy, yang mampu dia lakukan ketika ini adalah diam dan mengangguk. Pura-pura faham walaupun satu habuk pun dia tak faham. Cristy menguap, kerana kasihan Dez menarik kepala itu agar bersandar pada dadanya.

"Now sleep, babygirl..."

Berkerut sedikit dahi Cristy.

'Please now sleep babygirl?'

Perempuan itu bermonolog sendiri. Adakah itu maksud lelaki itu? Lain macam!

"Okay."

Cristy pura-pura tidur. Rancangannya hanya lakonan semata-mata, tak sangka dia betul-betul ketiduran.

"Fino a domani, Doll..." (Until tomorrow, Doll...)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro