4 -I LOST MY FIRST KISS
Aurora/Meisara pov
Selesai berjumpa dengan Mrs.Walker di biliknya, aku dan Evan menapak keluar. Evan masih mengikuti aku. Siapa sebenarnya dia ni? Jangan cakap yang dia ni teman lelaki Aurora.
"Meisara, kau nak ke mana selepas ni?"soal Evan.
"Aku? Balik lah. Penatlah hari ini."jawabku.
"Kau ni baik juga ya, sanggup gantikan Aurora. Walaupun kau ni nampak macam kasar."balas Evan.
"Kau ni siapa sebenarnya? Teman lelaki Aurora?"aku menyoal seraya mata memandangnya dengan curiga.
"Huh? Err... Aku cuma minat dia sahaja. Aku nak berkawan tapi dia je yang jual mahal. Kalau boleh, kau tolonglah aku."terang Evan seraya meminta bantuanku.
Aku memutarkan bola mata.
"Ahh tak ada masa aku."jawabku pendek.
Kaki aku tersadung sesuatu sehingga membuatkan aku hampir sahaja jatuh ke lantai. Namun Evan sempat merangkul pinggang aku.
Aku merenung anak matanya dalam. And his face. I think he's quite cute.
"Kau tak apa-apa?"soal Evan. Kami masih lagi dalam posisi itu dan berpandangan antara satu sama lain.
"Shhhh... Err Evan? Can I kiss you?"
"Huh? W-what?"
Aku memejamkan mata dan...
Cupp!
Kelopak mata, aku buka kembali. Wajah Evan yang sedikit terkejut betul-betul di hadapan aku.
"Arghhh. What are you doing to me?"bentakku kuat. Aku menolak dada bidang Evan. Apa dia buat di sini? Dan kenapa dia pandang aku seperti itu?
Damn! No way! Jangan cakap ini kerja Meisara! Aku buka beg yang aku bawa dan mengeluarkan cermin kecil. Aku memandang wajah aku di cermin dan, that's right! Ini kerja Meisara. Apa yang dia sudah lakukan!
"Hey, kau yang buat apa, Meisara? Just now you kissed me on my lip! And suddenly kau salahkan aku pula?"rungut Evan tidak puas hati.
Apa yang Mei dah lakukan. Dia mulakan perciuman itu?"What? Aku buat semua itu?"
"Yes! You kissed me! On this lip."jawab Evan seraya menunjuk bibirnya kepadaku.
"Sorry, sorry! I gotta go now. Sorry, Evan!" aku bingkas berlari ke arah bilik air.
"What the hell?"kedengaran Evan mengeluh di luar.
Aku mengeluarkan make up remover dari dalam beg. Aku membuang segala contengan yang ada di muka. Jadi, Meisara gantikan aku hari ini? Secara tiba-tiba aku dapat rasakan ada sesuatu yang terjadi hari ini.
Wajah sudah bersih dibersihkan. Aku kena tahu apa yang terjadi. Dan Evan sudah kenal Meisara. Apa yang berlaku sebenarnya?
Seusai itu aku keluar semula dari bilik air.
"Meisara."
Aku menoleh segera selepas nama Meisara dipanggil. Evan sedang bersandar di dinding sambil berpeluk tubuh. Matanya merenung aku tajam.
"Kau buang make up kau? Kenapa? Sebab kau malu dah cium aku tadi?"soalnya.
"Err-bukan. Aku rimas jadi aku bersihkan."jawabku seraya mata memandang ke bawah.
"Tapi sumpah wajah kau sebiji macam Aurora, kembar kau, bila kau dah buang make up kau."balas Evan seraya memandang aku lama.
"Ke-kembar?"
"Ahh come on. Janganlah buat blur pula. Aurora kan kembar kau."jelas Evan.
Aku angguk perlahan"Ohh ini rupanya yang terjadi."
"Apa kau cakap tadi? Aku tak dengar."
"Huhh? Tak ada apa-apa. Aku tak cakap apa-apa pun. You heard me wrong, maybe."tipuku sambil menundukkan wajah.
Evan mendekati aku"Jadi boleh kau jelaskan kat aku apa yang berlaku? Why you kissed me?"
"Huh? Err... A... aku pun tak tahu. Aku nak balik ni. Jumpa esok."aku segera mula melangkah untuk pergi.
"Hey. Wait! Kirim salam Aurora. Suruh dia datang ke kelas awal esok. Dia kan dah jadi partner aku."
Kaki aku berhenti menapak. What? Partner? Partner apa pula ni? Aku berjalan ke arah Evan kembali.
"Partner apa?"soalku.
"Takkan kau lupa kot? Tadi kan kita dah setuju jadi pembantu Mrs.Walker bersama. Tapi bukan kau, Aurora yang jadi partner aku."
Damn! Meisara! Apa kau dah lakukan! Aku memusingkan badan kembali dan menapak pergi semula.
"Bye, Meisara."
Aku melangkah pergi dengan segera. Tangan pula sibuk menyelongkar beg untuk mengeluarkan smart phone.
Aku segera mendail nombor Cruz apabila smartphone sudah berada di tangan. Smartphone dilekapkan ke telinga.
"Hello."suara Cruz kedengaran di hujung talian.
"Cruz, boleh kau jumpa aku sekarang? Aku perlu bagi tahu kau sesuatu."
"Ini Aurora atau Meisara?"
"This is me, Aurora. Kau di mana?"
"Aku memang on the way ke Avondale pon. Kau tunggu lah aku kat taman Kolej kau. Aku dah nak sampai dah ni."
"All right. Thanks Cruz."
Talian aku matikan. Kaki menukar laluan ke sebuah taman di kawasan Avondale.
Aku melabuhkan punggung di sebuah bangku. Bayang kejadian tadi terimbas kembali. Meisara dan Evan bercium. Dia gunakan aku! How could you, Meisara. It was my first kiss!
Dan kenapa aku boleh muncul semula selepas mereka bercium? Selalunya aku akan kembali ke asal selepas bangun pada waktu pagi.
Bahu aku ditepuk seseorang. Aku menoleh. Cruz tersenyum seraya bingkas mengambil tempat di sebelahku.
"Kau nak jumpa aku kenapa?"soalnya.
"All about apa yang Meisara dah lakukan."jelasku.
"Oh yaa, pagi tadi Meisara muncul. Kebetulan aku memang ke asrama kau sebab nak hantar makanan yang ibu aku bekalkan. Aku terpaksa suruh Mei gantikan kau di Avondale hari ini. Dan sekarang macam mana kau berdua boleh switching semula? Kau tidur dalam kelas?"
Aku menghela nafas seketika."I lost my first kiss. Meisara pergi bercium dengan classmate aku. After that, aku muncul. Right after that damn kiss."
"What? Seriously, Aurora? Ini benda baharu. And who's that person?"
"Evan. Evan Alexander."jawabku lemah.
"Aku rasa switching akan berlaku kalau diri kau bercium. Aku memang dah tahu lama pasal ni, pernah ada kes sebegini. Cuma aku tak mahu galakkan kau lakukan. Aku pun rasa kau tak mahu lakukan, bukan? Kau kena korbankan diri kau, dan kau akan bagi harapan kat orang lain. You must kiss someone to switch back the personalities. Sounds crazy, right?"
"Urghh I just don't know, Cruz."aku menundukkan kepala. Jari jemari memintal hujung baju.
"And one more! Apa reaksi classmates kau waktu Mei gantikan kau? Kau tahu?"
"Mei lied them. Tapi aku tak tahu lah siapa lagi yang dia kencing, yang aku tahu Evan seorang. Meisara bagi tahu Evan yang kami adalah kembar."terangku satu persatu.
Aku meraup muka. Chloe pasti sudah tahu. Mesti dia curiga sebab aku kan roommate dia. Hal Chloe tak penting sekarang, aku boleh jujur sahaja dengan dia nanti. Tapi ini soal Evan. I kissed him. No, no, bukan aku. Meisara yang lakukan.
"Sudahlah, Aurora. Kau balik dan berehat. Tenangkan fikiran kau. Jangan kau menangis pula. Keluar lagi si syaitan dalam diri kau tu nanti."
"All right, Cruz. Thanks for coming."
"Baiklah. Jom lah aku hantar ke asrama."
"Ahh tak apa. Aku boleh jalan kaki."
"Okay lah kalau macam tu. Aku pulang dahulu. Adios!"
Cruz menapak masuk ke dalam keretanya semula. Aku bingkas bangun dan menapak pulang ke asrama.
Sekarang apa yang patut kau lakukan, Aurora? Apa yang aku mahu katakan kepada Chloe? Dan Evan pula bagaimana?
***
Nah Author belanja gambar
Aurora dan Meisara🌼
Love from,
Fiixorra
💜
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro