Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

41 -BIG SUPRISE

Tyler pov

What a big suprise?! Siapa mereka berdua ni? Aku mengundurkan kerusi ke belakang sedikit untuk mencuri dengar perbualan tiga makhluk di belakang aku.

"Terima kasih cik Aurora."ucap seorang gadis dengan nada perlahan.

"Just call me, Aurora. Most welcome."jawab Aurora.

Siapa mereka ni? Dokumen apa yang mereka bualkan? That white girl, who is she? Kenapa rambut dia warna putih? Is she an angel?

Stop. Tyler, kau banyak sangat persoalan. Just stop and meet them. Berdiri dan pusing ke belakang. And then ask like this, 'Excuse me, can I join with you guys?'.

Papp! Simple! Stupid, Tyler.

Aku bingkas berdiri dan menoleh ke belakang. Mereka masih lagi berbual dan ketawa bersama. Aku menghampiri meja mereka.

"Aurora?"aku menegur. Aurora mengangkat wajahnya lalu memandang aku tepat.

Sengihan sisa ketawanya terhenti. Aurora memaparkan reaksi terkejut.

"Tyler. Se..sejak bila kau di sini?"

"Sejak tadi."aku menjawab lalu mengukir senyuman kelat. Aurora terdiam. Gadis berambut putih menundukkan wajah. Lelaki itu pula menyedut minumannya.

"Jadi kau dengar semuanya?"

Aku mengangguk perlahan. Aurora menarik kerusi di sebelahnya.

"Duduklah."

Aku segera duduk di kerusi yang berhadapab dengan gadis berambut putih. Aku merenungnya. Damn, bulu mata dan keningnya juga berwarna putih! Dan warna matanya, warna apa tu? Aku tak pernah lihat warna mata original seperti itu sebelum ni. Atau itu contact lense? Who are you actually?

"Tyler, ini John Clooney dan Camellia Edisson. John doktor yang rawat aku di Eastardom. Keluarga dia banyak membantu aku di sana."aku bersalaman dengan mereka berdua. Tatkala aku bersalaman dengan gadis bernama Camellia ini, aku merenung tangannya. Warna kulitnya putih pucat. Is she sick? Atau dia zombie?

"Aku Tyler Davis. Kawan kepada Aurora. Oh ya, boleh aku tahu itu dokumen apa?"

"Nothing. Cuma rekod perubatan aku semasa dirawat di sana."jawab Aurora laju.

"I don't think so. Kau sembunyikan sesuatu kan daripada aku?"

"Aurora, aku rasa kami nak pulang dahulu."soal lelaki bernama John. Aku memandang Aurora. Dia teragak-agak untuk menyerahkan semula dokumen yang ada di tangannya.

"Nanti aku call kau."

"Baiklah."

John bingkas bangun dan menolak kerusi roda yang diduduki Camellia. Aku hanya melihat kepergian mereka berdua sehingga mereka lesap dari pandangan.

And now, tinggal aku dan Aurora sahaja berdua. Aku memaparkan reaksi curiga kepada Aurora. Aurora pula merenung gelas kaca yang berisi minuman berwarna hijau.

Aku bingkas berdiri dan melangkah perlahan ke kerusi di hadapan Aurora. Kerusi yang diduduki John tadi, aku duduk perlahan.

"Now tell me, Aurora. What it is? Dokumen apa tu?"aku menyoal seraya wajah bertukar serius.

Aurora menghela nafas panjang.

"Tapi kau kena janji dengan aku dahulu. Janji yang kau takkan beri tahu Evan."

"What? Tapi kenapa?"

"Evan tak boleh tahu, Tyler."

"Alright. Aku janji. Asalkan kau tak tikam Evan dari belakang. Kau kekal setia dengan dia."

"Oh come on. Aku tak terniat langsung nak curang belakang dia. Kau boleh percayakan aku, Tyler."

"All right. Then tell me. Apa yang kau nak rahsiakan sangat dari Evan?"

***

Siling bilik aku tenung lama. Bunyi burung pungguk kedengaran di luar tingkap. Macam mana aku nak rahsiakan daripada Evan? Ini perkara serius. Tentang hidup dan mati Aurora. Aku rasa dia memang betul-betul gila. Aurora gila. Macam mana dia boleh terfikir nak lakukan benda tu?

Kenapa semua orang nak mati cepat ni? Mula-mula Isaac. And now Aurora? Soon Oliv, right? Damn. Kenapa Author kejam sangat? Please make a happy ending for us. Geez.

Tapi sumpah aku tak boleh terima rancangan Aurora. Macam mana dia boleh nak serah diri untuk mati macam tu? Apa yang merasuk dia? Aku terus mengimbas perbualan aku dan Aurora seketika.

"Kau gila ke apa? Habis buat apa kau bertunang dengan Evan?"

"Aku kena bahagiakan Evan untuk kali terakhir. Aku cuma ada sebulan je lagi untuk bahagiakan dia."

"Kalau kau nak dia bahagia, kau takkan rela buat benda tu, Aurora. Aku tak dapat bayangkan bila dia kehilangan kau. Evan akan gila. Gila sebab rindukan kau."

"Dia akan bahagia juga nanti. Percayalah. Dia akan terima kehilangan aku bila tiba masanya."

"Gila. Semua ni gila, Aurora."

TOKK.. TOKK...

Aku segera menoleh ke arah pintu. Daun pintu dibuka, Chloe melangkah masuk ke dalam.

"Hey, bila kau sampai?"aku menyoal.

"Baru je. Kau buat apa dalam bilik? Tengok porn eh?!"

"Eh apasal kau cakap aku tengok porn pulak?"aku segera baling bantal yang ada di atas katil.

"Tyler! Aku gurau je. Sakit, idiot. Stop baling bantal tu."

Aku hampir terlupa. Aku masih ada seseorang dalam hidup aku. Chloe. Dia masih setia dengan aku.

***

Love from,
Fiixorra
💜

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro