Bab 1
Keluhan berat dilepaskan, kertas yang dipegang ditatap sayu. Butik pakaiannya akan ditutup atas sebab tidak dibayar penuh. Hidup keseorangan di bandar besar ini benar-benar mencabarnya. Tiada lagi tempat mengadu, kerana Mama dan Papanya sudah meninggal beberapa minggu yang lalu.
"Boss, kenapa ni?" soal salah seorang pekerja.
"Tak ada apa, awak dah siapkan semua kerja Piqa?"
"Dah boss, saya datang melawat pejabat boss kerana risau. Nampak pucat sangat muka boss. Tak nak pergi klinik ke? Mana tahu sakit teruk ke? Bahaya kalau terus dibiar,"
"Saya okay, biasalah kerja banyak. Tak dan nak makan apa semua," Cristy memberi alasan yang munasabah.
Cukuplah dia saja yang hadap semua ini, tidak perlu diberitahu pada semua pekerja. Janjinya, tak akan Cristy putus asa. Duit akan dicari walau bagaimanapun untuk butik kecil miliknya ini.
"Boss nak saya belikan makanan atau apa-apa? Saya boleh belikan dekat seberang jalan sana." Jari dituding disebalik cermin lut sinar itu.
"Eh, tak apa. Saya boleh beli sendiri, awak jangan risau. Lagipun saya memang nak keluar ni," Jam tangan dikerling sekilas, dah menginjak angka satu tengah hari. Patutlah perutnya terasa lapar semacam!
"Betul boss nak keluar pergi makan?" Piqah meminta kepastian. Serius risaukan boss besarnya ini.
"Betul, saya pergi dulu. Jaga butik elok-elok, dah settle apa yang patut....saya masuk pejabat semula." Piqah mengangguk.
Bayang Cristy keluar dari butik ditatap tidak lepas. Risaunya lebih daripada segala-galanya. Bukan apa, Cristy selalu skip makan semata-mata kerana kerja. Kuat betul bossnya itu.
"Haih..."
Untuk entah kali berapa Cristy mengeluh. Masuk kereta pun macam pasrah aje, enjin kereta dihidupkan. Nafas ditarik panjang, harap pujukannya nanti mampu lembutkan hati tuan empunya butik itu.
"Kau boleh pujuk punya, kau bodek aje dia. Kau cakaplah dia handsome walaupun misai dah nak tercabut, tak apa. Bukan selalu puji tak ikhlas." gumam Cristy sendiri.
Radio dipasang kuat, lagu kedengaran kuat bergema. Langsung kepalanya digerak ke kiri dan kanan. Penuh perasaan Cristy menyanyikan lagu It's only me yang dinyanyikan oleh Kaleb J.
Buk!
Alamak!
Radio diperlahankan, gigi diketap geram melihat dari jauh kemek di belakang kereta Lamborghini Aventador. Hutang butik tak bayar lagi, takkan yang ni pun kena bayar sekali? Aduh!
Tok! Tok! Tok!
Bibir digigit lembut, takut-takut pintu itu dibuka. Keluar saja dari kereta, raut wajah manis seseorang menyapa deria penglihatannya. Wajahnya kuning langsat dengan senyuman manis benar-benar menarik Cristy untuk lakar senyum manis.
"Sa-saya minta maaf, tak bermaksud nak langgar kereta mahal awak. Saya terlalu..." Kepala yang tidak gatal digaru. Takkan nak cakap sebab stress kan?
"Saya terlalu fokus menyanyi tadi." Sengihan panjang diberi.
"Cik tak patut minta maaf dekat saya, saya cuma anak buah kepada pemilik kereta aje."
"Anak buah?" Kepalanya diangguk.
"Mana pemilik kereta sebenar?"
"Dalam kereta, kepenatan. Mungkin itu sebabnya Tuan Dez tidur." Raut wajah Cristy bercahaya. Peluang untuk melarikan diri!
"Boleh miss jumpa Tuan Dez kejap? Untuk kepastian bayar atau terus dilepaskan?"
"Erk...."
Ting!
Bunyi mesej berbunyi, lantas Adam membaca mesej daripada Tuan Dez.
"Kejap ya,"
Cristy mengangguk. Melihat setiap reaksi lelaki itu, sesekali bekerut seribu. Ada jugak anggukan mengerti.
"Saya Adam, pengawal peribadi Tuan Dez." Adam tunduk mengenalkan diri.
"Saya Cristy,"
Adam mengangguk,
"Macam mana dengan bayaran? Saya perlu jumpa Tuan Dez ke?" soal Cristy kerisauan. Bagaimana kalau bayarannya mahal? Habislah!
"Tuan Dez memerintahkan saya untuk membatalkan apa-apa bayaran yang dikenakan,"
"What?!"
Kereta mewah itu direnung tajam, kenapa? Kenapa tidak perlu bayar?
"Takkan macam tu aje? Tak adillah, saya kemekkan kereta tuan awak bukannya murah untuk dibaikinya." Cristy mula serba salah.
"Tak apa, Tuan Dez halalkan segala pembayaran. Kalau Cik bayarkan jugak, kemungkinan besar Tuan Dez tak akan terima."
"Apa yang Tuan Dez akan lakukan kalau saya tetap bayar?"
Jarinya dimain antara satu sama lain. Jujur perasaan serba salahnya kian belenggu diri. Haih!
"Kemungkinan duit itu dibakar,"
Terlopong mulut Cristy, tak akan duit pun nak bakar?
Oh lupa, orang kaya, duit pun tak apa jika dibakar.
"Kenapa tak sedekah dekat mana-mana rumah anak yatim?"
Terkelu lidah Adam untuk menjawab, tak pernah Tuan Dez melakukan hal kebajikan sebegitu. Kerjanya hanya membunuh dan memperlakukan manusia bagai sebuah patung tiada perasaan. Diseksa dan dibunuh tanpa belas kasihan.
"Cik dari mana?" soal Adam. Mengubah topik perbualan mereka.
"Saya dari butik, sekarang nak jumpa pemilik butik. Dah lama saya tak bayar hutang, banyak jugak tertunggak gara-gara saya tunda bayaran." Adam mengangguk saja.
Rajin pulak Cristy cerita lebih panjang tentang hutangnya itu. Tak ada malu langsung.
"Nasib baik Tuan Dez tak ada mintak apa-apa sebagai cagaran. Dekat manalah saya nak cakau duit untuk bayar kereta semahal itu." Bibir dimuncung pada kereta mewah di depannya itu.
"Berterima kasihlah pada Tuan Dez, saya cuma mengikut arahannya." Cara percakapan lelaki itu sungguh formal. Naik rimas jugak Cristy mendengarnya.
"Awak orang mana? Kenapa bercakap terlalu formal? Baku sangatlah, saya dah rasa pelik lain macam ni,"
"Saya dah terbiasa cakap baku dengan Tuan Dez, Tuan Dez mengarahkan sedemikian rupa. Katanya itu menunjukkan saya menghormati dirinya sebagai boss besar."
"Patutlah..."
Cristy melihat kereta mewah itu untuk kali kedua. Sejujurnya dia mahu bertemu muka dengan lelaki yang baik hati itu. Mahu mengucapkan terima kasih atas kebaikan yang diberi. Mengenangkan sudah lewat, Cristy terpaksa undur diri.
"Saya terpaksa pergi sekarang, jangan lupa ucapkan terima kasih pada Tuan Dez. Saya terhutang budi padanya,"
Cristy berlari anak masuk ke dalam kereta. Menderum laju kereta itu membelah jalan raya, sempat dibunyikan hon pada kereta mewah tersebut. Gelap cermin itu, tak mampu memberi peluang Cristy melihat raut wajah si baik hati.
"Haih, saya harap dapat jumpa awak satu hari nanti. Terima kasih atas kebaikan awak." ucap Cristy sendiri.
Adam memboloskan diri masuk ke dalam kereta.
"Segui lei," (Follow her)
Mendengar arahan itu, laju kereta itu dipandu mengekori Cristy dari belakang. Keretanya diparking jauh sikit dari kereta Cristy. Tak lepas anak mata Dez pada Cristy yang telah masuk ke dalam sebuah restoran mewah.
"What did you guys talk about?"
Cristy kini telah melabuhkan duduk di atas kerusi. Dez mengenggam penumbuk melihat layanan lelaki berumur itu, melempar kertas tepat di muka Cristy.
"We were talking about debt," Dez mengetap kuat giginya.
"Dimmi di più su di lei," (Tell me more about her)
Adam mengangguk, setiap luahan Cristy tentang hutang tadi kini diulang kembali. Dez lebih fokus pada Cristy berbanding cerita itu. Adam boleh nampak kemarahan memancar dari anak mata kelabu itu. Terlalu marah gamaknya, konfem ada yang diseksa esok. Percayalah!
"Pay off her debt,"
Dez turunkan kerusi. Malas nak tengok wayang percuma yang tidak menyenangkan.
"Si," (Yes)
"Come here tomorrow 8 am sharp," Adam mengangguk.
"Make sure tomorrow, be at my desk the receipt."
"Baik Tuan!"
"I swear I'll kill the bastard for what he's done," gumam Dez perlahan.
Cukup untuk dia saja mendengarnya. Matanya dipejam rapat, mahu dapatkan tidurnya kembali.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro