Bab 41
Sejak sejam tadi Cristy dah berjaga tapi dia langsung tidak puas menatap seraut wajah tampan yang ada sekatil dengannya ini. Katil hospital tidak terlalu besar, nasib baik tubuh Dez tidak terlalu besar. Jadi, tak ada masalah untuk mereka berdua tidur berpelukan atas katil berdua. Kami berbaring mengadap satu sama lain.
'Ya Allah, aku mencintai dia.' monolog Cristy lirih.
Telefon yang menyala-nyala di atas meja menarik perhatiannya. Lambat-lambat Cristy capai telefon itu tapi oleh kerana tangannya pendek, dia terpaksa pura-pura peluk Dez kemas lalu badannya sedikit menolak tubuh sasa itu dan,
Yes! Dapat!
Orang lain pasti akan menganggap Cristy tidak mempercayai pasangan sendiri. Itu sungguh tidak benar. Cristy cuma penasaran siapa yang mesej suaminya. Itu saja.
'Tak salah buat macam ni kan? Nak sorok apa dari isteri kan? Mustahil ada benda bukan-bukan.' getus hati Cristy.
Jarinya menekan aplikasi hijau itu. Buka saja, mimik mukanya terus berubah bersama dahi berkerut seribu.
'Krsytal?'
Mesej itu dibaca,
"Kejap, ini bukan tarikh selepas Krystal dibebaskan dari penjara Dez ke?" Soal Cristy pada diri sendiri.
Perasaan marah bertamu dalam hati, tak sedar pun tangan itu telahpun bertukar mengempal penumbuk kerana perasaan marah juga cemburu.
I tahu you banyak kali menolak cinta I sekarang atas sebab dosa I yang dulu. Tapi I percaya, jauh di sudut hati you masih sayangkan I-Krystal
Terketap-ketap bibir Cristy. Hatinya bagai ditikam berkali-kali dengan kebenaran, bahawa Krystal masih ada hati dengan Dez.
Kalau you dah bosan dengan Cristy, jangan lupa datang cari I. I bagi service yang terbaik untuk you. You nak pakai badan I banyak kali pun I tak kesah. You sayang I kan? Jomlah get back dengan I. Tinggalkan Cristy, hiduplah dengan I-Krystal
Mengigil bibir merah itu menahan tangisan. Matanya mula berkaca dan tidak lama kemudian, air mata membasahi kedua pipi itu.
"Hun," seru Dez lembut.
Dez merapatkan jarak mereka sambil mengusap pipi basah itu. Wajahnya tampak bimbang bersama tatapan bingung.
"What happened?" Soal Dez meronta-ronta ingin tahu sebab air mata itu jatuh.
Cristy menggeleng. Dia menyua telefon pada Dez. Kemudian, tubuhnya dipusing baring membelakangi Dez. Dez terdiam memandang belakang tubuh Cristy. Skrin telefon yang setia menyala di check nya.
'Krystal?'
Dahinya berkerut. Namun tak lama, bibirnya perlahan membentuk senyuman miring.
"You're not jealous, are you?" Usik Dez dan dia sengaja mencuit bahu isterinya itu. Seakan jijik, Cristy menepis sentuhan kecil dari Dez.
"Abang pernah melakukan hubungan terlarang dengan Krystal ke?" Soal Cristy serius.
Dez berharap Cristy berbaik hati pandang dirinya. Namun nihil, hanya belakang tubuh itu saja yang menjadi santapan mata.
"Nope."
Sepatah jawapan itu, cukup melegakan hati Cristy. Tanpa sedar, bibirnya mengukir senyum kecil. Belum berakhir dengan soalan lain, Cristy keluarkan lagi apa yang membelenggu dalam fikirannya.
"Selama ni abang jadi kekasih Krystal, tak pernah making love walaupun sekali?"
"Nope."
"W-why?"
"She says she's not ready for 'that'."
Dez meraup kasar wajahnya tatkala ingatannya mengimbas kembali akan kejadian dulu. Di mana dia melakukan hubungan badan secara paksa dengan Cristy.
"I gotta go,"
Perubahan wajah Cristy semakin ketara, kerana itu Dez mengambil keputusan untuk keluar.
"Ho-how about me, am I ready for 'that'?" Soal Cristy bersama mata berkaca.
Kedengaran pintu bilik dibuka dari luar. Terpacul Adli,
"Woi!" Sergah lelaki itu tiba-tiba.
Cepat-cepat Cristy kesat air mata yang keluar dari celah matanya. Dia mengesot ke belakang sehingga tubuhnya mengena kepala katil.
"So-sorry, tak tahu pulak aku si Dez tu takde."
Mukanya selamba gila. Melihat gerak geri serba tidak kena dari Cristy menanda ada sesuatu yang terjadi antara Dez dan Cristy.
"Dez keluar." Bagitau Cristy dingin tidak mesra seperti biasa.
"Ada apa-apa jadi ke?"
Tak nak tahu pun, tapi rasanya Adli tahu apa penyebab mereka berdua bergaduh.
"Tak jadi apa-apa." Balas Cristy acuh tak acuh.
"Semuanya sebab Krystal kan?"
Tak sampai seminit, muka monyok tak nak bercakap itu berubah seratus peratus pada muka cantik yang kebingungan seakan bagaimana lelaki itu boleh tahu?
"Macam mana awak tahu?"
"Aku dah lama kerja dengan Dez dan aku tahu tentang dia, A to Z. Takde rahsia pun yang aku tak tahu. Kami dah berkawan sejak kecil. Aku dah agak dah, selepas pertemuan kau dengan Dez di Malaysia. Kau berdua akan berakhir gaduh macam ni sebab Krystal. Dulu pun selepas kepergian kau, si Krystal tu hari-hari cuba untuk dapatkan perhatian Dez. Kalau bukan dalam chat, dia akan cari dalam office. Mana-mana pun dia akan cari Dez tapi Dez tak pernah bagi muka atau peluang untuk Krystal dekat dengan dia. Dia terlalu sayangkan kau. Dia sekat habis-habisan Krystal dari jumpa dia mahupun kau." Lancar Adli keluarkan kebenaran tentang keburukan Krystal.
"Dez selalu bertukar perempuan ke?"
Adli korek telinga sekejap.
"Aku salah dengar ke?"
Cristy angkat kedua alisnya.
"Apa yang salah dengar?"
"Kau cakap Dez bertukar perempuan? Serious lah?" Soal Adli disela gelak kecilnya.
"Dez nak jatuh suka dekat perempuan pun ambil masa yang lama apatah lagi untuk dia bermain dengan perempuan. Sentuh perempuan pun susah kalau takde apa-apa status apatah lagi nak main perempuan macam baju buruk. Berapa banyak lelaki dah ajak dia pergi kelab malam? Ramai, tapi dia berkeras menolak. Atas sebab apa? Malas nak dekat-dekat dengan perempuan."
"Bukan kebanyakan mafia suka perempuan ke?" Tanya Cristy tidak mengerti.
"Ada sebab kenapa mafia macam dia tak nak dekat dengan perempuan. Dia pernah pergi kelab malam sekali aje atas sebab paksaan dari anak-anak buah dia. Itu pun, demi nak celebrate hari indah kami menang dalam pertarungan dengan mafia German dan di situlah, Krystal dan Dez bertemu."
Satu persatu kebenaran dibongkar Adli. Tak ada satupun yang tertinggal, kalau ada pun. Adli tahu Dez tak bagi cerita terlalu banyak mengenai kehidupannya tapi tidak salah bukan, Cristy tahu semua?
"He broke the rules for Krystal."
"Rules? Maksudnya, Dez tak boleh bercinta?"
Adli mengangguk.
"Dev dan Dez tak boleh bercinta. Itu adalah prinsip mafia yang tidak boleh dilanggar. Tapi disebabkan terlalu sayang pada Krystal, Dez sanggup dihukum. Bayarannya, disebat selama sepuluh kali dan mendapat hukuman dibunuh sampai mati."
Membulat mata Cristy dengan mulut menganga tidak percaya. Jika apa yang dikatakan Adli adalah benar, mengapa Dez masih hidup?
"Dez seorang mafia yang hebat, dia dengan mudah menyembunyikan diri. Malah jika dapat ditangkap, setangkas John Wick lelaki itu mampu melawan orang dalam banyak bilangan dengan pistol juga pisau. Disebabkan kehebatan yang dia ada, Daddy semakin bangga. Rupanya, tanpa pengetahuan Dez, Daddy nya memberi arahan hukuman mati untuk mencabar kehebatan dan kekuatan Dez. Bisakah berjaya melarikan diri atau tidak. Jika berjaya, janjinya adalah semua harta miliknya akan jatuh ke tangan Dez manakala jika tidak, harta itu akan diserahkan pada Dev." Tanpa perasaan bosan, Adli menceritakan segalanya.
Setelah mencerna semua penjelasan cerita dari Adli, Cristy sedar mengapa Dev tidak suka pada adiknya sendiri.
"Kenapa Dev tak cuba pikat hati Daddy nya menjadi lebih baik seperti Dez?"
Tidak terniat dalam hati untuk memikirkan soal harta. Tapi bukankah semua manusia selalunya gila dengan harta?
"Aku tak tahu, aku nampak Daddy selalu utamakan Dez berbanding Dev."
Air mineral yang ada berdekatan dicapai lalu diminum beberapa teguk. Tekaknya terasa kering kerana bercerita.
"He is a devil in disguise." Ucap Adli tiba-tiba.
Adli capai balang kerepek yang dibawanya semalam.
"He showed his true colours. Didn't he?" Soal Adli masih mengunyah kerepek dalam mulut.
"Huh?"
"The Don." Ucap Adli seiring dengan aura gelap memenuh wad itu.
Cristy menggidik ngeri tatkala suasana berubah suram. Seakan nama itu mempunyai aura gelap yang tidak terbatas.
"Kau hanya mengenal The Dez, bukan The Don." Bagitahu Adli.
"The Don?" Soal Cristy meronta-ronta ingin tahu.
"The Don muncul apabila seseorang cuba untuk menyakiti orang yang dia sayang atau cuba untuk ganggu keamanan hidupnya. Semua anak buah Daddy nya dulu dah kena atas sebab menganggu keamanan. Ada yang mati kerana dibakar, juga mati tanpa menemui mayat mangsa. Dev bernasib baik, The Don belum muncul untuk sekarang."
Bibir itu terukir senyum misteri. Kerepek dimakan perlahan-lahan bagai memberi penanda bahawa bahaya itu akan datang tidak lama lagi.
"Jadi ini sebab awak panggil dia dengan panggilan Dez bukan Don?"
"Panggilan Don hanya untuk anak buah, bersama anak buah saja. Orang lain dilarang dengar atas sebab tertentu." Jelas Adli lagi.
"Maksudnya?"
"Ringkasan cerita, nama Dez bersih tanpa jenazah. Nama Don, ada cerita buruk disebaliknya menyebabkan harus dirahsiakan ketat dari pendengarannya orang lain."
"Pasti ramai orang cuba untuk bunuh The Don kan?"
Tidak menafi, Adli angguk. Pertembungan dua anak mata itu sedikit sebanyak mendebarkan Cristy. Bukanlah kerana perasaan cinta, tapi Cristy dapat merasakan sesuatu. Sesuatu yang akan berlaku pada Dev.
"Can you promise me one thing?"
Adli angkat kedua keningnya sebagai balasan dari permintaan Cristy.
"Kalau The Don muncul, boleh awak menghalangnya dari bunuh Dev?" Pinta Cristy penuh mengharap.
Wajah Adli berubah menjadi pucat. Kerepek yang dia pegang hampir nak jatuh. Kunyahannya juga automatik terhenti.
"Please...." Pinta Cristy mengharap, anak matanya dibuat ala-ala puss in boots.
Adli mengeluh berat. Balang kerepek ditutup dan disimpan. Dahinya diurut, sedikit bingung jawapan apa yang perlu dia utarakan apalagi dirinya ketika ini tidak percaya bisa menghentikan perbuatan The Don.
Dez adalah The Dez.
The Dez dan The Don adalah orang yang sama.
Bezanya, setelah menemui cinta sejati. The Don sudah hilang, juga tidak muncul langsung seakan The Dez sudah tidak mahu digelarkan dengan panggilan itu. Mafia yang ada dalam diri lelaki itu sudah dikubur tanah hingga tidak mahu langsung di ingat kembali.
"Akan dicuba."
"Awak boleh bawa saya kalau itu diperlukan." Cristy rela untuk menjadi penyelamat demi Dez.
"Okay baik." Nadanya terdengar pasrah.
Cristy hela nafas lega. Meski perkara buruk belum berlaku, tapi mendapat persetujuan dari Adli sudah mampu membuat hatinya gembira.
"Apa beza The Dez dan The Don?" Soal Cristy tidak mengerti.
"The Dez atau lebih mudah dikenali Dez adalah panggilan pendek yang diberikan dari keluarganya di rumah manakala The Don, dia seorang mafia yang penuh dengan aura gelap dan menakutkan. Dalam fikirannya hanya, membunuh. Membunuh. Membunuh. Demi untuk menyelamatkan orang yang dia sayang. Dia sudah tidak mengambil peduli dengan title atau darah yang mengalir antara keluarga. Yang dia tahu, riwayat orang yang menjadi penganggu itu harus dihapuskan hingga lesap dari bumi."
Gulp!
Cristy tiba-tiba memerhati sekeliling. Dia sangat tahu, tiada orang tapi hatinya merasa ada seseorang yang akan datang.
"Shhh..." Adli tiba-tiba lekap jari telunjuk pada bibir.
Dari gaya bibir, Cristy berkata 'apa?'.
"The Dez datang."
Tepat, seseorang buka pintu. Cristy terkejut sebaik sahaja raut wajah mendatar Dez terpapar depan mata. Dahinya berkerut seakan marah dengan kehadiran Adli. Adli sepertinya memahami, lantas lelaki itu menunduk seraya keluar dari wad itu.
Gulp!
Cristy takut!
"What is he doing here?" Tanya Dez tenang.
Matanya menatap biasa pada Cristy. Lama dan lekat. Ada sesuatu yang dia cari dari anak mata itu. Bibirnya tiba-tiba melengkung sinis.
"What's wrong babygirl? The cat's got your tongue? Huh?"
Dez menyondong sedikit tubuhnya dan wajahnya dibawa rapat seinci dengan perempuan itu.
"I know everything."
Dez angkat kepalanya, sedikit terkilan apabila kebenaran itu tidak sepenuhnya keluar dari bibirnya. Malah dari orang lain. Dez mengundur ke belakang, namun sempat tangan halus itu mengenggam agar tidak pergi.
"I trust you."
Dez terdiam sejenak. Tidak lama, ia menghela nafas berat. Bibirnya sedikit tersenyum pahit. Dia serba salah kerana merahsiakan semuanya tapi Dez tidak suka semua berkaitan dengan masa silamnya. Dia bencikan semua itu dan sungguh-sungguh mahu melupakan. Jika dapat dibakar, sudah dibakar ingatannya hingga menjadi abu.
"Too shy to say, but i hope you stay sayang..."
Dez turut mengenggam tangan itu lalu dibawa ke bibir. Dikucup penuh sayang.
"Jom tidur sama-sama, esok abang kerja kan?"
Dez angguk. Cristy meraih tangan itu agar berbaring bersamanya. Dez merasa sangat mengantuk. Terlalu banyak yang difikirnya, dia berharap dapat menemui Dev dan menyelesaikan apa yang patut.
"Sleep well." Ucap Cristy apabila Dez telah berbaring diatas katil bersamanya.
Dez angguk bersama gumam kecil mengatakan hal yang sama. Dalam sekejap, lelaki itu telahpun tidur.
"Walaupun Dev tak hargai kebaikan abang tapi Ris tetap hargai apa yang abang buat. Terima kasih cuba jadi yang terbaik untuk orang sekeliling abang."
Cristy angkat sedikit tubuhnya dan dia cium penuh kasih sayang dahi Dez sebelum dia turut tidur bersama lelaki itu.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro