Bab 47
Puan Hajar menatap sendu anak perempuannya. Meskipun kebenaran yang diperoleh merobekkan hati kecilnya. Namun, dia percaya anak perempuannya melakukan semua ini dengan alasan.
Cinta,
Ia semestinya itu adalah alasan untuk manusia yang buta dengan perasaan itu sehingga menepikan segalanya. Termasuk, dirinya.
"Maafkan Ica, Bu....maaf..." Teresak-esak Raisha menangis.
"Nampaknya, Ibu dah tak penting dalam hidup Ica."
Raisha menggeleng.
"Ica buat semua ni sebab sayang Bu. Ica sayangkan Kimi. Ica takut hubungan kami tidak direstui atas sebab status kita bawahan. Ica minta maaf sebab sembunyikan semua ini." Tangan tua itu digenggamnya lalu dilabuhkan kucupan sayang.
Ada air mata yang mengena dan ada juga hati yang mencair kerana tangisan itu.
"Ica yang pilih takdir hidup sebegini, Ibu bisa apa? Walaupun sudah pasti, semuanya baik-baik saja setelah Kimi membela Ica tapi tetap. Kita sebagai orang bawahan tidak layak sama sekali berdamping dengan golongan bangsawan." Raisha gigit bibir sayu.
"Ibu terkejut bila dapat berita bahawa kamu dan Kimi sudah menikah tanpa mengabari kami tapi lebih mengejutkan lagi bagi Ibu, bila mereka menerima keluarga kecil kita dengan baik." Bibir itu tersungging senyum.
Raisha yakin di sebalik senyuman itu, ada luka yang tersimpan. Paling menyakitkan, luka itu adalah kerana perbuatannya.
"Ibu tak ada sesiapa dah dalam hidup ini. Ibu ada Ica saja. Andai hidup bersama Kimi dapat membahagiakan Ica, Ibu redha melepaskan Ica."
Tangan itu diangkat mengusap rambut panjang itu. Sisa air mata yang ada diseka lembut.
"Ica tak pernah lupa pesanan Ibu pada Ica." Bagitahu Raisha bangga.
"Ibu selalu cakap dekat Ica untuk menghindari golongan bangsawan. Kata Ibu, golongan bangsawan tidak akan menerima kita yang tiada apa-apa ini. Golongan bangsawan selalu menggunakan kuasa juga wang untuk mendapatkan apa yang mereka mahukan tidak kisah cara baik mahupun tidak. Ibu pesan, jangan terlalu mencintai seseorang yang tidak sama darjat dengan kita supaya kelak tidak berlaku salah persefahaman antara keluarga. Ibu jugak pesan, jangan sesekali mencintai seseorang kerana harta. Kerana harta, tidak akan menjamin apa-apa, malah harta juga tidak ikut bersama ketika mati." Lancar ayat panjang itu keluar dari bibir Raisha.
Puan Hajar merasa bangga. Dia menepuk bahu Raisha dengan tatapan teduh.
"Tidak semua golongan bangsawan menggunakan kuasa dan wang untuk mendapatkan sesuatu. Kan Ibu?"
"Maksud Ica, Kimi?"
Wajah Raisha berona merah kerana malu. Namun begitu, kepalanya tetap mengangguk. Bibirnya sudah mengukir senyum manis. Hanya menyebut nama tapi entah kenapa hatinya berdegup laju seperti baru saja jatuh cinta.
'Oh hati! Aku tahu kau sayang Kimi tapi jangan malukan aku depan Ibu!'
Puan Hajar hembus nafas sedikit panjang dari biasa.
"Seorang Ibu akan melakukan apa saja yang akan membahagiakan anaknya. Ibu tak marah pada Ica kalau Ica bagitahu Ibu yang Ica sayangkan Kimi."
"Tapi Ibu akan cuba pisahkan Ica dengan Kimi kan?" Soal Raisha bersama anak mata berkaca.
"Sejujurnya, mungkin Ibu akan berhenti kerja di sini."
Raisha kemam rapat bibirnya. Kepalanya menunduk kecewa, hatinya seakan terjentik rasa yang tidak mampu diungkapkan betapa dia sungguh sedih ketika ini.
"Tapi jika Ibu nampak kesungguhan Ica dalam mencintai Kimi dan kedua-duanya mencuba untuk mempertahankan cinta suci kamu berdua. Insha Allah, Ibu takkan halang."
Raisha angkat kepala. Disebabkan perasaan terharu, dia menangis lantas dipeluk tubuh tua itu.
"Seadaanya Ibu tahu, Ica tak terniat di hati untuk mencintai Kimi. Ica sedar diri, kita bukan dari keluarga mewah. Setiap hari Ica cuba tepis perasaan dekat Kimi. Tapi Ica tak mampu Ibu. Ica terlalu sayangkan Kimi. Sikap dan layanan Kimi buat Ica terbuai. Maafkan Ica, Ibu. Maaf sebab Ica dah tersayang Kimi." Ungkap Raisha bersungguh meminta kemaafan dari Ibunya.
"Rasa cinta memang tidak salah. Ia adalah fitrah semulajadi yang Allah kurniakan kepada setiap manusia. Ingin bercinta dan dicintai, tapi Ica harus sedar bahawa cinta tidak seharusnya membawa Ica sampai sejauh ini. Manusia bila dah suka, dah kemaruk dengan sesuatu tanpa ada rasa bersalah pun dengan apa yang di buat walaupun tahu impaknya. Tapi sebab dah suka dah tak peduli pada apa-apa yang menghalang sekali pun."
Raisha bermain dengan jari-jemarinya.
"Semua ini salah Ica, Bu." Ica mula beranikan diri untuk mengatakan perkara yang terjadi dulu.
"Selepas perkahwinan secara sembunyi, Kimi banyak kali cuba untuk bagitahu perkahwinan rahsia kami pada semua orang tapi disebabkan Ica malu, Ica tak berani. Ica enggan mengatakan hal sebenar mengenai hubungan kami."
Raisha intai reaksi Puan Hajar, terlihat biasa saja. Mungkin dah dapat agak apa yang terjadi pada hubungan mereka berdua.
"Ica bangga dapat menemui lelaki seperti Kimi. Kimi tak malu untuk mengaku bahawa perempuan miskin ini adalah isterinya. Kimi sentiasa mahukan yang terbaik untuk Ica. Kimi nak belikan Ica kereta, rumah dan butik untuk kemudahan Ica. Tapi, Ica menolak. Ica cakap, Ica tak nak harta Kimi. Cukup Kimi sentiasa di sisi Ica, itu sudah cukup harta yang terbaik bagi Ica."
Terlalu bangga, Puan Hajar mendakap erat tubuh itu. Sejuknya hati dengar semua kata keluar dari bibir Raisha. Inilah yang dia mahukan. Anak perempuannya yang tidak memandang harta. Malah berdikari dengan sendirinya mencari wang.
"Ibu..."
Raisha melepaskan tubuh Puan Hajar.
"Ibu, jom kita keluar senyap-senyap balik ke Texas nak?" Ujar Raisha semangat membuak-buak.
"Siapa cakap Ica boleh keluar tanpa izin dari abang?"
Mendadak Raisha berdiri, anak mata helang yang sedang menatapnya seakan dirinya mangsa yang telah lama dicari. Spontan, tubuhnya mengigil.
"Maaf Ibu, boleh Ibu keluar sekejap?"
Puan Hajar sedikit terkejut, namun dia tetap menurut. Sempat dia menunduk kepala pada Kimi.
"Ibu,"
Belum pegang tombol pintu, dirinya dipanggil untuk kali kedua. Timbul perasaan bahagia mendengar panggilan Ibu untuk pertama kalinya.
"Lepas ni, Ibu dah tak payah tunduk hormat pada sesiapa dalam rumah ni. Sesiapa yang minta untuk Ibu tundukkan kepala macam tadi, jangan segan silu bagitahu Kimi." Kata Kimi tegas dengan tatapan tidak lepas pada Raisha.
"Baiklah."
Bunyi pintu ditutup, tinggallah pasangan suami isteri itu. Raisha mengundur beberapa langkah ke belakang diikuti langkah kaki Kimi juga semakin mara ke depan.
"Ab-abang? Bu-buat apa dekat sini?" Soal Raisha cuba memberanikan diri untuk berbasa-basi dengan sang suami.
"Ica nak tinggalkan abang? Nak abang hukum ke?" Soal Kimi serius.
"Ab-abang salah faham..."
Raisha terjerit kecil apabila tubuhnya tiba-tiba terjatuh betul-betul atas katil. Belum apa-apa, tubuhnya telah ditindih dengan tubuh berat Kimi. Air liur ditelan kasar.
"Abang dah bagitahu semuanya pada keluarga. Abang dah dapat hukuman dengan pukulan sampai lebam dari papa. Abang sanggup bersujud pada keluarga demi dapatkan Ica. Belum cukup lagi ke pengorbanan abang? Sampai Ica sendiri nak larikan diri ke Texas sana?" Kimi menggeram menahan perasaan marah yang makin membuak-buak.
"Apapun yang terjadi, abang takkan lepaskan Ica. Abang tak kesah dengan darjat kita yang jauh beza. Abang nak Ica. Faham tak?" Tegas bicara itu terdengar amarah yang ditahan.
Raisha mengemam rapat bibirnya. Dia mengangguk kecil seraya memaling kepala pandang ke arah lain. Sedetik, air mata turun dari mata itu.
"Abang sayang Ica." Luah Kimi ikhlas di lubuk hati.
Rahang itu dicengkam lembut agar menatap betul-betul matanya. Hidungnya dibawa berlaga manja sebelum mata yang menitis air mata itu dicium dua kali.
"Keluarga abang terima sayang dan Ibu dengan hati terbuka." Jelas Kimi terselit nada bahagia di situ.
"Tapi Ica-"
"Shhh..." Kimi melekapkan jari telunjuknya pada bibir Raisha.
"Abang nak hukum Ica sekarang. Bersedia okay?"
Bibir itu tersenyum sinis dan seterusnya dia melakukan hukuman yang sepatutnya untuk isteri tersayang.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro