Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 37

Tepat pukul 9 pagi, Dez bangun dari tidurnya dan dia masuk ke kamar mandi. Mandinya ala kadar saja, niat di hati nak bersua muka dengan Dev. Kali ini, dia tidak akan tertipu lagi dengan semua ini. Dia akan cuba berbincang Dev secara baik-baik. Bilik Cristy dibuat seperti biliknya sendiri. Bagaimana tidak, semua barang Dez telah dibawa masuk setelah ingatan Cristy sudahpun pulih. Cepat buat kerja kan?

Iya mesti!

Lagipun Cristy tak ada marah-marah. Bukankah itu petanda baik dalam hubungan mereka?

"Awak nak pergi mana ni?" Sergah Cristy setelah masuk ke dalam biliknya.

"I am having something urgent to do today, i'm gonna go meet Dev."

Dez kelihatan handsome hari ini tapi sejujurnya, setiap hari lelaki itu berpenampilan kemas. Namun hari ini, bukan kata kacak. Malah mempersona meski hanya dengan berpakaian santai T-shirt polo dengan jeans sahaja. Perempuan lain tengok nescaya akan jatuh cinta kerana dia juga sedari tadi tidak melepaskan pandangannya dari Dez.

"Can we go out today? We haven't spend some time together for a long time." Suaranya melunak ingin memujuk.

"I promise i will spend my whole day with you tomorrow."

Seharusnya, Cristy gembira saat kepalanya diusap Dez. Justeru mukanya berubah masam. Dah serupa telan jeruk pun ada.

"Ouh? Awak tak nak spend time dengan saya? Kiranya selama ni awak tipu ajelah kan? Awak bukannya ikhlas cintakan saya. Awak bukannya ikhlas mintak maaf dekat saya. Iya tak?" Tuduh Cristy melulu. Itu ajelah modal yang dia ada untuk mendapatkan perhatian Dez.

Dez mendesah perlahan. Malas nak berdebat dengan Cristy, lantas dia pegang lengan itu agar turun bersamanya ke dapur.

"Jadi pergi tak?" Soal Cristy setelah mereka berdua dah duduk atas kerusi.

"Jadi."

Pak!

Tak ada kelembutan langsung, tangan yang masih melekap pada lengannya ditepis kuat.

"Jangan harap saya nak makan bersama awak kalau awak masih nak jumpa Dev!"

Dez urut pelipisnya. Mukanya berubah pasrah.

"Okay, I am canceling the plan."

Cristy kerling dengan anak mata sepenuhnya tajam.

"I don't mind cancelled plans either.."

Dez duduk terlebih dahulu diikuti Cristy dengan bibir sedikit terangkat. Bertahan agar tidak tersenyum.

"Hari ini, hari bahagia. Apa kata kalau kita pergi beli kek sama-sama?" Ajak Cristy penuh erti.

"Oh? Hari bahagia?"

Mimik muka ceria Cristy berubah mendung. Sudu dan garfu dilepaskan. Perutnya tadi berkeroncong nak makan tapi selepas Dez jawab acuh tak acuh.

"Saya dah kenyang! Awak makanlah, saya tunggu dalam kereta saya."

Cristy naik tingkat atas tanpa mengendahkan panggilan dari Dez. Dia bersiap ala kadar atas kerana rajuknya yang masih bersisa. Usai siap, kakinya laju melangkah tanpa pandang lelaki yang sedang memerhatinya sejak tadi. Dia terlebih dahulu masuk ke dalam kereta miliknya. Bunyi pintu ditutup, menanda bahawa Dez telahpun masuk.

"Nak naik kereta Bezza je? Tak nak naik kereta lain?" Tawar Dez tak bermaksud apa-apa. Mana tahu teringin naik kereta mewahnya.

Tapi itulah,

Perempuan kan?

Bila marah, jangan sesekali bercakap hal yang makin menyulut amarah. Kerana itu, tak dapat tahan Cristy terus keluar perkataan yang tidak sepatutnya. Pedas tersangat pedas!

"Tahulah orang kaya ada kereta mewah banyak tapi tak payahlah nak tunjuk sangat diri tu sombong dengan semua harta. Ingat semua harta tu milik awak ke? Ish! Orang kaya memang selalu nak menunjuk!" Tempelak Cristy beremosi.

Keretanya meluncur laju keluar rumah sewanya. Dez tidak menggubris, hanya melirik Cristy dengan ekspresi datar, lalu dia bersandar tubuhnya pada kerusi.

"Ambil benang berwarna merah, benang didapat di dalam kawah, jadi orang jangan suka marah, agar tak cepat menjadi arwah."

Membulat mata Cristy. Bernasib baik mereka masih setengah jalan. Maka itu, dia berniat nak menghukum Dez. Dia memberi signal ke kiri dan berhenti di bahu jalan. 

"Apa awak cakap? Ulang balik!" Cristy capai handbag nya lalu dipukul kuat pada tubuh sasa itu. Banyak kali!

"Sakit! Sakit! Sakit!" Raung Dez disela tawa kecil.

"Awak boleh ketawa lepas saya pukul awak? Awak memang dah gila! Siapa yang nak arwah? Saya atau awak!"

Tidakpun berhenti, malah makin menjadi-jadi pukulan itu dihadiahkan pada Dez tapi lain pulak dengan lelaki itu. Bukannya marah atau meraung kesakitan. Boleh pulak Dez ketawa?

"Gurau ajelah! Eh, sakitlah! Hey! Hey! Hey!"

Rela hati, dia menghentikan perbuatannya dari terus memukul lelaki itu. Cristy cemberut. Mukanya dipaling pandang luar tingkap. Tiba-tiba takde mood dah nak keluar dengan Dez. Dezlah gurau kasar sangat.

"Sweetheart," seru Dez sambil mengosok tempat pukulan Cristy tadi.

"Kalau awak tak nak keluar dengan saya and nak spend time dengan geng mafia awak lepas ni, pergi ajelah. Saya dah tak peduli. Saya dah tak kesah sama ada awak nak balik atau tak nak!" Merajuk dah nada suara itu.

Dez gigit bibir serba salah. Belakang lehernya digaru kekok. Dia sama sekali tidak bermaksud nak buat Cristy sedih. Itu semua hanya gurauan semata-mata. Tak tahu pulak kedengaran kasar.

"Tadi awak terpaksa spend time dengan saya. Hari bahagia saya pun awak tak ingat. Sekarang awak gurau dengan saya perkataan 'arwah'. Awak ingat perkataan 'arwah' elok sangat ke guna?"

Sekarang Cristy tahu, kesedihan dia bukanlah berpunca dari gurauan sahaja. Tapi juga mengenai hari penting yang lelaki itu lupai.

"Haih..."

Kedengaran bunyi pintu belah Dez dibuka. Cristy ketap bibir menahan rasa sedih. Dez mengeluh sebab bosan dengan perangai suka merajuk dia ke?

Pintu dibuka, muka serius Dez terpapar di depan mata.

"Let me drive."

Belumpun sempat kaki mencecah tanah, Dez dah cempung dia masuk sebelah pemandu. Cristy pejam mata sembari mengesot tubuh ke jendela. Enggan menatap Dez untuk seketika. Dez menyedari perubahan Cristy namun tidak ia ambil peduli. Cristy diam sehingga mereka sampai ke sebuah Vila. Dez hulur tangan setelah buka pintu kereta belah Cristy. 

"Kita dekat mana?"

Sekali lagi Dez dibuat tuli, tubuh Cristy diangkat dan dibawa ke halaman belakang.

Dia menatap tidak percaya pada apa yang dilihatnya. Di bawah pohon sana, terdapat folding sofa bed siap lengkap dengan dua bantal kecil. Meja kecil yang ada di situ telahpun siap dengan banyak makanan. Tidak lupa juga, ada layar skrin besar di sana.

"Wow..." Keluar ayat itu dari bibirnya kerana terlalu takjub.

Cerah wajah Cristy sebaik saja matanya menerawang sekeliling pandang lampu LED fairy lights yang memenuhi batang pokok besar itu, juga dedaun yang ada. Tidak hanya di situ, malah di atas berhubung dari pokok ke bumbung juga digantungnya sedikit kendur menyebabkan lampu itu terlihat lengkung lembut. Sangat cantik!

Dez letak tubuh Cristy di atas folding sofa bed dengan penuh berhati-hati.

"Don't go anywhere. Just stay."

Belum sempat dia ingin menghalang, Dez sudah pergi. Dia biarkan saja. Bibirnya tersungging senyuman bahagia. Meski dia belum tahu apa yang cuba Dez lakukan tapi hatinya berbunga riang menerima semua ini. Anak matanya terpaku pada sebuah khemah yang ditutup beberapa meter dari nya. Mungkinkah mereka akan tidur di sana?

Tap!

Tiba-tiba anak matanya disapa cahaya layar skrin yang besar. Cristy mencari Dez. Namun, kelibatan lelaki itu langsung tiada. Suara familiar dari layar skrin itu terdengar dan automatik matanya tertumpu pada layar skrin itu.

"Hai, sayangku?"

"Dez?" Cristy berkerut dahi.

"Iya, ini aku. Suamimu Dez."

Dez senyum tipis dari dalam video itu. Nafasnya ditarik panjang sebelum dia memulai kata.

"Sayang,"

Mata Dez di sana berkaca dengan suara lirihnya menyeru sang isteri.

"Aku mencintaimu."

Cristy paling kepala pandang arah lain. Masih tidak mahu menerima hati yang Dez hulurkan.

"Kemaafan mungkin berat untuk diberikan pada abang yang melukai hati sayang tapi hanya dengan memberi maaf dapat mengubati hati sayang yang sedang terluka."

Cristy mencengkam kuat baju yang dipakainya. Tiada air mata, tiada juga perasaan kecewa mahupun marah. Hanya perasaan biasa tanpa dendam mahupun amarah.

"Darling..."

Cristy beralih pandang layar skrin semula.

Buk!

Bunyi sesuatu jatuh,

"Excuse me, but I think I dropped something."

Video itu seketika off sendiri sebelum video itu on semula dan lelaki itu dalam keadaan berjongkok dengan baju melayu dengan sampin. Pakaian Dez ala-ala orang nak kahwin.

"Sayang, marry me again?"

Terkedu Cristy seketika. Mulutnya ditekup dengan mata tidak lepas pada lelaki itu. Tak dapat ditahan, bening halus itu menuruni kedua pipinya.

"I have never loved anyone as I love you."

Muka Dez memerah malu seperti baru pertama kali jatuh cinta. Sampaikan kedua telinganya juga naik berona. 

"Je t'aime. Today. Tonight. Tomorrow. Forever. If I had the choice between you and a million things i've always wanted, I would choose you every single time." (I love you)

Cristy menyeka air mata yang mengalir sejak tadi. Dia cuba untuk tidak terharu tapi perbuatan manis Dez memberi impak besar padanya.

"I'd choose you in a hundred lifetimes, in a hundred worlds, in any version of reality, I'd find you and I'd choose you."

Cristy ketawa disela esak tangis. Timbul perasaan bahagia dengan ribuan rama-rama berterbangan dalam perutnya kerana kata-kata manis itu.

"Babydoll..." seru Dez lembut sedikit merengek.

"Hmm?" Jawab Cristy masih bersisa air mata.

"Close your eyes and make a wish."

Biarpun tidak mengerti, tetap Cristy melakukan apa yang diperintah lelaki itu.

'Semoga saja, hari istimewa Cristy tidak akan dilupai'

Sedetik, matanya dibuka...

Cristy tergamam dan tak terkata. Kek kegemarannya berada di depan mata bersama Dez.

"One day I will forget everything but never you."

Dez hulur senyum semanis gula.

"On our anniversary and each day I live, I promise to cherish the love that you give. God knew what he was doing, when he brought you into my life. I'll always be grateful that you are my wife."

Dez menunduk sedikit lalu bibir itu menjadi sasaran kucupannya.

"I wish you a happy anniversary, isteri kecilku."

Cristy tak bisa menahan lagi. Teresak-esak dia menangis. Sayu aje dengar tangisannya membuatkan Dez panik seketika. Cepat-cepat kek ditaruh atas meja.

"Isteriku?"

Terkejut Dez apabila isterinya tiba-tiba memeluknya. Sesengukan menangis di dadanya. Dez mampu usap aje kepala isterinya itu. Bibirnya mendarat ciuman sayang pada kepala itu.

"Saya mencintaimu, suamiku." Ucap Cristy sengaja berbahasa baku.

Tawa kecil terletus di bibir Dez.

"Kamu mencintaiku tapi aku ingin memiliki juga mencintai hatimu. Bagaimana? Bisakah?" Soal Dez juga mengikut rentak bahasa baku itu.

Cristy menyembunyikan mukanya pada dada bidang itu. Malu-malu dia menulis sesuatu dengan jari telunjuknya.

Aku mengizinkan hati ini dimiliki juga dicintai olehmu, suamiku

Dez tidak dapat menahan senyum bahagia membaca setiap yang ditulis itu. Tangan yang melakar itu ditangkap lalu diberi hadiah ciuman banyak kali.

"Sayang, suamimu ini benar-benar gila keranamu." Bahasa baku itu belum selesai dari dua pasangan itu.

Cristy terkekeh. Makin dibuat tawanya semakin panjang apabila baju melayu masih melekat pada tubuh Dez.

"Memang tak nak tukar ke?" Soal Cristy masih dengan sisa tawanya.

"Panas sebenarnya." Komen Dez sejujurnya.

Makin kuatlah ketawa Cristy. Malah dah bergema dalam kawasan itu. Dez yang mulanya diam tiba-tiba ikut sekali ketawa.

"Tukarlah, Ris tunggu abang."

Dez mengerdip mata tidak percaya. Panggilan yang mampu mencuri nafasnya hingga sesak. Mukanya berubah pucat membiru.

"Abang?"

Makin menjadi-jadi keadaan Dez. Cristy yang tidak mengerti mencuba untuk mengawal keadaan Dez.

"Calm down...calm down...."

Cristy usap kedua bahu Dez. Perlahan-lahan, lelaki itu sudah terlihat baik-baik saja. Tak lama, lelaki itu hampir jatuh. Sigap, Cristy angkat sedikit tubuh itu agar berbaring di atas tempat yang diduduki nya tadi.

"Miele..." (Honey)

Dez bagi isyarat agar Cristy berbaring di atas lengan sasanya. Akur, Cristy berbaring bersama lelaki itu. Erat sekali pelukan itu sepertinya tak nak bagi Cristy menjauh dari Dez. Nafas Dez yang teratur sedikit sebanyak melegakan Cristy.

"Kenapa sesak nafas tadi?"

"I can't explain the way you make me feel when you call me abang, Miele..." (Honey)

Dez rasa nak pengsan.

"Your voice is honey."

Merah menyala muka Cristy bak kepiting rebus. Kendatipun dia merasa malu, tetap tangannya mencapai pemotong kek.

"Jom potong kek." Ajak Cristy, berpura-pura tidak mendengar apa yang Dez kata tadi.

"Okay."

Dez senyum kecil. Tahu taktik yang sedang Cristy cuba lakukan. Disebabkan perutnya juga terasa lapar, maka dia tidak mahu terus-terusan mengusik isterinya. Ada baiknya dia makan.

"Tak nak tukar baju melayu?"

"Lepas spend time dengan sayang."

Dez kucup kepala Cristy lalu dia mula mengambil alih skrin besar itu. Dia mula mencari movie yang sesuai untuk ditonton mereka berdua.

"Kita tengok movie malam ni. Lepas selesai, kita terus tidur dalam khemah tu." Dez juih bibir pada khemah yang ada beberapa meter dari mereka.

"Okay!"

Mereka meluangkan masa bersama sehingga larut malam. Sedar tak sedar, makanan mereka dah habis. Tidak cuma itu, mata Cristy pun dah layu. Menyedari itu, Dez menepuk bahu isterinya.

"Sayang, gosok gigi dulu."

Cristy menggeleng.

"Ngantuk..." Rengek Cristy.

"Kejap."

Dez menghilang mencari sesuatu. Jumpa saja, terus dia turun semula bersama gelas berisi air paip juga berus gigi yang belum diguna pakai.

"Sayang," seru Dez sambil menepuk-nepuk kedua pipi itu.

"Hmm?"

Nak tak nak, Cristy ambil jugak huluran gelas dari Dez. Hampir jatuh, cepat Dez sambut.

"Bukak mulut."

Tak geli pun, Dez tolong gosok gigi untuk sang isteri. Terlihat pelik di mata orang lain tapi itulah Dez. Terlalu menjaga kebersihan.

"Nah,"

Memahami, Cristy bangun lalu berkumur. Kemudian, dia membuang air dalam mulutnya betul-betul tepi longkang kecil yang tersedia di situ. Usai bersih mulut serta sekitar bibir, Cristy nak berbaring semula di tempatnya tadi. Namun, tubuhnya terlebih dahulu dicempung lalu dimasukkan ke dalam khemah. Ciuman hangat dilabuhkan di atas kening itu.

"Nighty nite honey..."

Dez keluar dari khemah untuk menyudahkan apa yang patut sebelum turut sama tidur dengan Cristy. Lagipun, baju melayunya belum ditukar sejak tadi.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro