Bab 4
"Abang dengar tak apa yang Ica cakap ni?" Raisha sembam muka pada tubuh sang suami.
"Abang dengarlah sayang, Ica cakap i love you dekat abang." Kimi sengih menampakkan setiap baris gigi.
"Bukan yang tu abang...." rengek Raisha manja. Senyum kecil terkutik di bibir, sengaja ni Kimi nak cari pasal!
"Habistu apa sayang? Hmm?"
"Dez cium Cristy tadi."
"Huh? Bila Dez balik Malaysia? Tak tahu khabar pun? Tup tup dah ada dekat Malaysia. Ajaib betul si Dez tu."
"Itulah yang buat Ica runsing sekarang."
"Kenapa nak runsing? Biarlah Dez nak jumpa si Cristy tu, tak salah pun."
"Tak salah abang cakap? Dez cium pipi Cristy semalam."
"Ya Allah... biarlah Dez nak cium ke, nak peluk cium pun. Kita pun boleh buat macam tu." Kimi mencium kedua pipi sang isteri.
"Abang, cuba serius sikit. Dengarlah apa yang Ica nak bagitahu ni...." Rayu Raisha geram.
"Abang seriuslah ni...." Fail kerjanya ditolak ke tepi. Tubuh Raisha didakapnya, rindu nak bermanja dengan Raisha. Asyik outstation aje, nak ajak Raisha tapi apa pulak yang akan dikatakan oleh papanya nanti?
"Abang outstation ke Bali esok."
Lantas,
Raisha menjauhi sang suami. Rajuknya makin menjadi-jadi, sedih barangkali kerana dia tak dapat bermanja dengan sang suami dalam masa yang lama.
"Sayang..."
"Tak payah panggil saya dengan panggilan sayang kalau awak sendiri tak sayang saya."
"Sayang, abang pergi kejap aje."
"Berapa hari?" Suara mengendur, rajuknya hilang sedikit mendengar 'kejap' dari sang suami.
Namun,
"Dalam seminggu."
"Apa? Seminggu?!" Raisha mendadak bangun. Pinggangnya dicekak, apa yang sekejapnya kalau seminggu? Ugh!
"Abang, seminggu tu lama tau bukannya sehari. Tujuh hari, ingat Ica boleh ke tahan rindu dalam masa seminggu tu?" Kimi garu kepala tidak gatal.
"Ya Allah sayang..."
"Abang ni, Ya Allah, Ya Allah tapi tak ada pun tanda nak ajak Ica sekali." Kimi ketawa senang.
"Okaylah, abang ajak Ica sekali. Meh jom, kita pergi honeymoon Indonesia."
"Abang tipu,"
"Eh? Tak, abang tak tipu. Abang cakap benda betul, Ica boleh pergi honeymoon dengan abang dekat sana. Lepas je semua kerja abang siap, kita keluar jalan-jalan semua tempat dalam Indonesia. Nak?"
"Nak! Nak!" jawab Raisha teruja.
"Ica! Ica!" panggil Puan Hajar.
Panik, Raisha berpura-pura mengelap meja, manakala Kimi menaip setiap butiran kerja yang tergendala tadi. Mukanya serius, tanpa senyuman.
"Ica buat apa dekat sini?"
Puan Hajar menunduk sedikit kepalanya. Hormat pada tuan rumah. Kimi seperti biasa, riak wajah bekunya dipamer. Gaya lelaki tak ada perasaan aje, padahal tadi elok aje gurau dengan Raisha.
"Ica buatkan air untuk Tuan Kimi tadi."
"Ica tumpahkan air ke?" Raisha angguk serba salah.
"Maaflah Tuan Kimi, Ica memang selalu macam ni. Buat kerja mesti ada yang tak kena, biasalah orang muda. Tak pandai buat kerja macam ni." Kimi sembunyi senyum.
"Orang muda zaman sekarang pemalas, macam Ica. Malas aje kerjanya...." Lidah menolak tepi pipi. Suka pulak Kimi kenakan Raisha.
"Orang suruh buat benda lain, dia pergi buat benda lain. Iya tak Mak Cik?" Tambah Kimi.
"Betullah tu," Puan Hajar cerlung mata pada si Raisha.
"Ica nak call dengan kawan Ica kejap, ibu masuklah dulu."
"Jangan lama sangat, ibu nak mintak tolong dekat dapur."
"Baik ibu,"
Tatkala Puan Hajar masuk ke ruang dapur, Raisha merapati Kimi lalu kedua telinga itu ditarik geram, merah menyala kedua telinga itu kerana perbuatannya.
"Sakitlah sayang, apa ni main tarik-tarik?" Berkerut dahi Kimi. Marah betul Raisha padanya kali ini.
"Siapa pemalas hah? Siapa? Bukan abang ke yang pemalas selama ni? Huh?!"
"Itu pun nak marah ke?" Alisnya diangkat, tanpa dosa Kimi ketawakan Raisha.
"Semuanya salah abang tau!" Fail dicapai lalu diangkat dagu sang isteri. Bibirnya dimuncung,
"Muah!"
"Apa muah-muah? Nak kena ni?" Penumbuk kecilnya ditunjuk. Mukanya berbahang merah bagai udang dipanggang. Malu!
"Abang tak takutlah, setakat penumbuk kecik sayang apalah sangat." Kimi peluk tubuh gaya tidak takut.
"Dahlah, Ica nak tolong ibu dekat dapur," rajuk Raisha manja.
Terjerit Raisha saat tangannya ditarik duduk atas riba Kimi. Tubuhnya didakap erat, rajuknya makin sejuk. Raisha paling suka dipeluk, hatinya tenang. Raisha biarkan aje. Biarlah, lagipun Raisha rindukan Kimi.
"I am sorry babygirl..." Hidung mereka dilagakan.
"Ica tak merajuk." Kimi senyum sikit. Perempuan macam nilah, cakap aje tak merajuk padahal merajuk dalam diam.
"Abang minta maaf, okay? Abang janji takkan buat perangai dah, takkan abang tak boleh nak bergurau dengan sayang? Hmm?" pujuk Kimi lembut.
"Yelah,"
"Sensitif betullah isteri abang ni, meh abang cium. Konfem dah tak merajuk...." Raisha menolak geram muka sang suami. Sesuka hati aje nak cium orang. Tengah merajuk ni tau!
"Tak payah ciumlah, Ica tak suka...." tolak Ica geram.
"Kenapa tak suka? Suami sendiri aje yang cium, bukannya orang yang tak ada ikatan dengan sayang." Kimi gomol manja muka Raisha.
"Ibu nampak kita berdua macam ni, janganlah." Raisha ketawa kecil. Ini yang paling Raisha lemah, tak boleh dipujuk Kimi. Kimi pandai bab memujuk, sering kali dirinya kalah dengan lelaki itu.
"Biarlah ibu nampak, barulah ibu tahu hal sebenar antara kita berdua." ucap Kimi tidak kisah.
Keluhan berat dilepaskan, anak mata sang suami direnung dalam. Sukarnya untuk dia bersama dengan Kimi. Mengapa dunia terlalu kejam? Mengapa dunia perlu banding antara harta dan pangkat?
"Kita tak boleh macam ni abang,"
Tak semena tubuhnya dipeluk sang suami tanpa sempat Raisha melarikan diri.
"Babygirl..." bisik Kimi lembut, betul-betul di sebalik telinga Raisha.
"Sampai bila kita nak macam ni babygirl? Sorokkan kisah cinta kita? Hmm?" soal Kimi lembut.
Tangan Raisha dipegang lalu dibawa ke bibir. Dicium penuh syahdu menunjukkan sayangnya sejak dulu hingga kini yang tidak berubah.
"Sampai bila-bila...." ucap Raisha payah.
Air liur ditelan kasar. Sedaya upaya suaranya ditahan dari bergetar. Rekung di dada terasa ketat nak hambur kesedihan.
Allah,
Kuatkan aku, sesungguhnya aku menerima segala yang terjadi dalam hidup aku. Aku terima Kimi sebagai suami rahsiaku. Mungkin untuk selama-lamanya. Mana tahu kan?
"Kenapa tidak kita berdua bagitahu aje hal sebenar? Kita berdua sepatutnya tak boleh rahsiakan perkara ni tau. Tak elok sayang." Nadanya lembut memujuk sang isteri. Berharap Raisha terima keputusannya, mungkin bagi Kimi ini adalah idea yang bernas. Namun tidak pada Raisha.
"Saya tak nak,"
Bangun, Raisha seka kasar air mata lalu kaki dihayun masuk ke ruang dapur tanpa menoleh sang suami. Tak peduli panggilan dari Kimi.
Biarlah,
Raisha tak nak hal ini dibukakan lagi. Meski banyak kali dipujuk, takkan sesekali Raisha menerima.
"Kenapa sayang degil? Kenapa tak nak bagitahu hal sebenar? Sedangkan itu lebih baik." Kepalanya diurut. Pening!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro