Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 23

Bau ubat-ubatan menusuk hidung saat Cristy mula sedar. Perlahan dia membuka mata dan memandang keliling. Raut wajah kegembiraan dari Raisha dan Kimi dijamah anak mata.

"Kau dah sedar?" Soal Raisha kegembiraan.

Cristy berkerut dahi tapi itu lagi bertambah sakitnya.

"Sakit..." Rintihnya perlahan.

"Sakit? Nak aku panggil doktor ke?"

Cristy menggeleng.

"Aku ada sesuatu nak tanya kau."

Raisha melirik Kimi. Memahami, Kimi angguk. Sempat ciuman sayang tepi kepala diberi sebelum beredar.

"Kau dah ingat semuanya?"

Senyum perit diukir. Anggukan dihulur dengan kedua pipinya mula basah bersama linangan air mata.

"Kenapa kau tak bagitahu aku, lelaki yang sembunyikan wajah disebalik mask itu adalah dia?" Bergetar suara itu dituturnya.

Raisha serba salah. Terketap-ketap bibirnya. Bukan bermaksud menyembunyi kebenaran, hanya saja perubahan baik Dez yang ketara membetulkan segalanya. Amarah yang dipendam seakan hilang lalu dia mengizinkan untuk mencuri hati sang bunga. Adakah salah apa yang dilakukannya?

"Kau tak nak tahu hal sebenar kenapa Dez pakai mask selama ni?"

Jeda,

Cristy diam,

Raisha menganggap itu adalah persetujuan untuk meneruskan kata.

"Dez malu nak tunjuk muka depan kau. Dia tahu, banyak dosa yang telah dia lakukan selama bertahun dulu."

"Sekarang okay aje tak pakai mask, tak malu pun?" Tempelak Cristy. Sinis sekali nadanya.

"Hubungan kau dan Dez dah semakin baik. Dez selesa nak tunjuk semuanya setelah kau dah boleh terima dia. Dez tahu, kau akan tertanya-tanya kenapa dia pakai mask setiap hari. Disebabkan itu, dia tak nak pakai mask dah."

Cristy berbelah bagi, sama ada memaafkan atau terus berdendam. Jika memaafkan sudah semestinya semua yang terjadi dianggap tidak pernah berlaku manakala jika dia berdendam, pastinya Cristy terus saja mencari rancangan untuk membalas segalanya.

"Dez dah banyak berubah demi kau. Kau tak nak bagi dia peluang?" soal Raisha berhati-hati dalam tutur katanya. Risau ada hati yang terhiris.

Meski lembut tuturnya, namun ada takut yang tersimpan dari bahasanya. Kebencian bersinar terang dalam anak mata itu. Bisakah diluntur dengan kata pujukannya?

"Kau nak aku bagi peluang dekat lelaki yang dah ragut kesucian aku? Dia dah gugurkan kandungan aku! Pembunuh anak sendiri! Kau dah lupa apa yang Dez buat dekat aku? Dez halau aku macam kucing kurap! Layanan dia persis binatang! Dan sesenang itu kau nak aku maafkan dia?" Panjang berjela teriak marah itu keluar dari bibir Cristy.

Air mata yang menitis di pinggir mata dibiarkan jatuh. Cecair jernih sudah jatuh bertimpa-timpa pada pipi. Raisha turut sama sebak melihat keadaan kawan baiknya. Air mata selamat mengucupi pipi keduanya.

"Bukan mudah untuk aku maafkan manusia yang telah gugurkan anak aku...."

Perutnya yang kempis dipegang. Air jernih itu menitik banyak kali mengingat nyawa yang pernah singgah seketika dalam perutnya.

"Mungkin orang buta tak layak dapat kebahagiaan kan?"

Tangan Cristy digenggam erat sehingga tangan itu turut basah dengan air mata Cristy. Erat tubuh itu didakapnya.

'Ya Allah, kuatkan Cristy. Allah...kawan aku....kawan aku Allah...'

"Nak buat macam mana kan? Dulu orang buta ni tak mampu buat apa-apa. Tahu menyusahkan orang aje. Nak pergi mana-mana pakai tongkat. Tak macam orang lain bebas boleh jalan ke sana sini."

"Jangan cakap macam tu, tak baik. Kawan aku tak sehina tu." Sanggahnya menampil senyum meski terlihat palsu.

"Kalau aku tak hina, mungkin Dez takkan buang aku macam kucing kurap. Iya tak?" Timpal Cristy.

"Manusia macam Dez tu nakkan seseorang hanya sebab kesempurnaan. Tengok sekarang?" Gelak sinis dihamburnya.

"Sekarang baru dia cari aku selepas sekian lama dia biar aku terseksa sebab perbuatan dia. Itu pun sebab apa? Sebab aku dah tak buta." Berdas-das keluar dari bibir itu menunjukkan amarah yang dipendam selama ini.

"Kau dah salah faham. Kau tak boleh melulu cakap apa yang terjadi sebelumnya. Kau kena dengar penjelasan yang sebenar." Ucapannya dengan bisikan kecil.

Bibir tipis Cristy koyak dengan senyuman miring. Meski banyak kali Raisha membela Dez tapi percayalah  ia tidak membuah apa-apa hasil. Bencinya masih tetap berkeras untuk tidak percaya. Siapa saja percaya pada duri?

"Kau nak bela dia sangat kan? Ha, pergi! Pergi!"

Cristy meleraikan pelukan. Dia mendorong tubuh itu menjauh. Sedikit terasa hati apabila Raisha lebih memilih untuk membela orang asing berbanding kawan baik sendiri.

"Memang kau suka tengok aku disepak, diterajang, dibunuh pun belum tentu kau akan peduli."

Raisha cuba meraih tangan Cristy namun kasar ditepis.

"Sekarang aku dah tak kesah dah. Orang nak sepak aku ke, nak terajang ke, nak bunuh ke. Buatlah, buat! Aku cuma robot. Tak ada perasaan sakit, perasaan sedih apatah lagi?" bidas Cristy.

Cristy mencabut segala wayar yang berselirat dan bangkit daripada tilam. Matanya merah seolah-olah sedang menahan amarah yang membara di hatinya.

"Kau ada kembar seiras."

Tombol baru saja disentuh, namun langkahnya terhenti. Cristy diam mendengar apa yang keluar dari mulut Raisha.

"Takdir Allah menemukan kau dan Dez dilapangan terbang membawa ke alam perkahwinan."

Raisha on telefon miliknya. Gambar perempuan yang serupa dengan Cristy dicari dalam galeri.

"Aku ada gambar dia."

Dia berpaling dan bertanya mana tanpa suara, Hanya kening kirinya yang terjongket sedikit.

"Ini..."

Bergetar tangannya menyambut huluran itu. Matanya sudah kabur dek air mata yang memenuhi ruangan bebola mata. Semua fizikal perempuan itu sama. Rambut panjang separas pinggang. Rambut hitam pekat dengan senyum semanis gula. Bezanya dalam gambar ini, Krystal ada tahi lalat pada lehernya tapi tidak padanya.

"Nama dia Krystal, dia yang berani hulur janji pada Dez untuk setia sampai mati, disebabkan percaya Dez sanggup masuk islam semata-mata kerana Krystal. Dez marah bila dapat berita mengenai Krystal cuba melarikan diri tepat waktu kita berdua berada di lapangan terbang."

Memori itu hadir lagi....

"Ris, ada orang mintak tolong aku dan Kimi carikan anak mereka yang hilang. Kau tunggu sini eh?"

Cristy mengangguk. Tunggu punya tunggu, dah dekat sejam. Tak ada langsung kemunculan Raisha. Maka itu, Cristy mula berdiri untuk mencari mereka. Bunyi riuh dan sedikit bising membuatkan dahinya berkedut. Sedikit tak selesa dengan suasana sekitar dia memilih untuk mencari Raisha.

Buk!

"Ica..." Panggil Cristy sedikit getar ketakutan.

Seseorang masih berdiri pegun. Terpana melihat muka mereka berdua yang hampir sama. Tersedar, Krystal secepatnya berlari menghilangkan diri.

"Ica kau dekat mana?"

Beberapa tapak Cristy ambil dengan bantuan tongkat di tangan.

"Diam weh! Diam!"

"Dia datang. Dia datang!"

Bunyi derapan kasut boots menarik perhatian semua manusia yang berada di situ. Satu demi satu terasa bagaikan gerak perlahan menghentam gegendang telinga Cristy.

"Ic-ica..."

Rasa sepi menguasai sekitar. Tadinya riuh rendah dengan berbagai-bagai bunyi, bertukar rentak terasa sunyi dan kosong. Seperti sesuatu sedang berlaku.

Non puoi scappare, babydoll. (You can't run away)

Lengan itu ditarik kasar sehingga berlanggar dengan dada bidangnya.

"Non devi dimenticare la tua promessa..." (You mustn't forget your promise)

Automatik mulutnya menjerit, saat tubuh tiba-tiba diangkat. Sekelip mata sahaja, Cristy sudah pun berada atas bahunya dalam posisi terbalik.

"Lepas! Tolong! To-"

Tubuhnya lembik tatkala disuntik sesuatu,

"Lo e te ci sposiamo!" (You and I are getting married!)

Air jernih jatuh perlahan dari penjuru matanya. Makin lama makin lebat seiring dengan suara tangisnya. Teringat kenangan tika dia mengatakan hal sebenar. Dez tidak percaya, malah dia dikurung dan dipukul tanpa sebab.

"Sa..sa..sakit...."

Libasan tali pinggang itu mengena setiap inci tubuhnya. Tangisan tidak mencairkan hati Dez. Merah menyala muka itu bagai menahan amarah yang sudah lama dipendam.

"Aku percayakan kau bulat-bulat! Kau cakap itu ini aku ikut. Aku masuk islam pun sebab kau! Apa lagi yang tak cukup? Sekarang kau tipu aku yang kau buta? Huh?! Aku bencilah perempuan penipu macam kau!"

Tap!

Tap!

Kaki nya terasa lembik, serta-merta dia jatuh atas lantai dengan tangisan juga sendu yang tidak mampu dihentikan.

"Dez datang sini untuk minta maaf atas semua dosa yang telah dilakukan dulu. Dez menjelaskan dengan jujur mengenai apa yang jadi dulu dan itu adalah penyebab utama aku menerima dia untuk pujuk kau."

"Kenapa aku?" Soal Cristy dengan suara bergetar seolah salahkan takdir.

"Takdir Allah tiada siapa yang tahu. Aku percaya, semua yang terjadi ada hikmah disebaliknya." Imbuh Raisha berfikiran positif.

"Kau tahu, sebagai nafkah zahir Dez masukkan duit dalam bank kau setiap hari bermula dari kau dihalau keluar dari rumah. Dez sayangkan kau sejak perkahwinan antara kau dan dia." Panjang lebar Raisha memberi penjelasan.

Memori itu menjengah lagi,

"Isi borang kahwin!"

Kertas dilempar tepat pada mukanya. Tak lepas tusukan anak mata tajam itu melirik pada Cristy. Adli menggeleng. Tajam Dez merenung pada leher perempuan itu. Entah ke mana tahi lalat fake yang dicipta perempuan itu. Ada saja penipuan!

"Saya isikan borang untuk Cik ya?" ungkap Adli lembut.

Kertas dikutip, pen dicapai lalu Adli bersedia untuk menulis.

"Nama penuh Cik?"

Cristy ketap bibir. Jauh di sudut hati, dirinya masih tidak ingin untuk menikah tapi apa pilihan Cristy sekarang?

"May i have your name, please?" Keras bisikan itu.

"Cri-Cristy Callista Ahmad Rashad."

Dez menjambak rambut itu dengan sekali tarikan hingga wajah Cristy menengadah ke langit-langit.

"Apa lagi yang kau tipu aku? Huh! Nama kau Krystal! Bukan Cristy!" Cristy meringis kesakitan. Beberapa titis air mata jatuh. Terlalu sakit.

"Nama saya memang Cristy bukan Krystal." ucap Cristy menahan dari menangis.

"Aku muak tengok kau! Penipu! Tadi kau tipu aku yang kau buta! Sekarang kau tipu nama kau! Lepas ni kau nak tipu aku apa pulak? Kau nak tipu aku, kau melarikan diri dari aku sebab penyakit buta kau ni? Huh!"

Saat terlepas jambakan itu, teresak-esak Cristy menangis menatap punggung belakang Dez yang semakin hilang dari tatapannya.

Cristy kemam bibir rapat. Objek segi empat di tangannya digenggam erat. Cristy tak tahu apa yang patut dia rasai tika ini. Marah?

Ya,

Dia patut marah atas segala yang terjadi. Parut dalam hatinya masih kekal terguris. Terlalu dalam membuktikan kesakitan dan keperitan yang tidak mampu diubati meski dengan kemaafan. Ternyata untuk memaafkan bukan semudah itu. Malah perbuatan baik yang sedang Dez lakukan pun tak mampu pulihkan hatinya kembali.

Sedaya upaya dia menyelamatkan diri dari tangga tingkat dua. Tolak-menolak dan entah bagaimana bisa, kekasih Dez yang jatuh. Tepat masa, Dez baru saja keluar dari bilik.

"Kurang ajar!"

Kasar lengan Cristy diheret ke pintu.

Buk!

Tubuhnya dilempar persis seperti barang yang tiada harga. Hempasan pintu kedengaran. Dia dihalau tanpa apa-apa penjelasan. Deras air matanya mengalir.

Dan sejak kejadian itu,

Cristy sudah tidak mampu untuk memaafkan Dez. Hatinya tertutup rapat serapatnya dari seorang lelaki bernama Dez. Jika diberi pilihan pun, Cristy nak hapuskan lelaki itu agar dia tidak perlu menatap raut wajah tampan. Menatap saja, ingatan kejadian dulu terus menerpa tanpa dapat dihenti. Persis sekarang.

'Unstoppable.'

"Aku tak mampu..." Bisik suara kecil itu.

'That is what life is about. We do not get redos, but we do get second chances.'

"Ada perkara yang tidak seharusnya diberi peluang kedua andai peluang pertama disia-siakan."

Cristy angkat tubuh bangun. Air mata setia turun pada bukit kedua pipinya. Tidak diseka, hanya membiarkan mengalir seiring dengan hati yang terluka tanpa ubat.

"So you're going to leave without saying goodbye?"

Anak mata Raisha menyorotan setiap pergerakan Cristy dari naik atas katil sehinggalah perempuan itu tidur membelakanginya.

"Rehatlah, aku tahu kau perlukannya."

Jeda,

Sungguh tiada jawapan keluar dari mulut Cristy. Raisha angguk memilih untuk pergi tanpa apa-apa rasa terhadap sikap dingin Cristy. Baru sentuh pemegang pintu, suara itu terdengar,

"Maaf, aku tak boleh mencintai lelaki yang telah membunuh jiwa aku."

Raisha toleh pandang belakang tubuh Cristy seketika sebelum dia keluar dengan keluhan berat.

'Sometimes an apology isn't enough.'

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro