Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 49

Adli terbangun dari tidur lenanya kerana merasakan pening kepala. Matanya terbuka dan perkara pertama yang dia tengok adalah seorang perempuan yang tidur disebelahnya.

Dang!

Seperti objek berat telah menimpa dirinya. Mukanya diraup kasar, bagaimana bisa dia berakhir seperti ini sedangkan semalam?

"Baby?"

Tubuh Adli menegang mendengar panggilan dari suara manja itu. Dia mencengkam kuat duvet yang menutup tubuhnya.

"You nak tinggalkan I?"

Pusat lesi muka Adli menatap wajah cantik Demi sebelum anak matanya pandang sekeliling.

"I...I-I dah buat sesuatu dengan you ke?" Soal Adli nada bergetar.

"You dah ambil kesucian I." Ucap Demi tanpa nada.

Adli meraup kasar wajahnya menahan rasa marah pada diri sendiri. Genggaman tangan dari tangan halus itu tidak ditepis. Dia hanya membiarkan saja.

"Macam mana kalau you mengandung?" Soal Adli kerisauan.

Demi terkekeh ketawa. Sejujurnya, dia suka tengok muka bingung juga hilang arah dari Adli. Tidak setia kah dirinya jika dia mengatakan bahawa dia mula menyukai lelaki ini?

"Kita kahwin, nak?" Ajak Demi serius meski ada terselit menyakat.

Muka Adli tiba-tiba bertukar warna. Kemerahan dan malu-malu seperti seorang perempuan yang telah dilamar oleh seorang lelaki.

"Tapi-"

"Shhh..."

Demi tergoda, lantas dia naik pada tubuh itu. Duduk betul-betul atas paha lelaki itu. Kedua anak mata mereka bertemu. Melihat tatapan redup dari Adli buatnya mabuk kepayang.

"I bersedia untuk serahkan jiwa dan raga pada you."

Adli menelan air liur kasar. Sungguh, dia belum bersedia untuk semua ini. Namun, sangat di khuatiri akan hal lain iaitu jika anak buah papa mengetahui kejahatan yang dilakukannya. Adli tidak sanggup menghadapi kemarahan papanya.

"Esok pagi, kita akan berangkat ke Australia. Kita jumpa my mom and my dad."

Anak mata Demi berbinar-binar.

"I harap you bersedia untuk menerima agama I." Ucap Adli sekadar mengatakan bahawa agamanya tidak sama dengan Demi.

"Boleh kita sama-sama ubah diri ke arah lebih baik?"

Pertanyaan serupa kebaikan itu terdengar sedikit janggal dalam dirinya. Manakan tidak, dia beragama islam. Namun, dia memilih untuk merosakkan agama sendiri dengan sikap jahatnya ini. Apakah bisa, orang sejahat dia berubah ke arah lebih baik?

"Kita balik."

Demi mengerdip sekali kelopak matanya. Soalan yang cuba Adli mengelak dari menjawab memberi tekaan negatif padanya. Mungkin ada sesuatu yang berlaku dan dia tidak mengetahuinya.

"You hantar I balik?"

Adli angguk.

"Terima kasih." Ucap Demi dengan perasaan bahagia yang tidak terungkap.

Demi mengerling kamar mandi yang telah ditutup. Walaupun mereka sudah melakukan hubungan yang terlarang. Namun, tetap ada rasa bahagia dalam hati kerana lelaki asing ini sama sekali berbeza dengan lelaki yang pernah ditemuinya. Dalam beberapa minit, keduanya sudah berpakaian lengkap.

"Ini,"

Kot hitam miliknya disarung menutupi kedua bahu yang terdedah. Meninggalkan kemeja biru bersama seluar slack hitam saja pada tubuh Adli.

"Thanks bae..."

Adli mengangguk lantas dia menghulur tangan.

"Adli."

"Demi." Huluran itu disambut baik oleh Demi.

Kerutan pada dahi terbias di wajah tampan itu. Disebabkan perasaan ingin tahu meronta-ronta dalam diri, Adli terus menanyakan apa yang belenggu dalam fikirannya.

"You kenal Dez?" Soal Adli straight to the point.

"I pernah mencintai lelaki bernama Dez. I datang sini pun sebab tertekan atas penolakan cinta dari Dez." Jujur Demi mengaku tanpa perasaan malu.

"I kawan Dez, kawan lama." 

Dang!

Untuk menutup rasa tidak nyaman, Demi pura-pura ketawa kecil. Mukanya usah dikata, memang pucat tidak berdarah.

"You tak perlu risau sebab I tak judge seseorang melalui masa silam. I tahu, setiap manusia melakukan perkara yang tidak sepatutnya bersebab."

'Seperti aku, sudah semestinya...' monolog Adli sendiri menyambung perkataan yang seharusnya dihabiskan.

Demi tak terkata. Bibirnya terkatup rapat. Getaran aneh menyelinap masuk ke dalam hatinya. Dia merasa sesuatu istimewa untuk lelaki ini dan dia tidak segan silu membiarkan perasaan asing itu semakin bersemai dalam hatinya.

"You nak jumpa papa I?"

Tanpa ragu apa-apa, Adli angguk kepala. Demi tersenyum bahagia. Dia meraih lengan sasa itu lantas dibawa keluar dari tempat ini.

"Masuklah dulu." Arah Adli setelah buka pintu untuk Demi.

"Thank you, bae."

"No problem."

Usai mereka berdua masuk dalam kereta, barulah kereta itu dipandu masuk ke jalan besar. Tiada kata dari dua manusia itu. Anak mata Demi tidak habis-habis kerling orang sebelah. Rasanya hatinya dah mula tergila-gilakan Adli.

"Kenapa you tak tinggalkan I macam mana lelaki lain tinggalkan pelacur di luar sana?" Soal Demi memecahkan kesunyian antara mereka berdua.

Perlahan-lahan hujung bibir Adli terangkat. Tanpa sedar dia mengukir senyum sinis.

"Keluarga I bukan keluarga biasa. Keluarga I boleh tahu semua kegiatan I, termasuk malam panjang kita berdua. Keluarga I dari dulu paksa I untuk menikah. Bila mereka dapat tahu you and I buat something tak sepatutnya. You rasa I ada peluang untuk melarikan diri ke? I yakin melarikan diri bukan rancangan yang baik. Lebih baik I kahwin aje dengan you. Mudah kerja I."

Adli memberhentikan kereta apabila lampu isyarat bertukar kepada warna merah.

"You tak perlu takut apa-apa, keluarga I dari kalangan yang baik-baik. Bukan macam I, I jahat macam syaitan." Ujar Adli bernada biasa.

Demi mengernyit. Seumur hidupnya, tak pernah lagi dia temui lelaki yang jujur mengatakan diri sendiri jahat. Adli adalah orang pertama.

"Jahat macam syaitan?" Ulang Demi tidak percaya.

"I dan Dez dah biasa bunuh orang. Kami adalah mafia. Bezanya, Dez ketua mafia manakala I hanya orang bawahannya."

Demi bersedia mendengar luahan dari Adli. Terbit rasa bahagia kerana lelaki itu mahu berkongsi cerita mengenai kehidupannya.

"Keluarga I rapat dengan keluarga Dez. I yang willing nak ikut serta dalam mafia atas sebab benci dengan kehidupan I. I memang nak jadi jahat sebab bosan asyik dituduh jahat."

"Ha?"

Tiba-tiba Demi jadi blur. Bosan dituduh jahat?

"I dan Dez selalu menjadi mangsa Dacio."

"Dacio, abang I." Sepantas kilat pengakuan itu dibuat.

Tiada riak terkejut, Adli hanya mengerling dengan anggukan kepala sebelum dia pandu kereta menuju ke destinasi yang sepatutnya.

"Antara I, Dez dan Dacio tak ada kena mengena dengan you. Walaupun Dacio penyebab kami dilabel jahat, I tetap tak akan menyalahkan you."

Demi menatap lama wajah tampan dari tepi milik Adli.

"Dacio banyak buat hal antara I dan Dez. Antaranya, kami dituduh hampir membunuh kawan-kawan Dacio sedangkan, itu semua rancangan Dacio. Anak buah Dacio selalu pukul Dez and I. Kami cuba untuk lawan balik. Kami pukul mereka sampai masuk hospital dan sekali lagi, kami dipersalahkan. Satu, Dez dipersalahkan atas sebab dia seorang mafia dan I dipersalahkan atas sebab berkawan dengan mafia dan semenjak itu, I dah berubah seratus peratus dari seorang baik jadi seorang yang sangat jahat. I bunuh orang, seksa orang. Kalau ada kes apa-apa melibatkan darah, I tak segan silu untuk join walaupun family I berkeras tak nak I jadi seorang mafia." Panjang lebar penjelasan itu dikeluarkannya.

Gulp!

'Okay, jadi mereka mafia...'

Demi pura-pura sengih gembira. Dia bermain dengan hujung kot hitam yang menyelimuti tubuhnya.

"You know, I think...umm..."

"I takkan batalkan perkahwinan kita. Harini jugak I jumpa keluarga you."

Gulp!

Demi mengecilkan diri tatkala dia menangkap senyum miring dari Adli. Bolehkah dia nak pengsan sekarang?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro