Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 3

Cristy mengunyah malas nasi, penantiannya sejak tadi benar-benar membosankannya. Jam dikerling banyak kali pun tak ada nampak batang hidung kawan baiknya itu. Keluhan berat dilepaskan.

"Mana kau ni Ica, kau cakap dah nak sampai. Dari tadi aku tunggu dekat sini tak ada pun nampak batang hidung kau. Janji melayu betullah...." bebel Cristy geram.

Bunyi kerusi ditarik menarik perhatian Cristy. Senyum tak berapa lawa Raisha dibalas dengan jelingan.

"Maaflah, aku terpaksa lewat. Aku-"

"Kau nak cakap kau dodoikan kucing kau lagi ke?" Peroleh anggukan buat Cristy menggeleng.

"Kau ni...." Bibir dimuncung, berpeluk tubuh sambil menyandar pada kerusi.

"Sorrylah, aku janji takkan buat dah. Biasalah bila kau susah nak jumpa suami sendiri...." Jari telunjuk dilukis pada permukaan meja.

Cristy senyum sikit.

"Aku bukan macam pasangan orang lain, mak ayah restu. Aku ni ibarat langit dan bumi, tak sepadan dengan Kimi. Aku kahwin tanpa restu mak ayah Kimi. Kau ingat seronok ke hidup macam ni? Sorok hubungan kau tanpa pengetahuan orang lain?" Cristy mengusap bahu Raisha.

"Aku tak bermaksud pun nak marah kau, aku bosan aje terperap dalam restoran ni. Kau tengok makanan aku." Jari dituding pada dua pinggan nasi biryani dan tiga gelas air laici. Habis licin.

"Seriuslah?" Terbahak-bahak Raisha ketawa.

"Semuanya sebab kau tau,"

"I am sorry pretty angel. Sorry okay?" Giat Raisha ketawa, perubahan muka Cristy sangat ketara. Merah menyala bagai udang dibakar.

"Aku nak bagitahu kau sesuatu ni."

"Apa dia?" Raisha tarik ke depan kerusi. Bersemangat betul ni!

"Duit dalam bank aku makin banyaklah, aku tak tahu siapa yang bank in."

Gulp!

"Kau pergi check ke?" Cristy mengangguk.

"Berapa?"

"Lima juta." Jatuh rahang Raisha, sampai matanya sekali terbeliak. Gila kau! Lima juta?

"Kau serius ke?"

"Betul, aku tak tipu!"

Raisha pejam mata bersama bibir diketap kuat. Dia tahu siapa punya kerja, kenapa lelaki itu terlalu degil? Kenapa perlu ganggu hidup Cristy lagi?

"Setiap bulan duit aku makin bertambah tanpa sebab. Aku naik runsing fikir semua ni tau, bukan apa. Biasanya orang curi duit dalam bank. Ini tak, makin tambah adalah. Tak logik betul!"

"Sabar Riss, aku faham perasaan kau."

"Semalam butik aku sepatutnya ditutup sebab hutang tup-tup dapat berita seseorang telah bayarkan hutang butik aku. Aku risau macam ni....duit orang tu. Bukannya duit aku....macam mana aku nak bayarkan balik?" Runsing sekali nada suara Cristy.

"Kau tahu apa-apa tak tentang seseorang tu?"

"Encik Azlan cakap...."

Bagai keajaiban berlaku, seorang lelaki masuk ke dalam restoran mewah itu persis sama seperti gambaran Encik Azlan katakan. Tapi kenapa tutup muka dengan mask?

"Dua telinganya ditindik...."

Kedua telinga yang ditindik dengan subang bulat kemas diperlihat.

"Penuh tatu...."

Anak mata turun pada ukiran tatto pada belakang tangan persis seekor singa. Turun lagi, pada leher mulus lelaki itu. Ukiran naga pakej siap nama Dez and Cris. Cris? Cristy?

Gulp!

Mata mereka bersatu untuk beberapa minit sebelum tepukan bahu dari Raisha menyedarkan Cristy. Hampir dirinya hanyut dalam anak mata kelabu itu. Sepertinya lelaki itu mahu katakan sesuatu dari sudut pandangan mata itu. Tapi apa?

"Kau tengok apa?"

"Tak ada apa-apa."

Raisha melilau mata melihat sekeliling. Terbuntang matanya melihat Tuan Dez berada beberapa meter dari tempat duduk mereka. Tiga meja dari mereka aje.

"Kita balik sekarang, jom!"

"Tapi kenapa?" soal Cristy polos.

Tak semena beberapa orang bertubuh sasa menghalang mereka. Orang lain dari awal telah keluar dari restoran saat Tuan Dez masuk. Takut tengok senjata yang mereka bawa.

"Tepi boleh tak?!"

Raisha naik angin. Ditolak menjauh tubuh yang menghalang jalan mereka. Tangan kecil lawan dengan tangan besar? Gagah ke?

Memang kalahlah jawabnya.

"Kau tunggu dekat sini, jangan memandai keluar." arah Raisha.

"Tapi-"

"Kau duduk dulu, kita balik lepas aku dah siap bincang dengan dia." Raisha tuding jari pada Dez.

"Kau jangan buat hal Ica, lelaki yang kau nak bincang tu bukan calang-calang orang. Aku tak nak hal buruk terjadi dekat kau."

"Dia takkan berani apa-apakan aku, kau kan ada."

Berkerut seribu dahi Cristy. Langkah menonong Raisha dipandang tidak lepas. Kenapa kalau Cristy ada lelaki misteri itu tidak berani apa-apakan Raisha?

"Please be seated," suruh lelaki bertubuh sasa itu.

"Umm....i-i...."

"Please be seated, Madam Cristy."

Angguk,

Cristy labuh duduk di atas kerusi tadi. Hampir Cristy jatuh kerana terlalu takut. Mencerlung tajam mata Tuan Dez saat anak buahnya memegang tangan Cristy.

"Scusa Don." (Sorry)

Mendadak tangan Cristy dilepaskan. Air liur ditelan payah melihat lelaki bertubuh sasa di sekelilingnya. Bergetar hebat kedua tangannya di sebalik bawah meja. Macam mana mereka tahu namanya?

"Why are you here?"

"Her." Tak beralih sedikitpun anak mata itu dari Cristy.

Meski tidak tahu apa yang dibualkan, tapi Cristy tetap takut. Takut dengan pandangan mata tajam dan juga suasana yang kian hening tanpa manusia. 

"I know Cristy not like you and you also not like her." Raisha senyum sinis.

"She belongs to me." 

"I don't want you here. Go back to where you belong with all your men!" 

"Not until I get her," Serius nadanya.

"If only I didn't met you, this all will not happening!" Dez angkat kedua alisnya.

"If i only could turn back time-"

"There's no going back, what's done is done." tegas Tuan Dez.

"A love that cannot happen, could not happen, should not happen, but it did."

Berkerut seribu dahi Raisha. Reaksi lelaki itu kosong tanpa perasaan menuturkan kata. Tapi apakah yang didengarinya tadi salah?

"You've fallen for her?" Dez angkat kedua bahunya bersama senyum sinis.

"What's mine will always be mine."

"Aku takkan benarkan kau ambil Riss dari aku! Riss bukan milik kau! Baik kau berambus dari sini! Lelaki tak guna!"

"I need you to speak in a more respectful way."

"Dengan kau tak hormat pun tak apa!"

Sekali petik jari,

Anak buah Dez heret Raisha keluar dari restoran mewah itu.

"Ica!"

Spontan tubuhnya terpeluk seseorang atas sebab lengannya ditarik dari arah belakang.

"Lepaslah! Lepas!"

Dipejam rapat mata saat deruan nafas hangat lelaki itu rapat dengan mukanya.

"I'ii do anything to make you mine. Whether it means I lock you up in a prison!"

"Apa yang awak mengarut ni? Lepaskan saya!"

Ditolak kuat dada itu agar menjauh. Malang, lelaki itu merangkul erat pinggangnya hingga dia tidak mampu bergerak lebih.

"Mana Ica? Mana Ica? Awak bawak Ica pergi mana? Hah? Lepaskan Ica! Apa yang awak tak puas hati dengan Ica? Lelaki tak guna!"

"Make sure girl you never cross paths with me or devil will make your life hell."

Tangan sasa itu melilit pada pinggang ramping Cristy. Wajah mereka berdua sangat rapat. Seinci saja. Ditolak sia-sia, lelaki itu sepertinya sengaja merapatkan tubuh mereka berdua. Mata kelabu itu ditatap dalam.

His eyes scary me,

He could kill someone just by looking at them,

"I will give you time to calm down. We can talk when you can be respectful."

Pipi Cristy dicium lembut. Terkebil-kebil anak mata Cristy. Tubuhnya tak dapat bergerak untuk beberapa saat.

"Ris!"

Berkedip beberapa kali anak mata Cristy. Kejap, aku tak mimpi kan? Pipi aku dicium?

"Apa yang Dez buat dekat kau? Baik kau bagitahu aku, apa yang dia buat?" Siap pakej lengan bajunya disinsing sampai ke siku. Gaya samseng kampung aje.

"Bukan kau diculik ke?"

"Anak buah Dez lepaskan aku dan aku cepat-cepat cari kau."

Dez?

"Nama dia, Dez?"

Raisha angguk tanpa ragu.

"Macam mana kau tahu nama dia, Dez?"

Gulp!

Gila! Habislah aku!

"Sebab..."

"Sebab?"

"Dez adalah ketua mafia Itali, aku kan selalu tengok berita luar negara so...." Gigi diketap kuat.

"Aku bolehlah tahu."

Bagus kau otak, bekerjasama! Hampir ketahuan tadi.

"Patutlah..." Cristy angguk.

Tapi kejap, tadi Dez cium pipi aku kan?

Pipinya dipegang.

"Asal pegang pipi? Kau okay tak?"

"Dez cium pipi aku."

"What?!" Raisha gempal kuat penumbuk.

"Kau ingat pesanan aku Ris, kau jangan sesekali rapat dengan Dez. Jangan jumpa, jangan bercakap atau berkenalan dengan dia. Semua berkaitan dengan Dez, kau jangan ambil tahu okay? Avoid diri kau dari dia. Dez lelaki paling bahaya, kau boleh dibunuh tau!"

"Tapi tadi dia tak bunuh kita pun?"

Dahi sendiri dipukul, gila ini budak. Tunggu dibunuh dulu baru nak sedar ke?

"Kau tak takut mati ke Ris?"

"Kenapa nak takut dekat lelaki macam tu?" Cristy berdehem kecil. Pandai kau eh? Tadi apa? Bukan takut ke?

"Kau jangan nak mengada, dengar cakap aku. Aku lebih kenal dia macam mana."

"Lebih kenal?" Bibir digigit kuat. Mulut ni pun, boleh tak jaga-jaga?

"Aku baca banyak hal mengenai Dez, aku tahulah. Dah! Jom balik!" Lengan Cristy diheret mengikutnya. Teringat apa yang dikatakan Tuan Dez selepas melepaskannya.

"Maybe not today but soon...she's gonna be mine."

Lelaki gila! Jangan harap, aku akan pastikan Cristy selamat dari Dez.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro