Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 36

Pintu rumah ditolak, kaki kanan melangkah masuk ke dalam rumah. Telinga terdengar sayup-sayup bunyi dari televisyen. Jam di dinding dikerling sekilas. Sudah menginjak pukul 6 pagi. Dez lantas mengatur langkah menuju ke arah Cristy.

Ting!

Suara mesej yang keluar menarik perhatian Dez.

'Adam?'

Bukankah Adli sudah memberi surat Retirement letter of resignation ke?

Ya,

Retirement letter of resignation sebagai anak buah mafia.

Telefon pintar milik Cristy dicapai lalu mesej yang dihantar oleh Adam dibaca.

Ting!

Aku dah tak jadi anak buah Dez, lepasni kau delete nombor aku. Aku tak nak Dez cemburu-Adam

Dez mengukir senyum nipis. Dia melirik sang isteri seketika sebelum membaca yang lain lagi.

Aku harap kau faham dengan pekerjaan Dez. Dia buat semua ini untuk kau dan Grandma-Adam

Semua isi mesej antara Cristy dan Adam dibacanya tidak tinggalkan walaupun satu ayat.

'Ris tahu rancangan aku untuk menyelamatkan Grandma?'

Senyum kecil terbit di bibir itu. Telefon itu disimpan dalam poketnya sebelum kedua lututnya diturunkan dengan anak mata menatap lama wanitanya.

"Knowing that you love me as much as I love you is the best feeling in the world."

Dez mengukir senyuman. Hampir hujung bibir itu tak nampak lengkungan. Sangat tipis.

"I was supposed to kill them. They're supposed to stay dead."

Jeda beberapa minit, sebelum Dez menyambung lagi.

"They may be willing to die. But I am not the one who is going to kill them."

Dez merapati tubuh itu lalu di cempung masuk ke dalam bilik. Seterusnya, dia membaringkan tubuh itu ke atas katil. Tanpa menukar pakaian, Dez turut tidur bersama Cristy.

"My heart is forever yours."

Usai mengungkapkan isi hatinya, Dez melilit tangan sasanya pada perut itu lantas dibawa rapat dengannya. Tidak perlu ubat mahupun apa-apa suntikan, lelaki itu telahpun tidur nyenyak. Suntikan dan ubat yang dia guna sebelum ini telahpun tiada, diganti Cristy. Kelopak mata perempuan itu bergerak membuka dengan perlahan. Terjaga menyedari seseorang memeluknya. Jantungnya  bergerak laju apabila wajah tampan itu begitu dekat dengan sehingga deruan nafas itu mengenai pada pipinya.

"Dez," seru Cristy dengan goncangan bahu.

Namun, tak ada apa-apa tindak balas dari Dez. Malah, lelaki itu tidur begitu pulas seperti bayi kecil. Raut wajah kepenatan Dez menjadi tatapannya. Perlahan namun pasti, tangan yang melilit itu dileraikan. Sungguh ketat pelukan itu. Cuba punya cuba,

Alhamdulilah,

Dapat jugak Cristy melepaskan diri. Jam dikerling seketika, Cristy turun dari katil lalu dia mengambil wudhu. Usai itu, Cristy menghampar sejadah setelah selesai memakai telekung. Bersiap-siap mahu solat. Dia mula angkat takbir. Dez terjaga, menyedari tak ada orang di sebelah. Cari punya cari, anak matanya terpaku pada seseorang yang sedang solat.

Beberapa minit kemudian, Cristy selesai solat. Habis tahiyat akhir, Cristy berdoa. Selesai saja, dia mula melipat telekungnya. Dahinya berkerut seribu apabila Dez tak ada atas katil. Dia mengedar pandangan ke sekeliling.

Itu dia!

Dez sedang duduk santai di atas kerusi yang tersedia di balkoni. Dez sedang memikirkan sesuatu, dan Cristy penasaran untuk mengetahui apa yang difikir lelaki itu.

Makanya dia mengambil keputusan untuk duduk berhadapan dengan lelaki itu. Tubuh sasa itu terlihat seksi tanpa baju, menyisakan seluar yang dipakai saja. Cristy tak malu menatap keseksian itu, malah dia mengagumi ketul-ketulan yang ada. Bukankah tak berdosa mengagumi suami sendiri?

"Duduk luar boleh kesejukan. Masuklah bilik, takut sakit mendatang." Nasihat Dez lembut.

Cristy tersedar dari lamunannya. Semua yang difikirnya hilang sekelip mata. Cristy panggung kepala pandang Dez lebih tinggi darinya.

"Siapa Grandma?"

"Siapa Muiz?"

Kedua-duanya serentak mengeluarkan soalan. Dez mengintai raut keresahan milik Cristy. Nama Muiz sepertinya memberi impak yang kurang menyenangkan pada Cristy. Tubuh itu tampak tegang juga mengigil.

"I'm sorry for asking you about your personal life."

"I'm ready to tell you everything." Pintas Cristy sejujurnya mencari sekelumit keberanian dari dirinya sendiri.

Cristy menggali nafas sedalam-dalamnya dan dia mula bercerita.

"Dari apa yang saya tahu dari Mama, Papa menikah umurnya masih muda iaitu lapan belas tahun. Papa mempunyai dua isteri. Mama adalah isteri kedua papa. Isteri pertama Papa, gagal diselamatkan ketika melahirkan Muiz. Papa terpaksa mencari ibu susuan demi Muiz. Papa always busy dengan kerja office semata-mata nak lupakan kematian isteri pertama. Siapa sangka, pertemuan singkat mereka di majlis pernikahan kawannya membuah bibit-bibit cinta. Hari demi hari hati Papa mula terisi semenjak bertemu dengan Mama Ris. Mereka tak bercinta. Mereka terus merancang masa depan dan menikah. Berita gembira mereka peroleh, Mama bunting pelamin dan melahirkan dua kembar perempuan. Cristy dan Krystal. Sebelum ni, saya hanya tahu bahawa saya ada abang tiri. Saya cuba untuk bertanya pada Mama dan Papa siapa Muiz, tapi mereka cuba untuk ubah topik bercakap hal lain. Bukan tu je, Mama dan Papa asyik bermasam muka apabila nama Muiz keluar dari mulut saya." Jelas Cristy panjang dari mula hingga akhir cerita.

"Muiz selalu balik rumah?" Soal Dez kini mula tertarik dari cerita keluarga Cristy.

"Maybe." Jawab Cristy tak berapa pasti.

"Mama dan Papa selalu kurung saya supaya tak keluar bila Muiz masuk rumah. Jadi saya tak nampak muka Muiz selalu. Boleh kira berapa kali kami sempat jumpa. Muiz dihalau dari rumah atas sebab cuba untuk buat benda bukan-bukan pada saya." Tambah Cristy lagi.

"Umur Muiz berapa?" Soal Dez tiba-tiba.

"36 Tahun." Jawab Cristy lancar.

"Umur kau 21 Tahun kan?" Soal Dez meminta kepastian.

"Kenapa awak tanya macam tu?"

"Terfikir sesuatu."

Cristy mengerut kening saat matanya menjamah lengkung bibir yang hampir tak nampak itu.

"Apa yang awak fikirkan?"

"Jawab soalan aku eh?" Soal Dez tiba-tiba.

Biarpun pelik, tetap Cristy angguk. Ada yang tak kena dengan lelaki ini. Namun, dia ikutkan saja rentak permainan ini.

"Muiz kurus keding kan? Kalau aku dipanggil?"

"Sasa."

"Sasa dan?" Terkerling ketul-ketulan pada badan itu.

"Sasa dan seksi." Keluar puji yang tidak sepatutnya dari ulas bibirnya.

Ops!

Cristy tekup mulut. Dalam diam dia merutuki tingkah lepasnya. Mukanya bersemu merah menahan perasaan malu mendengar tawa terbahak-bahak dari Dez. Sesungguhnya tawa itu sangat merdu dan menggetarkan jantungnya.

"Muiz kalahlah dengan tubuh aku yang ketul-ketul ni kan?"

Dez bangun dari duduknya. Dia betul-betul berdiri di depan Cristy lalu kedua tangannya diangkat. Memperlihatkan six pack yang menjadi kegilaan semua wanita. Lagak famous male fitness model. Benar-benar membuatnya cair bak ais.

"Kalah atau tidak, umur awak dan dia tak jauh beza. Dah tua bangka!"

"Ceh! Umur aku baru 30 Tahun eh?" Jawabnya sambil mengerling Cristy dengan bibir yang mengerucut.

Cristy mengemam rapat bibirnya. Menahan tawa dari terhambur kerana kecomelan muka merajuk yang Dez tunjukkan. Cristy genggam tangan itu lalu ditarik merapat apabila Dez cuba untuk melarikan diri. 

"Janganlah merajuk, awak belum cerita dekat saya mengenai Grandma tau." pujuk Cristy lembut.

Dez paling muka pandang arah lain dan tak sedar pun, bibirnya dah muncung tirus. Merajuk!

"Bukan Adam dah cerita segalanya?" 

Cristy tersentak. Air liur ditelan payah.

'Dez tahu?'

"Kenapa? Terkejut aku boleh tahu mengenai kau dan Adam?" soal Dez mendatar. 

Cristy gigit bibir serba salah. Dia tak berniat nak jaga tepi kain orang tapi hatinya terlalu risau pada Dez. Jadi dia mengambil keputusan untuk korek semua rahsia Dez. Sejujurnya tak semua yang Cristy tahu kerana Adam begitu menjaga privasi Dez. Langsung tak bagi peluang untuk korek banyak rahsia mengenai keluarga Dez. Kata Adam, kalau nak tahu semua tentang kehidupan Dez, dia harus bertanya pada tuan empunya badan sendiri.

"Adam cuma cakap yang awak cuba selamatkan Grandma atas sebab Grandma orang paling penting dalam hidup awak." Jujur Cristy dengan kepala menunduk. 

"Kau ada nenek?" Soal Dez tiba-tiba.

"Jadi Grandma adalah nenek awak?" Dez angguk.

"Tapi kenapa Dev nak bunuh nenek sendiri?" Soal Cristy tidak mengerti.

Dev angkat bahu. Papa tidak pernah buka mulut mengenai kenapa sikap Dev yang tiba-tiba berubah seratus peratus lebih agresif dan penuh dendam seperti sekarang.

"Sebelum papa mati, papa always ingatkan aku untuk jaga Dev macam nyawa aku sendiri dan ini adalah salah satu sebab kenapa aku tak pernah bunuh dia."

Sejenak, dia merenung wajah datar itu. Biarpun wajah itu tak nampak sedih tapi Cristy tahu jauh di sudut lelaki itu, dia menyimpan banyak luka.

"It takes a lot of grace to be kind in cruel situations."

Perhatian Dez beralih pada langit. Cristy sedar sesuatu, dari tepi anak mata itu sudah berkaca. Terpancar rasa kesedihan yang disimpannya sejak dahulu. Sesungguhnya, usaha apa-apapun dirinya untuk melindungi Dev. Tetap diri sendiri akan dipersalahkan. Rumit hidupnya bukan?

"Be the reason someone believes there are still good people out there."

Cristy bangun lantas ditarik tubuh sasa itu tenggelam dalam pelukannya.  Dez melilit tangannya di sekitar pinggang Cristy. Manjanya, kepala ia bawa bersandar betul-betul pada perut Cristy.

"You blame yourself, when will you let him take responsibility for the pain he inflicted?"

Dia tidak menangis. Cuma, matanya memerah menahan air mata yang memaksa nak keluar. Tangannya sedikit mencengkam baju yang dipakai Cristy. Tak dapat tahan lebih lama, dia sembam mukanya pada perut berlapik itu. Diam-diam menangis dengan nasib hidupnya. Sekarang Grandma? Nanti pulak siapa?

"It's okay to cry when there's too much on your mind. The clouds rain too when things get heavy."

Dez kemam rapat bibirnya. Kelopak matanya dikerdip beberapa kali. Melarang keras dirinya dari menangis. Dia gerakkan mukanya ke kiri dan ke kanan berharap dengan cara ini air matanya lebih baik hati untuk memahami isi hatinya yang malu nak menangis.

"I don't think you understand how scared I am of losing you."

Dez merapatkan jarak antara mereka berdua. Selanjutnya, dia melilit kemas pada pinggang itu. Melilit lagak ular yang tidak mahu melepaskan mangsa.

"To lose you is my worst fear. I don't want to lose you." Ucap Dez sungguh-sungguh.

Seakan betul-betul takut hal yang berada dalam fikirannya berlaku.

Untuk pertama kalinya, Cristy nampak kesedihan dan kelemahan dari Dez. Lelaki yang mulanya dikenali dengan sikap kejam kini sudah berubah seratus peratus hanya kerana perempuan.

"You're never going to lose me." Pujuk Cristy lembut.

Pujukan itu menjadi dan mampu membuat Dez terdiam. Cristy memilih untuk diam, membiarkan mereka berdua hanyut dengan perasaan sendiri. Tidak tinggal diam, tangannya kini bergerak mengusap kepala Dez. Beberapa minit telah berlalu, Cristy dah penat berdiri. Dia angkat sedikit muka Dez.

"Dah tidur?" Gumam Cristy bersama tawa kecil.

Perasaan kasihan bertamu dalam hati. Namun, mengenangkan dirinya yang berdiri sejak tadi menyebabkan kakinya lenguh. Terpaksalah dia kejut Dez.

"Awak," kejut Cristy goncang sedikit bahu sasa itu.

"Hmm?"

Dez terjaga dengan anak mata sedikit tercelik. Matanya memang layu. Tersangat layu, ditambah dirinya yang menangis lagilah!

"Kita tidur dalam bilik okay?"

"Ocey..." Suara kecil ala-ala kanak keluar dari bibir Dez.

Tanpa melepaskan kesayangannya itu, dia heret sekali agar tidur sekali. Cristy ikutkan saja. Tidak cukup jadi mangsa heret, lelaki itu tarik tubuhnya agar masuk ke dalam pelukannya.

"Gudnite."

Dez cium puncak hidung itu sebelum matanya ditutup rapat. Cristy menggeleng dengan teletah ala-ala kanak-kanak dari suaminya itu. Cristy tak tidur sekali, Dez tidur aje. Dia akan terus menyusul ke dapur untuk memasak makanan pagi buat suaminya ini.

"Gudnite abang..."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro