Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 48

Buk!

Topeng power rangers dilempar atas meja. Tajam anak matanya menatap Adli yang terlihat tidak gentar dengan amarahnya.

"Lawa jugak aku beli topeng power rangers ni." Puji Adli tidak peduli sama sekali wajah tegang yang ada depan mata.

"Apa pulak kau nak ajar anak buah aku lepas ni? Haritu ultraman, beberapa hari lepas, boboiboy. Sekarang power rangers. Lepasni apa pulak?" Soal Dez sakit hati.

Biarpun rancangan Adli tidak pernah gagal dan smooth ketika membunuh musuh. Tetap saja, penampilan yang Adli tonjolkan tidak mencerminkan dirinya yang kuat sebagai seorang mafia.

"Apa kau nak risau sangat? Anak-anak buah kau semuanya pakai topeng, mereka takkan tahu itu adalah anak buah kau. Mungkin mereka menganggap kami semua dari mafia lain. Identiti anak buah kau semuanya dirahsiakan. Tak ada orang tahu kerana pakaian anak-anak buah kau lain daripada yang lain. Sepatutnya kau bersyukur dapat anak buah macam aku yang tahu cara untuk menutup kegiatan kita sebagai mafia paling bahaya." Jelas Adli panjang dengan fakta yang menarik.

Tsk!

Keluar jugak decakan tidak puas hati dari bibir Dez. Kedua tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar.

"Ini amaran terakhir aku, kau buat hal lagi. Aku takkan segan silu hantar kau ke Australia." Serius bicara itu sehingga meremang bulu roma Adli.

Adli buat muka. Walaupun sedang tiada mood, tetap saja dia menghulurkan Ipad pada Dez. Raut wajah yang terlihat tiada semangat tadi sekejap saja berubah serius seratus peratus. Seperti ada suis on off sehingga lelaki itu mampu mengubah sekejap saja perwatakannya.

"Ini laporan mengenai syarikat Uncle Damon."

Dez menyambut huluran itu sembari melabuh duduk atas kerusi.

"Beberapa syarikat telah melakukan penipuan dengan mengaut banyak  keuntungan dari syarikat Uncle Damon. Boleh dikatakan, menginjak angka 80 peratus keuntungan itu lesap sekelip mata. Kewangan syarikat Uncle Damon sudah tidak stabil. Besar kemungkinan akan bankrupt." Tanpa melihat Ipad, Adli menjelaskan lebih terperinci.

"Jadi, rancangan kita untuk malam ini diteruskan atau bagaimana?"

Dez mengusap rahangnya. Dia masih ada perasaan marah atas kelakuan Demi padanya tapi Dez juga tidak mahu menghukum lebih-lebih. Lagi pula, Cristy bisa murka jika tahu kejahatan yang dia lakukan.

"Kau suka Demi?"

"Huh?"

Adli blur sekejap.

'Wait what?'

"Siapa Demi? Demi masa ke Demi cinta?" Soal Adli tidak mengerti.

"Aku ada kawan nama Demi, kau nak berkenalan tak dengan dia?" Hidung Adli kembang kempis. Tidak berkenan dengan tawaran dari Dez.

"Baik kau bunuh aje dia daripada kau bagi dekat aku."

"Kau tak nak try berkenalan ke? Atau try jatuh cinta dekat dia ke?"

"Sejujurnya aku selalu pergi kelab  malam. Tapi seumur hidup aku, aku tak pernah meniduri mana-mana perempuan. Aku tak nak ada perempuan mengandung anak aku. Kau tahu aku tak suka budak-budak kan?" Acuh tak acuh aje Adli bagi jawapan.

Bercinta tak pernah ada dalam kamus hidupnya, kalau ada. Rasanya dia tidak akan bisa membayangi dirinya melayani kemahuan perempuan. Nak itu, nak ini. Sungguh menyebalkan!

"Kau jangan cakap besar, mana tahu kau jumpa Demi dan jatuh cinta. Kau belum tahu kuasa cinta pandang pertama." Hasut Dez tidak sudah-sudah merancang agar Adli jatuh cinta pada Demi.

"Apa kau ni? Aku tak naklah bercinta bagai. Menyusahkan aku, kau tahu tak? Aku nak hidup single lagi, belum bersedia nak ada pasangan."

Dez angguk aje. Dia sebenarnya nak sangat tengok Adli bercinta. Teringin melihat raut wajah beku itu tersenyum kerana seorang perempuan.

"Sekarang kau free tak?"

Dez berura-ura bangun dari kerusi.

"Tak, aku nak spend time dengan Ris. Kenapa?" Anak matanya melirik Adli seketika.

"Liam dan Luis ajak pergi kelab malam."

Senyum kecil terbit di bibir Dez. Kini dia mengerti mengapa lelaki itu menanyakan waktu luangnya. Rupa-rupanya kerana ini ya?

"Aku dah lama tak keluar pergi sana, entah dah berapa tahun. Kau tahu aku bukan kaki mabuk kan? Apatah lagi masuk ke sana."

Dez menyarungkan coat berwarna kelabu miliknya pada tubuh. Seterusnya, beg hitam yang dibawanya tadi diraih.

"Kau teman aku aje."

"Kau ajak Demi."

Adli membulat mata. Belum sempat kejar, Dez dah berlari keluar dari Mansion nya. Punggung yang sudah menghilang itu ditatap tajam. Keluhan berat dilepaskan. Jam dipergelangan tangan di check. Jarum jam dah menginjak ke angka lapan malam. Biarpun tak rela, tetap kakinya berjalan keluar ke Mansion. Masuk aje kereta, dia terus pandu ke kelab malam milik temannya. Dalam beberapa minit dah sampai ke tempat yang dituju, kereta diparking dan dia keluar dari kereta masuk ke kelab malam.

"Yo bro!"

"Yo!" Adli dan teman-temannya bertepuk tampar.

"You tak balik Australia ke? Rumah family you?" Soal Luis, selaku kawan Adli pemilik kelab malam di sini.

Hiruk pikuk suara dari pengunjung yang datang berselang seli masuk ke dalam halwa telinga mereka bertiga.

"Family I larang keras I balik tanpa menantu." Sedikit menjerit suara Adli kerana muzik yang terlalu nyaring.

"You bawaklah menantu, tak salah kan? Lagipun dengan umur you sekarang memang layak untuk kahwin." Sakat Liam, teman yang paling gatal dan nakal di abad ini.

"Perempuan? Heh?" Ungkap Adli meremehkan.

Liam dan Luis berpandangan sesama sendiri. Terdetik sesuatu dalam fikiran mereka. Sepertinya mereka berdua dapat membaca fikiran masing-masing. Tidak bersalah, Liam kenyit mata pada Luis. Memahami, Luis terus meminta izin ambil air untuk mereka bertiga. Semestinya, ada yang istimewa untuk seorang kawan baiknya ini.

"You tak nak cari perempuan dekat sini untuk dijadikan peneman?" Soal Liam penuh makna.

"Maybe akan balik beberapa minit lagi."

"Sebelum balik, minumlah dulu." Cegah Luis menyua air beralkohol untuk Adli.

"I tak pernah minum, I risau I akan mabuk. My mom and my dad tak bagi sentuh benda alah ni." Tolak Adli lembut, tidak mahu buat teman-temannya terasa.

Dia dan Dez memiliki peraturan yang sama dalam kehidupan mereka iaitu tidak boleh minum mahupun sentuh air alcohol supaya tidak terjebak dengan perempuan tapi melihat raut wajah merayu dari teman-temannya membuatkan dia terpaksa mengangguk. Baru saja menyisip sedikit, tekaknya sudah perit bila mengena kerongkongnya.

"I tak nak, cukup!"

Adli menggeleng beberapa kali kepalanya. Dia tidak sukakan situasi ini. Ini tidak benar!

"Sikit lagi, you minum tak sampai segelas tau! Minumlah lagi demi kami. Kami janji, if you mabuk kami hantar rumah." Pujuk Luis tidak mahu sia-siakan peluang yang ada.

"Please, sikit je lagi. Habiskan satu botol, kita terus balik."

Nak tak nak, Adli angguk lalu meneguk air arak itu sehingga habis. Setelah itu, dia memicingkan matanya ke satu arah. Dia menemui seorang perempuan cantik yang sedang menatapnya juga ketika ini.

"Kau tak nak try borak dengan dia ke?"

Tanpa kata, mereka menolak tubuh sasa Adli merapati perempuan itu.

"Hye beautiful," sapa Luis bersama kenyit mata penuh arti.

Tubuh sasa itu ditolak ke sofa panjang. Betul-betul sebelah perempuan cantik yang menatap Adli tadi.

"Malam panas? Huh?"

Demi mengukir senyum sinis. Dia angkat alis tatkala dua lelaki tampan itu telah pergi meninggalkan dia berdua dengan lelaki asing ini. Demi mengecilkan anak matanya, rasanya dia pernah melihat lelaki ini. Tapi di mana ya?

"Ugh..." Adli mendesah perlahan.

Demi telan air liur kasar. Merasa tergoda dengan suara itu. Tidak tahu malu, dia meneguk air arak itu sedikit sebelum tubuhnya duduk di atas paha lelaki itu. Melihat dari dekat, lelaki asing ini sungguh tampan. Malah, lebih tampan dari teman-temannya. Jika dibanding dengan Mico, mungkin mereka berdua sama-sama tampan. Tidak bisa dapat Mico, apa kata dia mendapatkan lelaki ini?

Lagipula, pemakaian yang dipakai nampak mewah dan elegan. Mungkin dari golongan orang kaya.

"Tonight is still long. Why don't just you and me having some fun tonight? Hmm?"

Demi terkekeh ketawa, dia menatap lama anak mata kuyu penuh nafsu itu. Dia yang sememangnya menginginkan lelaki hot seperti Adli, secepat mungkin dia menggoda sehinggalah mereka menuntaskan malam panjang di dalam bilik yang ada di sana.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro