Bab 54
Peluh yang menitik di dahi, di lap sedikit kasar. Senyum lebar terkutik di bibir itu usai semua kerja mengemas bilik telahpun selesai. Merasa ada yang kurang, Cristy meliar mata mencari sang suami.
"Aip? Pergi mana suami aku?" Gumam Cristy sendiri.
Langkahnya dibawa turun ke bawah mencari ke serata tempat. Sayup-sayup kedengaran suara seseorang bercakap dari arah dapur. Maka itu, kakinya laju melangkah ke sana. Topik yang Dez dan Adli bicarakan sedikit aneh, Cristy berfikir mungkin lebih baik dia bersembunyi dulu pada dinding. Curi-curi dengar perbualan mereka.
"Kenapa kau masak maggi macam ni? Salah cara kau ni!" Nasihat Dez macam orang dah lama memasak dapur.
"Eh? Betul dah aku masak ni, mamee biasa dengan mamee chef tomyam sama aje cara masaknya." Balas Adli pantas dirampas mamee cup nya ditangan Dez.
"Salah info kau ni! Cara masak dia, sama aje macam kau masak maggi!" Dez letak semua rempah yang tersedia dalam mamee cup itu.
"Kau salah buat, kau siap eh! Aku beli satu aje!" Adli memperingatkan pada Dez.
"Diamlah kau! Kau tengok aje macam mana boss kau buat kerja. Okay?"
Cristy yang menjadi pemerhati sejak tadi menggeleng. Bibirnya dikemam rapat. Tak tahan nak gelak!
"Lepas kau dah letak semua rempah yang dia bagi, kau tunggu sejam. Lepas kau tunggu, baru kau tuang air panas." Ajar Dez singkat.
"Kenapa pulak kena tunggu rempah sampai sejam? Tunggu rempah beranak ke?" Soal Adli sakit hati.
"Tunggu rempah masaklah!"
Adli mendengus geram.
"Masak kepala otak kau! Dapur gas pun tak buka, ada hati nak tunggu rempah masak!" Rungut Adli geram.
"Ini bukan rempah yang masak, kau yang aku masak terus!"
Adli rampas kasar mamee cup dari Dez. Rempah yang sempat mereka berdua tunggu sejam tadi dibiarkan saja di situ. Terpaksalah dia menuang air mengikut sukatan yang diinginkan.
"Ini bukan setakat ajaran Ayah Pin yang kalah dengan kau. Semua ajaran sesat boleh kalah dengan kau ni. Ni bukan setakat pandai je, bodoh pun campur sekali."
Buk!
Macam biasa, mereka berdua akan gaduh. Bernasib baik, Adli yang baik hati tak membalas pukulan bahu yang Dez berikan.
"Kau dengar tak?" Soal Adli tiba-tiba.
"Orang gelak?"
"Pontianak mana gelak ni? Bukan setakat manusia takut, rumah-rumah sekali keluar dari akar tanah sebab takut. Seram wey rumah kau ada pontianak!" Adli usap dua bahunya, gaya meremang sangat dah keadaan dia ni.
"Siang-siang macam ni, mana ada pontianak. Kalau ada pun, kaulah orangnya."
"Aku tak boleh jadi pontianak, rambut aku pendek."
Makin menjadi-jadi suara gelak nyaring itu. Adli dan Dez tercengang apabila Cristy sudah menunjukkan diri. Terbongkok sampai pegang lutut ketawa.
"Melebih pulak kau, apa gelak-gelak? Nak kena kiss ke?"
Buk!
Mendapat terus tumbukan padu dari Dez. Terjerit kecil Cristy mendapatkan Adli. Yang anehnya, bukan Adli meringis sakit malahan ketawa. Kena tumbuk pun ketawa, belum kena sepak masuk dalam tong sampah lagi.
"Sayang sini!" Panggil Dez cemburu.
Cristy serba salah, luka pada hujung bibir Adli masih terlihat. Tak sampai hati dibiarkan sebegini tapi disebabkan cemburu Dez tidak main-main, Cristy bangun berdiri betul-betul di sebelah Dez. Kepalanya menunduk lagak orang sedih.
"You are mine and only mine!"
Dengan sengaja, Dez kiss Cristy didepan Adli. Adli sembunyi senyum kerana berhasil membuat Dez cemburu juga sakit hati. Bukan sekali bermain-main dengan singa bukan?
"Abang sakit!"
Dada itu menjadi mangsa pukulannya. Disebabkan cemburu, bibirnya pulak yang jadi mangsa. Bengkak habis!
"You are mine! Mine only! No one can take you away from me!" Ungkap Dez posesif.
Adli angkat alis seakan mencabar. Dia bangun sambil mengesat darah pada hujung bibirnya.
"Gurau pun tak boleh! Dasar ini anak!" Gumam Adli susah payah buka mulut mengata.
"Kau yang cabar aku, aku tak suka kau gurau nak kiss kiss orang. Cuba aku gurau benda sama dekat kekasih kau. Apa kau rasa?"
"Nak rasa apa? Rasa happy jelah kut!" Sepantas itu Adli dapat menjawabnya.
Terbeliak biji mata Cristy.
"Ap-apa?" Soal Cristy tidak percaya.
"Yelah, aku happylah. Sekurang-kurangnya aku dapat cari perempuan lain."
Cristy blur!
Oleh kerana dia tak faham, kepala yang tak gatal pun dia garu. Boleh jadi tak betul andai dia terus-terusan berbicara dengan Adli. Jawapan lelaki itu tak pernah tak gila.
"Dah ada calon?" Soal Cristy ingin tahu.
"Dah, tunggu jumpa mom dad and kahwin."
Dez dan Cristy berpandangan sesama sendiri. Tak percaya sebenarnya apa yang Adli katakan tapi pada masa yang sama. Tak mungkin Adli bergurau bukan?
"Bila nak balik?" Soal Cristy lagi.
Dez tak mampu keluarkan kata. Dia terlalu terkejut sehingga yang mampu lakukan sekarang adalah mendengar juga melihat reaksi Adli.
"Maybe today or esok tapi rasanya harini."
Tak habis lagi terkejut hal Adli ada girlfriend, sekarang dikejutkan lagi dengan kepulangan mendadak Adli ke Australia. Lepas ni apa lagi kejutan yang dia bagi?
"Kau ingat perkahwinan ni perkara main-main ke? Kalau kau tak serius, baik kau undur diri. Jangan paksa diri!"
"Kau nak tahu satu rahsia?" Soal Adli misteri bersama senyum kecil.
"Apa?"
"Aku kahwin dengan Demi."
"What?!" Bergema kuat suara itu diruangan dapur dengan suara Dez.
Dez menggeleng tidak percaya sampai ketawa dibuat-buat pun terletus dari bibirnya.
'Bagaimana mereka boleh kenal sedangkan Demi belum lihat wajah Adli? Dan bagaimana ini semua boleh berlaku? Dan-ugh! Apakah semua ni?'
"Kau kahwin dengan ular, kau tahu tak?!"
"Okaylah tu, aku boleh kurung ular dalam sangkar. Takdelah kerja nak patuk orang aje. Cukup patuk aku aje!" Biasa aje suaranya seperti tak kesah langsung dengan perempuan yang akan dia nikahi nanti.
"Ular yang kau ambil ni lagi bahaya dari segala ular tau!"
"Tak bahaya!" Sanggah Adli tidak terima.
"Dia hampir nak raped aku."
"Baguslah, nasib aku tak raped kau."
Adli faham apa yang terjadi. Cepat-cepat dia berlari menjauh dari Dez. Cukup tahu akan situasi, lihatlah Dez pun sedang mengejarnya ketika ini. Cristy tak cukup nafas kejar dua orang manusia itu.
"Abang cukup! Cukup abang!" Cristy urut kepala.
'Ya Allah, ini baru yang besar...kalau keluar anak cicit semua...Ya Allah mahu runtuh rumah besar ni.'
Dez meneruskan langkahnya kejar Adli. Tak kesah dah dengan dia yang panjat kerusi, panjat sofa dan semua jenis dipanjatnya.
"Kenapa kau kejar aku?" Soal Adli terengah-engah nafasnya sambil mengelak dari serangan Dez.
"Kau sini! Aku nak ajar kau cara cakap betul-betul dengan aku!"
Adli tergelak dengan muka merah Dez. Mereka selalu macam ni kalau bergaduh, belum dekat mansion lagi. Kalau dekat mansion, memang pistol di tangan kedua-duanya. Bising hanya disebabkan mereka berdua. Ganas bukan?
"Woi sini!"
"Woi sana!" Ajuk Adli belum puas sakat si Dez.
Cristy awal-awal dah pengsan atas sofa. Dia pejam rapat mata, tak nak tengok pertengkaran Adli juga Dez.
'Baik tidur daripada layan dua manusia ni! Ish!'
Hampir dua jam berlari, barulah mereka menunduk keletihan. Dez mencari sofa panjang lalu duduk di sana. Cristy menyedari kehadiran sang suami, cepat bangun dari baringnya. Dez tak tahu Adli hilang entah ke mana, yang pasti. Dia kelelahan!
"Penat?"
Dez membalas dengan anggukan. Dia merangkul erat pinggang Cristy lalu dibawa rapat dengannya. Kucupan sayang diberikan pada tepi kepala itu.
"Nah," Adli hulur air mineral yang dirembat dalam peti sejuk.
"Thanks."
Adli angguk lalu dia duduk di atas sofa single.
"Aku serius dengan bicara aku tadi." Ujar Adli masih dengan nafas lelahnya.
"Hmm.."
Adli terkekeh ketawa. Dah tak ada modal nak gaduh lah tu, itu salah satu sebab Dez dah tak nak bicara lebih banyak.
"Aku tahu kau risaukan Demi buat hal dekat aku tapi kau kenal aku macam mana kan?"
Dez angguk sembari meneguk air itu sehingga habis.
"Aku mampu buat Demi tersungkur jatuh kalau dia betul-betul mengkhianati atau merancang sesuatu dekat aku. Aku mampu jaga diri atas segala tunjuk ajar dari kau. Terima kasih untuk semuanya." Ikhlas Adli mengucapkan untaian ayat itu.
Dez merasa bangga pada Adli. Tanpa banyak kata, dia bangun merapati Adli. Isyarat bangun diberi dan Adli melakukan hal yang sama iaitu bangun.
"Kenapa?"
Adli tergamam juga tidak terkata. Tak berkedip matanya kerana terlalu terkejut. Untuk pertama kalinya Dez memeluk dirinya. Mungkin tiada kata manis seperti pujian dari boss tapi Adli tahu, ini adalah bentuk kata bangga dari Dez padanya.
"Kau jangan risau, aku tetap akan rindukan kau. Bila aku dan kau ada anak nanti, boleh ajak main kejar-kejar macam tadi." Usik Adli senyum kecil.
Terhambur ketawa kecil dari bibir Dez. Rasanya terlalu sukar untuk melihat lelaki itu ketawa tapi apabila Adli dapat mendengarnya, sungguh dia merasa bahagia. Cristy mematung dengan senyum melebar. Dia tahu Dez sayang nak melepaskan Adli dari hidupnya tapi Dez terlalu malu untuk mengungkapnya pada Adli.
Semoga, mereka bisa bertemu lagi.
Amin...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro