Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 30

Jet peribadi milik Dez mendarat lalu mereka semua lekas turun dan berdiri berjujuran untuk menyambut Dez. Dez turun saja, automatik kepala itu menunduk hormat.

"Kenapa balik?" Soal Adli buat-buat tanya.

Walaupun dah tahu sebab utama, namun tetap nak kepastian yang sebetulnya.

"Demi Ris."

Dua butang baju kemeja dibuka dari atas. Lengan kemeja pula, dilipat hingga ke siku. Dez terlihat sungguh kacak dengan pakaian formal bersama cermin mata hitam itu. Meski Adam adalah lelaki, namun dia turut terpesona dengan ketampanan ciptaan Allah itu.

"Be careful, enemies entered our country." Inform Dez setelah mereka selamat masuk dalam kereta.

"I need to come up with a plan." Bagitahu Adli serius.

"Well, what's the plan?" Soal Dez sambil memakai earpiece pada kedua telinganya.

Dia sudah mempunyai rencana namun, harusnya dia mendengar rancangan dari Adli dulu bukan?

"I don't know."

Bibir itu tersenyum sinis, menyempat tangannya menumbuk bahu Adli.

"A well-conceived plan. However, there's great risk."

Dez menyeringai misteri.

"I've got a plan. I need you ready that's all."

"I'm always ready." Ucap Adli angkuh.

Tatkala mereka masuk ke dalam terowong, Dez memberi arahan.

"Stop the car."

Menurut, Adli berhenti kereta. Dahinya mengernyit apabila ada kereta yang sama warna dengan kereta Dez telahpun terparking di sana sejak tadi.

"Let's kill them all!"

Serentak arahan itu, sebuah kereta itu dipandu laju. Dez dan Adli menjadi pemerhati. Adli hampir menganga apabila anak buah Dez keluar macam tu saja dalam kereta sampai bergolek terus atas jalan tar.

Boom!

Ledakan bom kedengaran dari sana. Sangat kuat bahkan hampir 10 minit dia menunggu, bunyi ledakan itu masih kedengaran.

"Don!"

Anak buah Dez yang baru masuk dalam kereta menunduk hormat. Adli yang telah siap sedia peti kecemasan cepat-cepat bagi pada lelaki itu agar mengubati luka yang ada. Tidak perlu khuatir akan luka yang lain, kerana di Mansion milik Dez telah tersedia doktor peribadi.

"Semua ni kerja Dev ke?"

Dez angguk. Dapat agak soalan yang akan keluar dari mulut Adli. Memuncak rasa ingin tahu, lantas Adli pandu kereta ke depan. Rahangnya jatuh dengan mulut menganga tidak percaya. Kereta tadi sudah hancur lebur. Andai ada orang dalam kereta, rasanya mayat dah jadi abu gara-gara perbuatan Dev. Api masih marak pada jalan tar itu menanda masih ada baki minyak tanah di sana.

"Come on Adli, let's go home."

"Aight!"

Dez menyandar tubuh pada kerusi. Hujung bibir itu sedikit melengkung sepertinya gembira bisa bersua muka dengan isterinya. Sedikit kepenatan kerana kerja yang tidak ada penamat. Rancangannya untuk bekerja sehingga kerjanya selesai. Mungkin dengan bekerja mampu meredakan kegelisahannya kerana masalah hubungannya dengan Cristy. Tuhan saja tahu betapa gembiranya hati dapat perhatian dari Cristy semalam.

"Don,"

Bukan anak buahnya yang menjadi pemanggil malah Adli. 

Dez membalas dengan anggukan. Pintu dibuka oleh Adam, dia melangkah ke pintu.

"Tuan,"

Adam menunduk hormat. Selanjutnya, dia melirik seketika kereta yang telah hilang dari pandangannya. Sebenarnya, hanya anak buah yang lain panggil Dez dengan panggilan 'Don' manakala Adam, lebih selesa dengan panggilan 'Tuan'.

Belumpun sempat ucap salam, pintu telah dibuka dan....

Lihatlah,

Muka masam mencuka menjadi tayangannya pada awal masuk rumah. Bukankah sepatutnya dijamu dengan raut wajah manis untuk sang suami?

"Kenapa balik?" Soal Cristy kedengaran masih berjauh hati dengan sikap Dez. Boleh dikatakan merajuklah.

Cristy tak buta. Dia nampak muka lesu dari raut tampan itu namun, disebabkan masih marah dan ego. Cristy tidak membenarkan lelaki itu masuk!

"Don't argue with me, I'm not in the mood." Bicara Dez kedengaran tidak ada semangat.

Dez memerhati tingkah Cristy. Kedua-dua tangan itu sudah naik bersilang di dada sambil berdiri di depan pintu sepertinya menghalang dia masuk.

"Awak tak boleh masuk! Pergilah balik rumah awak! Saya tak nak tengok muka awaklah!" Amuk Cristy tiba-tiba.

Sesungguhnya,

Dez tidak akan faham perempuan. Selamanya dia tidak akan mengerti.

'Bukankah Cristy yang mahu dia pulang? Tapi sekarang? Apa mahunya?'

"This is our home."

Nyatanya, Mencuba bersabar bukanlah mudah. Biarpun dia terlalu penat kerana perjalanan jauh, ditambah musuh datang menyerang secara tiba-tiba. Tetap, Dez cuba berbicara secara baik meski yang diperolehnya hanya jelingan benci dari Cristy.

"Ini rumah saya. Muktamad! Saya nak, awak dan semua anak buah awak balik! Balik dan jangan sesekali muncul di depan saya lagi!"

Cristy membaca reaksi Dez. Terketap-ketap bibirnya apabila lelaki itu terlihat tidak peduli dengan amarahnya.

"Hey! Dengar tak!" Emosi semakin memuncak tapi tidak memberi apa-apa rasa pada Dez.

Yang Dez tahu,

Dia penat. Sangat penat!

Keluhan berat dilepaskan. Disebabkan tenaganya yang dah terkuras habis, Dez ambil keputusan untuk mendekati sang isteri lalu kedua pipi itu ditekup dengan tangannya.

"Please, I'm really not in the mood to argue or fight with you so if you excuse me."

Seakan dipukau, tangannya ditarik sedikit agar memberi Dez peluang masuk. Dez masuk beberapa langkah sebelum berbalik semula. Ciuman hangat pada pipi diberikan pada Cristy.

"I really miss you, sayang."

Usai itu, Dez naik ke tingkat atas meninggalkan Cristy sendiri di situ. Muka seputih salju itu usah dikata, berubah seratus peratus merah menyala. Adam yang menjadi pemerhati sejak tadi terbahak-bahak ketawa.

"Hey! Ja-jangan gelak! Apa gelak-gelak?"

Bam!

Kuat pintu dihempasnya semacam nak bagi tercabut. Cristy tutup rapat-rapat telinganya apabila tawa Adam sayup-sayup kedengaran di sebalik pintu. Sengaja nak ejek dialah tu!

"Ish! Kenapalah si Dez balik sini? Tak boleh ke balik rumah sana? Huh!" Keluh Cristy dengan langkah panjang naik ke tingkat atas.

Masuk aje bilik, dahi Cristy berkerut.

'Kenapa dia tidur bilik aku? Ada tiga bilik kan? Kenapa? Ish! Bencilah!' monolog Cristy dalam hati.

Mencuba dapat perhatian, Cristy sengaja berdehem kuat.

Ehem!

Tiada tindak balas dari Dez. Maka dari itu, Cristy merapat. Berdiri betul-betul di depan Dez yang sedang pulas tidur. Tadinya niat nak kejut bangun tidur tapi lain pula yang jadi bila tengok muka kepenatan lelaki itu.

"Handsome jugak Dez bila tidur eh?" Puji Cristy tak sedar keluar dari bibir.

Aip! Tak boleh jatuh cinta!

Cristy menggeleng sebelum punggung berlabuh di birai katil. Anak matanya mencari sesuatu.

Ya,

Mencari tempat tembakan yang dikatakan Adam tempoh hari. Di manakah?

'Dekat mana eh?'

Cari punya cari, tiba-tiba Dez menggeliat dan

Pak!

Tangan itu telahpun melingkarkan pada lehernya.

"Ah!"

Terjerit Cristy apabila kepalanya ditarik ke dalam pelukan lelaki itu. Akibat jeritan itu, Dez terjaga. Matanya sedikit mengecil.

"Ris?" Suara serak basah khas bangun tidur itu terdengar.

"Lepas!" Suruh Cristy kasar.

Dez menggeleng. Bukannya melepas, malah dia bangun lalu tarik kaki Cristy agar tidur berbaring sekali dengannya. Tak sempat melarikan diri, kaki Cristy telah dipeluk kaki Dez. Malah Dez merapatkan lagi badannya pada isterinya itu.

"Thank you for letting me sleep here."

Comelnya, Dez cium dahi Cristy sebelum kelopak mata itu terpejam sekali lagi.

Ya Allah,

Sesungguhnya hati Cristy berbunga dengan perlakuan manis Dez padanya. Degupan jantungnya dah nak tercabut dengan kedudukan mereka sekarang. Meski benci, tapi hatinya enggan menolak keadaan manis mereka ketika ini. Mengalah dengan perasaan sendiri, Cristy tidak lagi menolak tubuh itu. Malah, dia bersengkang mata menatap muka tampan itu.

"Tubuh awak masih panas! Demam belum kebah dan awak dah jalan jauh ke Itali. Awak tak sayang diri awak sendiri ke?" Bebel Cristy dengan muka berkerut habis. Nampaklah tengah tahan geram.

Ting!

Bunyi mesej masuk dari telefon pintar Dez. Lantas Cristy ambil senyap-senyap telefon pintar milik suaminya itu dari poket kemeja. Nafas lega keluar dari bibir apabila tiada password. Aplikasi Whatsapp dibuka,

Cristy kerling Dez sekilas.

Whatsapp About milik Dez ditatap dan dibaca.

-I'm So In Love With Cristy-

Cristy hampir nak tersenyum. Cepat-cepat dia berdehem lalu off telefon milik Dez.

'Kenapa dengan aku ni?'

Banyak kali cuba tenangkan diri untuk tidak buka mesej yang lainnya, namun kerana perasaan ingin tahu yang berlebihan, Cristy ambil jalan on semula telefon milik Dez. Semua chat dibaca, dari atas sampai bawah. Bibirnya terketap-ketap nak marah bila chat kebanyakan dari seorang perempuan. Tak dapat menahan bibir dari marah lantas...

"Takde lelaki lain ke dalam dunia ni kau nak kacau? Kenapa laki aku jugak kau nak? Dez milik aku tau! Jangan sibuk nak kacau!" Bebel Cristy geram.

Tak lama, marah itu hilang apabila balasan Dez pada semua perempuan adalah...

I am a happyily married man. Don't text me anymore-Dez

Senyum Cristy mengembang. Habis check semua dan berpuas hati. Yelah, jawapan Dez sesingkat itu pada orang yang tak reti bahasa manakala pada perempuan yang reti bahasa, Dez tinggalkan bluetick aje.

'Makin sayanglah suami sendiri macam ni.' monolog Cristy mengada.

Cristy simpan semula telefon milik Dez di sisi meja. Rupanya apa yang dikata Adam tempoh hari adalah benar. Teringat apa yang Adam katakan padanya,

"Kau sepatutnya bersyukur orang kaya macam Dez cinta dekat kau! Ramai perempuan yang suka Dez tapi dia menolak atas sebab kau. Siap pakej, kalau perempuan cuba nak mengorat. Dia tunjuk cincin yang dia pakai and cakap 'I'm married'. Aku tak reka cerita eh? Kau tak percaya? Kau cubalah suruh kawan-kawan kau try mengorat dapat atau tak."

Tanpa kekok tubuh sasa itu dipeluk erat, sama-sama tidur dengan sang suami.

"Saya pun sayang awak, Dez." Bisik Cristy malu-malu. Perlahan saja suaranya, cukup hanya dia yang mendengarnya. Malu!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro