Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 33

Cristy cuba merapati Krystal. Dia berasa sedih dengan keadaan Krystal yang terlihat kurus melidi dan cengkung. Tak lalu nak makan agaknya sampai tubuh perempuan itu benar-benar berlainan dari dalam gambar yang Raisha berikan padanya.

"Kenapa datang sini?" Soal Krystal tak ada mesra langsung.

"Kenapa kakak cakap dengan adik macam ni? Tak baik tau!"

Dia mencuba meraih tangan Krystal. Namun cepat-cepat ditepis. Cristy terasa dengan perlakuan kasar Krystal tapi langsung saja dia buat tak ada apa-apa berlaku.

"Akak tak rindu adik?" Krystal menggeleng.

"Kenapa kau nak rindu anak yang telah dibuang ni?"

"Papa dan Mama buat semua ni bersebab. Mereka jatuh miskin, itu sebabnya mereka tinggalkan salah satu dari kita kepada orang lain untuk dijaga."

Cristy betul-betul menjaga lisannya. Risau jika ada yang membuat Krystal terasa.

"Kau tak payah nak jaga hati aku sangat. Mama dan papa memang tak suka aku sejak dulu. Itu sebabnya dia pisahkan aku dan kau. Aku tak nak dengarlah keluarga kita dah jatuh miskin atau tak. Buat anak boleh pulak? Kalau fikir masalah semua tu, semua orang akan buang anaklah! Alasan tak logik langsung!" Kasar Krystal keluar isi hatinya. Tak ada tapis langsung.

Seketika, Cristy terdiam. Dia tak tahu apa yang patut dia katakan pada kakak kembarnya. Ada betul apa yang dikatakan Krystal tapi pada masa yang sama, mereka tak hadap apa yang Mama dan Papa mereka lalui. Belum mendapat gelaran itu. Nak cakap banyak pun, tak baik. Boleh mengundang berdosa kerana menuduh sesuatu yang tidak sepatutnya.

"Kau ingat aku suka dengan kehidupan aku? Mak bapak angkat aku suka merendahkan aku. Kau ingat mereka baik sangat dekat aku? Dia siap cakap dekat aku yang aku ni anak kutip. Takde orang nak anak macam aku. Bukan tu je, mereka layan aku macam sampah! Jual aku sana sini dan dipertemukan dengan si Dez tu. Kau beruntung, sekurang-kurangnya takde orang buang kau macam mana mereka buang aku!" Lampias Krystal panjang bersama linangan air mata.

"Ris mintak maaf. Maafkan Ris, kak..."

Tubuh Krystal dipeluk erat-seeratnya. Tolakan demi tolakan yang diperolehnya namun tetap Cristy memilih untuk tidak melepaskan tubuh itu.

'Allah, apa yang patut Ris lakukan sekarang?'

Mereka berdua sama-sama menderita. Krystal menderita dengan kehidupan sebagai pelacur manakala dia menderita kerana dilayan seperti boneka yang tak ada harga diri oleh Dez. Kedua-duanya menyakitkan.

"Maafkan Ris, Ris yang sepatutnya dibuang bukan kakak. Maafkan Ris...Maaf kak...." Lirih Cristy berkata.

"Sudahlah kau! Adik tak tahu diri! Aku dibuang disebabkan kau! Apa lagi kau nak dari aku? Sekarang kau rampas Dez dari aku. Lepasni apa pulak? Semua yang aku ada kau nak. Memang aku tak layak pun dapat kehidupan sempurna macam kau. Kau aje yang beruntung, aku tak!" Berdas-das tembakan Krystal berikan pada Cristy.

Mereka berdua sama-sama menangis tapi Cristy lah yang paling banyak menangis kerana serba salah. Lain pula dengan Krystal yang hanya berpura-pura.

"Adik akan lakukan apa saja untuk kakak. Kakak cakap je, kakak nak apa? Adik akan buat yang terbaik untuk dapatkan kemaafan dari akak." Cristy leraikan pelukan mereka. Kedua tangan Krystal diraih lalu digenggam erat.

"Tolong maafkan adik. Tolong kak..." Rayu Cristy banyak kali ungkap ayat yang sama.

'Peluang cerah!'

"Betul adik akan buat apa saja untuk akak?" Seakan manipulate, soalan itu keluar dari bibir Krystal.

Cristy laju mengangguk.

"Kalau betul adik nak kemaafan dari akak, tolong minta Dez bebaskan akak." Krystal ketawa jahat dalam hati. Dia mempamer raut wajah sedih.

"Boleh akak. Adik janji, adik akan mintak tolong Dez untuk lepaskan akak." Janji Cristy sangat gembira.

"Akak nak kahwin dengan Dez boleh?" Pinta Krystal tak malu.

Cristy kemam rapat bibirnya dengan pertanyaan mustahil itu. Mustahil Dez nak kahwin dengan Krystal dan mustahil juga jika dirinya sanggup memberikan lelaki yang dicintai pada kakak sendiri.

Sejujurnya, Cristy juga tidak sanggup melepaskan Dez. Biarpun Dia tidak pernah mengaku perasaan nya pada Dez tapi jauh di sudut hati dia mencintai lelaki yang telah bergelar suaminya itu.

"Kau tak nak bagi kan?" Soal Krystal dengan soalan maut nya.

Tak sampai sejam pun bicara mereka, panggilan itu telah berubah kepada aku-kau. Cristy dah macam katak disimbah air. Tidak dapat menjawab soalan dikemukakan.

Diam, diam dan diam

Sehingga Krystal membuat keputusan untuk menghancurkan lagi kehidupan Cristy dengan batu api nya.

"Mintak Dez ceraikan kau, senang! Tak payah kau nak fikir panjang. Aku tak bodoh lagi, aku tahu kau dan dia masih sah bergelar suami isteri." Semudah itu Krystal nak putuskan hubungan suami isteri itu.

"Adik janji akan bincang dengan Dez mengenai ini."

Ya sepanjang hari, janji sepanjang jalan.

Terlalu mudah dia berjanji tapi sesungguhnya, sukar untuk ia laksanakan.

Krystal senyum sinis.

"Yeke kau ni? Kau suka Dez kan?" Menafikan lagi, Cristy menggeleng.

"Adik betul-betul tak suka Dez."

"Kau tak payah tipu akulah! Kau memang niat nak rampas Dez dari akulah! Kau cakap tak suka? Tapi kau sendiri berat hati nak mintak cerai dengan Dez. Huh! Perampas!" Lancar ayat kasar itu keluar dari mulut Krystal.

"Adik akan buktikan dekat akak yang kami berdua memang tak ada apa-apa. Adik dah mintak cerai dengan Dez banyak kali tapi Dez tak nak. Bukan salah adik dalam hal ni kak." Jelas Cristy lagi.

"Ikut kaulah! Aku tahulah kau macam mana! Kau tak suka tengok aku bahagia dengan Dez. Dalam hidup kau, kau tahu rampas kebahagiaan orang aje. Kau cakap je besar Dez tak nak ceraikan kau padahal kau yang tak sanggup bercerai dengan dia!"

Cristy gigit bibir. Tangannya menggenggam penumbuk.

"Apa yang patut adik buat supaya akak percayakan Cristy?"

Krystal senyum sinis. Dia bawa tubuhnya rapat dengan Cristy. Bibirnya betul-betul dekat telinga Cristy lalu dibisikkan sesuatu.

"Kau nak aku percayakan kau kan? Kau keluar sekarang, mintak Dez lepaskan aku dan blah dari hidup Dez." Bisik Krystal bersama senyum misteri.

Seperti lembu dicucuk hidung, Cristy keluar dari basement mencari Dez. Dari kejauhan, Krystal bersandar pada dinding. Seterusnya matanya dipejam rapat, diam-diam bibir itu ukir senyum jahat.

'Rancangan aku berjaya!'

Cristy hela nafas payah, sambil mengelamun dia berjalan keluar. Sedar tak sedar, dia melanggar sesuatu keras. Cristy panggung kepala tengok siapa yang dilanggarnya.

"Are you okay? What happened?"

Menyedari sesuatu, lekas Cristy menjarakkan diri dari Dez.

"Lepaskan Krystal."

Dez memasukkan kedua tangannya ke dalam poket seluarnya. Anak mata Cristy ditenung lama, mencari sesuatu. Namun, Cristy terlebih dahulu mengalih pandang sekeliling. Rasanya tidak sanggup untuk menatap mata itu memikirkan perbualan antaranya dan Krystal tadi.

"Okay."

Dez mengangguk. Isyarat mata diberi pada anak buahnya yang menjaga pintu. Setelah itu, dia mengheret tangan Cristy agar masuk ke dalam kereta.

"Lepaslah! Apa pegang-pegang ni? Ish!"

Pabila Cristy berkeras nak keluar dengan rontaan persis macam orang kena culik, Dez menegas dengan ugutan keras.

"Kau cuba keluar, aku takkan teragak-agak kurung Krystal semula."

Cristy tersebik sedih. Tak mampu buat apa-apa, dia mengalah untuk tidak meronta lagi. Bunyi pintu  ditutup dan Cristy memilih untuk mengedar pandang luar tingkap.

"Kenapa?"

Mereka telahpun keluar dari kawasan Mansion itu. Bibir itu tidak henti bertanya 'kenapa' pada Cristy tapi tak ada jawapan. Dez meraih tangan halus itu lalu diusap lembut.

"Is something wrong?"

Tepis punya tepis, tak membuahkan hasil. Akhirnya, Cristy biarkan saja tangannya dalam genggaman lelaki itu.

"Are you mad at me? I mean you are always mad at me but this time it seems like a really big deal. Please tell me, darling..." Dez bermain dengan jari-jemarinya itu.

"What's wrong?"

Untuk kali ini, Cristy biarkan saja perbuatan manis Dez padanya. Sesekali tangannya dikucup sayang. Lemah jantungnya jika terus-terusan begini.

"Say something darling, say something..." Suara itu merengek persis merayu.

"Apa? Ish!"

Walaupun nada marah tapi tangannya masih betah dalam genggaman Dez. Nampak sangat pura-pura marah kan?

"Babydoll, i am asking you something. Answer me. Did i do something wrong? Maybe something I said?"

Cristy buat keras. Tidakpun soalan itu dijawabnya. Malah ia biarkan setiap pertanyaan yang keluar dari bibir Dez seperti angin lalu saja. Dez tak kecewa mahupun marah. Mengerti marah perempuan yang mungkin dari bendera Jepun, maka dia membuat keputusan untuk mencari sesuatu untuk Cristy. Dez melingaskan mata pandang sekeliling. Seketika anak matanya singgah pada sebuah cafe.

"I've got something for you."

"Huh?"

Kemudian, kereta diparking betul-betul depan cafe itu. Dez tanggalkan seat belt.

"Kunci kereta." Arah Dez sebelum tangan Cristy dilepaskan.

Selanjutnya dia keluar dari kereta masuk ke dalam cafe. Arahan dari Dez dipatuhnya. Untuk menghilangkan bosan, Cristy on telefon pintarnya membalas mesej dari Raisha sementara menunggu Dez.

Kau mana? Asal tak balas mesej aku dari tadi?-Raisha

Woi! Aku tengah cari kau ni. Woi!-Raisha

Cristy terkekeh sorang diri. Untuk mesej selanjutnya,

Kau ni asal tak balas chat aku? Aku risau kau tahu tak? Aku lawat rumah sewa kau, kau takde pun. Anak buah Dez cakap kau pergi dating berdua. Betul ke?-Raisha

Cristy mendengus kasar. Jarinya mula menaip sesuatu.

Tak ada maknanya! Aku tak dating dengan Dez. On the way nak balik dah ni. Dahlah! Aku nak off phone dulu. Bai!-Cristy

Tepat masa, mereka menyudahkan conversation mereka.

Susuk tubuh sasa yang baru keluar dari cafe menjadi perhatiannya. Lantas, Cristy buka pintu untuk lelaki itu. Nampak banyak sangat belanja, kasihan pulak kalau tak tolong bukakkan pintu.

"Thanks."

Cristy angguk. Dahinya berkerut berlapis-lapis tatkala plastik kertas itu dihulurkan untuknya.

"Ini waffle krim coklat dan peanut dan ini americano coffee. Banyak lagi ni, boleh pilih nak makan apa-apa."

"Kenapa banyak sangat ni?" Disambut baik semua plastik berisi belian dari Dez. Rezeki kan? Takkan nak tolak!

"I just wanna make you happy sayang, I want you to smile." Dez cubit manja pipi Cristy.

Muka Cristy dah blushing. Dimanjakan dengan makanan bisa membahagiakannya. Lagi-lagi makanan yang berperisa chocolate. Semestinya kegemarannya yang mampu membuatnya menjerit kegirangan dalam hati.

"Slice of chocolate indulgence, slice of chocolate mud cake...oh my god..." Cristy hampir nak naik gila. Rambang mata tengok semua makanan ini.

"You're just having your period."

"Huh? What's a period?" Soal Cristy dengan mulut penuh disumbat waffle.

"It's where you bleed once a month from down there. It's goes on for like five to seven days."

Uhuk!

Terbatuk-batuk Cristy dengar penjelasan itu. Dapat huluran air mineral dari Dez, rakus ia meneguk.

"Makanlah betul-betul, ish dia ni." Sengaja perkataan 'ish' diajuk Dez. Perkataan yang Cristy suka sebut.

Padahnya, jelingan maut dari Cristy diperolehnya. Dez senyum kecil.

"Diamlah! Saya nak makan. Jangan cakap apa-apa!" Garang macam harimau Cristy marahkan Dez.

Dez bagi simbol okay dan dikatup rapat-serapatnya bibir. Cristy sumbat lagi waffle ke dalam mulutnya. Dikerling Dez di sebelah. Tak sedar pun, bibirnya sedikit melengkung ke atas ukir sebuah senyum kecil.

'Kakak, adik tak sanggup lepaskan Dez. Maafkan adik, kak...'

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro