Bab 34
Cristy pegang perut sendiri menahan rasa sakit perut kembung. Gara-gara Dez belikan banyak makanan. Sekelip mata, perutnya dah berkembang dengan jayanya.
"Kenapa pegang perut?" Soal Dez gusar.
Hampir tangan sasa itu pegang perutnya. Sigap, Cristy menepis tangan itu. Mencerlung tajam anak mata itu memberi amaran agar tidak menyentuhnya sesuka hati.
"Saya dah cakap berapa kali dekat awak? Jangan sentuh saya! Saya tak sukalah!"
Dez meraup kasar mukanya tatkala pintu di sebelahnya dihempas kuat. Tentunya Cristy masuk rumah terlebih dahulu atas sebab marah padanya. Dez keluar dari kereta lalu ditutup pintu.
Ting!
Don, kami dah hantar perempuan tu ke rumah sewanya-Adli
Dez menyeringai sinis. Tanpa balas apa-apa, dia simpan telefonnya dalam poket.
"Kau busy tak?" Sela Adam tiba-tiba disebalik pintu.
"Kenapa?" Adam hulur mug nescafe pada Dez.
"Kita ada mission lepas ni." Dez angguk lalu bawa kakinya ke gazebo.
"Masalah apa lagi?"
Ipad 11-Inch berjenama Apple itu disua pada Dez. Mug dibawa ke bibir lalu disisip sedikit demi sedikit.
"Dev buat masalah lagi, dia tahu apa yang kau sembunyikan dari dia. Grandma dan Cristy." Dez tidak gentar, kepalanya mengangguk melihat maklumat depan mata.
"Banyak kali Dev cuba untuk menyasar Grandma tapi bernasib baik dapat diselamatkan oleh konco-konco Tuan sendiri."
Dari video yang diambil, konco Dev berlari menyelamatkan diri apabila ditangkap oleh konco-konconya.
"Malam ni?"
Video seterusnya, mayat konco Dev hancur rentung dibakar oleh dirinya sendiri. Itu membuatkan nya ketawa sinis, bangga dengan perbuatan sendiri.
"Yup, malam ni Dev akan munculkan diri ke hospital untuk membunuh Grandma." Dez senyum mengejek.
"Dia takkan berani tunjuk muka. Biasanya, si Dev berani bersebab." Ujar Dez tanpa alih anak mata dari Ipad.
"Kenapa Dev tetap kacau kau? Apa yang dia nak sebenarnya? Kita dah banyak kali menang tapi kenapa dia tak berputus asa nak serang kau jugak?"
Adam berpeluk tubuh dengan muka tegang. Lain pulak dengan Dez yang nampak tenang tanpa apa-apa reaksi.
"Atau mungkin sebab kau tak nak bun-"
Belum habiskan kata, Dez dah bagi jelingan maut agar dia berhenti dari meneruskan kata. Adam buat muka menyampah.
"Most of the people you save will kill you in return." Adam memperingati Dez.
Namun, Dez tetap Dez. Dez berpegang teguh dengan keputusannya untuk tidak membunuh Dev. Adam tak habis fikir dengan Dez yang sentiasa menolak idea nya. Bukankah itu idea yang bernas?
"Get ready, we're going out tonight."
Adam tercengang. Itulah perangai Dez yang paling tak disukainya. Keluar aje topik Dev, terus lelaki itu menghilang. Mengelak untuk menyetujui idea bernas nya itu.
"Haih..."
Adam bergerak ke kereta lalu ia memboloskan diri masuk ke dalam kereta. Rasanya dia perlukan ketenangan untuk seketika. Dez diam-diam memerhati dari jendela. Keluhan berat dilepaskan tatkala kereta milik Adam sudah tiada di pandangan matanya. Dez undur beberapa tapak ke belakang.
"Awak gaduh dengan Adam?" Soal Cristy tiba-tiba.
Dez berbalik. Anak matanya tertancap ke arah seorang perempuan yang berdiri beberapa meter darinya. Siapa lagi kalau bukan Cristy kan?
"I don't argue with people." Jujur Dez tunak pandang ke dalam anak mata Cristy.
"Habistu orang lain yang cari gaduh dengan awak?"
Dez angkat kedua alisnya. Cristy pun bingung apa maksud dari reaksi Dez itu, sama ada 'ya' atau 'tidak'.
"Maybe."
Baru satu langkah ke depan, tersentak tubuh Dez tatkala tangannya ditarik dan dipegang erat oleh tangan kecil Cristy. Erat-seeratnya dipegang seperti ada sesuatu tidak kena. Dez memilih untuk tidak berbalik tubuh. Menanti apa yang ingin Cristy sampaikan.
"Look into my eyes." Suruh Cristy biasa.
Walaupun kedengaran aneh, tetap Dez ikutkan apa yang Cristy arahkan.
"Please promise me that you won't try and kill your enemies."
Dez menatap Cristy lama. Senyumnya hampir tak nampak. Anak mata itu terbias berkaca, risau sesuatu terjadi pada Dez.
"I'm sorry..."
Ciuman di tepi kepala diberikan pada Cristy dan perlahan-lahan kehangatan itu telah pudar. Anak matanya panggung menatap belakang tubuh sasa itu.
"I love you even after what you did. Even if i shouldn't." Confess Cristy dengan air mata jatuh beberapa titis.
Manakala lelaki dalam bilik itu sedang sibuk bersiap.
Seluar slack hitam berjenama Dockers menjadi pilihan nya. Usai siap, dia capai kemeja hitam lalu disarung terus pada tubuh dengan tiga butang teratas dibuka sehingga nampak sedikit dada sasanya. Tidak lupa, kot setengah panjang berwarna coklat muda membalut tubuh menambah ketampanan lelaki itu.
"Awak nak pergi mana?" Soal Cristy yang baru masuk bilik.
Dari atas sampai bawah dia tilik outfit lelaki itu. Sejujurnya, Cristy terkejut apabila semua kelengkapan pakaian Dez turut ada dalam almari nya. Diam-diam si Adam tu buat kerja.
"Don't wait for me. I will be little late tonight, make sure you are sleeping when I come home." Perintah Dez tak nak dibantah.
Cristy hanya memerhati Dez yang sedang memasukkan peluru ke dalam pistol berwarna silver.
"Somebody gonna die today?"
"I really think I might kill someone tonight." Ungkap Dez seolah sudah biasa dituturnya.
Dez mengintai ke luar jendela dari bilik tidur. Adam belum munculkan diri sejak tadi. Mungkin ada sesuatu yang telah terjadi. Disebabkan perasaan ingin tahu, Dez mendail nombor Adam. Tak sampai beberapa minit, talian telah diangkat.
"He..llo?" Suara budak perempuan kedengaran di seberang sana.
Dez terdiam. Ada rasa aneh tatkala suara orang lain yang menyapa halwa telinga nya. Pertanyaan belum ditujukan tapi suara perbalahan dari talian menjawab segalanya.
"Mommy dah bagitahu banyak kali dekat Adam jangan sesekali libatkan diri dengan mafia. Sekarang tengoklah geng mafia semua dah cari kita. Beberapa hari lepas kakak mati. Harini papa. Lepas ni siapa pulak yang akan mati? Siapa?!" Bentak Mommy Adam.
Dez bungkam. Dia tidak mampu untuk keluarkan kata walaupun sepatah. Tak sanggup untuk dia mendengar semuanya sampai habis tapi hatinya melarang ingin mendengar lebih.
"Adam sayang mommy kan? Mommy nak Adam putuskan hubungan dengan Dez!"
"Adam sayangkan Dez, mom."
"Mana yang Adam pilih? Mommy atau Dez?"
Talian sepi, sebelum Mommy Adam meneruskan lagi kata.
"Tinggalkan dunia mafia, mari berpindah ke rumah lain. Kita sama-sama cari kebahagiaan untuk keluarga kecil kita." Pujuk Mommy Adam lagi.
Terketap-ketap bibir merasa perasaan ganjal dalam dirinya . Sedetik dia terfikir akan sesuatu. Mungkin ada baiknya jika Adam keluar dari kumpulan mereka bukan?
Lagipun, Adam masuk kumpulan mereka atas kerana balas budi dia membantu keluarganya. Dez simpan semula telefonnya lalu mendapatkan sang isteri lantas dipeluk sebelum keluar.
"I gotta go."
Tak pelik pun, tangan itu telah mencengkam kuat lengannya. Melarang dirinya dari pergi. Dez tahan senyum. Bibirnya dibawa mencium kedua belah pipi itu dan terakhir sekali dahi. Dicium lama penuh kasih sayang.
"Take care."
Dez melerai pegangan tangan Cristy. Perlahan namun pasti Dez melangkah keluar dari bilik meninggalkan Cristy termangu sendiri. Cristy mengambil jalan mudah untuk melupakan Dez dengan tidur.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro