Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 13

Raisha tak lepas tengok Cristy mendemah kepala dan kaki Dez dengan tuala basah. Dalam diam, Cristy caring jugak dekat Dez.

"Tak nak buat dekat abdomen ke?" Usik Raisha.

Senyumnya nakal sekali saat muka cantik Cristy telah berubah warna.

"Tak naklah, malu."

Entah kenapa, mukanya terasa sangat panas. Tak betah rasanya andai terusan diusik begini.

"Kenapa tak nak? Tubuh seksi tu, bukan selalu dapat rezeki tengok benda macam ni kan? Dez bukannya sedar pun." Alis diangkat gaya menyakat.

"Ish! Sudahlah! Tak naklah!" Spontan bantal ada depan mata dilempar pada  Raisha. Berlari anak perempuan itu keluar dari kamar.

"Ish! Menyakitkan hati!"

Sangkaannya Raisha dah hilang, namun kepala terjulur sedikit di sebalik pintu.

"Hati-hati, jangan jatuh hati...."

"Shhh....Ica!"

Tak sempat serang, pintu telah ditutup. Nafas ditarik panjang dan perlahan dilepasnya. Punggung dilabuh semula di birai katil. Raut wajah kacak Dez ditatap tidak jemu.

"Babydoll... babydol..." Racau Dez menyeru nama kekasih hatinya.

"I know this girl her name is Cristy." Cristy telan air liur payah. Debaran muncul tika namanya diseru.

"She's my everything."

Cristy tak terkata. Kelopak matanya juga tidak bergerak, terkejut sangat-sangat. Bukankah itu namanya?

"Being away from her only makes me want her back," Dez ketawa sayu.

"I know, i hurt Ris a lot...." Suara itu bertukar nada. Sedih, teramat sedih.

"But....it wasn’t intentional."

Dez menggeleng.

"It was accidental..."

Jeda,

"It wasn’t purposeful...."

Dahi itu dah mula berkerut seribu. Tak faham langsung apa yang cuba disampaikan lelaki itu.

Tok! Tok! Tok!

"Ris...." Raisha juih bibir pada bawah tangga.

"Firdaus nak jumpa kau, aku dah halau dia keluar tapi dia keras kepala tak nak balik selagi tak jumpa kau." Cristy angguk.

Langkahnya dihayun keluar dari bilik turun ke tingkat bawah. Kelihatan tubuh kurus kering Firdaus membelakangi dirinya.

"You buat apa dekat sini?" Kedua tangannya disilang pada dada.

"Kita tak putus kan?" Tanpa malu Firdaus mengujar ayat itu.

"You dah gila ke? You jugak yang cakap kita dua dah tak ada apa-apa kan? Kenapa sekarang nak get back balik? You ada otak ke tak sebenarnya?"

Firdaus gempal penumbuk. Amarahnya terjentik begitu saja. Mukanya juga dah naik merah menyala kerana terlalu marah.

"I minta maaf, i tak ada niat langsung nak putuskan hubungan kita berdua."

"Alasan!" Lantang suara Cristy. Betul-betul marah pada Firdaus.

"Ris...." Tangan Cristy dipegangnya.

"Apa pegang-pegang ni?" Kasar tangan Firdaus direntapnya.

"You please...."

"Get out of my house!"

"Ris..."

"Get out!"

Sofa panjang depan mata disepaknya. Menunjukkan emosi yang dirasa sekarang. Frust!

"Fine!"

Raisha tepuk bahu Cristy tiga kali.

"Keputusan kau putus  dengan dia adalah jalan yang terbaik. Aku bangga dengan kau." Cristy senyum sikit.

"Aku naik dulu, aku nak tengok keadaan Dez."

Kakinya diangkat naik tangga masuk ke dalam bilik. Buka saja pintu, terus susuk tubuh Dez dicari.

"Awak," panggil Cristy lembut.

Melihat sliding door balkoni luas terbuka. Helaan nafas lega dihembusnya. Dirapati lelaki itu, sipi-sipi suara lelaki itu berbicara tentang sesuatu.

"You are the one who is hurt...."

Nafas panjang ditariknya.

"But I am the one crying." Palang balkoni dicengkam.

"You are the one who is scarred..."

"But I am the one dying." Senyum sinis dilakar.

"You are the one with blisters...."

"But I am the one bleeding."

Dada dipegang, rasa sakit itu masih terasa. Sakit apabila dirinya dianggap bagai tidak wujud. Malah perasaannya juga dikatakan main-main. Kasihan Dez kan?

"You are the one with wounds...."

But I am still not recuperating."

Dan mungkin selamanya tidak sembuh jika dirinya melihat Cristy bersama lelaki lain. Dez betul-betul tak boleh tengok Cristy dengan orang lain.

"Awak? Kenapa berdiri dekat luar ni? Sejuklah, demam awak tak surut lagi. Suhu badan awak boleh meningkat tau kalau terus terdedah dengan angin sejuk malam ni." Cristy menghiraukan luahan dari Dez. Cuba untuk tukar topik.

"I am okay."

"Awak cakap okay dengan keadaan macam ni? Bibir awak nampak pucat, rambut pun dah serabai."

Cristy sembunyi senyum apabila Dez cepat-cepat betulkan rambut dengan jari.

"How does it look?"

"Ugly." Cristy tahan gelak. Comel muka frust Dez.

"Why are you so mean to me?" Rengek Dez.

Bagai ada rama-rama yang terbang bila dengar rengekan Dez. Persis sama macam budak-budak yang tak puas hati.

"You look terrible!" Tanpa sedar lelaki itu buat mulut muncung dan itu mengundang gelak kecil dari Cristy.

"I feel terrible, but I assumed I looked fine." Bebel Dez sendiri.

Menggeleng Cristy dengar bebelan percuma dari Dez. Biasanya orang dengar bebel tak suka tapi bila dengar Dez bebel rasa macam comel pulak. Sebab aura demam ke eh?

"I looked terrible my hair was a mess-"

"Shhh...." Jarinya dilekat pada bibir Dez.

"Meh saya tolong betulkan. Diam okay?" Menurut, Dez angguk.

Dijengket sedikit kaki, tak sempat nak sentuh rambut. Tubuhnya diangkat, automatik kakinya melilit pada pinggang Dez.

Gulp!

Tubuhnya betul-betul diatas palang balkoni.

"Ap-apa ya-yang awak cuba buat ni?" Muka dingin bersalut beku ditatap takut.

"Just keep doing what you're doing." Bisik lelaki itu menggoda.

'God, i am nervous.'

Bersama tangan mengigil, rambut itu disisirnya. Redup pandangan mata lelaki itu, benar-benar meruntuhkan imannya. Jika Cristy sedang berdiri, rasanya dia tak mampu untuk menampung tubuh sendiri.

"Why are you so quiet? What's on your mind?"

"Takde apa. Ummm..."

Air liur ditelan payah saat tangan Dez menari pada pinggangnya dan perlahan ia bertukar pada usapan. Lembut dan amat menyenangkan.

"You got something you wanna say to me?" Alis diangkat seksi.

'You're trying to seduce me. Aren't you?'

Tak mampu nak keluarkan kata, nafasnya pun dah tersekat. Persis dipukau.

"Hey babydoll...."

Pipinya pula diusap manakala satu tangan kiri kemas melilit pada pinggangnya.

"Are you alright? Hmm?"

Bibirnya digigit malu kerana malu. Cristy nampak kelainan pada Dez. Halkum lelaki itu bergerak sebelum mata itu berpaling ke arah lain.

"Awak patut tidur dan-"

"Sure, we'll go to sleep." Terjerit Cristy, semudah itu tubuhnya diangkat lalu dibaring atas katil diikuti Dez peluk dirinya.

"Kenapa kita? Maksud saya-"

"I want to sleep with you. I mean sleep together. Under my blankets. With my hand on your chest and your arm around me. So... it's chilly and we have to cuddle closer. No talking, just sleep blissfully happy, silence...." Dez memotong kata yang Cristy cuba sampaikan.

Raut wajah tampan itu nampak kepenatan, tak sampai beberapa minit pejam mata dengkuran halus kedengaran keluar dari bibir Dez.

"Haih... hati, berapa kali nak jatuh cinta ni? Hmm?" Soal Cristy pada diri sendiri.

Tanpa sedar senyumnya terukir di bibir. Tangan dilekap pada dada, degupan jantung yang berdetak memberi rasa kelainan dalam dirinya.

"I don't know what's going on but...."

Cristy usap rambut Dez lembut.

"Ris rasa, Ris dah jatuh cinta."

Bibir itu terukir senyum semanis madu. Dahi Dez dicium sekali sebelum matanya perlahan ditutupnya. Mahu tidur bersama Dez.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro