"Huh!"
Cristy hempas tubuh atas katil kasar. Mukanya usah kata, masam macam dah makan asam dalam kuantiti yang banyak. Tak lepas bibir itu dari bebel sesuatu yang kurang jelas. Bebel siapa lagi kalau bukan Dez kan?
"Siapa yang salah? Aku ke Dez? Semua yang berlaku sebab Dez tapi kenapa aku pulak yang dipersalahkan? Salah aku apa? Salah aku sebab tak maafkan Dez? Ceh!" Bebel Cristy penuh emosi marah.
Bebel punya bebel, telefon miliknya berdering nyaring meminta diangkat. Meski malas tetap digagahkan tangannya mencapai telefonnya di atas meja sisi. Tanpa melihat nama pemanggil, terus saja dia melekapkan telefon ke telinga.
"Assalamualaikum penganggu ketenangan ku wahai Ica. Boleh tak jangan call time mood tak okay? Aku belum habis bebel buruk pasal si Dez. Kalau Ica nak call pun, please call malam ni boleh?"
Bukannya marah, malah talian di belah sana terkekeh ketawa dengan celoteh dari Cristy.
Wait what?!'
Tengok skrin,
Allah....
Cristy nak pengsan!
Speak of the devil, here comes Dez!
"Apa yang kau bebel kan? Tak nak kongsi rezeki bebel dengan aku?" Sakat Dez sengaja menjadikan topik bicara.
Cristy urut kepala lalu dia hentak kecil kaki. Berubah rona mukanya kerana malu tak terkata. Tak cukup itu, bibirnya digigit banyak kali. Malu!
"Ma-mana ada saya bebel dekat sesiapa?"
Mudah sekali tawa keluar dari bibir Dez. Entah apa yang menghiburkan tapi sungguh tawa itu sedikit menganggu jantungnya yang dah pam laju seakan memberi isyarat akan sesuatu.
Tidak!
Cristy takkan jatuh cinta! No!
"Aku suka dengar kau bebel pasal aku. Sekurang-kurangnya aku tahu, kau masih ambil berat hal aku." Ucap Dez dengan ukiran senyum manis.
"Eh? Siapa ambil berat pasal awak? Saya bebel maksudnya saya tak suka! Anak buah awak si Adam tu, selalu salahkan saya atas sebab saya tak maafkan awak. Salah awak kan? Suka hati sayalah nak maafkan atau tak. Betul tak?" Soal Cristy senafas tanpa memikirkan hati yang sedang sakit ketika ini.
"Yeah..."
Ayat pendek dari Dez sedikit sebanyak buat Cristy serba salah. Dia tahu tidak sepatutnya perasaan ini bermukim tapi dia bisa apa?
Idea terbaik, Cristy pindah topik akan hal lain. Tidak sanggup juga jika Dez terus-menerus menyalahkan diri. Boleh saja untuknya memaafkan Dez tapi bukan sekarang. Belum masanya.
"Awak stay Italy berapa hari?"
Lama Dez diam di hujung talian sebelum dia bersuara sedikit putus asa.
"My work isn't finished yet. I don't know how long I plan to stay here."
Dez mengeluh berat. Dia lakukan semua ini demi Cristy. Moga saja selepas ini tiada perkara buruk berlaku pada Cristy.
"I promise you that I am coming back to you. The sooner I get finished, the sooner I can come home to you." Janji Dez tidak main-main.
Rona merah menghiasi kedua pipi Cristy. Perlahan namun pasti, dia hempas tubuh atas katil. Bantal dicapai dan dia menekup mukanya. Bibirnya tersenyum. Berbunga riang hatinya tanpa sebab.
'Iya ke tanpa sebab? Bukan sebab Dez ke?' Bisik hati kecilnya seakan bersepakat nak menyakat dirinya.
"Balik Malaysia, jangan datang rumah saya. Saya tak suka!"
Munafik!
Percakapan juga perbuatan Cristy benar-benar berbeza. Sama sekali tidak sama!
"Sometimes I need my sleeping pills."
"Huh?" Ujar Cristy bingung.
"You're my sleeping pills for peace of mind."
Dez senyum sikit. Beretta Gun 92 yang ada di tangan diputar dengan jari telunjuk.
"My heart cannot find rest while you are gone. Everything has lost it's color since you are not here."
Senjata kesayangannya disimpan kemas di dalam peti kebal. Hanya dengan sensor lock yang hanya mengesan jari, peti itu telah ditutup rapat.
"Where you at?" Soal Cristy memilih untuk lari dari topik bicaraan mereka.
Banyak kali Cristy nak tukar topik pun, tetap dia nak cerita apa yang terjadi pada dirinya atas kehilangan permata nya. Baginya, Cristy wajib tahu.
"I haven't been able to sleep the entire night even though I'm extremely tired. I haven't been able to sleep at all. I can't sleep when I'm alone. They keep me awake. Every night they come from out the shadows and speak to me." Cerita Dez lagi.
Senyum sinis terkutik di bibir. Merasakan ada sesuatu yang tidak kena, Dez perlahan-lahan angkat kaki ke jendela.
Bang!
"Che cosa ci fa lui qui?"
(What is he doing here?)
Dez terlupa, bahawa dia belum off panggilan Cristy.
"Dez? Siapa tu? Kenapa bunyi tembak? Awak dekat mana? Dez! Dez!"
"I gotta go now."
Setelah itu, talian terus dimatikan. Cristy mencuba call Dez kembali. Banyak kali, tapi sayang tak diangkat langsung. Terketap-ketap bibirnya menahan rasa takut dan gusar.
'Macam mana kalau jadi apa-apa dekat Dez? Siapa tadi? Kenapa dia tembak Dez?'
Terlalu banyak teka teki sehingga Cristy mengambil jalan mudah turun ke bawah bertemu Adam. Mungkin Adam tahu sesuatu yang dia tidak tahu. Turun aje tangga, Cristy terdengar perbualan seseorang.
'Adam cakap dengan siapa?'
"Apa? Kena tembak? Habistu sempat tak melarikan diri?" Soal Adam kedengaran panik.
Sepantas kilat, Cristy berdiri di depan Adam lalu cekap telefon itu dirampas dan dilekapkan pada telinganya.
"Hello? Dez? Awak ke ni? Dekat mana awak kena tembak? Sakit ke? Macam mana boleh kena tembak?"
"You don't have to worry about me. Worry about yourself, it's enough."
Bunyi tembakan merata-rata. Tumbukan, tendangan, bunyi tulang retak juga erangan sakit memenuhi tempat itu. Tak dapat ditahan pun, air mata keluar dari kelopak mata Cristy.
"Calm down, don't cry... I'm sure, he's alright." Pujuk Adam panik bila nampak air mata itu makin menderu laju menuruni kedua pipinya.
"I'm fine, don't worry." Ujar Dez dengan nafas semput.
"Andiamo." (Let's go)
Kedengaran Dez berlari sebelum pintu kereta ditutup. Lekas, kereta dipandu keluar dari kawasan banglonya itu. Geng mafia telahpun serang rumahnya secara tiba-tiba. Kedengaran bahasa asing bercakap dalam kereta itu. Dan Cristy?
Sejak tadi, tak lepas tangannya dari pegang telefon milik Adam. Bergetar hebat tubuhnya dengan air mata tak henti menuruni kedua pipinya. Cristy risaukan Dez.
"De-dez....tsk...tsk...tsk..."
"Don't cry babydoll. It's hurt me so much." Ungkap Dez kerisauan separuh mati.
"I'm worried about you..."
Dez senyum tipis. Tangisan kerisauan dari Cristy sedikit sebanyak membuat hatinya berbunga. Setidaknya, dia tahu bahawa isterinya masih ada hati dengannya.
"Baliklah....saya nak jumpa awak." Akui Cristy jujur. Ego yang selama ini membelenggu diri dibuang begitu saja.
"Don't worry babydoll, you'll be fine." Pujuk Dez lembut.
"Tak nak balik ke?" Soal Cristy tak putus asa dapat perhatian dari Dez.
"It pains me to say this, but I won't be able to make it."
Cristy ketap bibir geram. Sampai telefon yang dia pegang digenggam ketat.
"Tak nak sudah! Tak payah baliklah! Saya pun tak nak jumpa awak!" Rajuk Cristy betul-betul berjauh hati.
Adam tercengang bila telefon miliknya dipegang Cristy. Bukan itu saja, malah dibawa naik sekali.
'Kalau aku dapat isteri macam ni, masak! Dahlah suka merajuk. Aduh...' monolog Adam dalam hati.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro