Bab 25
"I honestly don't know how to start this. So first off let's get this straight no matter what happens in life i will never stop loving you. Listen, I know I'm not perfect. And I've done things I'm not proud of and I've hurt people I love including you. I don't blame you for feeling or thinking the way you do, i just feel-"
Dez meraup kasar rambutnya ke belakang. Keluhan berat dilepaskan. sedetik itu, kakinya mengundur beberapa tapak ke belakang. Belakang tubuhnya betul-betul mengena dinding dan dia merehatkan kepalanya seketika di situ.
"I want to fix us..."
Dez mengeluh berat.
"I want to fix this. I want to fix us. Will you let me mend this broken relationship?"gumam Dez hampir tak terdengar.
Adam yang menjadi pemerhatian sejak tadi menggeleng. Dez bertungkus lumus cari cara nak confess pada Cristy. Tetap berusaha meski balasannya adalah penolak kasar.
'Scars have the strange power to remind us that our past is real'
Adam senyum tipis.
'Haih...kesian sungguh Tuan aku ni.'
Selepas kepulangan mereka dari hospital, Dez lebih banyak bersendirian di dalam bilik office nya. Bukan setakat itu, malah bibir itu tidak letih mengungkap ayat yang sama, iaitu...
"I want to fix us..."
Adam turut sama bersimpati dengan keadaan Dez. Dez berhajat untuk pulang bersama Cristy. Namun, siapa sangka bahawa Cristy telahpun pulang sebelum mereka.
"Salah ke aku menagih cinta dari dia?" Soal Dez lirih.
Seketika, Adam tersedar akan sesuatu.
Ya,
Tuannya mencintai dan menyayangi Cristy lebih dari dirinya sendiri. Banyak yang dia tak tahu mengenai mereka. Maka itu, Adam bertindak berjalan mendekat seterusnya, dia melabuh duduk di depan Dez.
"Kau tak nak cerita permulaan dari kisah kau dan Cristy?"
Terkejut,
Dez panggung kepala pandang Adam. Bahasa yang lelaki itu gunakan sudah tidak baku seperti biasa. Mungkin Adam dah terlalu selesa dengannya, kerana itu bahasanya sudah berubah menjadi diri sendiri yang sedang berbicara bukannya fake.
"Kisah aku dan Krystal bukannya kisah romantik macam orang lain."
"Siapa-"
"Pasti kau tertanya-tanya siapa Krystal kan?" Potong Dez laju.
Adam mengangguk.
"Jangan risau, aku akan cerita dekat kau kisah sebenar yang terjadi antara Krystal, Cristy dan aku. Aku akan mulai dengan Krystal. Bekas kekasih aku." Dez kini menegak tubuhnya agar lebih selesa bercerita.
"Krystal dan Cristy. Mereka kembar seiras."
Adam tergamam. Sungguh tak percaya dengan cerita Dez.
"Aku sangat mencintai Krystal dulu. Aku lakukan apa saja untuknya. Cinta membuatkan aku menjaga dan melindungi. Aku tak pernah sentuh dia bahkan untuk pegang apatah lagi. Aku nak jadi lelaki terbaik yang menyayangi nya bukan sebab nafsu semata. Bukan itu saja, setiap janji Krystal aku percaya. Krystal berjanji tidak akan pergi dari hidup aku. Malah dia berjanji akan melakukan apa saja demi aku jika aku masuk Islam deminya. Aku merancang untuk menikahinya di Siam tapi...aku silap mempercayai dia." Dez berdekah ketawa meremehkan diri sendiri yang terlalu percaya pada seorang perempuan.
"Tepat ketika kami sampai airport, anak-anak buah aku diserang secara tiba-tiba termasuk aku. Krystal sempat melarikan diri dan bila aku cari merata tempat di sana, aku menemui perempuan yang aku anggap Krystal sedangkan itu adalah Cristy."
Adam tepuk dahi.
"Ya Allah...patutlah...."
"Dulu Crystal buta. Banyak kali Crystal cuba sedarkan aku bahawa dia bukan Krystal tapi aku berdegil. Aku tak nak percaya. Atas sebab, aku tak nak ditipu untuk kali kedua. Aku anggap semua yang keluar dari mulut dia adalah penipuan meski semua itu adalah kebenaran. Yang aku tahu, aku nak seksa dia habis-habisan. Aku nak puaskan diri aku meski yang aku dapat adalah kebaikan dari dia." Dez senyum tipis.
"Kau bayangkan, aku banyak kali paksa buat hubungan dengan aku tapi dia tak pernah memberontak. Kata dia, aku adalah suami dan aku berhak ke atas dirinya. Aku gugurkan anak sendiri dan semenjak hari itu, Cristy banyak diam dan pasrah dengan kejahatan yang aku lakukan padanya." Adam gigit bibir.
'Allah...kuatnya perempuan bernama Cristy....Allah....'
"Aku tahu, aku salah. Aku banyak dosa dengan dia walaupun begitu dia tak pernah maki hamun aku. Dia tak pernah cakap aku jahat. Dia always berdoa dengan satu ayat, may Allah replace your sadness with something beautiful."
'Allah....'
Dez gigit bibir sayu. Bahunya mengendur dan seketika, dia berehat tubuh di atas kerusi. Mukanya berubah muram. Sedihnya usah dikata. Begitu mendalam dan menyakitkan. Hari demi hari sakit dan perit itu seakan tidak terubat. Bagaimana harus dia ubati jika ubat itu adalah Cristy?
"Aku dapat berita dari bodyguard aku yang dia bermesraan sekaligus berciuman dengan seorang lelaki iaitu kawan aku. Adrian. Semenjak dari hari itu, aku selalu bawak perempuan masuk dalam rumah aku. Aku cemburu Cristy rapat dengan orang lain sampaikan aku tuduh Cristy melukai semua perempuan yang aku bawak ke rumah."
"Cristy betul-betul cium Adrian ke?"
"Semua tu fitnah semata-mata. Cristy dipaksa bukan kemahuan sendiri."
"Macam mana kau tahu?"
"Melalui CCTV."
"Kau adalah pengganti Adrian." Bagitahu Dez, kerling Adam sekilas.
"Kau percayakan aku kan?" Cepat-cepat Adam ucap kata itu.
Dez angkat bahu. Adam mendecit. Seenaknya, bahu Dez ditumbuk geram. Tawa kecil terhambur keluar dari bibir Dez. Seketika, Dez terfikir akan sesuatu.
"Aku dah lama tak ketawa macam ni."ucap Dez biasa tapi terselit kesedihan dalam nada itu.
"Daripada kau bersedih, baik kau jawab soalan dari aku." Dez berkerut dahi lantas kedua keningnya diangkat.
"Kenapa mula-mula Cristy macam tak kenal kau?"
"Ica bagitahu aku yang Cristy accident menyebabkan dia hilang ingatan. Selepas dari kejadian itu, Ica terus pulihkan kedua mata Cristy dengan bantuan Kimi."
Adam menganga. Sungguh malang kehidupan Cristy. Tidak tertanyalah kenapa layanan Cristy teruk sekali pada Dez.
"Aku tak salahkan Cristy membenci aku. Semuanya berlaku kerana aku dan aku layak terima semua ni meski aku sendiri tak sanggup mendapat kebencian dari Cristy. Aku mula mencintai Cristy ketika kami berdua bernikah. Mengenali perempuan sebaik Cristy sedikit sebanyak melembutkan hati aku yang keras bak konkrit ini. Hati aku mula nya api menganas kini perlahan terpadam seakan baru disimbah air sejuk." Ungkap Dez ada ayat-ayat berbunga khas orang jatuh cinta.
Adam sedikit terkejut dengan tutur kata yang kedengaran romantik dari Dez. Sejak bila Dez jadi macam ni? Romantik lain macam!
"Everyone tells me I deserve better. But I don't want better. I want her."
Adam bagi thumb up. Setelah itu, dia menepuk banyak kali tangan kerana cair dengan tutur kata Dez.
"Bravo!"
Pak!
"Auch!" Adam gosok dahinya kerana lemparan pen itu tepat kena di situ.
Bukannya Adam tak nampak kedua daun telinga Dez dah memerah. Malulah tu!
"Apa Bravo? Huh?" Pura-pura garang, Dez berpeluk tubuh siap pakej muka marah.
"Eleh pura-pura marah dengan aku konon. Kau sendiri pun perlukan aku. Berani nak marah?" Adam sengih. Niat tadi main-main aje.
"Aku marah kau, esok lusa kau dah tak datang kerja."
"Dahlah kau! Kau marah banyak kali pun, kau tetap sayang aku. Kan?"
Mengaku, Dez mengangguk. Adam kembang setaman. Selama ini mereka berhubungan selayaknya majikan dan kuli. Namun sekarang, Adam dah berubah. Dia nak jadi orang yang paling penting dalam hidup Dez dan nampaknya, Dez tak kesah dengan cara spontan nya sekarang.
"Aku dah anggap kau macam abang aku sendiri. Aku janji, aku akan cuba baiki hubungan kau dan Cristy." Dez kerling Adam seketika. Keluhan dilepaskan.
"Thanks."
Dez tersentak. Untuk pertama kalinya, tubuhnya dipeluk erat. Bibirnya terkutik dengan senyuman kecil.
'Thank you for life, and all the little ups and downs that make it worth living'
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro