Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 12

Raisha mengesat peluh. Duduk dilabuh di atas bangku. Penat joging setelah berbulan-bulan tak aktifkan diri dengan aktiviti riadah luar.

"Hey, Ica."

"Hey?" Firdaus labuh duduk di sebelah Raisha.

"You buat apa dekat sini?" soal Raisha sambil melilau pandang sekeliling.

"I nak tanya sesuatu boleh?"

Raisha angguk malas. Nak aje dia lari dari lelaki ini. Raisha tak berapa suka Firdaus, untuk bercakap apatah lagi. Dahlah playboy!

"I jumpa Ris dengan seorang lelaki mat salleh semalam." terbayang raut wajah itu. Sangat kacak, kacukan Italy-English jauh beza dengan dirinya yang kurus kering ini.

"Oh? Yeke?"

Raisha buat-buat terkejut. Reaksinya lagak tak tahu apa-apa. Padahal dalam hati bersyukur. Bukan apa, Dez lebih dipercayai berbanding si Firdaus. Playboy!

"You pernah nampak tak Ris bersama dengan lelaki lain?" Bersungguh raut wajah Raisha ditatap.

"Mungkin boyfriend baru Ris." Raisha gelak dalam hati.

"Habistu I apa?" Firdaus naik berang.

"Selama ni Ris mainkan perasaan I? Macam tu?"

"Eh? Hello? Bukan you ke yang mainkan perasaan Ris?" Nada Raisha sedikit kuat. Marah barangkali kawan baik sendiri dituduh sebegitu.

"Tak salah kan Ris nak jadi playgirl macam you? Sedangkan you yang ajar dia."

Setepek kena!

Panas semacam terasa sampai mukanya dah naik merah. Penumbuk digempal kuat. Senyum miring diukir,

"Oh? I yang ajar?" Penumbuk dah ready.

"Kenapa? You tak nak mengaku ke? Atau you nak mengaku diri you adalah malaikat?"

"Kau!"

"Fir!" laung Cristy kuat.

Penumbuk dijatuhkan, Raisha angkat alis. Sedikitpun tidak takut pada Firdaus.

'Benda dah rancang kan? Buat apa takut?'

"Ini perangai you yang sebenar?" Cristy menggeleng kecewa.

"I tak sangka boyfriend yang I sanjung perangai macam ni"

"Ris...."

Setapak mendekat,

Setapak juga seorang lelaki bertubuh tegap berdiri di depannya. Menghalang betul-betul dia dari merapati kekasih hatinya.

"Menyemaklah kau ni!"

Selamba,

Tubuh tegap itu ditolak lalu tangan Cristy ditarik mengikut langkahnya.

"Lepaslah! I benci you, you tahu tak?! You jahat! You curang!"

Pang!

"Kau atau aku yang curang!"

Pijar pipi Cristy. Berkaca mata, nafas ditahan sebaik mungkin. Celah mata perlahan bergayut air jernih. Tanpa dipinta, air itu kini mengalir ke dua belah pipi mulusnya.

"I'ii never forgive you no matter what!"

Tatkala ayat itu diungkap,

Pang!

Penampar paling kuat diberikan pada Firdaus sampai tubuhnya jatuh terjelepok bawah tanah.

"I am so used to being the bad boy."

Prak!

Tanpa belas kasihan, tangan itu dipijak. Jeritan sakit tidak diambil peduli, matanya dijegil saat Cristy baik hati nak tolong Firdaus. Bagi isyarat mata, terus menikus perempuan itu. Raisha pulak?

Makin suka adalah! Siap tepuk tangan lagi.

"I don't think you're happy enough, that's right. I'ii teach you be happy. Okay?"

"No...."

"Do you want to make things worse? Huh?"

Pekakkan telinga, Cristy merapati Firdaus. Tak sempat bangunkan tubuh itu, tangannya terlebih dahulu ditarik sehingga dia terpeluk Dez.

"Because that's how you make things worse!" Suara celah gigi itu garang berbisik betul-betul di tepi telinganya.

"Kenapa nak bela sangat si Fir tu? Kau tak percaya ke apa yang aku cakap dulu? Fir playboy! Fir main dengan ramai perempuan. Kau still nak setia pada yang satu ke?" Marah Raisha serius.

Tangan halus itu digenggam, Cristy pandang Dez sekejap sebelum anak mata dilirik pada Firdaus.

"I..."

Mengingatkan apa yang terjadi tempoh hari, bersama senyuman palsu Cristy balas genggaman tangan besar itu.

"I sayang you lebih dari diri I sendiri."

Meski raut wajah Dez biasa. Kekecewaan menampak pada anak mata itu. Berat hati, tangan itu dilepaskan. Namun, genggaman kuat dari Cristy menyejukkan hatinya kembali. Senyum kecil terkutik di bibir.

"Lepas apa yang I nampak semalam, terbuktilah apa yang Raisha cakap adalah benar."

"Ris...." Cristy senyum pedih.

"Hubungan kita tak boleh diteruskan."

"Please...jangan buat keputusan terburu-buru. You tahu I masih sayangkan you kan? Maafkan I, I tak ada niat nak curang dengan you. I suka berkawan dengan perempuan. Itu aje."

Firdaus bangun cuba untuk meraih tangan halus itu. Namun, halangan dari Dez benar-benar menyukarkannya.

"Touch my girl and you die." Peringatan mesra disuarakan keras.

"I am her boyfriend." tekan Firdaus.

"Was."

Tangannya melilit pada pinggang Cristy. Rambut yang sedikit berserabut dibetulkan.

"Tell him girl." bisik Dez lembut.

Siap pakej cium pada ubun diberinya. Terkekeh Raisha ketawa, suka pulak tengok drama depan mata.

"Apa maksud dia, Ris? You curang dengan I?"

"You boleh berkawan dengan perempuan kan?" Senyum sinis terlakar di bibir.

"So...." Tubuh sasa Dez dipeluk.

"Kenalkan, dia adalah kawan baik I."

Gatal tangan Raisha nak tepuk tangan. Suka pulak tengok muka frust Firdaus.

"Seriously Ris?" Ketawa perit dihambur.

"You nak I berciuman macam semalam baru you nak percaya kami berdua adalah 'kawan'?"

"I dah tak kenal you. Sanggup you buat I macam ni kan?"

"You yang ajar I jadi macam ni. Jangan salahkan I sedangkan you yang mulakan dulu. Andai I tak jumpa you semalam, sampai bila-bila pun I tak tahu perangai sebenar you. Patutlah you selalu mengelak jumpa I, rupa-rupanya you dah ada pengganti baru."

"Dia bukan sesiapa. I dengan dia cuma kawan. Itu aje!"

Deringan telefon Firdaus berbunyi. Gigi diketap geram. Tidak diangkat, malah lelaki itu menikus diam.

"Kenapa tak angkat?"

"Tak penting." Cristy tarik nafas panjang.

"Apa lagi yang you nak sembunyikan dari I?"

"I takde sembunyikan apa-apa, I dah lewat nak balik. Lain kali kita jumpa." Beberapa tapak diambil.

"Kita putus." putus Cristy serius.

"You memang nak kita putus ke?" 

Firdaus menoleh, anak mata Firdaus melirik pada tangan yang masih utuh bersulam bersama.

"Perlu ke kita teruskan hubungan yang tak bawa makna apa-apa ni? Dari dulu, I aje yang mengharapkan cinta dari you. Tapi you? Ada you datang cari I? Takde kan? I je yang terhegeh-hegeh macam perempuan murah dekat you."

Tanpa isyarat, tubuh Cristy didakap erat.

"Your language is offensive, darling." Dez cium bibir Cristy sekali.

"You aren't whore."

Firdaus gempal kuat penumbuk.

"Every single part of you is worth it and you shouldn't change one thing about you." Dez menggeleng.

"That guy who broke your heart because you weren't good enough?"

Cristy kemam rapat bibir. Jujur hatinya menangis.

"He's a liar."

Dez kerling Firdaus sekilas.

"You were made the way you were for a reason and someone, someday will love you for who you are because that's what you deserve."

"Our relationship is over!" Putus Firdaus serius.

Tatkala itu beberapa titis air mata menitis, anak mata menghantar pemergian Firdaus dari jauh.

"Hujanlah Ris, jom balik." ajak Raisha kerisauan.

Makin basah kuyup kalau terus berdiri di sini.

"Terima kasih untuk setiap lakonan awak, saya undur diri dulu."

Cristy hulur senyum ikhlas. Tangan besar itu dilepaskan diganti tangan Raisha diheret ke kereta miliknya. Raisha tunduk sikit.

"Bye."

Dez menolak lidah ke dinding pipi kanan. Mukanya yang putih melepak bertukar merah menyala. Hatinya hancur berkecai, tak dapat menahan rasa itu. Benar-benar harus dilampiaskan juga.

"Il destino e davvero crudele." (Fate is truly cruel)

Rambut diserabutkan.

"Davvero Ris?" (Really Ris)

Penumbuk digempal bersama kepala menggeleng tidak percaya.

"Tu sei davvero così idiota? Huh?" (Are you really that idiot?)

Pokok yang ada disebelah ditumbuk kuat. Sakit pada tangan tidak dihiraukan. Hatinya lebih sakit dari segala-galanya.

"Sei un dannato idiota!" (You're a damn idiot!)

Habis lencun baju kemeja soft colour yang dipakai. Ketulan-ketulan itu menampak, blazer telah ditinggalkan dalam kereta. Tak boleh nak tutup tubuh seksinya. Kepala ditunduk menekur tanah. Hujan makin lebat dan dia masih di sini.

"Cosa c'è di difficile da capire? Huh? Mi piaci tu idiota...Mi piaci...."(What's hard to understand? Huh? I like you idiot! I like you!)

Beberapa kali Dez bersin, kepalanya terasa pening. Antibodi lemah beginilah, tak boleh kena hujan sikit.

"Hey..." seru seseorang.

Pandangan Dez kabur, kepala diangkat.

"Hye..." Senyum terkutik sedikit.

"Darl-"

Tubuhnya jatuh menyembah bumi, pengsan tidak sedarkan diri.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro