Bab 44
Selesai membancuh air, Cristy membawa langkah ke bilik pejabat. Sayup-sayup kedengaran suara seseorang sedang bercakap. Itu rasanya Adli.
Tok! Tok! Tok!
Pintu ditolak, terpapar Adli dan Dez sedang berbicara akan sesuatu. Raut wajah Dez tampak tegang. Lain pula dengan Adli yang terlihat tidak kisah.
"Korang gaduh?" Soal Cristy lalu labuh duduk di atas sofa panjang di situ. Air yang dibancuhnya tadi disisip sedikit.
"Suami kaulah! Dia marah aku sebab aku bawak kau ke sini." Jawab Adli lebih kepada mengadu.
Cristy menatap Dez. Lelaki itu berpura-pura busy dengan laptop. Jari kanannya menaip sembari tangan kirinya menyelak beberapa helaian kertas.
"Adli tak salah pun dalam hal ni, Ris yang berkeras nak Adli hantar ke sini. Ris bosan stay hospital dalam masa yang lama."
Adli mendengus kasar. Dez masih sama. Dia buat tak layan apa yang Cristy katakan sampaikan raut wajah cantik itu telah berubah kelam. Nampak gayanya, Adli perlu lakukan sesuatu. Anak matanya jatuh pada mug yang ada di atas meja. Milik Cristy.
"Air apa kau buat tu?"
"Hot chocolate."
"Aku nak sikit boleh?"
Baru saja hendak duduk, tangan seseorang terlebih dahulu menahan dan tidak sampai sesaat, tubuhnya dilempar pada dinding.
"Sorry man, she's mine and i don't share."
Dez melepaskan cengkaman pada kolar baju itu lalu dia duduk sebelah Cristy. Tanpa kata, lelaki itu minum air hot chocolate milik Cristy sehingga habis satu mug.
"Now, get out of my office!"
Adli senyum sinis. Dia melambai dan selamba badak bagi flying kiss.
"Hey!"
Mencicit Adli berlari tatkala Dez berura-ura nak bangun. Cristy yang menjadi pemerhati sejak tadi tercengang. Belum cukup itu, dia dikejutkan dengan Dez tiba-tiba berbaring di atas pahanya.
"Mine..." Bisik Dez tersangat perlahan.
Muka Cristy menghangat. Dez menyembam mukanya pada perutnya. Rama-rama berterbangan mengungkapkan perasaan indah yang dirasai ketika ini.
"Abang tahu Ris takkan bagi Adli minum bekas Ris kan?"
Dez mengangguk.
"My wife is mine and mine alone. I don't share, you only belong to me." Ucap Dez tegas berbaur posesif dari nadanya.
Rona merah yang hampir hilang tadi makin kelihatan. Senyum di bibirnya terukir manis. Debaran singgah seakan menyanyi lagu cinta menanda bahawa hatinya diulit perasaan berbeza. Sungguh membahagiakan.
"Abang dah siap kerja?" Soal Cristy mengubah topik perbualan mereka.
"Dah, tadi pura-pura kerja je. Merajuk!" Malu-malu Dez sembunyi mukanya makin ke dalam pada perut Cristy.
"Eh? Kenapa nak merajuk? Apa yang Ris buat?" Dez mengerucut bibir.
"Pura-pura tak tahu ke?"
Dia angkat kepala menatap Cristy. Bibir berkedut itu belum dihapus kerana sedang merajuk. Tubuhnya mengesot ke belakang sedikit.
"Kenapa keluar hospital tak bagitahu abang? Abang boleh ambil sayang dekat sana. Kalau jadi apa-apa dekat sayang, macam mana? Abang tak nak perkara buruk berlaku lagi untuk kali kedua. Lain kali degil lagi, abang ikat je dalam rumah. Nak?" Serius tutur kata itu.
Cristy menyengih. Hidung Dez dikepit lalu dimain cuit-cuit. Dibalas pulak dengan, gigitan manja dari Dez pada jari-jemarinya itu.
"Auch!"
Dez senyum sinis.
"Nasib baik abang boleh control marah abang tau! Abang cuma cengkam kolar baju Adli bukannya cekik leher macam abang buat dekat si Krystal tu. Andai kata sayang takde tadi, rasanya Krystal dah mati di tangan abang." Ucap Dez tidak main-main.
"Krystal selalu ganggu abang?"
"Everyday."
Dez mencari anak mata Cristy. Bila sinar mata itu terbias cemburu, hatinya sedikit terusik akan sesuatu. Bibirnya tersungging senyum kecil.
"Biasanya kalau Krystal datang sini, Adli awal-awal akan halau dia. Cara kasar mahupun lembut atas pilihan Krystal. Abang dah cakap dekat Adli, setapak kaki Krystal masuk office abang, satu penumbuk sulung wajib Adli dapat."
Crystal menggeleng. Terbukti dari bicara Dez, perasaan benci itu begitu melilit unggul dalam hatinya dan entah bisakan lilitan itu dilepas nantinya.
"Abang tak suka bila Krystal cuba untuk imbas kembali kejadian dulu. Selalu ingatkan abang kesilapan dan dosa abang. Bagi abang, bila buku yang abang dah koyak untuk dibakar dan ditanam tidak akan pernah bisa dikembali semula muka suratnya. Begitu juga dengan memori cinta kami yang dulu, semua itu tidak akan pernah kembali semula kerana semuanya telah dibakar dan dihapus!" Panjang penjelasan itu.
"Sebab ni ke abang selalu tak nak cerita masa silam abang? Abang tak nak masuk dalam lingkungan masa silam? Bahkan abang tak nak ingat langsung mengenai kejadian dulu? Sebegitu bencikah abang dengan semua kenangan dulu?" Soal Cristy bertalu-talu bagai peluru berpandu.
Malu mengaku tetap Dez angguk kepala. Tanpa beralih kepala dari paha itu, tangannya terulur pegang menangkup pipi Cristy.
"Abang dah lukai banyak kali hati perempuan bernama Cristy dan abang tak nak melukai hatinya untuk kali kedua dengan mengingat kembali perempuan yang pernah hadir dalam hidup abang. Mengingat kembali kejadian dulu, seperti membenarkan dia masuk kembali dalam hidup abang. Abang tak nak bagi peluang perempuan lain untuk mencintai abang. Abang tak nak mencintai dia lagi. Abang, mencintai isteri abang. Cristy, bukan Krystal." Luah hati Dez sepenuhnya tanpa meninggalkan walaupun sepatah.
"Maafkan Ris," Cristy meraih tangan besar yang menangkup pipinya itu agar bersatu dengan tangannya.
"Maaf sebab Ris dah baca semua mesej perempuan yang wujud dalam phone abang." Dez bukannya marah, malah lelaki itu siap bagi senyuman manis.
"Tak ada yang perlu abang rahsiakan dari isteri abang. Walaupun abang tak cakap apa-apa tapi sayang berhak untuk check apa saja yang ada dalam phone abang. Semua barang abang, milik sayang jugak." Belakang tangan itu Dez cium.
"Sayang pasti dah baca semua mesej Krystal hantar dekat abang kan?"
Cristy angguk.
"Sayang percaya semua yang dia cakap?"
Kepalanya menggeleng.
"Sayang percaya Krystal cakap yang abang pernah berhubungan badan dengan dia?"
Menggeleng lagi, kerana jawapan yang puas hati itu Dez bangun mendadak lalu memeluk tubuh itu.
"Terima kasih percayakan abang." Kata Dez bahagia tak terhingga sampai bibirnya senyum sampai ke telinga.
Tok! Tok! Tok!
Muka semanis madu milik Dez berganti tegang nak marah. Cristy kemam rapat bibir menahan ketawa. Kelakar jugak Dez bila tengah marah. Boleh tengok anak mata tajam itu menatap Adli bagai burung helang yang siap memakannya.
"Kau nak apa?"
Adli memutarkan kedua anak matanya. Jika bukan disebabkan pesanan dari seseorang tadi, tak akan dia masuk ke dalam office Dez. Perangai Dez selalu nak mengamuk kalau diganggu ketika sedang bermadu kasih dengan Cristy. Ceh! Berlebihan sekali!
'Kau sorang ada bini, kau tengoklah aku ada bini nanti. Aku tunjuk macam-macam dekat kau!'
"Ini dari seseorang."
Adli hulur kad pada Dez.
"Jemputan ke majlis Uncle Damon katanya ada pengumuman penting."
"Papa Dacio?"
Adli angguk.
"Aku memang wajib hadir ke?" Soal Dez terselit alasan tak nak hadir di situ.
"Jangan disebabkan kau gaduh dengan Dacio menyebabkan kau putus hubungan dengan Uncle Damon. Papa kau dah lama menjalin hubungan baik dalam kerja. Kau seharusnya jadi lebih matang mengendalikan emosi kau. Jangan campuri hal personal dengan kerja. Lagipun Uncle Damon tak tahu kejahatan anaknya, Dacio. Senang cerita, kau anggap Dacio ajelah musuh kau. Bukan keluarga dia." Nasihat Adli persis ayah dan anak
Dez mengeluh berat. Meski sukar sekali untuknya bersetuju, tetap dia mengangguk.
"Aku datang."
Walaupun tak nak, tak rela, tak mahu. Tetap saja, jawapannya harus. Mengapa?
Kerana Uncle Damon kawan kepada ayahnya dan sudah seharusnya Dez tidak mencampuri apa yang terjadi antaranya dan Dacio.
"Aight!"
Dez bangun lalu tangan Cristy ditarik agar mengikuti langkahnya.
"Kita dah nak balik?"
"We're going somewhere."
Adli tunduk sedikit kepalanya saat Dez dan Cristy berselisih dengannya. Moga saja tak ada apa-apa yang berlaku di sana nanti.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro