Bab 45
"Ris, you tak kenal I?" Soal Mimi selaku jurusolek nya.
Anak matanya mencari sesuatu, mungkin bisa ingatkan kembali memori dulu. Tapi nihil, tiada. Kosong.
Maka itu,
Cristy menggeleng.
"You tahu, I pernah make up you time perkahwinan you dengan Dez beberapa tahu lalu kalau you dah lupa." Mimi cuba mengingat kembali kejadian beberapa tahun dulu.
Seakan semua memori kembali semula, Cristy terjerit kecil. Dia mendadak bangun lalu memeluk Mimi.
"I rindukan you, Mimi..." Rengek Cristy manja.
"I ingatkan you dah lupakan I." Ucap Mimi berpura-pura sedih.
Bibir itu mengerucut sepertinya merajuk kerana dia dilupai. Tawa halus terhambur dari bibir itu.
"I berharap dulu, kedua anak mata I sempurna seperti orang lain." Nada itu terdengar menyedihkan.
"I minta maaf, I bergurau aje. I tak sangka gurauan I boleh buat you sedih macam ni. Maafkan I, Cris..."
Mimi mengigit bibir serba salah. Tangan halus itu digenggam erat menyalurkan isi hatinya yang begitu resah akan kesalahan dirinya.
"You tak perlu minta maaf, you tak ada salah pun dengan I." Bibir itu menyungging senyum kecil.
"You dah siap make up kan I?" Soal Cristy mencairkan sedikit suasana yang menyedihkan ini.
"Dah!"
Cristy angguk.
"Beruntung Dez dapat you." Gumam Mimi tiba-tiba.
"Kenapa you cakap macam tu?" Soal Cristy terselit ketawa kecil seakan itu adalah gurauan semata-mata.
"I tak pernah jumpa perempuan sebaik seperti you." Tulus bisikan perlahan itu mengena gegendang telinganya.
Dibalas, dengan senyum kecil saja.
"I pernah membenci Dez beberapa bulan lalu."
"Dulu you tak pernah bencikan Dez walaupun you diseksa habis-habisan." Laju keluar kata dari bibir itu.
"Dulu dan sekarang adalah berbeza. Dulu I terlalu bodoh dalam mencintai tapi sekarang I memilih untuk berhati-hati dalam mencintai. Itu adalah salah satu sebab kenapa I cuba untuk membenci Dez."
Mimi sepertinya mahu katakan sesuatu padanya. Bibir itu bergerak tapi langsung tak ada keluar apa-apa kata yang dinanti nya.
"You boleh tanya apa saja yang ada dalam fikiran you. I janji akan jawab dengan jujur!"
"Bagaimana dengan perasaan you? You masih sayangkan Dez?"
Mimi perasaan akan sesuatu, tampak seseorang sedang masuk ke dalam bilik. Lelaki itu memberi isyarat diam bersama jari telunjuk dilekap pada bibir.
"Tipulah kalau I cakap yang I tak sayangkan Dez. I cuba untuk bersikap acuh tak acuh dengan dia. Malah, I cuba untuk bencikan dia tapi..." Cristy menggeleng.
"I tak mampu, I tak boleh buat semua tu. Bahkan bila Krystal cuba rampas Dez dari I, I kecewa berat. Hati I terlalu mencintai dia. Selepas akad nikah, I berjanji pada Allah bahawa lelaki bernama Dez adalah suami dunia akhirat I. I tahu, mencintai Dez dulu ibarat I cuba untuk membina rumah kecil. Di mana, cuma I yang menginginkan rumah kecil terbina. Namun I lupa, bahawa emosi Dez seakan ribut dan hujan yang sentiasa mencuba untuk meruntuhkan segalanya."
Mimi terdiam sejenak. Bibirnya terkatup bersama kedua matanya menatap Dez di belakang. Lelaki itu memberi isyarat dengan telefonnya dilekap pada telinga. Automatik, deringan telefon Mimi menjerit meminta diangkat.
"Maaf, I keluar dulu. Next time kita jumpa lagi."
Cristy angguk sebelum nafasnya dihembus lembut. Dia sudahpun melupai segala masa silamnya, maka itu sudah tiada kemarahan yang bertamu.
"Hye," bisik suara serak basah itu betul-betul di telinga Cristy, seraya itu badan langsing itu dipeluk dari belakang membuatkan bahunya sedikit terangkat.
"Hye?"
Bau haruman Mont Blanc lelaki itu mencucuk-cucuk deria bau nya. Jantungnya berdegup laju merasa beberapa kucupan kecil dilabuhkan pada sekitar wajahnya.
"Ki-kita da-dah bo-boleh bertolak sekarang?" Soal Cristy terselit gagap.
Semuanya kerana perasaannya yang tidak menentu ketika ini, jika tidak mungkin tutur katanya tidak akan segagap ini.
"Yup."
Lengan kekar itu melingkari pinggang itu agar berjalan bersamanya. Pintu dibuka buat Cristy sebelum dia turut sama masuk ke dalam kereta. Sepertinya Adli sudah tahu ke mana arah mereka, tidak diberitahu kereta itu telah meninggalkan Villa itu.
"Kau ada nak beli something tak untuk keluarga Uncle Damon?" Soal Adli melirik cermin belakang.
Dia perasaan akan sesuatu. Tangan Dez tidak lepas menggenggam malah tangan itu turut mengelus seakan begitu sayang untuk melepas walaupun sekejap.
"Tak." Ucap Dez sepatah.
"Kau tahu, bila kau jumpa Demi. Pasti dia nak hadiah dari kau."
Demi, perempuan yang terlalu obsess dengan lelaki bernama Dez. Siapa saja tidak tahu?
Semua orang tahu, tapi sayang Dez mencintai pada satu nama saja. Tiada yang kedua.
"I'm not santa."
Terkekeh Adli mendengar jawapan itu dari Dez. Sedar tidak sedar, mereka telah sampai.
"Aku rasa tak sedap hati." Ujar Adli biasa.
Dez angguk saja. Lain pulak dengan Cristy yang tergugat dengan bicara Adli. Tubuhnya sedikit mengigil menanda dia takut dengan segala tekaan yang ada dalam kepalanya.
"Will you shut up, man?"
Dez bukakan pintu buat Cristy. Dia menghulur tangan, namun tak ada tanda untuk perempuan itu turun.
"Kita balik nak?"
Automatik, Adli terbahak ketawa. Sempat Dez pukul kepala Adli dengan handbag milik Cristy.
"Shut up!"
Perasan takut tadi perlahan pudar diganti ketawa kecil. Tak sah kalau dalam sehari Dez dan Adli tak bergaduh. Macam budak-budak pun ada jugak!
"Kau tak payah nak takut sangat, aku gurau aje. Kalau pun ada perkara buruk berlaku. Aku dan anak-anak buah Dez ada di mana-mana saja. Kau cukup panggil kami dengan panggilan power rangers je. Confirm kami datang!"
Buk!
Untuk entah kali ke berapa, kepalanya dijadikan lampias Dez. Boleh tahan sakit jugak tapi alhamdulilah belum keluar ringisan sakit. Senyuman manis saja yang menghiasi bibirnya.
"Kau ajar benda mengarut dekat anak buah aku, siap kau!"
Adli menyengih aje. Sempat dia melambai tangan pada dua manusia yang sudah menjauh darinya.
"Nervous?"
Dez menatap lengannya yang dirangkul oleh Cristy.
"A little bit..." Ungkap Cristy dengan suara kecil.
Rumah banglo mewah di depan mata ditatap gusar. Tanpa sedar, dia mencengkam kuat lengan itu. Dez mengambil keputusan untuk memeluk Cristy.
"There there everything will be alright." Comel je kepala Cristy ditepuknya.
Ada kelegaan terasa setelah tubuhnya tenggelam dalam pelukan hangat itu. Bibirnya tersenyum manis sebelum dia meleraikan pelukan mereka.
"Ready?"
Dez menyulamkan tangan mereka berdua sembari langkah kaki itu semakin besar masuk ke dalam rumah banglo itu. Belum apa-apa, bisik-bisikan telah didengarinya. Muka Cristy bersemu merah kerana malu. Malah, kakinya juga telah berhenti dari melangkah.
"Ris tak layak berdamping dengan abang, ada baiknya Ris balik aje." Cristy melepaskan lengan Dez.
"Who says?"
Dez angkat kedua alisnya, raut wajahnya terlihat tidak senang dengan ucapan Cristy itu.
"Tap-"
"Dez!!!"
Panggilan seseorang menarik perhatian semua orang yang berada di dalam majlis itu. Tidak terkecuali Cristy. Mukanya berubah muram, ada cemburu yang disembunyi nya. Namun, tidak lama wajahnya berubah manis tatkala tangannya digenggam erat.
"Don't go anywhere, just stay here." Bisik suara tegas itu memberi arahan yang tidak mahu dibantah.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro