Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 35

"Asal lambat sangat arahan dari Tuan kita ni?"

Kedua lelaki bertubuh gempal itu pandang sesama sendiri. Keluhan dari lelaki bertubuh kurus itu bagai angin lalu saja bagi mereka berdua.

Bagai hantu makan dedak,

Tak sudah bibir itu bergerak. Jika bukan kerana status Jake yang bersahabat dengan Tuan Dev. Memang dah lama mereka berdua buang ke dalam tong sampah.

"Korang sembunyi dekat semak ni buat apa? Jomlah keluar!" Desak Jake tak menyabar.

"Tuan Dev nak kita ikut plan dia untuk tak bunuh mangsa. Bukannya tergesa-gesa macam kau. Aku tahu idea yang kau bagi dekat Tuan Dev bernas tapi perbuatan kau pun mestilah bernas jugak!" Salah seorang bertubuh gempal yang bernama Jack itu menasihati si Jake.

"Hmm..." Rajuk Jake.

Mereka siap sedia dengan pakaian serba hitam. Tidak lupa, topeng muka yang hanya menampakkan kedua mata dan mulut. Mereka senyap-senyap masuk. Namun, ada yang kurang.

"Line dah clear." Inform Jasz.

Jam dah menginjak pukul 12 malam, dah tak ramai orang.

"Aku nak masuk kereta." Bagitahu Jake terselit berjauh hati dari nadanya.

Jack dan Jasz tidak terkata. Mereka berpandangan sesama sendiri. Malas nak serabutkan kepala fikir Jake, mereka angkat bahu saja. Mereka melangkah senyap-senyap masuk ke dalam hospital.

"Kau masih ingat nombor wad wanita tua tu?" Soal Jack perlahan secara berbisik.

Malam ni, mereka mula bercakap berbisik demi rancangan ini.

"Wad nombor 32, tingkat 3."

Sedaya upaya mereka menyorok dari pandangan manusia. Langkah mereka langsung tidak terdengar. Mereka berjalan selayaknya orang pro mencuri.

"Aku rasa kita perlukan sesuatu."

Jasz mengedar sekeliling. Matanya menangkap dua lelaki cleaner bertubuh gempal yang sedang mop lantai tidak jauh dari mereka.

"Dah lewat malam sangat ni, pekerja dekat sini tak balik lagi?"

"Mungkin OT."

Jasz dan Jack berpandangan. Seakan memahami isyarat, mereka diam-diam merapat. Saat mereka berpaling, sekelip mata dua lelaki cleaner itu pengsan tidak sedarkan diri.

"Jom kita tukar baju." Suruh Jasz.

"Cari tempat gelap."

Usai mereka menemui ruang yang sesuatu, secepat mungkin pakaian cleaner disarung di tubuh. Mereka tak perlu pergi tandas, cukup mencari ruang yang gelap. Lagipun, mereka dah matikan semua CCTV di sini.

"Kita naik lif, tak ada orang perasaan lakonan kita dengan pakaian macam ni." Jasz tekan butang naik.

Ting!

Mereka masuk ke dalam lif. Nombor tiga menjadi sasaran mereka.

"Aku tak sedap hati." Jack mengutarakan apa yang dia rasa.

"Kau tak perlu risau. Tak payahlah overthinking, malam-malam buta macam ni, siapa yang akan lawat pesakit? Tinggal kita aje dekat sini. Kita settle bunuh, kita terus blah."

Ting!

Mereka keluar sama-sama dari lif. Satu persatu pintu bilik ditatap mereka.

Jumpa!

Ternyata, wad nombor 32 terletak sedikit hujung dari wad yang lain. Hanya menggunakan dawai besi,

Klak!

Pintu telahpun dibuka. Mereka masuk ke dalam wad itu lalu ditutup semula pintu. Masing-masing mengeluarkan senjata berbeza. Jack sepucuk pistol manakala Jasz sebilah pisau. Mereka mengira nombor serentak.

"Satu..."

Jasz bersiap sedia. Angkat tinggi-tinggi pisau betul-betul tepat pada bahagian perut. Jack pula mengacukan betul-betul pada kepala.

"Dua..."

Mereka berdua bagi isyarat mata.

"Tiga!"

Serentak dua das tembakan dan tikaman bertalu-talu dilampias banyak sehingga darah memenuhi ruang itu. Tidak terkecuali muka mereka.

"Sudah!" Jack menegah.

Jasz senyum sinis. Berpuas hati dapat mengamuk dengan tikaman tidak beri kemanusiaan hari ini.

"Mari kita bukak selimut."

Sekali rentap, selimut itu telah hilang. Mereka terkesiap. Jelas bibir keduanya mengigil melihat lelaki di depannya itu.

"Ja-jake?"

Bantal yang ada di sebelah kanan dan kiri Jake dilempar menjauh. Disebabkan bantal ini, mereka tidak mencurigai apa-apa. Semua ini salah mereka!

Buk!

"Jangan bergerak! Kami polis! Letak tangan di belakang kepala! Sebarang tindakan akan memberikan kesan buruk kepada anda!" Laung anggota polis yang berpakaian serba hitam itu kepada Jack dan Jasz.

Mayat yang ada di atas katil ditatap ngeri. Banyak darah dan lubang pada anggota tubuh itu. Tidak hanya itu, malah kepala mayat itu juga berlumuran darah.

"Macam mana kita boleh ditangkap?" Soal Jasz mencuba menutup perasaan gementarnya bertemu dengan polis.

"Mustahil Jake, pasti ada orang lain yang lebih tahu rancangan kita."

Jack dan Jasz mengikut arahan dari polis. Tangan mereka digari lalu diheret ke balai polis. Seseorang dari dalam kereta seberang sana menyeringai sinis. Bukankah ia sesuatu yang gila apabila dia tidak membunuh manusia?

Semuanya gara-gara Cristy. Cristy merubah segalanya dalam dirinya. Rancangan hari ini memang dia mahu membunuh salah seorang anak buah Dev tapi monster dalam dirinya seakan lesap dan diganti rayuan lirih dari Cristy.

"Please promise me that you won't try and kill your enemies."

Bak api amarah di simbah dengan air sejuk. Lesap begitu saja. Niat jahatnya dibatalkan. Untuk pertama kalinya, Dez menggunakan plan B. Iaitu memerangkap penjahat sekaligus inform pada polis mengenai penjahat berdua itu menggunakan telefon yabg telah dibuang menjauh dalam gaung.

Dez mengintai dua wajah bertubuh gempal dari cermin belakang. Senyum tipis terkutik. Adli kerling Dez di sebelah. Perasaan aneh menyelubungi diri tatkala Dez memilih untuk polis menyelesaikan masalah Dev, Bukan Dez sendiri yang turun padang bunuh mereka.  Dia memilih untuk mengatup rapat bibir dari bertanya.

"Don,"

Adli hulur Ipad pada Dez.

"Plan kita berjaya, mereka tak tahu ada CCTV tersembunyi."

Video CCTV dimainkan. Bermula dari seorang lelaki bertubuh kurus dipengsan kan oleh konco-konconya dan dibawa cepat naik ke tingkat tiga mengganti tempat Grandma ditambah lakonan mantap dari dua konconya menjadi cleaner. Memantapkan lagi cerita, dia menjadikan lelaki bertubuh kurus itu sebagai Grandma.

"You did a really great job. I'm proud of you." Puji Dez bersama anggukan puas hati.

Awal-awal Dez dah tahu rancangan Dev. Kerana itu, dia mengambil keputusan untuk pindahkan Grandma ke hospital luar negara. Lebih mudah bukan?

"Besar kemungkinan polis akan siasat kenapa pembunuhan ini terjadi."

Adli kerling Dez.

"Harapnya Dev tak jadi sasaran anggota polis lepas ni."

"I don't care if he's dying." Ucap Dez tak ada perasaan.

Walaupun bibir itu mengungkap kata tidak kisah tapi jauh di sudut hati kecilnya, dia risau akan perkara itu berlaku. Permintaan terakhir dari Mama dan Papa sebelum mati adalah Dez harus menjaga Grandma dan Dev. Kerana itu, dia akan menjaga dua insan itu sepenuh hati.

"Kami dah bersihkan semua bukti agar geng kita tak ada terbabit apa-apa dari rancangan mereka." Jelas Adli lagi.

"Let's go home, I need medicine."

Tubuh disandarkan di kerusi lalu matanya dipejam seketika. Merehatkan segala fikiran mengenai semua perkara. Dia perlukan rehat, pada masa yang sama dia tidak pernah rehat kerana perbuatan Dev. Dev yang selalu mencari masalah dengannya.

"Don,"

Adli sua beberapa paket ubat. Ubat yang kebiasaan Dez makan untuk mendapatkan tidur yang nyenyak. Dez menggeleng.

"The only medicine i need is her."

Tubuh disandarkan di kerusi kereta sambil peluk tubuh. Pandangannya dilemparkan ke luar tingkap kereta.

"Go home now." Arah Dez senafas.

"Alright."

Kereta milik Dez telah meninggalkan tempat itu bersama konco-konconya di belakang.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro