Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 39

"Tak nak!"

"Nak!"

"Tak nak!" Tegas dengan dengan cerlungan mata.

"Nak!" Balas Cristy tak kurang kuat nada suaranya.

Sejak tadi, suami isteri itu hanya bergaduh mulut di dalam kereta depan funfair. Bukan hanya itu, malah aura permusuhan begitu terasa.

"Ris nak jugak main dekat sana! Nak! Nak! Nak!" Pinta Cristy persis seperti budak-budak tak dapat mainan.

Dan sekarang, Dez tak faham. Kenapa mesti aiskrim yang ada di funfair? Mengapa bukan tempat lain?

Dengusan tidak puas hati keluar dari bibir Dez. Roller Coaster yang ada di depan mata ditatap biasa. Sejujurnya dia tidak takut dengan ketinggian, cuma saja dia tidak sukakan keramaian yang ada di sana.

"Kita ada banyak tempat boleh pergi, tapi kenapa nak pergi sini jugak?" Komen Dez masih dengan mood tidak baiknya.

"Biasa dalam novel-novel, memang hero akan bawak heroin ke tempat macam ni. Why not-"

"Abang bukan hero dalam novel sayang." Bidas Dez tanpa mempedulikan ayat yang ingin dilanjutkan oleh Cristy.

"Kita tak pernah spend time sama-sama macam suami isteri yang lain, salah ke permintaan Ris nak bermain dengan semua benda yang ada dekat sana?" Cristy juih bibir pada Roller Coaster.

"Lagipun, duit yang Ris guna nanti bukannya duit abang melainkan duit Ris sendiri." Sambung Cristy sedih.

Dez terdiam sejenak. Memikirkan Cristy sudah melalui banyak derita kerana perbuatannya, Dez jadi melemah. Tak rela namun harus, Dez keluar dari kereta lalu dia buka pintu sebelah pemandu.

"Are you ready to have some fun?"

Dez hulur tangan besarnya dan disambut baik oleh Cristy dengan wajah cerah.

"I'm ready!" Jawab Cristy penuh semangat.

Cristy menarik tangan Dez menuju ke arah Roller Coaster. Tak dapat nak lari dari keadaan, Dez pasrah aje bila Cristy dah hulur dua keping tiket pada penjaga kaunter di sana. Tapi kejap?

"Macam mana dapat tiket?" Soal Dez apabila tiket itu tidak dibeli, malah sudah tersedia dalam beg Cristy.

"Ris bagitahu Adam untuk belikan semua tiket untuk permainan yang ada dekat sini." Dez mengecilkan anak matanya.

"Jadi ini salah satu sebab sayang nak datang sini?" Cristy sengih menampakkan barisan giginya.

Dez menyentil dahi Cristy.

"Naughty naughty girl..."

Bibir pink semula jadi itu tersenyum miring. Memerah muka Cristy menahan malu. Bunyi nada dering telefon membuatkan kaki Dez yang baru nak melangkah naik Roller Coaster terbantut.

"Hello?"

Suara serius seseorang kedengaran dari talian sebelah sana. Raut wajah mendatar Dez juga telah berubah riak. Serius dan menakutkan.

"Hold up, wait a minute, something ain't right."

Kerana line putus-putus, Dez ambil keputusan untuk menjauh. Sempat dia bagitahu pada Cristy untuk undur diri. Cristy angguk, turut sama turun, berdiri berdekatan tempat itu menanti Dez.

"Leave right now!"

"Huh?"

"Right now!" Teriak Adli bergema dalam gegendang telinganya.

Tiba-tiba suasana yang sepi bertukar riuh-rendah dengan suara jeritan manusia. Dez cepat-cepat berpaling ke belakang.

"Abang!!! Abang!!!" Jerit Cristy penuh ketakutan.

Terketap-ketap bibirnya menahan amarah. Roller Coaster yang dinaiki isterinya begitu pantas bergerak, benar-benar membimbangkan nya. Gelisahnya usah dikata, belum lagi degupan jantungnya yang sudah pam persis dirinya sedang berlari marathon.

"What's going on?"

Dez menatap seorang pengawal yang menjaga kaunter tadi telah ditikam banyak kali. Dez meliarkan anak matanya pandang sekeliling. Anak matanya bertemu dengan seseorang.

'Dev?'

"Buddy I need your help really quick-"

Bang!

Bang!

Sigap, Dez mengelak tembakan dari mereka dengan menyembunyikan dirinya di dalam sebuah gerai lalu mengeluarkan pistol Glock 26 dari poket belakang seluar dan...

Bang!

Bang!

Tepat sasaran, tembakan itu mengena pada dada dua lelaki yang berlari menuju ke arahnya.

"Yo dawg! Where you at?"

"Here."

Bersama itu, beberapa buah kereta hitam telah terpacak di depan mata. Bergegas Dez memberi isyarat mata pada anak buahnya untuk menghabiskan nyawa anak buah Dez.

"Kill them all!" Arah Dez penuh ketegasan bersama aura gelapnya.

Bukannya mencari Dev, malah Dez memilih untuk menyelamatkan Cristy terlebih dahulu. Dez mencari-cari sesuatu sebelum anak matanya terpaku pada satu bilik kecil yang ada di sana. Yakin itu adalah tempat yang sepatutnya, tanpa was-was dia masuk ke dalam bilik itu. Pertama kali melangkah masuk, Dez menemui banyak wayar yang sengaja diputuskan.

"If you play with the devil, you will end up in hell!" Ucap Dez tersirat dengan tatapan mata tak terbaca.

Apa saja yang ada di sana dilakukan untuk baiki semula kecacatan wayar. Wayar yang banyak terputus dipegangnya lalu tangannya cekap menyudahkan kerja. Tak sampai berapa minit, suara jeritan Cristy terhenti seketika. Senyum lega terukir di bibir. Tahulah Dez bahawa Roller Coaster itu telah bergerak perlahan. Kerjanya menjadi!

"Happy lepas dapat selamatkan isteri kau?"

Tangkas, Dez mengelak dari serangan tiba-tiba dari Dev. Pisau yang jatuh atas lantai dikerling sekilas. Dez menghalakan pistol pada Dev. Raut wajah itu langsung tak takut. Malah selamba badak angkat dua belah tangan seperti baru kena tangkap dengan anggota polis.

"Don't move or else I'II shoot you."

Bibir itu memberi peringatan tatkala Dev ambil satu langkah mara ke hadapan.

"Oh my god! You scared me!" Ucap Dev pura-pura takut.

Satu langkah lagi diambil mendekati Dez. Sengaja nak main-main, bukan selalu dapat jumpa. Bukankah ini yang Dez nak? Bertemu dengannya?

"You stay right there! Don't move!"

Nyatanya, banyak kali Dez cuba untuk melakukan jenayah menembak pun. Dia tetap kalah dengan bisikkan hati. Hatinya memujuk untuk tenang, mengalunkan kata bahawa masih ada peluang untuk ubah sikap kejam Dev.

"I give you freedom to shoot me, right? Why don't you do it? Huh? Why?" Soal Dev sedikit tertekan.

Dez berusaha tenang, selanjutnya. Ia melepaskan pistol ditangannya. Dev buat muka menyampah. Dia tidak suka Dez yang memilih untuk menyerah.

"Do not touch my girl, it could be your last day on earth."

Tidak gentar, pistol itu disepak betul-betul mengena pada hujung kasut Dev.

"Consider this a warning."

Aura permusuhan dengan raut wajah tegang juga dingin merubah suasana itu menjadi menakutkan. Sesiapa saja yang mendengar suara penuh amaran bak penjahat terulung itu pasti akan bergetar takut. Melihat muka saja mampu buat orang telan air liur, apatah lagi jika lelaki itu turun padang membunuh manusia?

"Ooh, I'm so scared!" Ejek Dev sinis.

Dez memilih untuk diam dan pergi.

Namun, tersedar akan sesuatu.

Iya, Dev cuba membunuhnya.

Sekelip mata, tangan Dev yang memegang pisau dipulaskan ke belakang, lalu Dez mengambil pisau, sigap lengan itu ditoreh hingga darah merembes keluar. 

"Kill me, but I will not let you touch her." Suara celah gigi terdengar begitu marah.

Ringisan sakit keluar dari bibir Dev saat lengan yang ditoreh itu digenggam kuat dan dengan sengaja ibu jari itu menekan setiap jalur torehan itu.

"Argh!!!" Jerit Dev kesakitan teramat.

Beberapa titis keluar dari celah mata kerana terlalu sakit. Dez menyeringai sinis menatap raut wajah lemah pihak lawan.

"This my last warning to you."

Mata helang itu menatap tajam mangsa di depannya itu.

"Touch her, and you're dead." Desis Dez penuh amaran.

Buk!

Tubuh itu jatuh terjerembab di atas lantai.

"I will not really hesitate to kill you if you keep on disobeying me. You disobey me even once and I will kill you. I won't take pity on you. You are not important to me. Even if you are my brother, I will not hesitate to kill you."

Sejurus menyudahkan kalimatnya, Dez pantas berlari keluar dari bilik itu mencari keberadaan Cristy. Dev secepat mungkin melarikan diri, setelah anak matanya menangkap anak buah Dez mengejar dirinya.

"Abang! Abang! Abang!" Jerit Cristy dengan linangan air mata.

Anak matanya mencari-cari seseorang. Matanya mengedar sekitar. Nampak aje Dez, Cristy bergegas menerpa lalu menenggelami diri dalam pelukan Dez.

"Abang...tsk....tsk....ada orang paksa kami naik Roller Coaster dan tiba-tiba...tsk...tsk..." Teresak-esak Cristy menjelaskan perkara yang terjadi.

"Shh... it's alright, I am here for you..."

Dez dapat merasai getaran dari tubuh Cristy. Bajunya yang dipakainya juga basah kerana air mata Cristy. Bukan hanya itu, belakang bajunya juga dicengkam kuat, menyelirat rasa takutnya yang tidak mampu diungkap dengan kata.

"Cris takut abang...Cris takut...tsk...tsk...tsk..."

"It's okay sweety, You don't need to be afraid. Nothing will happen to you." Pujuk Dez lembut. Persis memujuk anak kecil yang sedang menangis kerana ketakutan.

"Aba-aba-"

Tak semena-mena, Cristy jatuh pengsan tidak sedarkan diri. Nafasnya hampir sesak melihat keadaan Cristy sehingga peluh merenik di dahi kerana perasaan panik nya. Lantas, Dez cempung tubuh itu bawa masuk ke dalam kereta untuk ke hospital.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro