Bab 11
"Dari pemeriksaan saya, puan tak ada apa-apa penyakit yang parah." Kaca mata ditanggalkan.
"Puan cuma demam biasa."
Cristy hela nafas lega. Bersyukur dirinya baik-baik saja.
"Saya suka sikap caring suami, puan."
"Kami belum berkahwin." Doktor Huda ketawa kecil.
"Usah malu untuk mengaku puan, tak salah ada suami mat salleh yang baru masuk islam." ungkap Doktor Huda. Senyumnya penuh makna.
"Tapi-"
"Jangan lepaskan lelaki yang betul-betul sayangkan awak. Ada masalah, bincang. Tak perlu merajuk dalam masa yang lama. Cuba awak tengok...." Bibir juih pada Dez yang setia menunggu di depan pintu wad.
"Dari tadi dia tunggu awak. Muka pun nampak risau. Mundar-mandir depan pintu semata-mata tunggu awak. Bukan itu saja, dia ada belikan awak sedikit makanan."
"Macam mana Doktor tahu?"
Cristy pandang Dez sekejap, tak sangka tika itu matanya bertemu dengan lelaki itu. Lantas, mata dialih ke arah lain.
"Saya keluar nak ambik barang dekat luar dan saya nampak dia bawak beberapa plastik berisi makanan untuk awak."
"Mungkin untuk dia sendiri? Siapa tahu kan?" nafi Cristy.
"Kenapa suami awak tak makan sekarang kalau betul untuk dia sendiri?" Cristy terkelu.
"Dalam pernikahan, jangan terlalu ego untuk menerima maaf. Ego boleh memutuskan setiap perhubungan." Tangan Cristy dicapai lalu digenggam.
"Hubungan yang baik bermula dengan pasangan yang baik. Boleh untuk awak merajuk, tapi jangan ambil masa yang lama. Kasihan saya tengok suami awak, sedih aje muka." Cristy garu kepala tak gatal.
'Muka sedih pun aku tak nampak, inikan pulak nak cakap si Dez tu sedih? Memang taklah!'
"Saya rasa...." Jam dipergelangan tangan ditilik.
"Saya rasa dah lewat sangat ni, saya keluar dulu ya?"
Bergegas Cristy keluar. Tutup telinga terus apa yang Doktor Huda katakan selanjutnya.
"How ya feel now?"sergah Dez tanpa sempat Cristy tutup pintu.
Jeda,
"Do you feel better now?" Tangan halus itu digapai.
"Awak nak apa ni? Saya penatlah...." Ditepis, tangan dibawa picit dahi. Dez ketap kuat giginya.
"Are you alright?"
Dez meraup rambutnya ke belakang. Nampaklah lelaki itu sedang serabut juga menahan marah padanya. Dahlah tengah risau ni.
"Stop asking me dumb questions child." ucap Cristy keras.
Dez tolak lidah pada belakang gigi tengah.
"Oh? Really?"
Jam dikerling, sudah menginjak angka sepuluh malam. Cristy hayun langkah keluar dari hospital. Nak berehat dalam rumah pulak, letih. Juga malas nak layan kerenah Dez. Anak buah Dez dikerling ekor mata.
"Sai che non mi piace che tu stia usando quel linguaggio con me piccola..." (You know I don't like that you're using that language with me baby...)
Makanan diberikan pada anak buahnya sebelum tangan Cristy ditarik kasar mengikut langkahnya. Rontaan Cristy sedikitpun tidak diambil kisah.
"Lepaslah awak! Lepas!" Tepisannya tidak berhasil.
"Have you ever been so mad? Huh?" soal Dez geram.
"Sto-"
Sejurus anak mata menangkap figura seorang lelaki dikenali, matanya berubah merah. Kata yang ingin disambung juga hilang. Berkaca mahu menangis. Bibir digigit kuat menahan setiap rasa bercampur baur. Beberapa tapak langkah kini terundur ke belakang.
"Stop....wh...at?" soal Dez perlahan.
Matanya turut sama pandang ke arah yang sama. Terdapat seorang lelaki sedang berpelukan di seberang jalan. Hanya ditemani lampu jalan sahaja.
"Le...pas...." suruh Cristy sebak. Tak terkeluar suaranya. Beberapa titik mutiara jatuh pada pipi.
"That's....him...." gumam Cristy halus.
"What's wrong with him?"
Perasaan cemburu menggunung tatkala air mata itu kian deras mengalir.
"My boyfriend." akui Cristy sejujurnya.
Dang!
Bagai pisau sedang menusuk bertalu-talu pada tubuhnya. Sakit yang tak terperi mendengarkan pengakuan itu. Dez tidak suka perasaan ini.
"Look at me." Tubuh Cristy dipaksa pandang dia.
"You belong to me now." suara itu mengungkap di celah gigi.
Cristy diam. Sepatah haram pun tak keluar dari bibir itu. Satu perkataan sudah terasa rumit untuknya keluarkan kata. Apatah lagi untuk menjawab 'tidak'.
"Ris!"
Seraya itu,
"I am sorry."
Bulat mata Dez, nafas mereka berdua bersatu. Senyum sinis disembunyikan, tangan menjalar pada pinggang Cristy. Dipejam mata, menghayati apa yang terjadi. Bagai mimpi yang berubah menjadi realiti.
"Apa you buat dekat sini?"
Dez dapat dengari perbualan antara dua pasangan kekasih itu.
"I ada sesuatu nak bincangkan dengan seseorang." ucap lelaki itu selaku teman lelaki Cristy.
Tak lekang matanya pada dua pasangan kekasih di depan mata. Hancur luluh hati mendapati kekasih hati melakukan maksiat di depan mata.
"Lebih baik kita balik ajelah. Dah lewat kan?"
Untuk sekian kalinya, air jernih itu mengayut pada kedua kelopak mata. Cuba meleraikan, namun Dez tidak mahu. Dada bidang itu ditolak kuat. Hilang nafas, barulah Dez melepaskan.
"I've made a huge mistake." Teresak-esak Cristy menangis sehingga sendunya juga kedengaran.
"No..." Dez menggeleng.
Tubuh Cristy didakap erat. Pemergian dua pasangan itu ditatap sehingga hilang bayang.
"Non è uno sbaglio." (It is not a mistake)
Rambut panjang Cristy diusap. Berharap perasaan sedih itu hilang.
"Voglio stringerti..." (I want to hold you...)
Tangan halus itu digenggam lalu diberikan ciuman syahdu.
"Voglio che tu mi dica che questo non è uno sbaglio." (I want you to tell me this is not a mistake)
Sisa air mata Cristy dihapus, tanpa sedar lengkung sikit terbit dari ulasan bibir itu.
"C'est mon rêve." ucap Dez dalam bahasa France. (This is my dream)
Beberapa langkah dibawa ke depan, penuh romantik lelaki itu mencium dahi Cristy. Lama. Tatkala itu, Cristy membiarkan saja setiap rasa yang bercampur dalam hati. Apa yang Cristy tahu, dia tak ada hati untuk membalas apa-apa kata. Bahasa asing itu sedikitpun dia tidak mengerti.
"Jealousy is not the fear of losing but the feeling that our position is threatened. I am the one, who loves you as the day. To lose you makes me shudder like a mast on a blustered day" Suara itu biasa saja tapi kenapa hatinya bagai telah ditakluki lelaki itu?
"I want to say everything will be okay but i hate that." Nafas ditarik payah. Senyum ditarik terpaksa.
"People don't know." Dez usap kepala Cristy sekali.
"Everything might be worse but i'ii be here with you." Tangan Cristy diraih lalu diusap.
"I thought he liked me." Ketawa pedih dihamburnya.
"But...." Bibir dikemam.
"He cheated on me with her." Perempuan seksi tadi bermain di ruang mata. Mukanya diraup kasar.
'Whatever you're thinking, stop thinking it!'
"Hey...."
Tangan kecil yang sedang memukul kepala itu digenggam. Seraya itu, kepala Cristy diusap sayang.
"Bite my hand." Dahi licin itu berkerut seribu.
"Huh?"
"Bite. My. Hand." Cristy menggeleng.
"Okay." Terjerit Cristy, sesuka hati saja lelaki itu gigit tangannya.
"Sakitlah!" Ketawa macho keluar dari ulasan bibir itu.
"I wanna give you a hickey that way you will be marked as mine." Cristy laju menggeleng.
"Bye!"
Berlari tak cukup tanah kaki pendek itu menuju ke kereta Dez,
Alamak! Kunci!
"Hello....."
Dez tayang kunci kereta.
"Ala...."
Cristy buat muka sedih. Dez sembunyi senyum, makin mendekat. Tak ada tanda Cristy nak bergerak, malah statik aje. Nafas ditarik sekali. Pipi itu dikucup.
"Let's go."
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro