
39 -SHE WAS A MONSTER
Evan pov
Tubuh Meisara aku cempung dan aku lari perlahan ke arah Audi Merah di garaj. Pintu aku buka dan aku baringkan Meisara di tempat duduk belakang.
I'm dead! Kenapalah benda ni aku boleh bawa bergurau. She's definitely alergic of black pepper, idiot. Yaaa you're truly idiot, Evan. Meisara was right.
Enjin aku hidupkan setelah masuk ke seat pemandu. Pedal minyak ditekan lalu kereta bergerak keluar dari perkarangan rumah.
KRUKK... KRUKK...
Bunyi apa tu? Aku memandang cermin pandang belakang sekilas. Meisara masih lagi terbaring dan tidak bergerak.
KRUKKKKKKK...
Bunyi yang sama masih lagi kedengaran. Tapi kali ini bunyinya lebih panjang.
"Hahahaha."
Aku memandang cermin pandang belakang kembali. Meisara sedang duduk sambil ketawa mengekek. What the hell? Aku segera memberhentikan kereta. Brek tangan aku tarik.
"Kau tipu aku?"aku menyoal sambil mengetap gigi. Meisara menyelit rambut blondenya ke belakang telinga. Senyuman sinis juga terukir di bibirnya.
"All your fault, Evan. Ini balasan kau nak bunuh aku dengan lada hitam. Sekarang bawa aku ke McDonald. Aku lapar. Kau dengar kan bunyi perut aku tadi?"balas Meisara lalu melompat ke seat hadapan. Aku tercengang di situ. So that was a prank, huh?
"Tunggu apa lagi? Jalanlah."sambung Meisara sambil menyilangkan tangan ke dada. Damn, I hate her!
"Hello? Kau ingat aku driver kau? Aku nak balik."aku berkata sambil menjeling Meisara di sisi.
"No. Aku lapar, Evan. Please, Evan. Kau nak ke tengok buah hati kau kebulur?"
"Kau bukan buah hati aku. Aurora baru buah hati aku, silly crazy girl."
"Whatever..."jawab Meisara bersahaja.
"Kau nak pergi makan dengan pakai baju tidur macam ni?"aku menyoal lalu memandang baju tidur biru muda yang dipakainya. Meisara sekadar menganggukkan kepala. Aku mengeluh perlahan.
"Fine, silly girl."
***
Aku menyedut Coke seraya mata tertacap kepada Meisara yang sedang melahap Big Mac Burger miliknya. You like a monster, Meisara. Malam-malam buta ni kau melahap Big Mac? Dan kau ganggu waktu aku untuk tidur! Just eat that damn pasta, lagi pun kau tak akan mati makan pasta tu.
"Apahal kau tengok aku? Kau nak jugak? No way."
"Aku tak ingin pun lah burger kau."aku membalas lalu melontarkan pandangan keluar tingkap kaca. Meisara tanpa sebarang kata hanya sambung menikmati burgernya.
"Evan."
Mata aku beralih ke Meisara kembali apabila dia memanggil namaku. Pipinya kembung kerana dalam mulutnya masih lagi dipenuhi makanan.
"Telan dulu dalam mulut tu baru cakap dengan aku. Tak memasal nak kena bawa kau ke hospital kalau kau tercekik Big Mac. Silly girl."
"Can you stop calling me 'silly'?"
Aku menggelengkan kepala lalu menjelingnya.
"Fine. Then I'll call you 'idiot'. Evan si idiot."
"Hish kau ni! Nasib baik kau ni perempuan, kalau tak dah berpusing kepala kau aku tumbuk."
"Sebab aku bertuah, Evan. I don't have a dick. I'm a damn cute girl right now."
Aku memutar bebola mata. Whatever, ya silly girl. Aku menongkat dagu sambil jari menolak skrin smartphone ke atas dan ke bawah. Lebih baik aku layan media sosial daripada aku layan perempuan gila depan aku ni.
"Nampaknya kau dan Aurora sudah bertunang. Aku rimas pakai cincin ni. Boleh aku buka?"soal Meisara seraya mata birunya memandang aku dan menanti keizinan daripada aku.
"Mei, itu Aurora punya. Biarlah cincin tu, nanti hilang."
"Fine. But damn, it's awkward. Aku tak suka pakai cincin. Dan design cincin ni sangat buruk."
"Shut your mouth and hurry up, Mei. Aku dah mengantuk. Makan laju sikit boleh tak?"
"I'm eating Big Mac, ya idiot."
"You're a monster. Tak pelik kalau kau melantak laju-laju. Just eat faster."
Meisara memapar muka masam lalu menggigit burger tersebut. I like to tease her too. But it's quite different when I teased Aurora. Bila dengan Aurora, aku suka buat mukanya merona merah. That blushing face make my heart thumps so hard. Tapi bila dengan Meisara, aku suka buat dia marah. Naa I don't know.
"Done."
Meisara menelan kunyahan terakhirnya lalu menyedut minumannya juga. She was a monster. She ate that damn Big Mac so fast. Geez.
"Kau tunggu apa lagi? Jomlah balik." Meisara bersuara kembali.
Aku tidak membalas kata-kata Meisara lalu bangun dari kerusi. Meisara mengikuti aku dari belakang. Pintu McDonald ditolak dan kami melangkah keluar beriringan. Tatkala tiada kereta aku segera melintasi jalan untuk ke seberang.
BANGG!
Bunyi tembakan pistol kedengaran. Aku segera memandang ke belakang, Meisara yang sedang terkejut berlari mendapatkan aku. Aku menoleh ke hadapan kembali, seseorang yang memakai topeng muka sedang menaiki motosikal meninggalkan perkarangan parking.
"Woii!"aku menjerit lantang namun motosikal tersebut hilang dari pandangan. Hanya tinggal kepulan asap hitam sahaja di sini.
"Evan, siapa tu?"
"Kau okay? Kau tak cedera, kan?"
"Aku okay."
"Kita kena pergi ke balas polis sekarang. Kau rasa bangsat mana tadi yang cuba bunuh kita?"
"Leon maybe."
Leon? Jadi dia sudah tahu Aurora masih hidup? Darn it.
***
Love from,
Fiixorra
💜
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro